Lokasi pelancongan Lopburi di Thailand terkenal dengan kota monyet dan ‘Lopburi Monkey Festival’ dianjurkan penduduk tempatan serta pelancong untuk memberi makanan kepada monyet-monyet di sekitar ini.
Foto: festivals-holidays.comFoto: Booking.com
Namun, disebabkan wabak koronavirus (Covid-19) jumlah penurunan pelancon semakin menurun dan ‘hampir’ tiada di pusat peranginan Wilayah Lopburi Thailand tersebut.
Kebiasaannya, habitat tersebut akan diberikan makanan oleh pelancong yang berkunjung di pusat peranginan itu, namun kini keadaan tersebut berubah sama sekali.
Ads
Ratusan monyet berkenaan bukan perlu mencari makanan sendiri, malah melalui rakaman video yang tular di laman sosial, monyet-monyet kelaparan tersebut menyeberang jalan dan kemudian mengejar seekor monyet memegang sebiji pisang diberikan penduduk sangat meruntun jiwa.
Ads
Pandangan tersebut luar biasa kerana monyet bertindak agresif hanya mahu berebut sebiji pisang.
Ads
Hundreds of hungry monkeys swarm across Thai street as 'rival gangs' fight over food after tourists who normally feed them stay away because of coronavirus https://t.co/lQZ0sOzwDFpic.twitter.com/8TgrCTBrQ8
Sarawak menawarkan pelbagai macam keistimewaan yang pasti membuatkan sesiapa saja teruja untuk berkunjung ke Bumi Kenyalang ini. Membeli-belah di Sarawak juga merupakan aktiviti utama yang mesti dilakukan, selain menjanjikan pengalaman yang berbeza di mana pengunjung akan disajikan dengan pelbagai produk tempatan seperti cenderamata hasil kraftangan, produk kering juga bahan makanan basah untuk di bawa pulang.
Dengan rangkaian produk yang pelbagai, sesiapa sahaja yang berkunjung ke Sarawak pasti rambang mata untuk membawa pulang signature produk utama Sarawak seperti Kek Lapis Sarawak, Ikan Terubuk Masin, Lada Hitam dan juga hasil kraf. Bahkan ada yang mengatakan, jika produk-produk tersebut tidak dibeli, tidak lengkap rasanya kunjungan ke Sarawak.
Bazar Utama Kuching (Kuching Main Baazar) merupakan jalan tertua dan menjadi nadi kepada bandar Kuching lama. Pengunjung pasti terpegun melihat binaan reka bentuk rumah kedai lama masyarakat Cina yang telah didiami oleh beberapa generasi keluarga. Sekiranya menginap di hotel sekitar bandar raya Kuching jangan melepaskan peluang mengunjungi Bazaar Utama Kuching untuk membeli atau sekurang-kurangnya melihat kepelbagaian hasil seni dan kraf tangan buatan masyarakat tempatan. Daripada barang ukiran hinggalah hasil tenunan sendiri, semuanya boleh didapati pada harga yang murah. Pelbagai kedai kraftangan dan cendermata boleh ditemui di sini, dan telah menjadi kawasan tumpuan pelancong untuk membeli-belah.
Antara produk jualan kraf yang boleh didapati di sini adalah tikar Sarawak, kain Pua, rantai manik, beg anyaman, perhiasan rumah dan banyak lagi. Bertentangan dengannya pula ialah laluan jalan kaki terkenal, Tebingan Kuching atau lebih popular dipanggil waterfront yang merupakan bekas pelabuhan kapal-kapal dagang yang menjadikan tempat itu sebagai tapak permulaan bandar Kuching. Dari situ, pengunjung boleh menikmati pemandangan bandar dari seberang sungai dengan menaiki bot tambang yang pernah menjadi pengangkutan terpenting suatu ketika dulu.
Salah satu daripada produk signature Sarawak yang seringkali mendapat perhatian ramai adalah kek lapis Sarawak yang merupakan sejenis kuih pemanis mulut yang wajib ada di atas meja di rumah masyarakat Melayu Sarawak. Jika berkunjung ke Kuching, singgah sebentar di mana-mana sahaja kedai yang menjual Kek Lapis Sarawak, anda pasti kagum melihat lebih 50 jenis kek lapis Sarawak yang pelbagai warna, cantik dan halus buatannya dihasilkan setiap hari.
Antara jenis kek yang seringkali ditawarkan ialah kek lapis keju coklat, coklat Cadbury, masam manis, oreo, blueberi keju, nescafe cappuchino dan banyak lagi. Namun yang paling sedap dan mendapat permintaan ramai ialah kek lapis masam manis. Kek lapis yang diletak di luar peti sejuk boleh tahan sehingga satu minggu manakala jika disimpan dalam peti sejuk dan tidak dipotong, boleh tahan sehingga tiga bulan. .
Medan Niaga Satok merupakan pasar yang menghimpunkan pelbagai barangan keperluan harian di bawah satu bumbung. Menariknya di sini terdapat banyak gerai yang menjual ikan terubuk masin. Ikan terubuk masin menjadi satu kemestian kepada mereka yang berkunjung ke Sarawak untuk membeli dan membawa pulang ke tempat masing-masing. Maka, tidak hairan jika seseorang itu melancong ke Bumi Kenyalang tidak akan lupa singgah membeli ikan terubuk masin yang banyak dijual di Medan Niaga Satok sebagai buah tangan untuk sanak-saudara serta sahabat handai.
Mungkin berasa segan untuk menghadiahkan ikan masin sebagai buah tangan atau ole-ole dari Sarawak tetapi jangan risau, kerana keenakan rasa ikan itu pasti akan menambat hati mereka untuk terus mendapatkan ikan-ikan terubuk masin ini. Kelebihan ikan terubuk masin Sarawak terletak pada jenis ikan dan teknik ketika memprosesnya. Ikan terubuk tempatan ternyata lebih berkualiti dengan isinya yang lebih cantik dan lebih segar berbanding ikan terubuk import yang sedikit tawar.
Jangan risau jika ingin membawa pulang ke Semenanjung dan menaiki pesawat kerana kebanyakan pengusaha ikan terubuk masin di pasar ini mempunyai teknik tersendiri untuk melakukan pembungkusan ikan agar ia boleh dibawa masuk ke dalam pesawat tanpa mengeluarkan bau, basah dan ikan ini mampu bertahan dalam tempoh empat hingga lima hari di dalam kotak berkenaan.
Bandar Serian terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar Kuching menjadi destinasi riadah dan lokasi membeli belah pada hujung minggu. Kemunculan pusat komersil serta Pasar Tamu Serian yang terkenal dengan produk serta hasil hutannya membolehkan pengunjung mendapatkan segala jenis keperluan di situ. Di Pasar Tamu Serian terdapat pelabgai gerai-gerai menjual bekalan basah, sayur-sayuran kampung, buah-buahan tempatan dan kuih tradisional Sarawak yang sering dijadikan buah tangan pelancong. Harga yang ditawarkan juga berbaloi dan murah berbanding di kawasan lain.
Buah tempatan yang diberi jolokan buah Kristal Sarawak merupakan ole-ole yang mesti dibeli jika berada di Pasar Tamu Serian ini. Rasanya sangat sedap dan manis, seakan buah laici dan mata kucing.
Lada merupakan rempah yang digunakan dengan meluas sebagai perasa makanan sejak berkurun lamanya. Di Sarawak, lada telah ditanam sejak tahun 1856 tetapi penanaman secara meluas bermula pada tahun 1900-an. Kini, lada merupakan salah satu tanaman kontan yang penting sebagai punca pendapatan penduduk di kawasan pedalaman Sarawak. Lada banyak ditanam di beberapa daerah seperti di bahagian Sri Aman.
Jika berada di Sri Aman, jangan lupa untuk singgah ke kilang pemprosesan lada iaitu Aromatic Black Pepper. Terdapat dua jenis lada yang biasa dijumpai di Sarawak sebagai rempah iaitu lada hitam dan lada putih. Kedua-duanya dihasilkan dari buah lada hitam melalui dua proses yang berbeza. Lada hitam dihasilkan dengan cara menjemur dan mengeringkan buahnya yang belum masak di atas api hingga kulitnya berubah menjadi hitam dan berkeriput.
