Ada port iftar di Putrajaya yang menarik untuk anda berbuka puasa secara berjemaah yang boleh anda lepak bersama kawan-kawan di bulan Ramadan. Bukan selalu dapat peluang cipta moment begini, jom buat!
Port Iftar Di Putarajaya
Mahalnya pada pemandangan dan sekitar itu, lapang dan nampak orang lain juga berbuka sama di sekitar situ. Dikongsi oleh saudara Hafiz Hazwan, ini antara tempat wajib pergi ya.
1. PANTAI FLORIA PUTRAJAYA
Salah satunya adalah di pesisir Pantai Floria, atau Sisiran Rekreasi Floria di Putrajaya.
Boleh pergi beli makanan di Bazar Ramadan Putrajaya dan berkelah berbuka puasa di tepi tasik ini. Menjelang waktu Maghrib kalau cuaca elok, boleh nampak ‘sunset’, lawa!
Boleh dilihat tinggalan jambatan monorel yang terbengkai dari Pantai Floria ni. Macam-macam aktiviti ada di kawasan sekitar antaranya kita boleh tengok orang berkayak, berjogging dan mengayuh basikal.
Nak bawa makanan sendiri untuk buka puasa pun boleh je. Bentang tikar atau kalau ada kerusi healing lagi cun.
Kalau korang nak tempah set ‘picnic’ pun ada. Boleh tengok di IG, ada banyak yang buat servis sewaan set ni untuk sambutan reunion atau pun hari jadi. Nak sewa untuk iftar? Boleh cuba tanya.
Waktu hujung minggu memang ramai la sikit orang lebih-lebih lagi waktu cuti sekolah. Nak port yang cantik kena datang awal.
Boleh parking kereta di tepi Masjid Besi atau di parking Floria Putrajaya untuk datang ke sini. Percuma sahaja. Tak perlu bayar.
📌 Pesisir Pantai Floria, Putrajaya
💲Masuk Percuma
Ads
🕜 Dibuka setiap hari
2. DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA
Lokasi yang paling popular setiap kali bulan Ramadan di Putrajaya!
Lokasi ni sangat popular tatkala bulan puasa yang mana menjadi port orang ramai beriftar atau berbuka puasa. Penuh satu padang.
Senang je nak cari Dataran Perbadanan Putrajaya ni atau ada juga orang panggil Laman Kompleks Perbadanan Putraya.
Cari Masjid Besi atau Istana Kehakiman, dataran ini terletak di antara kedua-duanya, simetri pada garis lurus.
Terdapat skrin TV gergasi yang besar di dataran ini yang menjadi tumpuan bila ada perlawanan bola sepak, sepak takraw atau badminton yang membabitkan pasukan Malaysia. Ramai-ramai bersorak sambil tengok perlawanan.
Ads
Anak-anak kecil bebas berlari di padang ni. Boleh buka meja camping atau bentang tikar sambil makan-makan. Hujung minggu pada bulan biasa ada ramai orang tapi tak berapa padat sangat.
Waktu malam pula kawasan ni meriah diterangi lampu yang berwarna-warni menghiasi suasana laman.
Kalau anda buntu tak tahu nak lepak mana buka puasa dengan keluarga dan anak-anak, boleh lah datang ke sini. Percuma sahaja bukan kena bayar pun.
📌 Laman Kompleks Perbadanan Putrajaya
(Bertentangan Istana Kehakiman Putrajaya)
📌 Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
💲Percuma
🕜 Dibuka setiap hari
3. KELAB TASIK PUTRAJAYA
Ads
Ini salah satu port iftar atau berkelah yang menarik di Putrajaya betul² berhadapan dengan Masjid Putra (Pink Mosque) yang terletak di seberang tasik!
Lokasinya berhampiran Kelab Tasik Putrajaya di Presint 8. Siap ada tandas lagi di kawasan berhampiran. Senang!
Boleh lepak bawah pokok yang redup sambil usya bot & cruise Putrajaya lalu dan tengok budak-budak main kayak. Bentang tikar nak tidur waktu tengahari pun boleh.
Waktu petang abang rasa lagi lawa untuk bergambar ke nak OOTD ke. Boleh lah bawak skuter elektrik atau basikal untuk kayuh di sini.
