Niat nak membantu anda yang pertama kali bercuti ke Kundasang di Sabah, ini tip yang patut anda baca dan ikuti jika sudah sampai di sana. Senang nak bergerak walau kali pertama jejak kaki di situ.
Tak lengkap percutian kalau tak ikut semua tip di bawah ini kerana semuanya penting dan berguna. Jom kita baca!
Nak Bercuti Ke Kundasang, Baca Dulu Tip Ini Untuk Senang Bergerak
1. Jika anda merancang hendak melancong sendiri tanpa pemandu pelancong, dinasihatkan untuk menyewa kenderaan bermula dari airport Kota Kinabalu.
Ini kerana lebih jimat dan murah jika menggunakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri berbanding menggunakan teksi.
2. Jika merancang untuk menggunakan perkhidmatan ejen, pastikan ejen berkenaan adalah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan & MATTA.
Jika ada sebarang masalah semasa trip, syarikat yang berdaftar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah anda dengan cara paling cepat dan profesional.
Ads
3. Dicadangkan untuk paling kurang bercuti di Kundasang adalah 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam.
4. Di Sabah memang terkenal dengan makanan laut yang murah dan berbaloi terutamanya di Kota Kinabalu. Antaranya adalah restoran gayang di Jalan Gayang, restoran nelayan di Bukit Padang, pak andi’s seafood di Tanjung Aru, welcome seafood di Jalan Asia City.
Kalau nak jimat dan murah, boleh berkunjung di Bulatan Todak berhampiran Pasar Besar Kota Kinabalu. Di sana banyak gerai-gerai menjual makanan laut yang segar, sedap dan murah.
Harga ikan di antara RM3.50 – RM5.00 sekilogram termasuk masakan. Murah kan?
Ads
5. Jika anda menyewa kenderaan, pastikan beli siap-siap kupon parking yang banyak dijual di pondok-pondok DBKK, kedai 24 jam atau datang terus ke pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
The Shire Sinisan, Kundasang, Sabah
Haa… cantik pemandangan dari hotel Dekat Kundasang. Kalau ada plan ke Sabah, nanti boleh plan stay sini. Pagi-pagi dapat layan view cantik gunung kinabalu, tenang emosi korang tengok kehijauan alam.
Ads
Di Kota Kinabalu khususnya, kalau nak parkir kenderaan kena sediakan kad kupon parkir ini untuk mengelakkan kenderaan anda disaman.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Buat anda yang berada di Selangor, pastinya sudah tidak asing lagi dengan Bandar Di-Raja, Bandar Klang.
Tapi sejauh manakah pernah anda terokai bandar yang sangat kaya dengan sejarah ini Dari keindahan alam semulajadi sehinggalah kawasan peninggalan bersejarah, setiap tarikan di Bandar ini harus anda kunjungi!
Daerah Petaling kini dikenali sebagai lokasi pemprosesan barang-barang import dan eksport yang terbaik di Asia menerusi Pelabuhan Klang. LIBUR tertarik dengan perkongsian dari Tourism Selangor tentang apakah aktiviti boleh dilakukan seharui berada di bandar Klang.
Usah gusar dan risau, ikuti itenari di bawah!
8.00 a.m. : Sarapan pagi di Chong Kok Kopitiam 9.00 a.m. : Jelajah Bandar Klang melalui Program Royal Klang Town Heritage Walk Tour
12.00 p.m. : Makan tengah hari di Archana Curry House
1.00 p.m. : Berjalan di sekitar Little India di Jalan Tunku Kelana
2.00 p.m. : Membeli-belah di GM Klang
5.00 p.m. : Bersantai di Café 1986, Botanic untuk minum petang
6.00 p.m. : Menikmati pemandangan matahari terbenam di Tanjung Harapan
7.00 p.m. : Makan malam di Restoran Faridah Nasi Ayam & Kambing Bakar
8.30 p.m. : Bersiar di sekitar Pasar Malam Teluk Pulai pada waktu malam
Mulakan hari anda dengan bersarapan di salah sebuah kedai makan yang cukup terkenal di Klang. Sering dikunjungi ramai penduduk tempatan, restoran ini sering menjadi pilihan warga Klang dan juga para pelancong luar.
