Baru-baru ini, Skyscanner, laman yang popular untuk membandingkan harga tiket penerbangan telah mendedahkan satu tip dan panduan untuk mendapatkan tiket pernerbangan murah.
Menurut portal ini, trend membeli tiket penerbangan untuk tahun 2019 telah berubah berbanding tahun lalu. Antaranya:
Masa dan hari yang sesuai pada tahun ini untuk menempah tiket penerbangan adalah pada pukul 5 pagi!
Untuk mendapatkan penjimatan yang maksimum, tempah tiket penerbangan pada hari Selasa untuk penerbangan domestik dan hari Rabu untuk penerbangan antarabangsa.
Tetapi, sebelum membeli tiket pastikan anda sudah merancang atau setidaknya mempunyai idea destinasi yang hendak dituju. Selain beli mengikut hari dan masa yang dinyatakan tadi, menurut Skyscanner lagi, tiket domestik akan lebih murah jika tempahan dibuat tiga minggu lebih awal daripada tarikh penerbangan.
Untuk penerbangan antarabangsa, cuba buat tempahan lima hingga enam bulan sebelum tarikh penerbangan.
Tempah pada bulan Januari, Februari atau Ogos untuk destinasi domestik dan tempah tiket untuk keluar negara dengan harga murah pada bulan Oktober dan April.
Cadangan Pengiraan:
Tiket Penerbangan Domestik: Jika anda ingin melancong pada bulan September – Tempah pada pukul 5 pagi / Bulan Ogos (3 minggu sebelum September) / pada hari Selasa.
Tiket Penerbangan Antarabangsa: Jika anda ingin melancong pada bulan Oktober – Tempah pada pukul 5 pagi / Bulan April (5 hingga 6 bulan lebih awal / pada hari Rabu.
Tip Beli Tiket Syarikat Penerbangan Tempatan
Ads
1. Tempah tiket penerbangan AirAsia atau Malaysia Airlines
Air Asia = tempah awal (6-12 bulan)
Malaysia Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)
2. Kejar Harga bukan Kejar Destinasi. Mengapa perlu memilih Krabi (RM198) daripada Phuket (RM98)? Hakikatnya setiap destinasi penerbangan mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri.
3. Pilih penerbangan pada hari Selasa, Rabu atau Khamis lebih murah berbanding penerbangan pada hari Isnin, Jumaat, Sabtu atau Ahad. Bergantung kepada destinasi, penerbangan awal pagi dan lewat malam lebih murah berbanding pada masa-masa lain dalam sehari.
4. Jangan malas untuk mengikuti media sosial & laman sesawang syarikat penerbangan seperti di Facebook, Twitter untuk maklumat terkini promosi yang diberikan.
Ads
5. Bergantung kepada anda samada ingin mengambil penerbangan terus atau penerbangan yang mempunyai beberapa hentian. Penerbangan henti-henti dikatakan lebih murah dan berbaloi. Cuma masa anda akan menjadi lebih daripada penerbangan terus.
6. Anda pasti sedia maklum pada masa yang tertentu syarikat-syarikat penerbangan akan membuka promosi online mereka. Selalunya promosi ‘best’ hanya akan bermula pada 12 tengah malam.
8. Semak dan ‘study’ mengenali Lapangan Terbang alternatif dan sekitar. Ramai yang tidak tahu bahawa Bandara Adisumormo (Solo) dengan Bandara Adisujipto (Yogyakarta) hanya terpisah dengan 30 minit perjalanan. Jika dilihat pada promosi di bawah, tiket penerbangan KL ke Yogyakarta berharga RM79 berbanding KL ke Solo RM59. Kos di antara Solo ke Yogya pula adalah serendah RP10 ribuan (RM4).
Ads
9. Hukum +- 1 Hari. Bagi kelonggaran pada hari berlepas dan hari pulang dari bercuti. Banyak kemungkinan yang tiket hari sebelum atau hari selepas adalah lebih rendah.
