Kerjaya sebagai pemandu pelancong semestinya sesuai untuk seseorang yang suka melancong atau mengembara, suka berinteraksi dengan orang ramai, pandai menyusun atur perancangan, tahu selok belok persekitaran seperti tempat bersejarah atau kawasan tumpuan dan sukakan ilmu pengetahuan terhadap sesuatu perkara.
Pemandu pelancong yang professional juga mestilah seseorang yang amanah dan bertanggungjawab dalam memastikan pelancong yang dibawa dapat menikmati percutian mereka sepenuhnya. Bukan setakat keselesaan penginapan si pelancong malah pengangkutan, jadual lawatan, informasi tempat pelancongan, makan, membeli-belah dan lain-lain yang berkaitan turut dibawah jagaan si pemandu pelancong.
Jika anda seseorang yang mempunyai ciri-ciri tersebut, anda boleh berfikir sejenak untuk menukar kerjaya yang ada kepada kerjaya sebagai pemandu pelancong.
Sekiranya anda ingin menjadi seorang pemandu pelancong di Malaysia, anda dikehendaki untuk mendaftar bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan mempunyai lesen yang sah serta ditauliah.
Ini sesuai dengan perkara 21 Akta Industri Pelancongan 1992 yang mana menjelaskan bahawa orang yang memberi perkhidmatan sebagai pemandu pelancong hendaklah dilesenkan dan perkara 21(1) menjelaskan tiada seorang pun boleh bertindak, atau menganjurkan dirinya, sebagai seorang pemandu pelancong melainkan jika dia dilesenkan.
Sesiapa yang didapati menjadi pemandu pelancong secara haram, anda boleh disabit kesalahan dan didenda tidak melebihi RM7,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Jangan main-main, boleh tahan juga hukumannya kalau jadi pemandu pelancong secara haram ni. Jadi, dah bersedia untuk menjadi pemandu pelancong yang bertauliah dan berlesen?
Untuk memohon lesen, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menghadiri kursus atau latihan dan lulus ujian kecekapan yang diadakan oleh MOTAC atau mana-mana badan yang diberi kuasa untuk mengadakan kursus latihan dan ujian kecekapan.
Kalau dulu, mungkin sukar untuk kita dapatkan maklumat mengenai kursus dan ujian sebagai pemandu pelancong, tapi sekarang tidak lagi. Hasil carian dan selidik Libur di laman sesawang seperti Google dan Facebook mendapati kini ada banyak Institut Latihan Pelancongan (ILP) dan beberapa badan yang menyediakan khidmat kursus, latihan dan ujian sebagai pemandu pelancong serta menjalankan kursus tersebut secara berkala setiap tahun. Taip sahaja kursus pemandu pelancong, segala maklumat akan terpampang di situ.
Jika anda sudah dapat ILP atau mana-mana badan yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik, anda perlu semak bila tarikh terkini kursus tersebut dan berhubung dengan pegawai yang bertanggungjawab untuk maklumat selanjutnya seperti kekosongan tempat, tarikh dan lokasi serta bayaran.
Untuk pengetahuan anda, anda perlu menjalani kursus pemandu pelancong ini selama 500 jam selama 6 bulan. Oleh demikian, dapatkan jadual pembelajaran kelas harian daripada ILP atau badan yang anda pilih. Sekiranya anda seorang yang mempunyai pekerjaan lain atau pelajar, cuba sesuaikan dengan masa anda dengan masa kelas pemandu pelancong kerana ada kelas yang akan dijalankan pada hari bekerja.
Permohonan lesen sebagai pemandu pelancong bertauliah
Setelah lulus kursus pemandu pelancong, anda akan ditauliahkan sijil kemahiran dan sijil daripada MOTAC. Kedua-dua sijil ini akan diperlukan untuk anda memohon lesen sebagai pemandu pelancong yang bertauliah daripada kementerian.
Anda boleh layari laman sesawang MOTAC di www.motac.gov.my dan pergi ke bahagian Perkhidmatan seterusnya ke Permohonan Lesen dan Pemandu Pelancong. Dari situ, anda boleh muat turun borang yang disediakan di laman sesawang tersebut.
Jika anda perhatikan dengan betul di laman sesawang MOTAC itu, anda akan dapati ada permohonan lesen untuk pemandu pelancong bandar dan alam semulajadi setempat. Jadi, apakah pemandu pelancong bandar dan pemandu pelancong alam semulajadi setempat?
Ianya adalah kategori yang ada dalam kelas pemandu pelancong. Bagi pemandu pelancong bandar, anda perlu menjalani kursus asas pemandu pelancong dan kursus mesra Malaysia manakala pemandu pelancong alam semulajadi setempat anda perlu menjalani kursus alam semulajadi setempat dan kursus eco-host.
Ads
Kesemua kursus ini diperlukan sekiranya anda berkehendak untuk menaiktaraf lesen anda ke tahap yang lebih tinggi.
Syarat-syarat yang permohonan lesen baru oleh MOTAC
Bagi anda yang ingin memohon lesen pemandu pelancong daripada MOTAC, anda mestilah mempunyai semua syarat-syarat yang berikut:
Kelayakan
Telah menjalani kursus dan latihan serta lulus ujian-ujian kecekapan yang diadakan oleh Pesuruhjaya Pelancongan atau mana-mana badan yang diberikan kuasa secara bertulis oleh Pesuruhjaya Pelancongan.
Umur
Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun pada tarikh permohonan dibuat.
Kesihatan
Sihat daripada segi fizikal, mental dan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
Kelakuan
Tiada rekod jenayah.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari www.motac.gov.my.
Jadi, sudah timbul minat untuk menjadi seorang pemandu pelancong? Jika sudah, boleh ikuti semua langkah dan tip yang disediakan diatas. Semoga anda berjaya dalam mengejar cita-cita menjadi seorang pemandu pelancong yang hebat satu hari nanti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
1) Kompaun, denda jika merokok di premis makanan bermula.* Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan
2) Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk semua pelajar sekolah rendah.* Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang
3) RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu.* Harga di Sabah, Sarawak, Labuan Kekal. *Mereka yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal*
4) Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan*. Tiada saman akan dikenakan sekurang-kurangnya untuk enam bulan pertama bagi penguatkuasaan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System atau CRS)
5) Pekerja asing wajib didaftarkan dengan Perkeso*. Majikan di negara ini diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
6) Gaji minimum RM1,200 sebulan di 57 bandar utama*. Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama
7) Sistem cukai petak di Kuala Lumpur*. Pelaksanaan sistem cukai petak mulai 1 Jan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyaksikan pemilik terutama golongan B40 menikmati kadar tetap RM15 setahun bagi hak milik pajakan dan RM20 setahun bagi pegangan hak milik kekal
8) Cukai perkhidmatan digital 6% dikenakan kepada penyedia perkhidmatan digital asing*. Pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital asing – termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital
9) Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan (Tingkatan 4)*. Pelajar Tingkatan Empat tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka
10) Rakyat Sarawak nikmati air percuma*. Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan kira-kira 11,300 liter air percuma, menurut Kementerian Utiliti
11) RFID di plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka*. Pelaksanaan kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan dilaksanakan di 62 plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1
12) Suntikan Pneumococcal secara percuma buat semua bayi yang lahir.* Kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua bayi yang lahir
13) Larangan penggunaan straw minuman plastik untuk peniaga dan pengusaha kedai makan*. Larangan penggunaan straw plastik konvensional tidak membabitkan orang ramai sebaliknya dikuatkuasa kepada peniaga dan pengusaha kedai yang mempunyai lesen perniagaan
14) Pahang kuat kuasa tulisan jawi di semua premis*. Tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di semua premis perniagaan di Pahang dikuatkuasakan
15) Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai*. Pulau Pangkor dijadikan zon destinasi pulau bebas cukai kecuali minuman keras
16) Kadar tol kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang dikurangkan*. Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00
17) Kenaikan elaun RM2 sejam untuk anggota RELA*. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta
18) Program Subisidi Petrol (PSP) bersasar*. Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap 4 bulan sekali. Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal
19) Penggiat seni bakal nikmati manfaat KWSP, Perkeso*. Golongan karyawan merangkumi pelakon, jurusolek, krew produksi dan sebagainya berpeluang menikmati manfaat KWSP dan Perkeso bergantung pada gaji dan polisi insurans mereka
20) Levi pelbagai peringkat untuk pekerja asing meliputi semua sektor*. Pelaksanaan itu mengambil kira aspek integrasi data serta kesediaan pihak kerajaan dan majikan di bawah sektor formal, khususnya pertanian dan pembuatan
21) Hanya isi rumah bawah RM4,000 layak nikmati air percuma di Selangor*. Hanya penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma ditawarkan kerajaan Selangor bermula 1 Mac 2020.
Sebelum ini ramai ke Thailand untuk melihat kecantikan ladang bunga matahari, seakan menjadi ‘trend’ jika bercuti ke Lopburi sebuah daerah di Thailand. Ketika pandemik ini, mungkin hanya gambar-gambar kenangan di sana yang mampu di ‘throwback’.
Namun sedikit terubat apabila di negara kita juga telah muncul beberapa ladang bunga matahari ‘mini’ yang tidak kurang menariknya. Antaranya ladang bunga matahari yang terletak di negeri Perlis.
Lokasinya berada di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik. Suasana indah berlatarkan panorama Banjaran Nakawan menerusi bukit Sungai Batu Pahat pastinya memukau para pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini.
Bagi pencinta bunga matahari, ada lagi lokasi untuk menikmati keindahan flora berwarna kuning jingga tersebut. Anda boleh ke Sunflower Garden Bangan Datoh, Perak sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk merakam kenangan sambil dikelilingi pokok bunga matahari yang kembang mekar.
Lokasi ini sangat dicadangkan untuk anda yang suka ‘berOOTD’ untuk dikongsi dalam media sosial. Tiket untuk masuk ke ladang bunga matahari ini juga berpatutan, hanya RM10 seorang.
Alamat: Sunflower Garden. A128, Bagan Sungai Burung, 36100 Bagan Datoh, Perak.
Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang
Tiket Masuk: RM10
Sebuah restoran kecil diberi nama Wolfgat yang terletak di perkampungan nelayan Afrika Selatan dinobatkan sebagai restoran terbaik di dunia pada Anugerah Restoran Sedunia Terbaik yang berlangsung di Paris, Perancis baru-baru ini.
Persekitaran yang sederhana dan konsep masakan kembali kepada asal yang diamalkan oleh pemiliknya juga chef di situ, Van Der Merwe berjaya menambat hati panel hakim Anugerah Restoran Sedunia.
Restoran Wolfgat ini terletak di tepi sebuah pantai menghadap Lautan Atlantik di Cape Barat dan baru dibuka dua tahun lalu. Bangunan asal restoran ini adalah sebuah kotej berusia 130 tahun dan dikendalikan Van Der Merwe sendiri serta dibantu oleh enam pekerja, yang kebanyakannya wanita.
Di restoran ini hanya mampu memuatkan 20 orang pelanggan sahaja untuk menjamu selera pada satu masa. Pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera di bahagian dalam restoran, balkoni atau dibahagia luar menghadap pantai.
Set menu di restoran ini mengandungi hanya tujuh hidangan sahaja berharga sekitar AS$60(RM245), jauh lebih murah berbanding harga di restoran lain berhampirannya.
Antara hidangan istimewa di restoran Wolfgat termasuk rumpai laut, ikan layang-layang bersama sambal bokkom dan masala bawang putih, kupang serta kerangan lain serta sayuran laut. Van Der Merwe mencipta resipi uniknya berdasarkan masakan masyarakat Melayu Cape Town di Afrika Selatan.
Pada setiap hari, Van Der Merwe akan keluar mencari ramuan asli berhampiran restorannya sebagai bahan sampingan untuk masakannya. Antaranya bunga lavendar, rumpai laut segar dan kepah. Beliau juga dikatakan begitu mahir membuat roti yang sedap dan menteganya sendiri.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...