
Sekiranya anda bercadang melancong ke Turki, rancanglah untuk mengunjung seberapa banyak tempat menarik.


Turki merupakan sebuah negara yang terletak di dua benua. Sebahagian besar negara yang didiami 80 juta penduduk iaitu 97 peratus keluasannya terletak di benua Asia, selebihnya terletak di benua Eropah.
Aktiviti mesti cuba sekali seumur hidup anda ketika di Turki adalah menaiki belon panas. Seawal jam 6 pagi, anda dicadangkan ke tempat dikhaskan untuk aktiviti menerbangkan belon panas yang sangat popular di Cappadocia.



Belon panas ini akan berlepas tepat jam 7 pagi. Mengikut pengusahanya, masa antara pukul 7 hingga 8 pagi paling sesuai untuk menerbangkan belon panas kerana angin tenang. Jika tiupan angin melebihi 17 kilometer sejam, belon panas tidak dibenarkan terbang oleh pihak berkuasa.
Belon panas yang digunakan datang dalam pelbagai saiz dan boleh menampung 8 hingga 28 penumpang dalam gondola atau bakul mengikut saiz tertentu. Pengalaman menaiki belon panas dan berdiri dalam gondola setinggi paras dada pasti amat mengujakan.

Belon panas ini akan berlegar di langit Cappadocia sehingga paras maksimum 610 meter, kemudian turun di beberapa tempat hingga paras terendah 10 meter dari bumi bagi melihat bentuk muka bumi Cappadocia.
3 Benda Perlu Siap Sedia Sebelum Naik Belon Panas. Tip ini sumber daripada Jeju Muslim Travel.

- Bangun Awal
Perlu ingat bahawa terdapat ramai lagi pelancong lain yang mempunyai niat yang sama seperti anda iaitu untuk menaiki belon panas. Dan setiap belon boleh membawa beberapa orang sahaja. Jadi sebaiknya sila bangun awal dan tiba di tempat belon panas awal untuk secure tempat anda. - Pakai Shades
Bila belon dah makin tinggi, pancaran mata hari juga semakin tinggi menyebabkan silau, jadi sila prepare bawa shades supaya mata selesa. - Get Ready untuk dikecewakan
Ia bergantung dengan keadaan cuaca juga, sekiranya cuaca tak elok aktiviti ini terpaksa dibatalkan. Jadi sebaiknya lihat weather forecast dahulu sebelum buat keputusan untuk menaiki belon panas.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Balat, ‘Hidden Gems’ Berusia 200 Tahun Di Istanbul. Destinasi Cantik Buat Kaki OOTD!