10. Beli tiket penerbangan sehala sahaja secara asing untuk tiket pergi dan balik. Bukan buat tempahan terus tiket pergi dan balik. Tiket sehala dikatakan lebih menguntungkan daripada terus membeli tiket pergi dan balik.
Apa pun, ini hanya cadangan dan panduan yang diberikan. Tidak dapat dipastikan adakah cara menempah tiket penerbangan ini betul-betul boleh dapat harga yang murah atau sebaliknya. Walau apa jua, jadilah pengguna yang bijak dengan sentiasa memantau info-info yang diberikan.
Perasaan teruja bila check in hotel itu membuatkan ramai yang terus baring bila masuk bilik. Tanpa memikirkan apa yang patut anda lakukan sebelum bertindak demikian.
Hah, sepatutnya buat tiga langkah ini dulu ya, barulah selamat dan selesa waktu anda baring atas katil.
Risau juga kalau bilik hotel anda turut ‘dihuni’ oleh makhluk lain, iaitu pepijat (bedbugs) yang biasanya banyak ditemui di tilam, cadar dan selimut.
Pepijat bergantung hidup dengan menghisap darah manusia atau haiwan.
Gigitan makhluk ini akan membuatkan kulit anda gatal dan merah, dan boleh bertukar serius menjadi radang yang boleh menyebabkan pendarahan serta jangkitan.
Bila Check In Hotel
Oleh itu, amalkan tip ini setiap kali anda mendaftar masuk ke bilik hotel:
1) Tengok tilam
Ambil sedikit masa untuk memeriksa tilam dengan cara mengangkatnya dan memastikan sekiranya ia bersembunyi di bawah atau di dalam jahitan.
Periksa juga sarung bantal, takut pepijat ada bersembunyi di dalamnya. Mudah saja mahu mengenali pepijat. Ia berwarna merah karat ataupun coklat gelap dan agak halus.
2) Periksa katil
Katil juga merupakan salah satu tempat persembunyian pepijat. Cuba perhatikan di sekeliling katil termasuk celahan katil untuk memastikan tiada makhluk ini.
3) Semak bilik
Periksa juga perabot terutama yang berada berdekatan dengan tilam dan katil seperti meja sisi, sofa, kabinet dan sebagainya.
Selepas selesai melakukan tiga langkah berkenaan, barulah anda boleh berbaring atau membuka beg pakaian dengan perasaan yang lega.
Namun sekiranya anda terjumpa pepijat, sila maklumkan kepada pihak pengurusan hotel untuk urusan pertukaran bilik.
Nampak seperti agak remeh dan meletihkan, lebih-lebih lagi pastinya bilik sudah dibersihkan oleh pekerja housekeeping.
Tidak rugi jika kita sendiri mengambil langkah untuk lebih berjaga-jaga. Barulah seronok menikmati percutian yang sekian lama dinanti-nantikan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Anda yang selalu solat di rumah sama ada berjemaah bersama keluarga atau bersendirian boleh ambil peluang jam 5.16 petang ini untuk semak arah kiblat dengan tepat.
Umat Islam boleh menyemak sendiri arah kiblat ketika fenomena dikenali sebagai Matahari Istiwa A’zham iaitu kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah. Fenomena unik ini hanya berlaku dua kali setahun iaitu 27 Mei 2020 pada jam 5.16 petang dan 15 Julai 2020 pada jam 5.28 petang.
Panduan yang perlu anda ikut adalah pastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat dan perhatikan bayang-bayang objek tegak seperti tiang, tingkap atau pintu rumah yang terkena cahaya matahari pada pukul 5.16 petang ini. Bila anda dah dapat tentukan arah bayang-bayang yang terhasil dari objek yang dinyatakan tadi, maka garisan itu akan menunjukkan arah kiblat yang sebenar.
Pastikan tiang berkenaan betul-betul tegak (seperti menggunakan sesiku).
Selain tiang yang dipacakkan, semakan juga boleh dibuat berdasarkan tiang rumah, sisi rumah yang tegak atau mana-mana objek yang tegak.
Jika arah bayang tegak lurus dengan saf, ia bermakna arah kiblat di masjid, surau dan tempat kediaman adalah tepat.
Bagaimanapun jika arah bayang objek itu serong dengan saf, ia bermakna arah kiblat berkenaan kurang tepat.
Disebabkan fenomena itu berlaku pada petang, maka bayang-bayang tiang akan jatuh ke arah timur dan kiblat pula mengarah ke barat.
Nampaknya sudah tiga minggu cuti sekolah berlangsung. Pasti ramai keluarga di luar sana sedang menikmati keseronokan waktu senggang ketika ini. Namun tidak semua yang berkesempatan untuk bercuti bersama-sama anak dan yang tersayang dek masalah cuti atau komitmen terhadap kerja yang tinggi membuatkan kadang kala cuti tidak dapat dijangka.
Jauh disudut hati berharap keluarga dan cinta hati dapat bercuti bersama kan? Nak bercuti sekarang sempat lagi ke? Masih ada lagi ke tempat kosong penginapan lokasi yang seronok untuk bercuti? Jangan khuatir, ini ada beberapa tip membantu percutian saat akhir atau percutian tidak dirancang berjalan lancar.
Pengangkutan & Perjalanan
Perjalanan menaiki kenderaan mudah kerana dapat merancang perjalanan sendiri. Pilih bertolak awal pagi atau tengah malam kerana waktu berkenaan bukan waktu puncak. Namun, waktu tengah malam lebih berisiko, jadi bertolak selepas Subuh atau awal pagi bagi mengelak kesesakan.
Jika menaiki kapal terbang, pilih penerbangan paling awal, seawal jam 6 atau 7 pagi kerana pada waktu itu harga penerbangan lebih murah berbanding tengah hari. Selain itu, tidak ramai yang mengambil penerbangan waktu itu, jadi perjalanan lebih mudah dan tidak perlu bersesak.
Penginapan
Kadangkala, percutian ‘last minute’ anda berlaku pada waktu puncak seperti cuti sekolah dan mungkin hotel tiada kekosongan. Justeru, pilih tinggal di rumah rehat, 'homestay' untuk pengalaman yang baru atau tinggal di rumah keluarga dan saudara terdekat. Selain bercuti, anda dapat menziarahi mereka dan mengeratkan hubungan. Jika bercuti ke luar negara, boleh pilih tinggal di asrama.
Tempat makanan
Kebiasaannya restoran atau kedai makan yang ingin dikunjungi adalah yang popular dan menjadi tumpuan pelancong, keadaannya pasti sesak dengan orang ramai. Justeru, buat panggilan atau tempahan dahulu. Tanya penduduk tempatan tempat makan yang biasa mereka kunjungi. Pilih makan di gerai atau makanan jalanan yang banyak mencerminkan budaya tempatan kerana ia mungkin tidak dapat dijumpai di tempat lain. Tapi awas dengan tahap kebersihan di tempat makan yang anda singgah ya!
Aktiviti
Memandangkan percutian saat akhir tidak dapat dirancang dulu, aktiviti yang bakal dilakukan mungkin agak terhad. Ini kerana sesetengah aktiviti memerlukan tempahan awal atau membuat bayaran awal terlebih dulu. Tetapi itu bukan halangan untuk anda lakukan aktiviti menarik ketika bercuti. Pilih untuk melakukan aktiviti yang tidak memerlukan bayaran seperti berkunjung ke pantai atau berkunjung ke taman awam yang ada.
Tapi percayalah banyak destinasi menarik masih boleh dikunjungi walaupun anda hanya datang secara walk in sahaja bersama keluarga tersayang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...