Nak beli air minuman ada ‘vending machine’ di tepi tandas. Air mineral, air tin semua ada. Tandas pun masuk percuma sahaja. Tak perlu bayar.
Boleh parking kenderaan di kawasan sekitar Kelab Tasik Putrajaya. Ada banyak parking & luas. Kalau nak main kayak kena bayar lah.
📌 Persiaran Lembah Tasik, Presint 8 Putrajaya
(Berdekatan Kelab Tasik Putrajaya)
💲Masuk Percuma
🕜 Dibuka setiap masa
Jadi, kalau anda berada di sekitar Putrajaya, boleh lah bawa keluarga atau ajak kawan-kawan berbuka puasa di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tarikan terbaru yang terletak di Pattaya Thailand ini dikenali sebagai Great & Grand Sweet Destination. Merupakan Kafe Ais Krim Terbesar di Dunia dan Satu-satunya taman tema Candyland di dunia.
Kalau sampai ke sini memang seronok, bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga mempunyai aktiviti-aktiviti menarik untuk diterokai. Pastikan masukkan dalam itinerari anda jika berkunjung ke Pattaya, Thailand, paling best kat sini anda boleh cuba segala jenis aiskrim dan desert yang ada di jual di sini.
Berada di sini, pasti anda akan berasa seperti dalam filem fantasi Willy Wonca & The Chocolate Factory. Setiap sudut boleh bergambar dan merakam kenangan.Memang cantik dan cukup mengujakan.
Terdapat tiga zone yang boleh anda terokai bila berkunjung ke sini:
Ice Cream Zone – Aiskrim terenak di Pattaya, mereka ada 36 perisa untuk anda cuba!
Milk Bar Zone – Nikmati cake dan minuman kat sini.
Photo Zone – Taman tema dipernuhi dengan dessert yang berwarna-warni
Tanpa berlengah, jom tengok video ni sampai habis, dan korang berpeluang menang percutian 2 Hari 1 Malam di Mardhiyyah Hotel & Suites. Tapi kena jawab soalan dulu ok?
Soalan:
Namakan Restoran & Cafe yang ada di Mardhiyyah Hotel & Suites?
Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan! (komen di sini)
3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pantai Kuala Selangor terkenal dengan jolokkan nama Mirror of the Sky kerana ketika air cetek, pantai ini akan mencerminkan keindahan langit di atas biasan pantai.
Dengan itu, pantai ini mewujudkan banyak peluang fotografi yang unik kepada pelancong. Destinasi ini merupakan destinasi pelancongan yang sempurna untuk anda kerana ia juga menjadi habitat kepada aktiviti marine agrikultur.
Ini merupakan tip percutiaan menarik daripada sumber Port Cuti Bajet untuk anda yang teringin ke Pantai Sky Mirror.
PERCUTIAN BERBALOI KE PANTAI PERSIS CERMIN
Sebelum ni, bila time cuti sekolah je aku bawa anak2 bercuti dekat hotel apartment dekat tengah2 KL. Seronok bukan main lah budak-budak tu. Tapi cuti sekolah kali ni, teringin nak cuba yang lain dari yang lain. Yang unik sikit lah kata orang. So, terus aku search online.
Ramai juga yang suggest sky mirror kalau nak bercuti yang unik dan menarik. Bila aku tengok google dan facebook, serius! Jatuh cinta tengok gambar2 dia. Cantik macam dekat luar negara. Kaki bergambar comfirm suka sebab boleh jimat banyak!
Aku stay kat sana 2 hari 1 malam. Disebabkan bot aku tu gerak Jam 1.15 petang, so jam 10 pagi aku dah drive gerak dari bangi. Perjalanan dari jeti ke tempat bergambar tu pulak dalam 30-40 minit je dengan menaiki bot.
Serius memang cantik kawasannya. Dengan langit dan air laut yang biru, tenang je rasa. Gambar yang kita snap pun jadi cantik giler2! Serius puas hati!
Aku stay dekat hotel Malawati. Percaya tak, untuk 5 orang dengan 2 katil queen dan 1 katil single aku hanya bayar RM48 sahaja! Stay weekend pula tu. Memang murah dan jimat sangat-sangat.
