Minimalkan Beg Bila Travel, Wanita Ini Kongsi Cara Nak Packing Barang Cara Mak Anak Ramai. Baru Tak Pening!

Share

Bila nak travel tambah pula anak ramai, perkara paling memeningkan adalah waktu nak packing baju masuk dalam beg. Bila dah travel dengan anak ramai, bukan sahaja pakaian yang perlu dikemaskan, barangan lain seperti makanan dan juga kelengkapan lain juga perlu disiapkan.

Nak tahu macam mana nak minimalkan barang-barang bila perlu travel dengan anak ramai, ikuti perkongsian daripada Susun Atur Sioca ini:

Packing travel (holiday)

Tips packing ni bergantung juga beberapa faktor, contoh nak balik beraya lain packingnya, nak bercuti lain pula, nak masak ke tidak waktu travel, nak pergi berenang ke nak pergi pantai, nak duduk berapa hari, dan sebagainya, semua tu nak masuk fikiran.

Untuk packing, selain fikir untuk mudah pack, saya akan ambil kira juga susunan dalam kereta dan semasa transit. Saya akan bayangkan beg ni siapa bawa, beg ni siapa pula, beg ni bergabung dengan beg mana, barang ni senang capai tak dalam kereta, dan sebagainya.

Selain tu, membeli-belah semasa bercuti juga dihadkan supaya tak berlaku ‘pemberanakan’ beg yang keterlaluan.

Harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu ayah di luar sana bab packing-memacking.

Ni tips ibu ayah 4 orang anak ya. Kalau lebih, tambah kok begnya.

Yang asasnya ada 3 beg ni:
– beg besar untuk baju
– beg kecil selain baju
– beg belang untuk toiletries

Selain 3 beg asas ni, ada:
– beg makanan/minuman
– beg swimming
– beg laptop

Untuk keluarga 6 ahli, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri.

Beg kanan sekali tu ada tuala, telekung, sejadah, toto, dan selimut tambahan.

Dalam beg belang ada:
– beg toiletries
– beg bersiap

Beg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13.

Botol sabun dan syampu beli di Mr Diy, ada lock supaya tak terkeluar isinya kalau tertekan.

Bekas berus gigi pula beli di Shopee. Saiznya tak bulky dan muat 2 berus gigi dewasa.

Selain tu, saya letakkan plastik kecil (warna merah tu) untuk buang diapers. Plastik kecil macam tu ada jual di Mr Diy, cari bahagian pet.

Barang bersiap, semua beg ni beli di Mr Diy.

Dalam beg ‘others’ ada barang-barang ni.

Bekas minyak rambut beli di Mr Diy. Barang lain dalam bekas asal sebab saiz travel already.

Beg makanan (merah) dan minuman (biru).

Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee.

Barang dalam beg makanan. Kadang penuh juga dengan keropok, ayam goreng, bihun goreng, dll. Kalau travel jauh mudah siap-siapkan makanan camni, lapar terus berhenti makan.

Barang-barang lepas ni semua saya letak dalam beg biru merah ni ya.

beg beras

Kalau nak masak, saya bawa beras je. Lauk biasanya beli atau bawa sambal kering. Pun laju berdesup dah tu.

Untuk storan beras, siap-siap packing untuk sekali masak. Guna ziplock.

periuk nasi travel

Masak guna konsep kukus. Sekali masak satu pot maksimum

sudu siap bekas beli di Mr Diy

 Alas makan

Guna alas ni senang kemas, konsep macam saprah

Suplemen wajib (kihkih sori bukan first aid eh )

Beg membasuh

Penyapu mini

Kadang hotel tak ada penyapu kan, asyik panggil room service nanti ngamuk lak depa.

Sikit lagi kakak bawa mop

Letak dalam ziplock supaya habuk tak sepah.

 Plastik sampah

Beg swimming.

Dalam beg swimming ada barang-barang ni.

Ada 4 beg ni untuk anak-anak. Sorang satu beg dan setiap beg ada:

– 1 tuala mini
– 1 baju swimming
– 2 hanger

Folded hanger ni beli di Shopee juga.

Kalau perlu membasuh, saya akan bawa sabun, berus, dan tali penggantung ni untuk menyidai. Kalau pergi umrah, boleh cuba tips ni sebab kos dobi di sana agak mahal.

Keadaan susunan beg di hotel.

Luggage di lantai.

Susunan dalam kereta.
Beg makanan/minuman di depan.
Beg swimming dalam bonet.

Habis minimum dah packing ni. Kalau kena camping, kakak pingsan

Kredit: Susun Atur Sioca

 

 

 

IKLAN