Tidak dinafikan, Istanbul, Turki adalah salah satu destinasi yang sering berada dalam wishlist geng travel.
Keindahan pelbagai lokasi di sini menjadi tarikan geng penggembara sambil meninjau sejarah menarik di Istanbul.
Dalam satu perkongsian salah seorang sahabat di Backpackers Buddies Malaysia, KEKMA menyelongkar hidden gem yang ada di sini.
Kawasan yang dikenali sebagai ‘Balat Neighborhood’ adalah sebuah district lama berusia 200 tahun serta diiktiraf sebagai warisan budaya oleh UNESCO pada 1995.
Tahukah anda bahawa terdapat satu ‘hidden gems’ berhampiran dengan bandar Istanbul (jarak sekitar 30 minit perjalanan) jika anda melawat ke Turki. Kawasan ini dikenali sebagai ‘Balat Neighborhood’ dan terletak di dalam kawasan Fatih.
Balat merupakan sebuah district lama yang berusia sekitar 200 tahun dan telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai kawasan warisan budaya pada tahun 1995.
Apa yang menarik di sini adalah sebuah kawasan kejiranan lama yang telah diubah suai menjadi kawasan ‘ala2 hipster’ dimana bangunan- bangunan lama dibaik pulih dan di cat dengan penuh warna warni bagi menarik pelancong untuk ke lokasi ini.
Dan apa yang perlu anda tahu lagi mengenai Balat adalah kejiranan yang bercampur penduduknya dari segi budaya, bangsa dan agama. Terdapat percampuran antara Jewish, Christian dan Muslim dan anda bole lihat banyak jenis synagogues, gereja dan masjid berhampiran satu sama lain.
Menyelusuri jalan-jalan kecil di sekitar Balat..pandangan mata anda akan disajikan dengan bangunan atau rumah -rumah yang diperbuat dari kayu yang telah di ‘transform’ menjadi cafe yang unik dan tempat untuk bergambar bagi sesiapa yang suka bergambar.
Dan terdapat sebuah cafe yang cukup terkenal sebagai ‘instagrammable spot’ iaitu Incir Agaci Kahvesi atau nama lainnya -Rainbow stairs cafe. Dan juga salah satu jalan yang paling famous dan cantik untuk bergambar adalah di Kiremit Street.
Cara nak ke Balat ini adalah mudah jika anda menggunakan bas atau ferry. Tempat perhentian ferry untuk ke Balat adalah di Fener dan anda hanya perlu ke seberang jalan sahaja untuk ke lokasi yang dinyatakan.
Jika anda dari area Sultanahmet, atau mana-mana lokasi di sekitar istanbul, anda boleh menaiki tram ke emienonu kemudian pergi ke kawasan stesyen bas dia (tepi jambatan, guna tunnel utk access ke kawasan bas ni) kemudian ambil bas bernombor 99 untuk ke Balat,Fatih.
Artikel Berkaitan:
Restoran Makanan Segera Pertama Berkonsep Retro, Tarikan Terbaru Di Bandar Klang Buat Geng OOTD
Hayati Bulan Ramadan, Ini 10 Masjid Tercantik Di Selangor Untuk Dilawati
Bukan Bola Gergasi Tapi Ini Pod Kecemasan Tsunami Dilengkapi GPS, Dijual RM60,000 Setiap Satu
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tiga Rakan Kongsi Itinerari Trip & Bajet 10 Hari Ke Indo-China (Vietnam, Thailand, Cambodia)

