Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka di Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor cukup strategik buat mereka yang ingin bercuti ke pulau walaupun pada musim tengkujuh. Pulau Pangkor dikatakan berasal daripada bahasa Siam iaitu Pang Koh bermakna 'pulau yang cantik'.
Pulau ini kecil sahaja, malah pengunjung sebenarnya boleh melawat ke semua tarikan Pangkor dalam masa setengah hari sahaja. Destinasi ini boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan.Pulau Pangkor, lokasi ideal jika anda hanya mempunyai tempoh yang pendek untuk bercuti. Walaupun singkat, percutian anda akan penuh dengan aktiviti menarik.
Dah nama pun ke pulau, mestilah aktiviti air yang akan kita buat. Tetapi sebenarnya di Pulau Pangkor ada lebih daripada itu. Cuba aktiviti lain seperti yang dikongsikan oleh saudara Fariz Ali ini jika ke Pangkor.
Ads
INILAH AKTIVITI NO.1 DI PULAU PANGKOR!
Terus terang saya katakan aktiviti no. 1 yang harus anda lakukan apabila berada di Pulau Pangkor adalah BERI BURUNG ENGGANG MAKAN!! Yaaa, anda tidak silap dengar. Burung Enggang. Burung yang biasanya sinonim dengan Negeri Sarawak. Namun, di Pulau Pangkor, burung ini hidup bebas di hutan belantaranya. Anak-anak saya yang baru pertama kali melihat spesies burung ini, persoalan pertama mereka adalah. ‘’Kenapa burung ini pakai kotak kat mulut dia??’’ Manakan tidak, burung ini amat unik kerana bentuk paruhnya. Lokasi untuk melakukan aktiviti ini adalah di Sunset View Chalet, Teluk Nipah. Boleh dilakukan setiap hari pada pukul 630pm.
Menurut Pak Din, seorang penjinak burung Enggang di sini, merangkap pemilik Sunset View Chalet, aktiviti ini telah dimulakan oleh bapa beliau lagi & ianya menjadi rutin seharian keluarga mereka. Makanan burungnya mudah sahaja, pisang! Sebelum bermula aktiviti ini, anda sudah boleh melihat burung-burung ini mula memenuhi ruang legar udara & bertenggek di tiang-tinag elektrik menunggu masa untuk makan. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, anda masih belum sampai Pulau Pangkor jika tidak bertemu dengan burung Enggang ini.
Ads
Hornbill Feeding, Sunset View Chalet, Lot 4461, Teluk Nipah, Pulau Pangkor
Waktu aktiviti : Setiap hari, 6.30 petang
Ads
MEREDAH BELANTARA PANGKOR DENGAN ATV
Bertempat di Teluk Nipah, anda boleh menaiki ATV untuk menyelusuri belantara di Pulau Pangkor. Yang lebih menarik lagi, budak2 juga dibenarkan untuk naik bersama! Jika anda ingin menaiki ATV berdua, pilihlah saiz ATV yang lebih besar. Dengan harga pakej RM150 untuk setiap ATV, anda akan dibawa menyelusuri hutan belantara bermula di Teluk Nipah dan berakhir di Teluk Dalam sebelum menamatkan aktiviti.
Trek laluannya mempunyai 3 perhentian. Laluan pertama lebih kepada membiasakan diri dengan jentera ATV di laluan denai hutan. Laluan kedua pula diakui sebagai laluan yang paling sukar di antara semua laluan. Di sini, pemanduan anda akan diuji dengan laluan berbukit yang agak curam dan jalan yang berlubang dan berbecak. Jangan risau, akan ada penunjuk ajar…ikut sahaja teknik pemanduan yang diajar. Laluan ketiga, lebih kepada laluan santai. Anda akan dibawa melalui jalan tar berlatarbelakangkan pemandangan di tepian pantai Teluk Dalam. Sungguh indah. Seperti biasa, anak-anak memang teruja dapat naik ATV. Berangin lebih katanya.
ATV Adventure Pangkor, 6610, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terdapat banyak cara untuk menikmati percutian alam semula jadi di Selangor, dan tidak hairanlah mengapa rakyat Malaysia gemar melarikan diri dari kesibukan bandar. Dihiasi dengan pokok-pokok tinggi dan langit yang cerah, ia juga memberikan satu transisi pemandangan lain yang indah untuk anda yang menetap di bandar.
Jika anda sedang mencari tempat untuk berehat dan bersantai, pertimbangkan untuk menginap di inap desa yang menawan ini di Selangor
Terletak di Sungai Buloh, Kuang Kampung Retreat bakal menawarkan percutian yang menenangkan untuk dikenang. Hanya 30 minit pemanduan dari Kuala Lumpur, tempat ini boleh memuatkan sehingga 8 orang, yang mana ia sesuai untuk percutian keluarga besar.
