Menyusuri Teluk Intan bagai menggamit kembali kenangan lama. Teluk Intan yang berada di Negeri Perak telah diterokai pada awal abad ke-18 oleh seorang wanita yang dikatakan berasal dari Mandailing, Sumatera, bernama Mak Intan.

Susulan penerokaan itu, ramai yang berketurunan Jawa, Rawa, Mandailing, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan ini. Kebanyakan mereka adalah petani dan pedagang.

Pada tahun 1882, nama Teluk Mak Intan telah ditukar kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson, Gabenor Inggeris yang datang melawat pada waktu itu. Bagaimanapun 100 tahun kemudian iaitu pada 1982, namanya ditukar kembali kepada Teluk Intan. Ia merupakan bandar ketiga terbesar di Perak dan terbesar di Perak Selatan serta menjadi pusat pentadbiran Daerah Hilir Perak.

Jika anda bersiar-siar disekitar Teluk Intan, mata anda pasti dapat ‘menangkap’ sebuah banglo putih yang terbiar usang namun masih kukuh berdiri di sebidang tanah. Ramai tertanya-tanya siapakah pemilik rumah agam tersebut sebelum ini sehingga ia terbiar kosong tidak berpenghuni.

Kisah Disebalik Rumah Agam Putih Terbiar Di Teluk Intan

Ini perkongsian daripada sumber Orang Perak mengenai rumah agam ini.

Bagi mereka yang selalu berkunjung ke Teluk Intan, pasti anda tertanya-tanya berkenaan rumah agam besar yang terletak berhampiran Maybank Teluk Intan. Rumah ini dianggap misteri oleh orang luar bahkan buat penduduk tempatan sendiri. Jom ketahui berkenaan sejarah bangunan ini yang menjadi sebahagian dari sejarah Teluk Intan.

IKLAN

Rumah agam ini merupakan kediaman bagi keluarga yang berasal dari suku kaum Kantonis dan Woo Choy telah datang dan menetap di Malaya daripada Empayar Qing China sebelum Perang Dunia Kedua.Kisah Disebalik Rumah Agam Putih Terbiar Di Teluk Intan Kisah Disebalik Rumah Agam Putih Terbiar Di Teluk Intan Kisah Disebalik Rumah Agam Putih Terbiar Di Teluk Intan Kisah Disebalik Rumah Agam Putih Terbiar Di Teluk Intan Kisah Disebalik Rumah Agam Putih Terbiar Di Teluk Intan Kisah Disebalik Rumah Agam Putih Terbiar Di Teluk Intan Kisah Disebalik Rumah Agam Putih Terbiar Di Teluk Intan Kisah Disebalik Rumah Agam Putih Terbiar Di Teluk Intan Kisah Disebalik Rumah Agam Putih Terbiar Di Teluk Intan

Beliau memulakan konglomerat dalam pelbagai bidang perniagaan antaranya menjadi saudagar beras, pembekal pelbagai barangan seperti herba untuk perubatan, perkapalan dan lain-lain. Taukey Woo juga telah membeli sebidang tanah yang luas di sepanjang Batu 11 Changkat Road dan mengusahakan ladang getah. Beliau membina sebuah kilang untuk memproses getah skrap di ladangnya.

Rumah agam yang dibina pada tahun 1918 ini dipanggil sebagai ‘Yee Woh Tai Ngok’ oleh pemiliknya. Terletak di sebidang tanah yang berkeluasan 5 ekar, ia mempunyai pintu masuk utama mengadap Jalan Speedy dan pintu masuk sisi pula berhadapan dengan permulaan Jalan Ah Cheong.

Rumah agam ini dilindungi dengan dinding konkrit tinggi dibahagian Jalan Sekolah dan Jalan Ah Cheong. Dua bahagian pagar ini terdapat tiang konkrit dengan hiasan unicorn diatasnya. Hiasan besi dibahagian atas mempunyai senireka yang sangat unik, dipercayai dibawa masuk dari negara luar. Pintu utama ke bangunan ini mempunyai ketinggian sebanyak 15 kaki dan diperbuat dari kayu yang berkualiti tinggi.

IKLAN

Jeriji yang berada di luar pintu jenis gelongsor sisi, juga diperbuat dengan batang kayu keras berkualiti tinggi dan setiap batang tersebut berukuran diameter 2 inci. Jika masuk melalui pintu utama, terdapat sebuah kawasan dikaskan untuk para tetamu dibahagian kiri dan kanan. Ia juga dikatakn digunakan sebagai ruangan untuk kanak-kanak bermain dan belajar.

Selanjutnya apabila anda berjalan terus ke bahagian dalam rumah, anda akan menemui ruangan terbuka berbentuk segi empat yang berkeluasan sebanyak 40 kaki persegi. Dibahagian kirinya terdapat pintu yang berhadapan dengan Jalan Ah Cheong. Pintu tersebut juga digunakan oleh para pembantu dan kakitangan rumah agam ini.

Terdapat sebuah garaj yang boleh memuatkan sebanyak tiga hingga empat buah kereta tidak jauh dari pintu masuk ini. Ruangan berhadapan dengan Jalan Sekolah ini terdapat taman yang dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan dalam pasu.

IKLAN

Pasu-pasu tersebut dibuat oleh tukang yang mahir. Banyak patung unicorn, phoenix dan naga yang terdapat dikawasan ini. Dibahagian belakang halaman pula terdapat rumah untuk kakitangan dan pembantu rumah. Ada beberapa bilik dibahagian kanan dari pintu masuk utama. Juga terdapat dua buah tangga yang menuju ke tingkat pertama dimana merupakan ruangan untuk kegunaan peribadi keluarga Woo.

Rumah agam ini kemudiannya diduduki oleh balu Woo Choy dan beberapa orang adik beradiknya. Kebanyakan dari mereka tinggal disitu sehingga ke akhir hayat. Salah seorang adiknya, Dr Phyllis Woo pernah bertugas di Hospital Teluk Anson sebelum membuka kliniknya sendiri di Jalan Raja.

Berita kematian Taukey Woo pernah disiarkan oleh The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser pada 29 Ogos 1931.

“The death of Towkay Woo Choy took place at his residence, no. 9 Speedy Road, Teluk Anson, on Tuesday, Aug 11. The late Towkay was a very well-known and old resident of Teluk Anson, was proprietor of Messr. Yue Woo and Co., and one of the biggest landlords in Lower Perak. In his lifetime, he had done much beneficial work for his compatriots by organizing and financing the Teluk Anson Cantonese District Guild and giving some his land for use as a public burial ground. He had served on Lower Perak Sanitary Board for about 10 years”.

Komen-komen daripada warganet

Kisah Disebalik Rumah Agam Putih Terbiar Di Teluk Intan Kisah Disebalik Rumah Agam Putih Terbiar Di Teluk Intan Kisah Disebalik Rumah Agam Putih Terbiar Di Teluk Intan

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI