Negara terapung pertama dunia yang bakal dibangunkan di Lautan Pasifik menjelang 2022 sudah mula menawarkan mata wang kripto yang akan digunakan untuk membeli hartanah di kawasan unik itu.
Rancangan yang diilhamkan oleh pengasas Paypal, Peter Thiel akan menyaksikan pembinaan bandar dengan 300 buah rumah, hotel, restoran dan pejabat di atas kawasan perairan Lautan Pasifik berhampiran Pulau Tahiti.
Ads
Pelabur kini boleh mengambil bahagian dalam pembelian mata wang kripto Vayron yang akan dikeluarkan oleh Seasteading Institute untuk mendapatkan hartanah di kawasan itu. Mata wang kripto diperlukan untuk proses pembelian dan pemilikan hartanah, rumah dan beberapa lagi aset di kawasan itu daripada syarikat Blue Frontiers.
Ads
Dana yang diperoleh daripada pelabur akan dibahagikan kepada beberapa aktiviti pembangunan melibatkan reka bentuk kejuruteraan zon laut dan pentadbiran awam. Kerja-kerja pembinaan bandar utopia itu akan bermula sebaik sahaja majlis tandatangan perjanjian dengan kerajaan Polinesia Perancis diadakan.
Presiden Seasteading Institute, Joe Quirk memberitahu portal Business Insider, selain misi utama untuk membebaskan manusia daripada ahli politik, pasukannya turut memberikan tumpuan kepada fenomena perubahan iklim dalam merealisasikan rancangan pembinaan bandar tersebut. Kumpulan itu kini melihat pembinaan bandar berkenaan sebagai cara hidup baharu ekoran fenomena peningkatan paras laut yang dijangka melebihi 1.83 meter menjelang akhir abad ini.
Sebuah video menunjukkan pembentukan awan ribut berpusar yang menyerupai piring terbang makhluk asing berjaya dirakam di Amarillo, Texas Sabtu lalu. Fenomena bentuk awan sebegini pernah wujud beberapa tahun lalu, sebelum ribut melanda sesetengah kawasan di Texas.
“Awan ribut itu telah diekori untuk satu tempoh panjang, menyaksikan ia bergerak merentasi pekan Panhandle dalam tempoh beberapa jam. Pergerakannya menarik perhatian penduduk bandar dan pekan yang dapat melihatnya menyebabkan media sosial dibanjiri gambar-gambar menarik awan ribut itu,” kata individu yang merakam video itu kepada portal berita Newsflare.
Rakaman video diambil dari jarak jauh berdekatan sebatang jalan raya itu kelihatan seperti sebuah piring terbang yang sangat besar sedang berlegar atau bersedia untuk mendarat.
Awan ribut petir seumpamanya jarang terbentuk tetapi boleh membawa kepada ribut besar bersama hujan ketulan ais sebesar besbol, angin kencang, malah mungkin membentuk pusaran puting beliung.
Penduduk telah diberi amaran agar berhati-hati dengan fenomena ini kerana mungkin akan menyebabkan cuaca buruk atau ribut kuat berlaku. Ini kerana ada yang mengambil kesempatan untuk merakam gambar kenangan dan menghiraukan amaran yang dikeluarkan jabatan kaji cuaca.
There is a saying "If it rains on your wedding, it's good luck. So what's the saying for when a huge Super Cell starts…
Sambutan ulang tahun ke lima Warisan Arkeologi terhadap Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ditambah lagi dengan penguguman baru Kementerian Pelancongan & Kebudayaan untuk memberi status Tapak Warisan Dunia Unesco kepada 3 lagi tempat di Malaysia.
Kementerian itu telah menghantar tentatif senarai dokumen lengkap 3 kawasan ini ke UNESCO.
Nazri berkata kementeriannya sentiasa memperjuangkan pengiktirafan warisan sejarah Malaysia termasuk dokumen dan manuskrip lama. “Kitab Tib Ilmu Bedil” atau Buku Senjata Tradisional Orang Melayu mendapat pengiktirafan pada 2016 dari Memory of the World Committee for Asia and the Pacific yang berpengkalan di Korea Selatan.
Jabatan Warisan Negara juga telah menghantar tiga pencalonan pada Mac bagi kategori warisan budaya untuk diiktiraf Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage.
Pencalonan tersebut ialah Perayaan Wangkang, Dondang Sayang dan Pantun. Keputusan akan diketahui pada November tahun hadapan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mungkin anda tertanya-tanya? Apa menariknya daerah Sepang?
Selama ini dalam fikiran anda mungkin Sepang hanya terkait dengan KLIA & KLIA2 serta Litar Antarabangsa Sepang. Namun sebenarnya banyak juga tarikan menarik di daerah ini!
Berikut LIBUR kongsikan apa yang boleh anda lakukan bila makan angin di Sepang.
Anda cari hotel yang terbaik di daerah Sepang? Movenpick Hotel KLIA mungkin menjadi pilihan yang terbaik untuk anda. Hotel bercirikan rekaan Islamik ini hanya terletak 10 minit dari KLIA dan klia2, membuatkan sesiapa yang ingin datang ke Selangor atau Putrajaya tidak perlu berpenat lelah untuk mencari hotel yang lain.