Oleh itu, anda haruslah mengambil peluang untuk datang ke sini dan mencuba kopi buatan mereka yang digemari ramai, roti kukus atau roti bakar disaluti mentega dan kaya, dan juga telur separuh masak!
Semasa berada di Klang, kami sangat menggalakkan anda untuk menjelajahi seluruh Bandar untuk sebuah perjalanan yang lebih menarik! Anda juga boleh menyertai lawatan berpandu yang disediakan oleh Tourism Selangor secara percuma, di mana anda akan dibawa ke pelbagai lokasi menarik dan bersejarah di sekitar Bandar Klang!
Seringkali disarankan oleh penduduk Bandar ini, pastikan anda singgah ke salah sebuah restoran terbaik dengan menu autentik yang terdapat di Klang.
Archana Curry House ini telah giat menjalankan perniagaan mereka selama lebih dari 15 tahun. Terkenal dengan hidangan khasnya, nasi daun pisang yang disajikan dengan ayam peratal, ia adalah salah satu menu yang mesti anda cuba!
Bersiar-siarlah di sekitar Jalan Tengku Kelana yang sering dipenuhi dengan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai jenis pilihan barangan. Faktor ini telah menjadikan lokasi ini sebagai salah sebuah tempat kegemaran pelancong!
Antara yang menarik perhatian ialah deretan kedai yang menjual pakaian tradisional, tekstil, makanan ringan di bahu jalan dan gerai jualan lain yang turut mempromosikan kebudayaan kaum India di Malaysia.
Jika anda sedang mencari sebuah lokasi terbaik untuk berbelanja, GM Klang adalah pilihan ramai! Masuklah ke dalam pasar borong besar yang menawarkan aneka jenis barangan termasuk pakaian, makanan, barangan hiasan rumah, barang-barang perkahwinan dan juga barangan elektronik. Bukan sahaja mereka menyediakan anda dengan produk-produk yang berkualiti, malahan harganya juga adalah sangat berpatutan untuk semua!
Kepada sesiapa yang mengatakan Bandar Klang ini kurang memilik kafe berestetik, ini lah masanya untuk buktikan mereka salah.
Bagi mereka yang ingin berada di kafe yang sesuai untuk bersantai serta dihidangi makanan yang lazat, jangan lupa untuk singgah ke Café 1986 ini. Menyajikan anda dengan pelbagai jenis makanan dari makanan Barat mereka sehinggalah pencuci mulut yang digemari ramai, sudah pasti ianya akan menambat hati anda!
Terletak berdekatan dengan Medan Muara Ikan Bakar yang terkenal, Tanjung Harapan kini terkenal sebagai salah satu tempat berehat pilihan ramai pada waktu petang!
Kebanyakan orang ramai yang mengunjungi tempat ini sanggup memandu jauh hanya untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang sungguh luar biasa. Pemandangan laut yang cukup menenangkan serta angin sepoi-sepoi bahasa tentu akan membuatkan anda melupakan sementara segala masalah anda!
Adakah anda sedang mencari nasi ayam yang lazat di Klang? Jangan bimbang kerana Restoran Faridah sudah pasti akan menepati cita rasa anda!
Jangan ketinggalan untuk mencuba menu utama mereka iaitu nasi ayam dan kambing bakar! Oleh kerana restoran ini terletak berhampiran dengan Pasar Raya Matahari, anda tidak akan ada masalah untuk mencari lokasinya.
Berjalan-jalanlah di sepanjang pasar malam yang terkenal di mana anda pasti akan berasa teruja dengan makanan-makanan Melayu, Cina dan India yang dijual di sini! Dengan pelbagai pilihan makanan yang ada, kini lokasi ini sering dikunjungi oleh para pelancong untuk mendapatkan seleksi makanan tempatan yang terbaik di tengah-tengah Bandar! Di pasar malam ini juga terdapat pelbagai jenis gerai yang menjual pakaian dan barang keperluan rumah.
Percutian pendek anda ke Bandar Klang tidak akan lengkap tanpa melawati kawasan-kawasan indah yang disenaraikan! Ambillah peluang ini untuk menerokai Bandar Di-Raja ini yang sudah pasti akan menambat hati anda dengan bangunan bersejarahnya yang memiliki senibina luar biasa. Tourism Selangor memberi jaminan senarai aktiviti ini pasti akan bermanfaat apabila anda berkunjung ke Bandar Klang Kelak!
