Sebanyak 60 spesies haiwan dari dalam dan luar negara antara tarikan kepada pengunjung yang singgah ke Mini Zoo Menara Kuala Lumpur. Bukan semata-mata melihat sahaja tetapi keunikan di sini juga orang ramai boleh bermesra dan memegang haiwan dari beberapa spesies serta memberi makanan yang disediakan.
Berpeluang mengikuti trip dari pihak pengurusan mini zoo ia nyata pengalaman menyeronokkan buat penulis. Sebenarnya ramai yang masih belum tahu adanya mini zoo yang boleh dikunjungi di tengah kota raya selain Zoo Negara.
Buat pengetahuan ramai, haiwan yang di pamerkan di sini adalah dari pelbagai negara dan ada juga baka tempatan. Bukan sahaja anak-anak yang seronok, golongan dewasa pun akan puas hati.
Tidak hanya melihat haiwan tetapi aktiviti yang boleh dilakukan di sini lebih kepada pembelajaran. Di setiap ruang yang menempatkan haiwan akan ada kakitangan yang ditugaskan untuk memberi penerangan.
Menurut Penolong Pengurusnya, Elliey Chong, sejak dibuka 2015, kehadiran pengunjung sangat menggalakkan dan paling ramai kita terima adalah pelancong luar negara.
“Mungkin lokasinya yang bersebelahan dengan Menara KL jadi memudahkan pelancong untuk terus masuk ke sini.
“Istimewanya juga, pihak kita turut mempamerkan monyet putih yang menjadi tarikan utama pengunjung. Spesies monyet putih ini jarang ditemui dan hanya di tempat tertentu sahaja boleh dijumpai.
Ads
“Konsep tangkap dan lepas ikan terutama kepada kanak-kanak yang ingin mengembalikan nostalgia di kampung juga disediakan. Mereka diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman tersebut,” katanya.
Mesra pengunjung
Bagi memudahkan orang ramai yang datang, pihak pengurusan turut menyediakan kemudahan yang selesa. Antaranya kafe dan kedai barangan cenderamata.
Untuk yang ingin berehat seketika anda boleh memilih kawasan rehat sambil menikmati pemandangan hutan simpan Bukit Nanas. Dengan suasana tenang diiringi bunyi kicauan burung perjalanan yang mengambil masa satu jam di kawasan zoo itu tidak terasa penatnya.
Ads
Tidak hanya konsep hutan terbuka, terdapat juga beberapa jenis haiwan yang diletakkan di kawasan tertutup sesuai dengan habitatnya. Jadi pengunjung boleh singgah di kedua-dua tempat ini.
Selain itu, pengunjung yang ingin mengambil gambar dibenarkan berbuat demikian selain khidmat jurufoto yang disediakan. Keterujaan pengunjung pasti berganda apabila dapat melihat sendiri keakraban arnab, sulcata tortoise, aldabra tortoise dan guinea pig dalam satu kawasan sama.
Kebanyakan haiwan di sini konsepnya dilepaskan secara bebas bagi yang tidak berbahaya. Jadi usah terkejut jika melalui kawasan yang haiwannya begitu jinak dan manja dengan pengunjung.
Justeru bagi yang masih tercari-cari tempat sesuai membawa ahli keluarga, lokasi ini antara salah satu tempat menarik selain berpeluang melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur dari Menara KL.
Ads
INFO
Waktu operasi: 10 pagi hingga 9 malam (Isnin hingga Ahad)
Bayaran masuk:
Dewasa (RM32)
Kanak-kanak (RM27)
Warga emas (RM27)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS) meneruskan kegemilangan penerbangan angkasa setelah hampir satu dekad tertangguh dengan pelancaran bersejarah roket Falcon 9 pada petang 30 Mei 2020.
Pelancaran dengan kerjasama syarikat roket swasta milik usahawan bilionair Elon Musk, SpaceX itu menyaksikan dua angkasawan warga AS diterbangkan ke orbit dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida. Terdahulu, percubaan pelancaran pertama misi sepatutnya dijadualkan pada 27 Mei 2020, namun dibatalkan kurang 17 minit sebelum berlepas disebabkan cuaca buruk sebelum ditunda ke hari ini.
Falcon 9 dilancarkan pada30 Mei 2020 jam 3.22 petang waktu tempatan itu membawa angkasawan Doug Hurley, 53 tahun dan Bob Behnken, 49 tahun di dalam kapsul Crew Dragon dalam perjalanan 19 jam ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Crew Dragon terpisah dari pelancar roket tahap dua pada jam 3.35 petang sebelum seminit kemudian memasuki orbit. Doug Hurley dan Bob Behnken dijangka berada di Stesen Angkasa Lepas selama beberapa minggu bagi memenuhi kekurangan kru di makmal stesen itu.
