Taman Tasik Titiwangsa yang kembali dibuka sejak 15 Disember lalu bagi membolehkan orang ramai beriadah telah disalahguna oleh sesetengah individu. Namun, baru beberapa hari dibuka ada beberapa gambar tidak enak telah tular. Taman itu kini menjadi sasaran vandalisme individu yang tidak bertanggungjawab.
Melalui status bertarikh 19 Disember lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memuatnaik status di laman rasmi facebooknya menasihatkan orang awam supaya tidak mengabaikan anak-anak ketika menggunakan kemudahan di Taman Tasik Titiwangsa.
Ia merujuk kepada gambar tular permainan buaian 'pendulum' yang digunakan secara salah dan membahayakan penggunanya. Unit Media DBKL turut berkongsi terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu notis tatacara penggunaan yang ditampal pada buaian tersebut.
Ads
Buaian direka untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun sahaja, hanya dua kanak-kanak sahaja boleh duduk di buaian pada satu masa dan risiko penggunaan adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
Jangan bermain kasar, gunakan dengan berhemah, pakai kasut yang sesuai dan perlu pengawasan ibu-bapa atau penjaga pada setiap masa.
Ibu bapa atau penjaga turut digesa agar lebih memantau aktiviti yang dilakukan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
Hai rakyat Malaysia sekalian, dan mungkin rakyat asing gunakanlah kemudahan yang telah disediakan dengan baik. Hampir masuk ke tahun 2020, cuba ubah diri ke arah lebih positif dan bertangunggjawab.
Ads
Ads
Ini antara komen yang ditinggalkan orang ramai di facebook rasmi DBKL
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebaik pesawat tersebut mendarat dengan sebahagian kapal sudah terbakar, kelihatan pintu kecemasan terbuka dan ramai yang bergegas lari menyelamatkan diri. Tidak kelihatan susuk tubuh kanak-kanak kemungkinan tidak sempat melarikan diri.
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh apabila sebuah pesawat terbakar di lapangan terbang Sheremetyevo di Moscow, Rusia. Antara yang maut termasuk dua kanak-kanak manakala enam individu lain dilaporkan cedera.
Menurut jawatankuasa penyiasatan Rusia, pesawat Sukhoi Superjet 100 yang membawa 73 penumpang dan lima anak kapal itu terpaksa membuat pendaratan cemas apabila pesawat tersebut didapati terbakar dan diselubungi asap tebal. Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan ke bandar Murmansk.
Video yang mula tersebar di media sosial menunjukkan penumpang berlari lintang-pukang selepas membuat pendaratan cemas. Lapangan terbang tersebut dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu terpaksa berpatah balik akibat gangguan teknikal yang masih belum jelas puncanya.
Kuala Lumpur telah dipilih menjadi tuan rumah Global Summit on Urban Tourism edisi ke 6 dari 4 hingga 6 Disember 2017.
Kuala Lumpur baru-baru ini diiktiraf dalam laporan Euromonitor International sebagai bandar ke-10 paling kerap dikunjungi di dunia, mengalu-alukan perwakilan tempatan dan antarabangsa pada sidang kemuncak di Majestic Hotel.
Para jemputan termasuk pemimpin dunia pelancongan, pembuat dasar peringkat tinggi, pakar dari sektor awam dan swasta, ahli akademik, pihak berkuasa tempatan, perancang bandar dan arkitek. Mereka berada di sini untuk bertukar idea dan pengalaman serta meningkatkan lagi pembangunan pelancongan.
Kuala Lumpur adalah bandar ke-6 menganjurkan GSUT selepas Luxor, Mesir (2016); Marrakech, Maghribi (2015); Barcelona, Sepanyol (2014); Moscow, Russia (2013); dan Istanbul, Turki (2012).
Tersenarai sebagai destinasi ke-5 beli-belah terbaik dunia pada 2016 oleh Expedia UK, Kuala Lumpur popular di kalangan pelancong antarabangsa bagi destinasi berbaloi serta infrastruktur dan kemesraan rakyatnya.
Kuala Lumpur telah berkembang dari pusat perlombongan ke bandar kosmopolitan dengan bangunan pencakar langit yang menjulang tinggi, infrastruktur moden dan perkhidmatan pengangkutan dan komunikasi yang cekap.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada masa beberapa tahun sahaja lagi sebelum tahun 2021 dan European Union (EU) akan mengimplementasikan sistem baru untuk pelancong Malaysia yang ingin berkunjung ke Schengen Area. ?
Sistem baru ini dikenali sebagai European Travel Information and Authorization System (ETIAS) dan sistem online ini hanya perlu diisi oleh pelancong dari negara yang tidak memerlukan visa untuk ke negara-negara EU.
