Perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Putrajaya Fasa Dua (MRT2) akan beroperasi sepenuhnya bermula jam 3 petang esok, 16 Mac 2023.
Laluan MRT2 itu yang bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral merangkumi 57.7km dan terdiri daripada 36 stesen meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya dan Putrajaya.
Mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajajaran 17 stesen ini turut mempunyai kemudahan parkir berjumlah 5,870 ruang meletak kenderaan.
Ads
Dengan pembukaan laluan MRT ini akan memberi manfaat kepada dua juta pengguna dari Kwasa Damansara hingga ke Putrajaya.
Ads
Dengan kekerapan tren setiap lima minit pada permulaan operasi, MRTCorp menjangkakn 104,000 pengguna sehari akan memanfaatkan laluan baru MRT ini yang menelan belanja RM30.53 bilion itu.
Lagi mudah lah nak ke Putrajaya selepas ni!
Ads
Kredit: BERNAMA & MRT Corp
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada negara yang telah berjaya mengekang penularan COVID-19 supaya sentiasa berjaga-jaga meskipun wabak tersebut telah dibendung di negara berkenaan. Malaysia turut tidak terkecuali kerana negara kita antara yang ada menunjukkan kes penurunan wabak ini.
Pengarah Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan berkata, lengkungan gelombang pertama penularan virus tersebut mungkin akan mengandungi puncak kedua pada grafnya. Amaran tersebut lebih khusus kepada negara yang telah mengurangkan langkah pengawalan penularan COVID-19.
"Kita tidak boleh mengandaikan hanya kerana penularan mungkin dilihat tidak begitu aktif seperti sebelum ini, ia akan terus seperti itu dan kita akan mempunyai masa beberapa bulan bagi bersedia menghadapi gelombang kedua. Kita mungkin akan ada puncak kedua dalam gelombang ini. Ini yang berlaku dalam pandemik sebelum ini. Ia berlaku dalam pandemik pada tahun 1919 (The Spanish Flu). Kita mungkin akan saksikan puncak kedua dalam lengkungan graf, tidak semestinya gelombang kedua,” katanya.
WHO juga menggesa semua negara untuk terus melaksanakan langkah kesihatan awam untuk memastikan jumlah kes baru terus menurun. Sejumlah besar populasi dunia masih lagi berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.
Beberapa organisasi dan juga badan kesihatan yang sebelum ini puas menyokong mengenai larangan merokok tidak dapat menyembunyikan perasaan 'sedih' mereka dek keputusan kerajaan untuk mewujudkan kawasan khas untuk merokok di Malaysia dengan bajet yang agak besar.
Antara yang memuatkan status berkenaan isu tersebut adalah facebook page Public Health Malaysia
Owh Malaysia ku tersayang. Jika ingin bina tempat merokok tidak perlu berbelanja besar sehingga 1 juta
Syarat syarat zon merokok adalah;
Malah, ramai rakyat Malaysia juga tidak menyokong idea tersebut kerana ia umpama menggalakkan lagi perbuatan merokok. Antara komen-komen netizen di ruangan page berkenaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Vince Focarelli Dilahirkan di Itali, kemudian berpindah ke Adelaide, Australia ketika enam tahun dan menetap selama 36 tahun disana.
Vince menjadi ketua gengster (kumpulan motorsikal) Comancheros. Kemudian keluar dan membentuk kumpulan baru New Boyz dan membawa masuk anaknya Giovanni ke dalam kumpulannya.
Imej lama Vince
Vince asalnya Katholik Kristian. Dalam kalangan ahli kumpulannya, ada berbangsa Arab dan bercerita tentang Nabi Isa mengikut kaca mata Islam. Vince, yang berpegang kuat kepada Jesus (Nabi Isa) berasa percanggahan dan mula mengakui kebenaran Islam. Vince memeluk Islam. Namun Islam hanya pada nama. Vince masih dengan aktiviti dunia kumpulan gengster.
Pergaduhan antara kumpulan gengster meyaksikan enam cubaan bunuh Vince, satu daripadanya menggunakan bom.
Puncak keperitan hidup Cubaan bunuh kali ini; Vince ditembak empat kali.
-Dua tembakan ke rusuk kiri tembus ke bahu belakang kiri. Rusuk patah. -Satu tembakan mengenai kepala kiri, antara mata dan telinga, peluru tertanam di tengkorak -satu tembakan mengenai leher belakang kiri
Cubaan bunuh Vince dahulu
Anak lelaki Vince; Giovanni terkena tembakan di jantung. Vince memandu lari dari kawasan tembakan sambil lakukan CPR, namun anaknya meninggal dunia.
Ketika itu, Vince mengucap kalimah “La Ilaha Illallah”. Vince muntah darah lalu menyedari ditembak serta mengucapkan “La Ilaha Illallah” berulang kali kerana merasakan kematian makin hampir. Namun nyawa Vince panjang.
Vince dimasukkan ke wad. Empat hari menahan kesakitan rusuk patah, tidak boleh melepaskan geram, menangis, atau sedikit pergerakan membawa keaskitan yang amat. “Aku rela ditembak dari menahan kesakitan patah rusuk,” ujar Vince.
Hari kelima Vince gagah bangun. Cuba menyelinap keluar hospital, Vince ditahan polis atas tuduhan miliki dadah, walaupun bukan miliknya. Vince disumbat ke penjara.
Fahami Islam dalam penjara Waktu paling sukar dalam hidup. Keresahan, ketakutan, rasa bersalah, dendam semuanya menghantui diri. Ketika ini Vince mula membaca Al-quran dan memahami Islam serta mengenal Allah.
Permulaan baru Selepas dibebaskan, Vince sudah berubah sepenuhnya. Mula ke masjid dan mengikuti ajaran Islam, Vince dan isteri membuka restoran halal. Dengan nama Islam Vince Abdul Salam Focarelli, Vince kini kini mendapat kehidupan yang tenang setelah kembali mengamalkan Islam dalam setiap aspek kehidupan dan meninggalkan terus dunia gengster.
Segalanya lancar beberapa ketika namun ada yang kurang senang setelah Vince mengamalkan Islam sepenuhnya.
Vince dijatuh hukuman deportasi (dihalau); menjadikan dirinya tidak lagi boleh tinggal di Australia. Vince telah kembali ke negara asalnya iaitu Itali. Selepas beberapa ketika, takdir Vince kini di Malaysia
Vince di Malaysia sejak awal tahun ini dijemput ke pelbagai majlis ilmu bercerita pengalaman beliau memilih Islam dan mengenal Allah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perjalanan antara Pantai Timur dan Lembah Klang sering kali menuntut perancangan teliti buat kebanyakan rakyat Malaysia. Sama ada memilih untuk memandu berjam-jam lamanya atau...