Bagi yang blur-blur tak tahu sky mirror tu apa, korang boleh try google. Tempat dia cantik untuk bergambar dan dengar-dengar ada 3 tempat je yang macam ni. Serius lah! Salah satunya dekat Kuala Selangor, Malaysia kot. Bangga jap.
Rate ke sky mirror RM80 untuk dewasa, RM60 untuk kanak-kanak, dan ada additional 20% discount untuk OKU child. Pakej termasuk semua perjalanan pergi balik naik bot, dan semua pic-pic cantik yang ada kat sana, team Sky Mirror yang snap. Gigih tau dorang terbaring untuk hasil kan effect mirror yang cun.
Orang kata, alang-alang bercuti tu biar betul-betul bercuti kan? Dalam masa sehari tu memang aku habiskan masa dekat sky mirror, bagi monkey makan dekat bukit Malawati, dan Eagle Feeding.
Sebenarnya, kalau korang stay 2 malam pun boleh buat macam-macam aktiviti lagi. Meh aku list kan untuk korang refer:
Sky mirror – pantai persis cermin
Firefly – saksikan ribuan kelip-kelip terangi malam
Eagle feeding – helang beterbangan tunjukkan aksi di tengah laut.
Blue tears – fenomena air laut biru yang unik
Taman melawati – ratusan monyet yang jinak
Ikan air tawar
4. Kalau pergi semua aktiviti ni pun..boleh dapat rate RM140-RM150 je bergantung dengan korang punya nego.
5. Dengan 2 hari korang stay, semua aktiviti ni korang boleh buat bersama keluarga or kawan-kawan. Serius memang cantik kalau dapat tengok sendiri kelip-kelip dan blue tears tu!
6. Kalau bab makan pulak, ade beberapa tempat yang sangat recommended. Antaranya aroma ikan bakar. Setengah jam dari jeti. Tapi disebabkan aku pergi sabtu dan cuti sekolah. Comfirmlah dah penuh. Oleh itu aku suggest korang yang nak ke Sky Mirror dan nak makan Aroma Ikan Bakar ni book dulu untuk reserve tempat duduk. So senang lah nanti.
7. Dekat sky mirror ni ade banyak ejen yang bersedia membantu kita dari naik bot ke sky mirror, eagle feeding, firefly dan sesi fotografi pun sama. Macam aku, lepas search di facebook aku jumpa company Fun Life. Diorang memang best!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Rumah Tukang Kahar, kediaman seorang tukang kayu yang terkenal dengan seni ukiran dan pembinaan yang unik di Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, telah mula dibuka untuk kunjungan orang ramai.
Rumah berusia 140 tahun itu, terletak bersebelahan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti. Tapak asal rumah Tukang Kahar ini terletak di Kampung Tengah, Negeri Sembilan sebelum dipindahkan ke lokasi ini.
Foto: Sinar Harian
Setiap pelawat yang berkunjung ke sini hanya 15 orang sahaja dibenarkan berada di atas rumah kayu berkenaan pada satu-satu masa.
Waktu lawatan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Siapa Tukang Kahar?
Tukang Kahar atau nama sebenarnya Kahar Siak Bakhi merupakan seorang tukang kayu dan pengukir yang berasal dari Kampung Tengah. Tukang Kahar mewarisi ilmu dan kemahiran pertukangan daripada bapanya, Siak Bakhi, yang juga bekerja sebagai tukang kayu dan berasal dari Acheh. Seni ukiran yang dihasilkan oleh Tukang Kahar sangat berlainan dengan ukiran milik tukang lain. Oleh kerana hasil tangannya yang unik ini, maka beliau hanya terlibat dalam kerja pertukangan bangunan penting, seperti istana dan masjid dan tidak melibatkan diri dalam pertukangan rumah kediaman, melainkan rumah miliknya sendiri. Ini bagi memastikan kualiti seni ukiran yang dihasilkan tetap terpelihara.
Foto: Flickr
Disebabkan keunikan hasil pertukangannya, Tukang Kahar diberikan kepercayaan untuk membina Istana Lama Seri Menanti, istana kayu setinggi empat tingkat dengan menggunakan pasak. Istana berkenaan mempunyai 99 batang tiang, termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki dan kerja pembinaan bermula pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908 manakala kediamannya telah dibina pada tahun 1880-an.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...