Percutian bersama rakan-rakan tersayang memang menyeronokkan, bukan sahaja dapat menikmati masa kualiti bersama, malah meluangkan masa seperti ini akan mengeratkan keakraban dan mengukuhkan lagi ikatan persahabatan.
Cuba rancang percutian yang sedikit lama supaya anda dan rakan-rakan dapat meluangkan masa lebih panjang. Dalam setahun, mungkin ini sekali sahaja peluang yang anda untuk kalian berjumpa.
Perancangan itinerari dan bajet percutian 3 orang rakan ini bercuti ke negara-negara Indo-China selama 10 hari mungkin boleh dijadikan rujukan buat anda.
ITINERARY TRIP BACKPACKERS INDOCHINA – VIETNAM / THAILAND / CAMBODIA (10 Days)
DAY 1 {29/06/19; Sat} – HO CHI MINH
- Check in flight ✈️ KUL-SGN pukul 1935 (MYR241/3 org)
- No internet used, only wifi at Hotel and restaurant. Jgn risau, vietnam mmg sng dpt wifi.. Download maps me and currency apps, sgt2 membantu. ? ?
- Touchdown pukul 2040 (Waktu vietnam) ambil bas dri SGN airport terus ke bustop ? near the hotel (VND20,000/RM3.62) ??♀️walk in distance 5 minit to hotel.
- Check in ? Halo Hotel via booking (MYR96 for 1 night) – Hotel dekat dgn Ben Than Market – walking distance 1 minit (Recommended)
- Dinner at Hj Mansour – Nasi Goreng Kicap (VND 95,000/MYR17.19) – Restoran area Ben Than Market jugak. – Makanan sedap, recommended)
- Jalan2 area ?? night market then balik Hotel – Sleep
DAY 2 {30/06/19; Sun} HO CHI MINH -> MUI NE
- Breakfast at restoran Basiroh near Ben Than Market – Roti Canai (VND35,000/MYR6) – Makanan sedap, recommended)
- ??♀️Walk in cari tiket bus ?(Mui ne-Ho chi minh) ** Sleeper bus by Hanh Cafe ** – USD 20/MYR82.78 (return) – Boleh booking online via Vietnam Bus Ticket Online, tp kami walk in then mhal sikit.
- Jalan2 Saigon Sentral Post and art museum – Walking distance 12 minit from hotel. Otw tu jumpa Circel K try Kopi Vietnam (VND10000/MYR1.81) Sedap dan murah??, tp cashier sgt tak peramah dan teruk ??♀️
- Balik hotel and check out?
- Tapau mkanan di restoran Serai depan hotel for dinner – Nasi goreng garlic (VND44,000/MYR7.96)?
- 1230 PM ready at ? bus pickup point (Hanh Café) to Mui ne (Naik grab booked by tour guide Ms. Victoria that we buy the ticket bus) – Bus mesti ontime, so please be ready early
- Perjalanan from HCM 130 PM to Mui ne 5jam 30 minit. Arrived at Ming Hung Hotel ? (VND350,000.00/MYR62.06 for 1 night) on 630PM.
- Check in and get Mui ne tour at Hotel (VND120,000/MYR21.72), rest, makan and ?
DAY 3 (01/07/19; Mon) MUI NE -> HO CHI MINH -> PHNOM PHEN
- Sharp 430AM get ready, tour guide pickup at Hotel by jeep ? to Red Sand Dune, White Sand Dune, Fairy steam and Fishing village. Tour nie hanya 4 jam je..
- Sampai di white sand, boleh ambil ATV untuk naik atas untuk spot bergambar. Nk jaln kaki pon boleh tapi agak jauh. So kami decide ambik ATV (VND300,000/MYR54.30-per person)
- Otw ke red sand, tour guide bwk kami bergmbr di tepi jln dgn Jeep. Nasib dpt tour guide yg pndai ambil gmbr ?….Lepas to pegi ke Red sand… begambar then terus ke Fishing village.
For me fishing village xseperti digambarkn.. ?So kami pon mcm tak excited kt tmpt tu. Sb ade dlm pakej kami layankn je.. ? - Lepas tu pegi ke Fairy stream… entrance fee -VND15000/MYR2.71) Tp kami tak masuk sb mcm xmenarik plus anjing berkeliaran turun naik dlm air tu ? Lepak kt kedai minum air klapa (VND20,000/MYR3.62)