Kesemua senarai produk dan pilihan destinasi di atas dinyatakan hanya sebagai syor dari pihak Tourism Selangor. Untuk informasi lanjut tentang produk-produk pelancongan menarik di Negeri Selangor, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Aurora Borealis merupakan fenomena alam yang sangat indah. Ramai yang memilih untuk melancong ke beberapa negara semata-mata untuk memburu Aurora indah ini. Seorang rakyat Malaysia yang sudah berpeluang menyaksikan sendiri fenomena ini tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan tip untuk panduan anda yang juga mempunyai impian melihat sendiri Airora di depan mata.
Baca perkongsian ini:
Beberapa rakan melawat Norway dan Sweden baru baru ini tetapi pulang dengan perasaan hampa kerana tidak bertemu dengan fenomena Aurora Borealis (AB).
Selain AB anda perlu juga alami fenomena Midnight Sun dikawasan ini pada musim summer. Alhamdulillah saya sudah merasai kedua dua keajaiban bumi ini.
AB adalah fenomena alam yang natural dan ianya bukan seperti melawat zoo dan anda pasti berjumpa dengan binatang singa yang anda teringin melihatnya.
Ada beberapa tips yang anda perlu tahu untuk meninggikan peluang bertemu dengan AB.
Kebanyakkan pelawat Malaysia berharap bertemu AB di Norway, Sweden dan Iceland. Sebelum berkembara buatlah search google untuk mengetahui cara penggunaan beberapa Apps yang boleh meramal kemunculan AB.
Alhamdulillah dalam trip Northern Norway dan Sweden selama sebulan kami bertemu AB sebanyak tiga kali di Geiranger, Lofoten Island Norway dan di Abisko Sweden.
Sebenarnya ianya bukan kebetulan kerana kami memang merancang untuk mencari tempat bertemu dengan AB ini. Saya perturunkan beberapa tips untuk berjumpa dengan AB:
1. Masa terbaik untuk melihat AB adalah antara September, Oktober, November, Disember, Januari, Februari dan Mach. Ini bermakna anda perlu bersiap sedia dengan pakaian winter kerana suhu boleh menjunamkan kepada paras -10’C.
2. Tempat paling terbaik adalah di Abisko Sweden kerana ianya mempunyai micro climate tersendiri. Ini bermakna langit di Abisko tidak banyak awan dan selalu clear weather. Anda boleh menunggu di Narvik, Tromso dan kawasan Lappland Finland tetapi peluang berjumpa AB di Abisko adalah lebih tinggi.
3. 2 jam sebelum kemunculan AB, Apps akan memberi notis. Pastikan anda sentiasa up to date dengan notification dari AB Apps.
4. Bersedia menanti kemunculan AB selama beberapa jam dalam suhu -5 hingga -10’c. Kami menunggu dalam kereta sewa ditepian tasik di Abisko. Di Lofoten Island kami dapat melihat dari hotel dan di Geiranger hanya dari rumah Air BnB.
5. Perlu berjaga malam untuk menunggu kemunculan AB sehingga lewat malam. Semasa di Abisko, AB hanya mula bermain dikaki langit dari 10 malam hingga tengah malam walhal Apps meramalkan kemunculan pada 8 pm. Jikalau malas dan suka masuk selimut waktu malam dalam keadaan suhu nyaman dibilik hotel, tentu akan berjumpa AB dalam mimpi sahaja.
6. Pastikan belajar cara mengambil AB photography menggunakan DSLR dengan setting yang bersesuaian dengan tripod. Camera phone tidak termampu merakam pergerakkan AB. Rugi kalau berjumpa AB dan tidak bersedia dengan peralatan photography.
7. Luangkan masa selama seminggu hanya untuk mencari AB. Ini bermakna anda terpaksa allocate bajet yang lebih dinegara yang termahal didunia.
8. Di Abisko hanya terdapat dua hostel berbilik berkongsi WC dan kitchen dengan harga ~ Rm500 semalam. Ya, bukan murah mencari Aurora Borealis ini.
9. Baca baca baca dan buat kajian tentang Aurora Borealis. Jangan main redah kerana rugi berbelanja berbelas ribu ringgit untuk trip tetapi miss melihat AB.
Baca catatan saya semasa carian AB pada tahun 2017.
Day 10: On the trail of the elusive Aurora Borealis.
Aurora pertama yang saya saksikan dalam trip ini adalah di Geiranger Fjords, Western Norway pada jam 2 pagi tetapi ianya bermain jauh dikaki langit.
Aurora kedua kami lihat semasa di Moskenes Lofoten tetapi hanya beberapa minit sahaja kerana sudah mula turun salji lebat.
Saya telah membuat booking dua malam di Abisko Guesthouse, Sweden tetapi oleh kerana jalan terhalang disebabkan ada 3 trailer skidded, hari pertama kami bermalam di Katterjokk 20km dari Abisko. Pada waktu pagi 31 oktober baru kami dapat checkin di Abisko Guesthouse.
Ini bermakna hanya satu malam 31hb oktober sahaja kami berpeluang untuk menyaksikan Aurora Borealis yang sangat elusive ini, itu pun jika ada rezki. Secara statistik sebenarnya ianya adalah peluang yang sangat tipis kerana dari pembacaan saya, kebiasaan pelawat akan tinggal 3 malam di Abisko menanti kemunculan Cik Aurora.
Sebelum ke reception Abisko Guesthouse saya bersembang sekejap dengan saorang pelawat dari Negara China yang baru nak beredar dari guesthouse.
“Hi Bro, did you manage to see Aurora the last few nights?” tanya saya.
“No, only very faint so we are driving to Tromso now to have a better chance” balas beliau dengan pelat cina.
Merudum juga hati mendengar perkhabaran hampa dari Aurora Hunter cina tersebut.
Sebagai Jurutera memang kami dilatih untuk berfikir ‘out of the box’ dan membuat pelan kontigensi ‘What If’.
Saya ajukan beberapa senario kepada kedua rakan travel buddies Haji NS dan Haji ZS.
“Jika Aurora keluar malam ini, kita checkout esoknya dan balik ke Narvik, pulangkan kereta sewa dan travel ke Kiruna Sweden sebelum terbang ke Helsinki. Ini bermakna rancangan asal ke Tromso dibatalkan” ujar saya kepada rakan-rakan tentang senario pertama.
“Senario kedua, jika Aurora tidak kelihatan malam ini, kita extend semalam lagi di Abisko dan bertolak ke Narvik pada waktu subuh, pulangkan kereta sewa dan travel ke Kiruna. Kita cari Aurora di Kiruna dan buat keputusan selanjutnya disana” sambung saya lagi.
Rakan-rakan bersetuju kerana kami masih ada 2 minggu perjalanan lagi dan tiga kali penggunaan tiket Eurail masih belum dipakai. Di Helsinki kami berharap boleh masuk ke St Petersburg Russia tanpa perlu visa untuk mengambil kesempatan undang undang Russia 72 jam free visa dari Helsinki.
Saya semak setiap sejam dua online website dan dua Ios apps yang membuat ramalan kemunculan Aurora di Abisko. Semua menyatakan ada aktiviti Aurora bermula jam 8 pm dikawasan KP2.
Pada jam 6 pm saya menerima notification bahawa Aurora akan timbul 25 minit lagi dan terus memakai 5 lapis pakaian, 2 lapis glove, dua lapis stokin, dua lapis long john, DSLR Sony Alpha 6000, dua spare battery, termos berisi air panas dan berangkat ke tepian tasik Abisko Ostra. Saya terpaksa memakai pakaian tebal kerana menjangka akan berada diluar dengan suhu antara -5’C hingga -10’C selama 5 atau 6 jam.
“Korang pergilah berdua kerana aku tak tahan sejuk” ujar rakan Hj NS.
Hj NS berbadan kurus dan tidak tahan sejuk berbanding kami yang mempunyai buffer lemak yang lebih.
Apabila kami berdua sampai ditepian tasik sudah ada satu couple yang sedang menunggu tetapi tiada Aurora yang muncul saperti yang di forecast.