Dengan adanya kelepasan daripada ETIAS ini, pelancong dari negara yang tidak memerlukan visa ke EU akan dapat menikmati tempoh tinggal selama 90 hari di mana-mana bahagian Schengen Area. ?
Ala lebih kurang macam permit la untuk rekod keluar masuk pelancong, tapi tak serumit visa sebab sistem ETIAS ini adalah automatik dan centralized di semua bahagian Schengen Area manakala visa EU akan diproses satu per satu oleh pegawai kerajaan dari setiap negara EU yang kita nak pergi.
So selagi mana rakyat Malaysia boleh menikmati kelebihan untuk pergi ke negara-negara EU tanpa visa, sistem ETIAS ini adalah wajib diisi bagi memenuhi syarat keselamatan yang diperuntukkan dalam undang-undang EU. ?
Bukan Malaysia sahaja yang kena, ada banyak lagi negara lain ?? ?? ??
Kalau anda nak tahu, bukan Malaysia sahaja yang termaktub dalam sistem baharu yang akan dilaksanakan pada tahun 2021 ni, ada 60 lagi negara lain termasuk Singapura yang perlu apply ETIAS kalau nak enjoy percutian di sana. ?? ?? ??
Jangan pening, jangan khuatir. ETIAS ini boleh apply secara online sahaja dan sahlaku selama 3 tahun dengan kos sebanyak 7 Euros (lebih kurang RM33).
Selepas permohonan online dilakukan, ETIAS akan membuat semakan mengenai diri anda di beberapa peringkat tapisan keselamatan seperti Interpol, Eurodas, Europol dan sebagainya bagi mementukan anda bukan ancaman dan hanya datang untuk melancong.
Ini semua tapisan keselamatan je.. tak perlu risau.. ? ?
Dengar macam scarykan? ☹️ Tapi itulah tapisan keselamatan yang perlu kita ikut kalau nak bercuti ke sana kelak. Jika permohonan anda diterima, anda akan diberikan kebenaran dan sekiranya tidak, jeng.. jeng.. jeng.. anda mungkin suspek ISIS. Bhahaha.. ?
Anda akan dapat kebenaran melalui email dan sekalipun pihak ETIAS kata setiap permohonan hanya memakan masa selama 10 minit sahaja tapi disarankan kepada anda untuk membuat permohonan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum pelepasan. Jangan buat last minute, please..
Kat sini Libur sertakan pada anda infografik step-by-step macam mana anda boleh buat permohonan ETIAS ?
Kalau anda nak check mana-mana negara lain yang turut memerlukan mereka apply ETIAS, anda boleh check di laman web ini.
Selesai sahaja permohonan anda, ada beberapa perkara lagi yang anda perlu lakukan. Jangan ingat dah setel applyonline dah boleh main golek-golek layan Netflix ya. Sabar dulu.
Ini perkara yang anda perlu lakukan:
1. Print kebenaran ETIAS tu siap-siap, selitkan sekali dengan passport anda. Sekalipun kebenaran ETIAS itu akan link sekali dengan passport anda, jangan ambil ringan perkara ini. 2. Kebenaran ETIAS itu untuk setiap individu. Bukan untuk group. So anda jangan memandai-mandai apply untuk 10 orang atas nama anda seorang. Nanti yang lepas dekat border EU hanya anda seorang sahaja, groupmembers yang lain semua nangis dekat pagar border. Huhu. ? 3. Semak status ETIAS anda beberapa hari sebelum berlepas. Maklumlah, sekalipun status kebenaran dah diberikan tapi kebenaran tersebut boleh ditarik balik saat-saat akhir. 4. Selagi mana dalam tempoh sah laku ETIAS itu, anda bebas untuk terbang ke sana, berenang ke sini, menjelajah ke situ dalam mana-mana sahaja negara EU. 5. Anda perlu pergi ke negara pertama yang anda tulis dalam permohonan ETIAS. Contoh, anda rangka perjalanan untuk bercuti ke Ireland, United Kingdon dan Belanda. Anda tulis negara pertama adalah Ireland, then anda perlu ke Ireland dahulu sebelum ke negara lain dalan susunan. Jangan langkah-langkah.
6. Perkara terakhir yang anda kena buat, belikan Libur keychain, hantar kat office. Hehehe.. ?
Ok-ok pointlast tu main-main je. So jelas ya tentang apa yang Libur bagitahu tadi. Kalau nak bercuti ke EU nanti lepas ni jangan lupa apply ETIAS. Kalau anda nak lagi maklumat lanjut, sila layari lawan web Schengen Visa Info.
Sumber: Schengen Visa Info
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...