Kali terakhir NASA melancarkan angkasawan ke angkasa dengan roket baharu keluaran sendiri adalah pada 40 tahun lalu ketika permulaan program ulang-alik angkasa.
Presiden AS Donald Trump yang turut berada di lokasi di Cape Canaveral berkata: “Luar biasa, kekuatannya, teknologinya. Pemandangan yang indah untuk dilihat.”
Pentadbir NASA, Jim Bridenstine berkata meneruskan semula misi menghantar angkasawan AS menggunakan roket buatan negara Amerika Syarikat merupakan keutamaan agensi itu.
Bagi Elon Musk, pelancaran itu merupakan satu kejayaan baharu untuk roket yang boleh digunakan semula yang dipelopori syarikatnya bagi menjadikan penerbangan angkasa lebih murah dan kerap. Ini juga menandakan kali pertama kenderaan ruang angkasa yang dikembangkan secara komersial yang dimiliki dan dikendalikan oleh entiti swasta dan bukannya NASA yang membawa warga AS ke orbit.
Fenomena ‘Blue Tears’ atau Air Mata Biru yang wujud di permukaan pantai Kuala Selangor kini sedang diperkatakan ramai.
Ada yang kata foto-foto fenomena tersebut bukan di Malaysia tetapi di luar negara. Ya! fenomena Blue Tears tersebut memang berlaku di Kuala Selangor. Lokasinya terletak berdekatan dengan destinasi tarikan pelancong popular di Kuala Selangor iaitu Sky Mirror.
Blue Tears adalah antara produk pelancongan terbaru di negeri Selangor yang boleh dilihat pada waktu malam. Fenomena Blue Tears dikatakan terhasil daripada fitoplankton iaitu sejenis tumbuhan marin mikroskopik yang hanyut di permukaan air. Ia kemudiannya menghasilkan cahaya biru terang apabila bertindak balas dengan kandungan oksigen dalam air laut.
Penduduk tempatan mula menemui kejadian air seakan berwarna biru pada malam hari sekitar tahun 2018 dan ia semakin kerap boleh dilihat hingga hari ini.
Difahamkan, tarikan ini hanya dibuka pada jam 8 malam hingga 10 malam sahaja dan berharga RM25+ untuk seorang. Pastikan anda memilih travel agensi yang berdaftar untuk mengambil pakej melihat Blue Tear ini.
Pelawat akan di bawa menaiki bot yang disediakan untuk menyusuri pantai di Kuala Selangor. Kawasan sekitar yang lebih gelap membolehkan seseorang melihat Blue Tears dengan lebih baik. Walaubagaimanapun, ia mungkin tidak sama apabila anda cuba menangkap dengan kamera, hanya mata kasar boleh melihat kecantikan ini.
Arab Saudi mengumumkan penggantungan sementara kemasukan jemaah umrah dan aktiviti tersebut untuk seluruh penduduknya dan warganegara luar sebagai langkah pencegahan proaktif untuk menyekat penularan wabak COVID-19.
Pada minggu lalu, Arab Saudi turut menggantung penerbangan antarabangsa selama dua minggu bermula 14 Mac 2020 untuk membendung penularan wabak novel koronavirus (COVID-19). Tempoh dua minggu itu juga dianggap sebagai cuti umum kepada warganegara yang tidak dapat pulang disebabkan penerbangan digantung atau dikuarantin selepas mereka kembali ke Arab Saudi.
Ekoran daripada itu, kawasan sekitar Tanah Suci hari ini dikatakan sunyi sepi daripada kebiasaannya.
Malam tadi, saya dan kawan-kawan kebetulan ada lalu Masjid Nabawi lepas selesai urusan peribadi sikit. Jadinya, alang-alang sudah dekat ni kami sajalah pergi sini nak tengok macam mana keadaannya pada tengah malam sekarang.
Selalunya sebelum ni, sekitar masjid sangat meriah sebab ramai orang walaupun tengah-tengah pagi. Tapi sekarang sekitar ni rasa sunyi yang amat, macam kita seorang saja yang ada kat sini tau.
Semoga kita dapat kembali melihat semula suasana kemeriahan jemaah umrah dan haji mengunjungi lagi ke Masjid Nabawi & Maqam Rasulullah saw dalam masa terdekat.
Kash,
Moga kita semua terhindar dari serangan COVID-19.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...