Panggung Teater Encore Melaka dengan kerjasama Persatuan Fotografi Selangor dan Kuala Lumpur buat julung kalinya akan manganjurkan pertandingan fotografi dengan menawarkan hadiah keseluruhan RM9,000.
Pertandingan bertema ‘Encore Melaka Through the Lens Travel Photography’ ini memberi peluang kepada penggiat seni fotografi untuk merakam gambar keunikkan dan kecantikkan persembahan teater bertaraf dunia di Encore Melaka melalui kaca lensa.
Ads
Menurut Pengarah Urusan Encore Melaka, Long Tyan Poh, pertandingan ini akan menjadi satu pertandingan yang unik kerana buat pertama kalinya peserta pertandingan akan diberikan pas eksklusif untuk merakam gambar sewaktu persembahan dan di belakang pentas.
Peluang untuk memiliki pas eksklusif ini hanya diberikan kepada peserta yang menyertai photo trip dua hari satu malam pada 8 dan 9 Disember ke Encore Melaka dengan harga serendah RM230.
Ads
Pertandingan fotografi ini terbuka kepada semua peringkat usia dan kemahiran. Sama ada profesional atau amatur turut berpeluang menyertai pertandingan yang dianjurkan.
Hadiah tempat pertama akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan RM1,000 setiap seorang.
Seluruh masyarakat dan penduduk di Malaysia pasti tidak akan melupakan detik ketika negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika wabak pandemik COVID-19 mengganas seluruh dunia. Pelbagai kisah, peristiwa, suasana dan situasi berlaku disekeliling kita.
Pameran fotografi bertemakan Of Inertia and Solidarity yang sedang berlangsung di Pusat Membeli-Belah Avenue K, Kuala Lumpur memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri keadaan sebenar Malaysia di sebalik ‘kesuraman’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi karya kreatif seorang jurugambar profesional Siva Kumar Ganesan menterjemahkan suasana sunyi sepi ibu negara yang dirakamnya di beberapa lokasi utama Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Ampang dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) yang terletak di lingkaran berhampiran kawasan rumahnya.
Pameran yang telah bermula dari 15 September hingga 30 September 2020 ini menampilkan gambar-gambar yang disifatkan sebagai unseen memori dari hari pertama PKP sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pameran fotografi ini telah dirasmikan oleh Puteri Sultan Selangor, Tengku Datin Paduka Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Dari beberapa foto yang dipamirkan, pengunjung boleh mengimbas kembali gambaran keadaan lengang jalan-jalan raya tanpa kenderaan, menunjukkan solidari rakyat Malaysia dalam membantu negara memerangi ‘perang’ pandemik ini.
Apa situasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang paling anda tidak boleh lupakan?
Bagi sesiapa yang pernah menginap di Hotel de Art terutama di USJ 21, anda pasti tahu mengenai keunikkan yang ditonjolkan oleh hotel berkenaan. Kepada yang masih belum pernah berkunjung ke situ, Hotel de Art USJ 21 ini adalah salah satu daripada rangkaian 5 butik Hotel de Art yang lain.
Ini bukan budget hotel tau, tapi butik hotel
Wait a minute, butik hotel? Apa itu butik hotel? Okay mari Libur kongsikan sedikit maklumat mengenai butikhotel kepada anda.
Petikan daripada www.tripsavvy.com, butik hotel ini mempunyai beberapa karakter atau elemen yang tersendiri seperti; mempunyai kurang daripada 100 bilik, walaupun bersaiz kecil tapi menyediakan perkhidmatan setaraf hotel lima bintang, memberikan atmosfera yang moden dan kontemporari, diperkayakan dengan sentuhan tempatan daripada satu-satu tempat, dan memfokuskan servis makanan dan minuman selain layanan setaraf lima bintang.
Tripsavvy juga menyebut butik hotel adalah mesra kepada haiwan peliharaan tetapi dalam konteks negara Malaysia, semestinya haiwan peliharaan tidak dibenarkan.
Okay cukup info mengenai butik hotel buat masa ini. Nanti kita sambung lebih lanjut dalam artikel yang lain. Kita sambung dengan cerita Libur berpeluang untuk menginap di Hotel de Art USJ 21.
Bertemakan ‘english garden’ untuk tampilkan kelainan kepada pengunjung
Setibanya saya di hotel ini yang terletak di Jalan USJ21/6, Subang Jaya, luaran bangunan dan lobi hotel mempesonakan saya dengan lukisan mural yang dilukis oleh artis professional. Anda jangan terpedaya dengan pandangan mata ya, semua corak lukisan yang ada di dinding hotel ini bukan wallpaper, tapi ianya dilukis. Sebagai seseorang yang turut meminati seni, saya boleh bagi kredit kepada pelukisnya kerana berjaya menghasilkan lukisan yang teliti dan cantik. Goodjob!
Pemilihan perabot dalaman dan hiasan dinding juga secara peribadi saya boleh katakan kena dengan konsep. Siap ada pendiang api, tapi pendiang api palsu la. Tak sesuai letak pendiang api dalam bangunan di Malaysia ni sebab kita bukan ada musim sejuk pun. Cuma attention to detail Hotel de Art USJ 21 ini saya rasa berjaya untuk memberikan mood berdasarkan konsep english garden mereka.
Koridor dan bilik hotel turut dihiasi lukisan mural
Usai proses check-in, saya pun berjalan menuju ke bilik yang diberikan di tingkat dua. Apa yang menarik perhatian saya adalah ruang koridor dan bilik turut dihiasi dengan lukisan mural. Dalam hati terdetik, jenuh juga pelukis ni nak lukis satu bangunan, habis satu dinding tu dia lukis. Tapi hasil lukisan inilah yang membuatkan rangkaian Hotel de Art menang anugerah emas kategori Creative & Innovative Boutique Hotel anjuran Malaysia Tourism Council Gold Award 2018. Kudos Hotel de Art!
Lokasinya berdekatan dengan lokasi hotspot di USJ
Pengunjung yang datang atas urusan kerja dan mesyuarat atau perlu menghadiri majlis, kursus dan seminar boleh letakkan Hotel de Art USJ 21 ini dalam senarai pilihan kerana lokasinya berada berhampiran dengan One City Mall, Main Place Mall, stesen LRT dan 10 minit memandu daripada Plaza Tol USJ. Hotel ini menyediakan 27 bilik bermula dari harga RM88 rasanya mampu untuk memenuhi keperluan anda untuk bermalam sekiranya ingin menghadiri majlis kahwin di One City Mall atau menghadiri seminar di Main Place Mall keesokkan harinya.
Cuma.. Hotel de Art USJ 21 ni kurang pada beberapa perkara
Pendapat saya, Hotel de Art USJ 21 ini mampu menepati 100% karakter dan elemen yang perlu ada pada sesebuah butik hotel kalau mereka mampu menyediakan makanan dan minuman dalam hotel yang bersesuaian kepada pengunjung.
Hotel de Art USJ 21 ada menyediakan ruang dapur yang selesa untuk kegunaan pengunjung, tapi tidak lebih daripada itu. Makanan dalam hotel yang disediakan juga adalah makanan frozen yang perlu dipanaskan semula.
Kepada para pengunjung yang ingin menginap di sini, pastikan anda makan terlebih dahulu di mana-mana kerana tiada restoran berdekatan yang boleh anda pergi dengan berjalan kaki dalam jangka masa 5 minit.
Kedua, hotel ini bukan untuk backpack. Walaupun menawarkan harga serendah RM88, rasanya tidak bersesuaian dengan backpack tourist yang mahukan harga budget terendah untuk kos penginapan mereka. Hotel de Art USJ 21 ni nampak macam budget hotel, tapi sebenarnya tidak. Dia butik hotel. Ada perbezaan di situ, so take note fellows.
Selain daripada makanan frozen hotel, ketiadaan restoran berdekatan dan tidak sesuai untuk backpack tourist, saya rasa Hotel de Art USJ 21 adalah butik hotel yang sesuai dengan anugerah yang dimenanginya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ini bukan tajuk untuk filem terbaru di hollywood tau. Ramalan ini telah didedahkan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) bahawa sebuah asteroid sepanjang 40 meter dijangka menghentam bumi pada 9 September ini.
Kajian ESA memberitahu, Asteroid 2006 QV89 itu akan berada pada jarak 6.7 juta kilometer (km) dari bumi berbanding 384,400 km jarak bulan dari bumi.
Menurut saintis di ESA, kemungkinan planet ini berlanggar dengan asteroid sebesar Arc de Triomphe di Paris pada tahun ini ialah 0.01 peratus.
Namun, peratus itu mungkin meningkat jika tiada langkah diambil bagi mengelak perkara ini daripada berlaku.
“Ia tidak mustahil berlaku. Ia pernah berlaku dan bencana seperti ini terjadi sekali setiap 60 tahun,” kata Pentadbir Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Jim Bridenstine.
Jika ia berlaku, impak hentaman itu dijangka lebih dahsyat daripada letupan meteor pada Februari 2013 di Chelyabinsk, Rusia.
Letupan bersamaan 30 bom atom Hiroshima pada Perang Dunia Kedua itu merupakan yang terbesar di abad ini, mengatasi insiden letupan meteor di Tunguska pada 1908 yang memusnahkan ratusan batu persegi kawasan hutan di negara timur Rusia.
Baru-baru ini, NASA melakukan satu simulasi mengerikan untuk melihat bagaimana ia dapat mengelak asteroid daripada melanggar bumi.