Nak Rasa ‘Life’ Di Rumah Panjang? Boleh ‘Stay’ Di Long Bedian, Sarawak

Share

Alang-alang sampai di Miri,Sarawak masukkan destinasi Long Bedian dalam itinerari percutian anda. Long Bedian merupakan salah satu kawasan rumah panjang yang masih kekal dengan adat resam akar umbinya dan penduduknya jarang berhijrah ke bandar.

Long Bedian hanya boleh dikunjungi menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan perjalanan lebih 200km dari bandar raya Miri. Selain itu, kampung berkenaan juga boleh dikunjungi dengan menggunakan perkhidmatan bot ekspres dari pekan Marudi ke Long Lama, sebelum menggunakan laluan jalan balak dari Long Lama ke Long Bedian.


Kejayaan dan perkembangan rumah panjang ini menarik perhatian ramai pihak sehinggalah mendapat perhatian dari keturunan Diraja untuk datang melawat. Dengan semangat kemasyarakatan yang ditunjukan, Orang Kayan iaitu penduduk di Long Bedian telah mewujudkan satu program komuniti pelancongan dengan membina chalet persisiran sungai yang bersambung dengan rumah panjang tersebut.


Pengunjung yang datang ke sini sentiasa dialukan untuk merasai pengalaman kehidupan di Long Belian. Lawatan ke Long Bedian menjanjikan pengalaman menyusuri sungai, menyediakan rangkaian laluan hutan yang menyeluruh serta penjelajahan menggunakan bot untuk menyaksikan pemandangan air terjun yang sangat menakjubkan.

Biarpun, prasarana infrastruktur tidak sempurna seperti di kawasan lain, namun masyarakat di sini yakin kesungguhan penting dalam membangunkan kawasan tersebut agar tidak terus mundur dan ketinggalan.


image via google

IKLAN