- 830AM arrived at Hotel ? … check out pukul 12PM ?
- Tunggu bas pickup depan hotel pkul 130PM.
- Arrived at HCM pkul 730PM, lambat sampai sb jam ??? nk keluar tol (Kalah kt KL seriously) * Take grab to from Hanh Café bus stop to Ben Than Market (VND75,000/MYR13.56)
- Smpai Ben Than, tapau makanan ? di Hj Mansour (Nasi goreng Paprit ayam (VND75000/MYR13.57) – Makanan sedap, recommended) Beli kopi vietnam kt night market (MYR3) Tersangat2 sedap.
- Shopping ? dan beli survenior di Malaysia ?? night market lagi murah dri Ben than Market. Semua guna MYR. Lepas shopping take grab to bus ? pickup point (Mekong express)
to Phnom Phen, Cambodia – (VND120000/MYR21.28)
OVERNIGHT PHNOM PHEN
DAY 4 (02/07/19; Tues) PHNOM PHEN -> SIEM REAP
- Arrived at border pkul 5AM.
- Bas mlm susah cari, rata2 semua tak nak masuk cambodia malam. Kne rajin tanya tour office kt Ho chi minh. Kami dpt (USD16/MYR66.22) ** Sleeper bus **
- Bas sgt selesa, tilam best dan pemandu pon ok. Boleh terus booked online actually, tp kami walk in. Kalau nk booked online pegi kt virakbuntham.com
- Tunggu imigration buka pkul 630AM. Street to Mekong express bus drop point in Cambodia
- Kami plan tak nk ambil hotel ? sb mlm tu nk terus bertolak ke Siem Reap, but kami terpkse ambil untuk letak beg dan rest. So, ambik tuk tuk (USD8/MYR33.11) dan driver tuk2 bwak kami ke hotel.
- Buy simkad ?unlimited – (USD7/MYR28.98)
- Kami stay di Queen Wood Hotel ? (USD25/MYR103.47) agak mahal, tp selesa. Driver tuk2 pickup pkul 1 ke restoran Halal for lunch. – Seafood porridge (Riel 8500/MYR8.60) Ice lemon tea (Riel4000/MYR4)
Makanan sedap, waitres pon ok.. -recommended. Perjalan agk jauh dri satu tmpt ke satu tmpt.. So standby face mask ? , sb tempat byk habuk.. - Jalan2 di Killing Field. (Entrance fee – USD6/MYR24.08) Most of Cambodia tempat history, so spe yg minat sejarah bolehla jelajah cambodia. Lepas tu ke night market. Rase night market mcm kt
uptown malaysia. * Not excited * ? - Check out then booked grab to Giant ibis pickup point to Siem Reap (Grab USD3/MYR12.40) Tiket bus ? beli online di Giant Ibis (USD15/MYR71.80)** Sleeper bus** Selesa, ada washroom, bersih n ada wifi.
OVERNIGHT SIEM REAP
DAY5 (03/07/19; Wed) – SIEM REAP
- Smpai di siem reap giant ibis drop point pukul 630AM. Kt situ ramai pemandu tuk2 dh siap2 tggu, so kami amik je (USD6/MYR24.84) dlm perjalanan ke ? , kami minta driver tuk2
bwa tempat beli tiket bus ke poipet then terus ke hotel. Menginap di Serkirin Mary Angkor Villa (USD 19.20/MYR79.47 for 1 night) selesa dan recommended. Byk halal restaurant near the hotel. - Sampai hotel rest, then kami mkn di restaurant sekirin di hotel. -Nasi goreng pattaya (USD3/MYR12) Milo ais (USD1/MYR4). Di restoran, dibagi free Cambodian tea, sedap sgt… semua mknan sgt sedap. Must try. ???
- Booked halfday tour siem reap by tuk tuk muslim (USD12/MYR49.68) – Jalan2 city, lotus farm (entrance fees – USD0.5/MYR2.07, night market and old market. We all decide tak nk pegi Angkor Wat, mybe next time.. ?Di night market boleh beli survenior murah di kedai muslim as