Malah, sekiranya kehadiran anda untuk menghadiri acara perlumbaan automotif di Sepang International Circuit (SIC), lokasi hotel ini juga berada kurang 7 minit dari SIC.
Pelbagai fasilitis disediakan untuk kemudahan anda seperti kolam mandi yang berasingan lelaki dan wanita, gimnasium, spa dan enam restoran yang menyediakan pelbagai juadah masakan citarasa Malaysia kepada anda. Selain daripada itu, dewan konvensyen di sini juga mampu menampung sehingga 2,500 pengunjung pada satu-satu masa untuk bersidang.
Terkenal dengan jolokan nama ‘home of Malaysian motorsport’, Sepang International Circuit (SIC) adalah lambang kebanggaan rakyat Malaysia untuk sukan permotorannya. SIC terletak kira-kira 45 km di selatan Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
SIC bukan sahaja menjadi lokasi penganjuran sukan permotoran bertaraf antarabangsa semata-mata, ia turut menganjurkan pelbagai acara lain di peringkat domestik seperti konsert dan sebagainya. Malah, anda juga dibenarkan untuk menyewa trek bagi tujuan perlumbaan dengan harga individu yang ditetapkan oleh SIC.
Mula dibuka pada tahun 1998, SIC telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara permotoran berprestij seperti Formula 1, MotoGP dan Malaysian Championship Series.
Muzium Automobil Malaysia ini terletak di Welcome Centre SIC dan mempunyai ruang pameran dua tingkat, mempamerkan pelbagai jenis kenderaan klasik yang pernah digunakan di negara ini satu masa dahulu. Antara jenis kenderaan yang dipamerkan adalah The Brushmobile 1904, Ford Speedster 1923 dan Alvis Tourer 1935.
Selain daripada pameran kenderaan klasik, muzium ini juga menjadi pusat informasi mengenai sejarah automobil negara seiring dengan perkembangan industri automotif negara yang menjadi salah satu pengeluar kenderaan dan hub di rantau ini.
Pengunjung yang datang ke sini pasti akan lebih tahu mengenai perkembangan industri automotif negara yang melibatkan DRB-Hicom, Proton, Bufori, Modenas, dan juga Perodua. Kemasukkan ke muzium ini adalah percuma dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Ingin merasai memandu di litar Sepang tapi takut nak memandu kenderaan-kenderaan berkuasa tinggi? Okay, anda boleh cuba bawa Go-Kart dulu sebelum berjinak-jinak membawa kenderaan yang lebih besar ya. Bagaimana? Anda boleh ke SIC dan di sana, ada satu trek Go-Kart untuk anda yang ingin memandu kereta cilik tersebut.
SIC yang sebenar telah dibina pada tahun 1998 oleh jurureka trek F1, Hermann Tilke. Beliau bertanggungjawab untuk mereka bentuk keseluruhan trek SIC dan sebelum trek sebenarnya dibina, beliau telah membina trek kecil sebagai model terlebih dahulu.
Dan kini, trek model itulah yang digunakan sebagai trek untuk anda dan rakan-rakan berlumba menggunakan Go-Kart ala-ala Michael Schumacher dan Lewis Hamilton.
Penggemar buah naga pasti suka dengan lokasi kebun yang menjual buah naga segar dari ladang ni. Terletak di tepi jalan dari arah Sepang menuju ke Bagan Lalang, ada beberapa kebun buah naga yang boleh anda singgah seperti kebun buah naga HL.
Di kebun buah naga ini, anda boleh menikmati beberapa produk buah naga yang disediakan oleh pekebun seperti jus buah naga dan kentang lenyek bersoskan jem buah naga.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa lokasi lain penanaman buah naga di Malaysia tapi diperkatakan bahawa buah naga yang terletak di Sepang ini antara yang paling terbaik kerana tanah di sini yang kaya dengan nutrisi untuk pertumbuhan buah naga.
Anda juga boleh membeli buah naga anda untuk dibawa pulang dengan harga yang cukup kompetetif. Tip untuk anda, pilih buah naga yang telah seminggu dipetik, kerana isninya lebih manis berbanding yang baharu dipetik dari pokok.
Mitsui Outlet Park antara lokasi shopping barangan berjenama dengan harga rendah di Sepang. Selain daripada kedai membeli belah berjenama seperi Nike dan Salomon, di sini juga menyediakan anda dengan pelbagai deretan restoran beraneka juadah daripada masakan tradisi Malaysia hingga ke luar negara seperti makanan Jepun, barat, Perancis, Thailand dan masalah China.
Jika anda berkunjung pantai Bagan Lalang jangan lepaskan peluang menjamu selera di beberapa restoran Medan Ikan Bakar Dan Makanan Laut yang menghidangkan menu-menu yang yang enak dengan harga yang berpatutan.
Antara restoran terkenal yang boleh anda pilih antaranya Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan bakar Dan Seafood, Restoran Senandung Malam Seafood, Restoran Terapung H.M. Sri Bagan Sdn Bhd dan Bagan Lalang Seaview Restaurant.
Selamat makan angin!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila fikirkan percutian yang romantik, mesti ramai terfikirkan Paris. Paris sentiasa jadi penanda aras dan gambaran percutian yang romantik. Tetapi bukan semua trip romantik...