Nak Beli Makan, Barang & Isi Minyak Di Negeri Sembilan Hanya Dari Jam 7 Pagi Hingga 8 Malam

Share

Jika anda menetap atau berada di sekitar Negeri Sembilan, ada info penting untuk kalian.

Semua premis makan, restoran, gerai makan tepi jalan dan perniagaan kenderaan saji hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 7.00 pagi sehingga 8.00 malam berkuat kuasa 24 Mac sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

  • Turut dihadkan operasi perniagaan ialah semua pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka termasuk yang beroperasi 24 jam.
  • Semua stesen minyak, termasuk kedai serbaneka di dalam stesen itu dibenarkan beroperasi dari pukul 6.00 pagi hingga 8.00 malam.
  • Manakala semua pasar awam dibenarkan beroperasi mulai pukul 6.00 pagi sehingga 12 tengah hari.
  • Semua pasar malam, pasar tani dan dan pasar pagi tidak dibenarkan beroperasi.

Sumber: Bernama

IKLAN