Suhu sejuk menyebabkan hidung, telinga, jari jemari dan tapak kaki menjadi sakit walaupun saya sudah berpakaian polar.
Masuk jam pertama tiada apa kelihatan dikaki langit yang menyebabkan saya mengantuk walaupun jam menunjukkan pukul 7 pm kerana semuanya gelap gelita.
Masuk jam kedua, masih tiada tanda Aurora akan muncul pada jam 8 malam. Beberapa pelawat sudah mulai datang berkerumun di spot strategik menunggu kemunculan Cik Aurora.
Saya terlelap seketika sehingga digerakkan oleh rakan Hj ZS.
“Din, Din, Aurora dah muncul” Hj ZS mengejut saya dari lamunan. Jam menunjukkan pukul 9 malam.
Saya terus bergegas memasang tripod serta camera DSLR Sony dan mencari tempat strategik. Lebih kurang sepuloh orang pelawat sudah bersedia dengan camera DSLR masing-masing mendongak ke langit.
Pada mulanya Ianya tidak jelas dan nampak saperti awan yang bergerak. Hanya dengan camera DSLR sahaja boleh merakam warna hijau Aurora ini. Beberapa minit kemudian sudah jelas saperti awan berwarna hijau, pink dan unggu bergerak-gerak saperti menari dikaki langit dan diatas kepala kami.
Itulah Cik Aurora Borealis jelitawan alam yang dinanti-nantikan.
Selama tiga jam kami snap gambar dengan beberapa setting camera untuk mendapat gambar yang clear dan cantik.
Saya mencuba berbagai manual setting, speed antara 5-25 saat, f 3.5, ISO 400-4000 dan fokus infiniti.
Pada jam 12 malam kami segera pulang ke Guesthouse dan ‘memaksa’ rakan Hj NS ke tepian tasik untuk sessi bergambar. Rugi kalau sudah terserempak dengan Aurora tetapi tidak memberi salam perkenalan. Memang rezki Hj NS dapat menyaksi Aurora walau sekejap kerana 15 minit kemudian show berakhir.
Gambar Aurora tidak boleh di snap dengan handphone kerana ianya perlu shutter speed antara 3-25 saat dan ISO tinggi, bergantung kepada pergerakkan Aurora.
Saya banyak mengambil tips dari website ini cara Aurora photography:
Semoga catatan ini boleh memberi sedikit pedoman kepada mereka yang masih mengejar Aurora Borealis untuk berkesempatan melihatnya walaupun sekali seumor hidup. Selepas Aurora Borealis boleh mulakan carian Aurora Australis pula. Woohoo!!
Catatan oleh:
Ir Haji Zainuddin Bin Haji Omar
1 November 2017
Abisko Sweden.
Kepada peminat Kdrama pastinya selalu melihat scene pelakon kegemaran menikmati aiskrim yang popular di sana setinggi 32cm.
Aiskrim yang sangat popular di Myeongdong Korea ini hanya boleh dinikmati di kedai bernama 32 Parfait.
Dan tidak lama lagi penggemar aiskrim ini di Malaysia boleh menikmatinya kerana bakal membuka outlet pertamanya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Seperti namanya, aiskrim setinggi 32cm ni menjadi sensasi hangat dalam kalangan peminat dessert kerana ketinggiannya yang unik.
Difahamkan juga, 32 Parfait di Malaysia akan membawakan pelbagai jenis perisa iaitu coklat, vanila, vanila coklat, strawberi, manga, teh hijau dan juga yogurtblue. Pastinya penggemar aiskrim tidak akan melepaskan peluang untuk nikmati aiskrim bersaiz tiga kali ganda saiz aiskrim biasa.
Sudah tentunya ramai yang tidak sabar untuk menikmati aiskrim viral ini lebih-lebih lagi dalam cuaca panas sekarang.
Untuk pengetahuan 32 Parfait bakal dibuka di Lot 10, Bukit Bintang, berseberangan dengan restoran DON DON DONKI.
Namun begitu outlet ini masih dalam proses pengubahsuaian dan akan beroperasi tidak lama lagi.
Bagi peminat aiskrim dan Kdrama, diharap bersama menantikan pembukaan outlet pertama 32 Parfait ini di Malaysia.
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...