per driver tuk tuk recommended. ??Beli roti satay (Muslim) – USD1/MYR4.14 – Ni mmg sedap giler… ?kedai di sebelah backpackers restaurant area hotel kami jugak. MUST TRY. - Dinner kami mkn mkanan ajaib kami, kembara meals – boleh beli di ig kembara.advanture.meals ??♀️- Rest n sleep.
DAY6 (04/07/19; Thu) SIEM REAP -> POIPET -> ARANYAPRATHET -> BANGKOK
- 6AM check out and breakfast di Sekirin restaurant – Kuehtiaw sup & Cambodia tea (FOC)
- Driver tuktuk pickup us to pickup point Siem reap to Poipet by minivan ? (USD12/49.67) perjalanan 3 hours.. Smpi di poipet terus Jalan kaki ke immagration then take tuk2 ke Aranyaprathet train station (THB100/MYR13.53)
- Kaunter tiket buka pukul 1-130PM, beli tiket train ? ke bangkok (THB48/MYR6.49). Train 2 kali sehari, pkul 8AM dan 2PM. Perjalanan 5 jam 30 minit.
- Arrived at bangkok 730PM… Jalan kaki ke hotel – walking distance 13minit ??♀️?
- Smpi hotel The rooftop residence hotel ? (THB2100/MYRMYR283.89-for 2 night) Hotel sgt bersih, cantik, selesa.. Ada laundry THB30/MYR4.06 1 times. – recommended ????
- Dinner at hotel again with mknan ajaib.. Boleh masak di hotel, dapur semua disediakan.
DAY 7(05/07/19; Fri) BANGKOK
- Breakfast at Hotel (English breafast??☕️). Booked grab to Siam center (THB115/MYR15.54) Buy simkad unlimited via KLOOK (THB102/MYR13.80) Recommended ??- kalau nk murah boleh beli melalui KLOOK.
- Jalan2 sekitar city, Terminal 21, Siam square, Siam paragon, MBK. Lunch at Yana Restaurant di MBK (Basil beef rice-THB129/MYR17.44, Thai tea -THB40/MYR5.41) Recommended ??, makan sedap portion ok dan murah.??
- Go to Pratunum market by grab (THB84/MYR11.37) Shopping ? dan tapau for dinner at opposite Pratunum market (Platinum mall) ada street food (Padthai THB180/MYR24.33) Mahal tapi berbaloi, portion byk dan sedap?
- Balik hotel naik tuk tuk (THB 220/MYR29.73)
- Dinner at Hotel and rest, ?
DAY 8(06/07/19; Sat) BANGKOK -> HATYAI
- Breakfast at Hotel ? . Booked grab to Chatuchak market (THB141/MYR19.05) Shopping ? dan balik hotel ? by grab (THB110/MYR14.88)
- Kerana kekangan masa, kami tak sempat ke Maeklong Railway and Amphawa floating market… ya maybe next time… ?
- Check out, booked grab to DMK airport (THB379/MYR51.24)
• Sblum boarding, mkn di airport DMK di restaurant Au We White coffee – Nasi goreng (THB169/MYR22.85). - Check in flight ✈️ DMK-HDY pd 1935PM (MYR 303.99/3 org) Ambil grab dri airport ke hotel ? (THB240/MYR32.46). Menginap di Get Guesthouse (THB2139/RM289.17-for 2 night)
Hotel bersih, selesa dan cantik. Mini snack bar ade, so boleh mkn je.. FOC..Hotel bedekatan dgn Restoran Khaled – 120meter from hotel. Near Kim yong market and lee garden as well. – Recommended????
DAY 9 (07/07/19; Sun) HATYAI
- Breakfast at Restoran Khaled near Hotel. Roti Canai Kosong (THB20/MYR2.70) The o Ais (THB20/MYR2.70). Mkanan di restorans sedap, ?mcm2 ada…buka pukul 6AM till 930 PM.
Lepas tu jaln ke Kim Yong Market, shopping ? Singgh 7e dan balik hotel ? - 4PM, take grab ke Khlong Hae market (THB120/MYR16.23) – Floating market pukul 5 keatas, bru semua kedai buka.
- Makan2 di floating market – Seafood porridge (THB25/MYR3.38), Pancake banana coklat (THB30/MYR4.06) Kerabu kaki ayam (THB25/MYR3.38) Thai tea ais (THB20/MYR2.70)
- Dah kenyang, shopping ? then balik naik grab (THB120/MYR16.23)
DAY 10 (08/07/19; Mon) HATYAI -> MALAYSIA
