Antara salah satu cara nak travel tentunya menaiki bas, biasanya kita akan pilih bas yang cukup selesa dan mempunyai tempat duduk yang luas untuk perjalanan yang panjang terutamanya ke negeri-negeri yang ada di Pantai Timur.
Korang percaya tak hanya dengan RM50 korang boleh dapat perjalanan yang selesa dengan bas yang dikatakan paling mewah ada kat Malaysia.
Melalui perkongsian video di akaun TikTok @Azmimisiniaga, seorang lelaki berkongsi keadaan yang ada dalam bas yang dinaikinya ke Terengganu.
Bas tersebut dikatakan bas paling mewah sekali ada di Malaysia. Mempunyai kerusi leather yang lebar dan luas memang cukup selesa untuk perjalanan korang. Lengkap dengan kedudukan yang boleh diubah-ubah dan juga port USB untuk korang cas telefon bimbit sepanjang perjalanan.
Ads
Paling best ada function kat kerusi korang yang boleh mengurut. Tak samalah macam yang kat luar tapi memadai untuk korang rasa selesa untuk perjalanan yang jauh. Selain itu ada infotainment yang korang boleh layan sepanjang korang naik bas. Pendek kata korang tak akan bosanlah!
Selesa dan cukup mewah, bas ini juga turut mempunyai ruang untuk anda minum-minum. Tandas dan kemudahan lain juga lengkap dan bersih. Untuk perjalanan ke dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Terengganu, kosnya hanya RM50, dan menurut lelaki ini bas ini hanya membuat perjalanan ke Terengganu, Pulau Pinang dan juga Kuantan.
Ads
Kalau korang nak cuba naik bas paling mewah ni bolehlah usha perkhidmatan Alibaba Express ni.
Siapa yang tak kenal dengan Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih popular dengan panggilan Jalan TAR, ‘highway shopping’ yang terkenal di Kuala Lumpur. Pelbagai barangan yang dijaja di sini daripada makanan, minuman, permainan kanak-kanak, barang-barang perkakasan dan yang paling mendapat perhatian ramai termasuk dari luar KL adalah kain baju.
Ada ramai peniaga-peniaga pakaian yang di sini memperdagangkan barangan yang dijual oleh mereka. Anda cakap nak kain baju apa, design apa, material apa, warna apa, bajet berapa, semua ada di sini. Malah kalau anda lihat, ada peniaga yang buka kedai, ada yang buka khemah. bermacam-macam jenis peniaga, cukup ramai kerana permintaan pelanggan cukup tinggi.
Cuba anda pergi berjalan-jalan di Jalan TAR ketika bulan Ramadan. Cukup sesak dengan lautan manusia yang berjual beli untuk mencari kelengkapan raya masing-masing. Berbondong-bondong orang memenuhi Jalan TAR kerana ada sesetengah peniaga yang ‘buang harga’ ketika menjelang Aidilfitri.
Keadaan Jalan TAR yang sesak dengan lautan manusia seperti di ‘padang masyar’ itu bukan sahaja membuatkan anda terhimpit-himpit seperti tin sardin, malah laluan kenderaan juga mengalami nasib yang sama. Kesesakan lalu lintas berlaku amat dasyat di kawasan itu terutama sekali seperti yang diperkatakan tadi, menjelang ambang Aidilfitri. Mereka semua akan ‘bertakbir raya’ di Jalan TAR. Suasana yang cukup meriah!
Tapi kemeriahan yang berlaku saban tahun itu berubah baru-baru ini apabila pihak berkuasa tempatan telah mengubah lokasi bazar Ramadan dan tapak-tapak berniaga di Jalan TAR ke lokasi yang baharu. Tapak-tapak berniaga dan bazar Ramadan telah dipindahkan ke Jalan Raja demi memberikan sedikit keselesaan kepada peniaga dan pengunjung yang datangn kerana tapaknya lebih luas berbanding tapak lama.