Lada putih pula dihasilkan dengan memetik buah yang hampir masa, ia kemudiannya direndam untuk memudahkan proses pengupasan. Lada putih mempunyai bau yang lebih kuat dari lada hitam, tetapi bau lada hitam lebih wangi dari lada putih. Pengunjung juga berpeluang untuk membeli lada di sini yang dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding di pasaran.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Panggung Teater Globe William Shakespeare, panggung teater London yang banyak mementaskan hasil karya penulis hebat itu, kini berdepan risiko terpaksa ditutup selepas beberapa bulan tidak beroperasi akibat wabak COVID-19.
Panggung bersejarah itu yang ditutup sementara sejak bulan Mac kini mengalami masalah kewangan paling kritikal sejak penubuhannya. Panggun ini sepenuhnya bergantung pada pendapatan dari penjualan tiket dan aktiviti panggung seperti jualan barangan dan bengkel pendidika.
Teater Globe yang asal dibina oleh syarikat milik Shakespeare, Lord Chamberlain’s Men, pada tahun 1599, tetapi musnah dalam kebakaran pada tahun 1613. Replika panggung itu kemudiannya dibina pada tahun 1997, hanya beberapa meter dari tapak asal di tebing Sungai Thames. Reka bentuknya hampir sama dengan bangunan asal, tetapi dimasukkan beberapa ciri moden.
Antara karya Shakespeare yang pernah dipentaskan di situ ialah ‘Hamlet’, ‘King Lear’, ‘Macbeth’ dan ‘Othello’. Lebih memburukkan keadaan, panggung itu tidak layak mendapat dana Majlis Kesenian, dan terpaksa menguruskan keseimbangan untuk bertahan dari segi kewangan dan dalam masa yang sama, berbakti kepada masyarakat sebagai sebuah pusat sejarah.
Seorang Ahli Parlimen, Julian Knight, yang mengetuai jawatankuasa digital, budaya, media dan sukan di United Kingdom, memberi amaran bahawa penutupan panggung itu merupakan satu tragedi. Panggung ini sebuah institusi terkenal dan bukan hanya sebahagian daripada identiti bangsa, tetapi juga contoh utama sumbangan besar industri seni kepada ekonomi. Jika harta negara ini ditutup kerana tewas kepada COVID-19, ia memang sesuatu yang tragis.
Sêrtar County @ Serthar County ialah daerah Wilayah Sichuan, China. Ia antara 18 daerah di bawah pentadbiran Wilayah Autonomi Garzê Tibetan, yang meliputi keluasa 9340 kilometer persegi. Sêrtar bermaksud ‘kuda emas’ dalam bahasa Tibet, mengunjur ke selatan Tibetan Plateau dan dirangkumi dalam sejarah rantau Kham. Populasi majoriti ialah penduduk Tibet, dan selebihnya Cina Han.
Sêrtar terdiri daripada 17 pekan dan 66 kampung. Ia merupakan pusat Institusi Buddha Larung Gar, institusi Buddha Tibet terbesar di dunia. Institusi ini diasaskan oleh Lama Jigme Phuntsok pada 1980. Bermula hanya beberapa sami, kini menempatkan lebih sepuluh ribu sami dan pengikut dari serata dunia. Kebanyakan sami menghabiskan enam ke tiga belas tahun latihan di sini. Institusi ini, terbahagi kepada dua segmen dan terbentang beberapa kilometer, terletak dalam lembah sekitar 15 kilometer dari pekan Sêrtar. Permit kadang kala diperlukan bagi pelancong untuk memasuki institusi ini.
Kedudukan Sêrtar amat terpencil, dan anda memerlukan setengah hari memandu dari Chengdu melalui Maerkang. Boleh juga melalui Xining, pusat Qinghai. Sêrtar terletak pada altitud 4,100 meter dari paras laut. Suhu sekitar 30 darjah celcius pada musim panas dan -25 darjah celcius ketika musim sejuk.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Thailand memang antara destinasi luar negara yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Selain jarak yang tidak terlalu jauh, negara ini juga sering jadi...