Apatah lagi bila bila menempah penginapan di Kuang Kampung Retreat anda akan menikmati keseluruhan vila untuk diri sendiri! Lengkap dengan 3 bilik tidur (bersama dengan katil sofa) dan 3 bilik mandi, keluarga anda boleh menikmati penginapan mereka dengan selesa sambil dikelilingi oleh bunyi alam semula jadi. Ia juga mempunyai kemudahan lain termasuk ruang makan yang berasingan, ruang tamu dan dapur yang serba lengkap.
Satu lagi perkara yang akan buat anda suka tentang Kuang Kampung Retreat ialah kolam renang yang membolehkan anda berehat dalam privasi sepenuhnya! Kedalaman kira-kira 3.5 kaki. Namun ketiadaan tangga untuk turun naik di kolam ini agak sukarkan si kecil anda untuk melangkah masuk dan keluar dengan mudah. Walau bagaimanapun, kolam itu ditutup dengan pintu gelangsar untuk mengelakkan anak-anak anda daripada berenang di dalam kolam tanpa pengawasan.
Jika anda mencari penginapan yang luas di Selangor yang sesuai untuk percutian keluarga, pertimbangkan untuk menghabiskan hujung minggu di Kuang Kampung Retreat.
Alamat: Lorong Orkid Kuang, 47100 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
Kredit: Airbnb
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nampaknya tahun ini sekali lagi warga kota terpaksa menyambut Syawal di perantauan.
Ini berikutan pengumuman dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberitahu hanya akan meluluskan pergerakan rentas pada Isnin hingga Khamis dengan enam alasan yang dipertimbangkan.
Alasan itu melibatkan membabitkan tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian ahli keluarga terdekat, perubatan, pendidikan serta menemui pasangan jarak jauh.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, langkah mengetatkan syarat permohonan itu diambil susulan peningkatan kes baharu positif Covid-19 sejak lima hari lalu.
Katanya, permohonan untuk pergerakan pada hujung minggu tidak akan diluluskan selain hal kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh (PJJ).
“Hanya enam alasan dipertimbangkan untuk diberi kelulusan dan pemohon hanya boleh merentas negeri pada Isnin hingga Khamis sahaja.
“Permohonan pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis atau jamuan dilarang,” katanya dalam satu kenyataan.
Berterusan hingga Aidilfitri
Kata Acryl Sani, ia berterusan sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas.
“Semua ketua polis daerah (KPD) dan pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan digerakkan ke lapangan bagi menangani isu ketidakpatuhan SOP masyarakat di bazar Ramadan dan pasar malam.
“Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya aktiviti perniagaan di kawasan terbabit dihentikan,” katanya lagi.
jadi kepada semua warga kota, bolehlah plan bercuti dalam daerah sahaja tetapi perlu dingat perlu mengamalkan SOP kendiri bagi memutuskan rantaian jaringan virus ini.
Ketika umat Islam sedang membuat persiapan akhir menjelang hari raya, empat daerah di Kedah dijangka akan menerima kesan berikutan ombak tinggi yang diramalkan berlaku pada dua hari sebelum sambutan Aidilfitri.
Empat daerah yang dijangka terkesan dengan ombak tinggi itu adalah di Kuala Muda, Yan, Kuala Kedah dan Langkawi.
Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ombak setinggi 2.9 meter dijangka berlaku pada 4 dan 5 Jun depan.
“Kita berharap ketika itu tidak berlaku hujan lebat kerana sekiranya berlaku pertembungan ombak besar dan hujan, ia boleh menyebabkan berlakunya air pasang yang mengakibatkan banjir di sekitar daerah itu,” katanya.
Namun seramai 150 anggota dan pegawai kami di 10 daerah di negeri ini bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kejadian bencana seperti banjir, ribut serta kemalangan jalan raya.
Seramai 36 anggota di menara penyelamat pantai di lima tempat iaitu empat di Langkawi dan satu di Kuala Muda juga akan bertugas ketika musim perayaan ini. Mereka akan memantau dan melakukan rondaan di sekitar pantai untuk memastikan keselamatan pengunjung yang mandi di kawasan berkenaan dan akan meminta pengunjung supaya beredar dari situ jika keadaan cuaca tidak mengizinkan.
Orang ramai yang tinggal di pesisir pantai di empat daerah itu dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya hujan lebat berterusan lebih tiga jam.
Sebarang aktiviti beriadah di tepi pantai juga tidak digalakkan kerana ia boleh mengancam keselamatan pengunjung selain bot atau sampan kecil yang melakukan aktiviti menangkap ikan di pesisir pantai.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...