Bukan setakat peniaga sahaja yang dialihkan ke lokasi yang baharu, tapi pihak berkuasa tempatan juga tidak lagi membenarkan apa-apa kenderaan memasuki jalan tersebut kerana Jalan TAR akan dijadikan kawasan hijau yang bebas daripada pencemaran asap kenderaan dan mesra kepada pengguna jalan kaki.
Kita menyambut baik apa sahaja hasrat yang mendatangkan kebaikan kepada alam sekitar dan masyarakat. Ada baiknya juga sekiranya ada jalan-jalan di sekitar KL yang mesra pejalan kaki. Bukankah itu memberikan peluang yang lebih baik kepada orang awam terutamanya pelancong untuk melihat dengan lebih dekat budaya tempatan terutamanya yang ada di ibukota?
Walau bagaimanapun, kesan penutupan Jalan TAR itu memberikan sedikit kesan kepada perniagaan di kedai-kedai shop lot di sana, terutamanya di bulan Ramadan ini kerana peraturan baharu penutupan jalan itu mengurangkan kehadiran pengunjung.
Tapi jangan khuatir, Sinar Harian melaporkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan telah memutuskan untuk membuka semula Jalan TAR bermula Sabtu ini kepada laluan kenderaan untuk memberi kemudahan kepada mereka beli-belah barangan keperluan Aidilfitri.
Perbincangan bersama persatuan peniaga dan menteri wilayah mendapat maklumbalas positif dan jangkaan jualan akan meningkat sempena Aidilfitri mendorong pihak berkuasa untuk membuka semula Jalan TAR kepada kenderaan.
Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup Jalan TAR kepada kenderaan pada setiap Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang April bagi menjadikannya sebagai kawasan pejalan kaki bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam.
Jadi kepada anda yang sudah terbiasa membeli kelengkapan Aidilfitri di Jalan TAR, usah khuatir kerana anda masih berpeluang untuk memandu kenderaan dan membeli-belah di sana. Jadi boleh la bawa mak dan mak mentua anda shopping tanpa perlu menjinjit beg plastik beratus meter ke kereta untuk pulang ya. Hehehe.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Panggung Teater Encore Melaka dengan kerjasama Persatuan Fotografi Selangor dan Kuala Lumpur buat julung kalinya akan manganjurkan pertandingan fotografi dengan menawarkan hadiah keseluruhan RM9,000.
Pertandingan bertema ‘Encore Melaka Through the Lens Travel Photography’ ini memberi peluang kepada penggiat seni fotografi untuk merakam gambar keunikkan dan kecantikkan persembahan teater bertaraf dunia di Encore Melaka melalui kaca lensa.
Menurut Pengarah Urusan Encore Melaka, Long Tyan Poh, pertandingan ini akan menjadi satu pertandingan yang unik kerana buat pertama kalinya peserta pertandingan akan diberikan pas eksklusif untuk merakam gambar sewaktu persembahan dan di belakang pentas.
Peluang untuk memiliki pas eksklusif ini hanya diberikan kepada peserta yang menyertai photo trip dua hari satu malam pada 8 dan 9 Disember ke Encore Melaka dengan harga serendah RM230.
Pertandingan fotografi ini terbuka kepada semua peringkat usia dan kemahiran. Sama ada profesional atau amatur turut berpeluang menyertai pertandingan yang dianjurkan.
Hadiah tempat pertama akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan RM1,000 setiap seorang.
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan sehingga 27 Mac ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran. Perintah berkurung yang baharu akan bermula esok pada 6 petang yang berkuat kuasa selama 24 jam. Perintah berkurung ini akan dilanjutkan selama 14 hari mulai 13 Mac 2019 hingga 27 Mac 2019 pukul 6 petang.
“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara 6 petang hingga 6 pagi pada tarikh dinyatakan,” katanya.
Omar berkata perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terbabit tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik antarabangsa menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.
Beliau berkata perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat yang berada di kawasan daratan Esszone.
Perintah berkurung tersebut akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan, katanya.
Omar berkata berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.
“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone bagi mengeluarkan permit kepada pemohon layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. – Bernama
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...