- Breakfast at restoran Khaled. Roti Canai Telor (THB20/MYR2.70) The o Ais (THB20/MYR2.70). Trus jalan ke kim yong market shopping ? lagi… then habiskn duit ?di 7e.
- Check out 12PM, take grab to Hatyai railway ? station (THB81/MYR10.95) Beli tiket train
- ke Padang besar (THB50/MYR6.76) -Time table ** 08.55 (09.55 Malaysian time) / 15.40 (16.40 Malaysian time) **
- Perjalanan dari Hatyai ke Pdng bsar hnya 50minit.
- Immagration check then yeah….! WE ARE IN MALAYSIA ????Beli makanan – Nasi goreng pataya (MYR7) sblm naik ETS ?
- ETS ke Kl sentral booked awal2 ye.. (MYR76) Perjalanan 6 jam ke KL.
- Sampai di KL 1230AM, delay stgah jam dri jadual asal.
JUMLAH KOS TERLIBAT UTK 1 ORG
1. Vietnam ??
JUMLAH KOS KASAR = TIKET FLIGHT + TRANSPORTATION + ACCOMMODATION = RM 307.63
2. Cambodia ??
JUMLAH KOS KASAR = TIKET BUS + FEE ENTRANCE + TRANSPORTATION + ACCOMMODATION = RM 322.49
3. Thailand ??
JUMLAH KOS KASAR = TIKET FLIGHT + TIKET TRAIN + TRANSPORTATION + ACCOMMODATION = RM 463.26
JUMLAH KOS KESELURUHAN = VIETNAM + CAMBODIA + THAILAND = RM 1093.38
Pesanan khidmat masyarakat ✍?
- Sila beli travel insurance, sgt penting kepada yg nk travel. Boleh beli di ‘https://www.gobear.com/my
- Download apps maps me untuk offline maps. Tp jgn lupe download negara yg nk dilawati dlu sebelom guna apps.
- Apps currency jugak sgt2 penting ye… sila download.
- Time travel pastikan duit di simpan sbb elok2 ada byk kes pnyeluk saku di mana2 tapi alhamdulillah kat kami xde mslh ini.sekadar mngingati ?
- Kos kami spatutnya boleh murah lagi kalau beli tiket bus ? awal means beli tiket awal 2 atau 3 bulan dan sila beli tiket flight ✈️ awal2 time promo.
- kalau di Cambodia, smua bayar pakai usd, tp balance dorg guna riel.. Pening jugak la kira.. So standby sikit duit riel.
- Hotel boleh booked di booking.com so far kami booked xde mslh..
- Kos Makan – Ikut selera masing2.. ?
- Budget diatas semua dh convert to exchange rate in Malaysia mse tukar duit
Trip nie hanya ikut kemampuan dan backpackers santai2.. Ade tempt yg kami skip.. So far kami enjoy…Boleh share ye untuk rujukan bagi sesiapa yang ingin pergi ???
Sumber: FB Norsuziehana Md Nor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak Berdamai Dengan Sawah Padi, Kuala Kurau Tempat Terbaik

Sampai di Kuala Kurau, anda boleh berdamai dengan suasana sawah padi yang mampu tenangkan emosi. Terletak di daerah Kerian, Perak, tempat ini terkenal sebagai salah-satu jelapang padi.
Jadi, kalau anda nak bercuti dengan melihat kedamaian kampung dan sawah padi, boleh pilih daerah ini sebagai salah satu tempat ‘laga hati’.
Suasana Kampung Tapi Ada Kolam Renang



Ada banyak homestay disini, salah satunya adalah Homestay Dahlia II, Batu 4,Parit Haji Amin, Kuala Kurau.

Ada banyak jenis homestay disini. Semuanya selesa. Kolam renang pula besar, boleh tengok sawah padi. Petang-petang boleh naik ATV atau main di tali air.


Selain ada tempat mandi, anda juga boleh pusing naik basikal di kawasan ini melihat kehijaun sawah padi.


Lokasi:
Homestay Dahlia II, Batu 4,Parit Haji Amin, Kuala Kurau, Perak.
Hah, jadi kalau anda rasa rindu sangat dengan suasana kampung atau berniat nak bawa anak-anak healing, boleh datang ke Kuala Kurau!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!













































