Siapa yang tak kenal dengan salah satu daripada penyedia perkhidmatan penerbangan yang popular dan bertaraf dunia – Etihad Airways? Syarikat penerbangan yang berpengkalan di Abu Dhabi itu cukup dikenali kerana armada kapalnya yang canggih seperti deretan pesawat Boeing A380 serta layanan mereka terhadap penumpang yang mewah dan membuatkan anda berasa seperti Raja – walaupun anda berada di kelas ekonomi.

Tak percaya? Cuba tempah satu tiket penerbangan bersama Etihad, dan alami sendiri pengalaman terbang bersama mereka. Kalau tidak sekalipun, tengok saja video-video yang ada di YouTube, bagaimana pengalaman mereka yang pernah terbang bersama syarikat penerbangan Abu Dhabi ini.

Tapi, kemewahan dan gah tidak kekal selamanya. Segergasi mana pun syarikat tersebut, satu hari nanti pasti ia akan menempuh satu masa yang diuji untuk ‘melayarkan bahtera’ kegemilangan mereka.

Etihad kini dalam proses untuk mengurangkan segala kos yang ditanggung oleh mereka kepada penumpang. Pelbagai dasar rasionalisasi yang diambil oleh Etihad menyebabkan berlakunya beberapa penyusutan nilai yang ditawarkan kepada penumpang berbanding sewaktu zaman kegemilangan mereka dahulu. Anda boleh baca ulasan secara terperinci mengenai beberapa siri potongan perbelanjaan Etihad Airways di sini.

IKLAN

Nak Jimatkan Kos, Penumpang Ekonomi Etihad Airways Kena Bayar Untuk Minuman Dan Makanan Ringan

Baru-baru ini, sekali lagi Etihad mengumumkan bahawa penumpang untuk kelas ekonomi akan membayar harga minuman dan makanan ringan yang dipesan. Walaupun makanan utama masih lagi percuma semasa anda membeli tiket penerbangan, permintaan minuman atau makanan ringan di luar waktu makan akan dikenakan cas dan ini termaktud sama ada penerbangan yang dekat mehupun jauh.

IKLAN
Nak Jimatkan Kos, Penumpang Ekonomi Etihad Airways Kena Bayar Untuk Minuman Dan Makanan Ringan
Antara menu makan di dalam pesawat Etihad yang telah dikemaskini.

Selain daripada itu, Etihad juga telah mengubah menu makanan dalam pesawat di mana penumpang tidak lagi dapat menikmati hidangan pembuka selera dan salad. Sesuatu yang agak menyedihkan apabila kita tidak lagi dapat menikmati hidangan pembuka selera – lebih-lebih lagi di kelas ekonomi – yang sedap. Tapi, sebagai timbal tara kepada pengurangan tersebut, hidangan utama Etihad akan ditambah menjadi lebih besar berbanding sebelumnya.

Selain daripada pengurangan kos membabitkan makanan dan minuman kepada penumpang, Etihad juga kini mengenakan cas untuk anda yang mahu memiih tempat duduk. Cas untuk pilih tempat duduk? Hmm..

IKLAN

Nak Jimatkan Kos, Penumpang Ekonomi Etihad Airways Kena Bayar Untuk Minuman Dan Makanan Ringan

Ya, cas untuk tempat duduk dan cupcake kepada penumpang bukan perkara baharu dalam dunia penerbangan. Lebih-lebih lagi Etihad adalah syarikat penerbangan mewah yang berusia 16 tahun dan bersaing bersama syarikat tambang murah di seluruh dunia. Jadi, tak mengejutkan kalau mereka terpaksa untuk membuat keputusan yang sukar seperti itu.

Jadi, anda bagaimana? Adakah anda pernah dan akan terbang lagi bersama Etihad selepas ini? Kongsikan kepada kami di ruangan komen Facebook.

Sumber: Simple Flying & One Mile At A Time

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI