Sejak beberapa tahun yang lalu, teh Taiwan telah mendapat perhatian meluas di Malaysia. Kini, terdapat pesaing baru yang akan menggantikan tempatnya – Teh Ais Thai, minuman teh segar yang diperkaya dengan rasa teh Thai yang asli dan dibawakan oleh Chill Chill. Jenama ini diilhamkan oleh pemiliknya yang telah memperkenalkan Boat Noodle ke Malaysia.
Utara 5 F&B Sdn Bhd (U5FB) adalah satu jenama tempatan yang sedang berkembang maju dan bercita-cita untuk mewujudkan pelbagai konsep yang boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Dalam tempoh 36 bulan, U5FB telah mengukuhkan lagi kedudukannya di Malaysia dengan pelancaran 55 cawangan di seluruh negara, menerusi jenama milik mereka iaitu Boat Noodle, Chill Chill, MKN dan C&C.
Ads
Chill Chill mempunyai sejarahnya tersendiri. Pada mulanya, Chill Chill diperkenalkan sebagai minuman teh Thai yang menjadi sebahagian daripada senarai menu di restoran Boat Noodle. Hasil sokongan kuat daripada peminat Boat Noodle, jenama Chill Chill kini semakin menyerlah dengan lebih lima juta cawan minuman berkenaan dijual. Pada akhir tahun lalu, Chill Chill telah memperkenalkan model kios. Langkah itu diambil bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati minuman Teh Thai kegemaran mereka di kios-kios, yang sebelum ini hanya boleh didapati di Boat Noodle. Dalam tempoh sembilan bulan sahaja, jenama yang diinspirasikan Thai ini telah beroperasi di lebih 17 lokasi di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.
Ads
“Saya tidak pernah lupa untuk memulakan hari saya dengan secawan teh tarik segar. Ketika beberapa lawatan pertama yang saya buat ke Thailand, saya telah merasa keenakan Teh Ais Thai (Cha Yen). Sejak daripada itu ia telah menjadi minuman pilihan saya jika tiada teh tarik. Keenakan itu membuatkan saya berfikir bahawa saya perlu memperkenalkan rasa nikmat Cha Yen ini kepada rakyat Malaysia.
Justeru itu, saya dan pasukan saya telah bekerja keras bersama-sama dengan sebuah syarikat Teh Thai bagi menghasilkan ramuan Cha Yen yang sempurna, iaitu versi yang lebih ‘kaw’, yang sesuai dengan citarasa peminat teh tempatan,” kata Pengasas Utara 5 F&B Sdn Bhd, Tony Lim.
Chill Chill hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi yang diimport termasuklah campuran teh rahsia yang istimewa, bagi memastikan rakyat Malaysia dapat merasai pengalaman teh Thai yang terbaik. Chill Chill menawarkan lebih daripada 31 perisa minuman yang padat dengan rasa, semuanya diperbuat segar secara individu mengikut pesanan. Rasanya yang sedap, ditambah pula dengan pelbagai pilihan ‘topping’ yang unik, membolehkan semua orang menikmati Chill Chill yang sesuai dengan cita rasa masing-masing.
Ads
“Cara yang ideal untuk menikmati Chill Chill adalah goncang, minum, kemudian goncang lagi (shake, sip, shake) dan nikmati Chill Chill dalam tempoh 10 minit. Melalui cara ini anda akan dapat merasai pengalaman Chill Chill yang terbaik,” Tony mengesyorkan.
“Chill Chill bukan sekadar jenama, tetapi ianya adalah satu gaya hidup. Berpandukan kepada matlamat untuk membantu orang ramai Malaysia bersantai, kumpulkan semula tenaga dan meraikan kehidupan, kami mahu anda #chillchilllah,” tambah beliau lagi.
Berazam membawakan rasa Teh Thai yang sebenar untuk dinikmati oleh lebih ramai lagi rakyat Malaysia, Chill Chill telah merancang untuk membina 100 kios di seluruh negara menjelang penghujung 2018, dengan 50 kios beroperasi menjelang akhir 2017. Sementara itu, Chill Chill juga telah berjaya menembusi pasaran Indonesia serta Brunei, mengikuti jejak Boat Noodle ke luar negara. Kejayaan ini selari dengan rancangan perniagaan Chill Chill untuk memasuki pasaran Asia Tenggara secara lebih aggresif lagi.
Terdapat pelbagai pilihan minuman yang ditawarkan di Chill Chill pada harga berpatutan antara RM6.90 hingga RM12.90. Anda boleh memilih beraneka jenis ‘topping’ mengikut kegemaran anda seperti – serbuk Oreo, jeli kopi, krim putar, jeli ‘blue pea’ serta susu dan puding mangga. Antara minuman istimewa Chill Chill termasuklah Cha Yen (Teh Thai), Kaffe Yen (Kopi Thai), Cha Keow Yen (Teh Hijau Thai) dan Cha Manao Yen (Teh Lemon Thai).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kerajaan negeri Sabah membenarkan beberapa lagi sektor beroperasi secara berperingkat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) fasa kelima bermula 10 Mei 2020.
Sektor tersebut termasuk pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar serta rangkaiannya meliputi pelancongan domestik (dalam negeri sahaja) dan semua operasi perhotelan dibenarkan kecuali penggunaan fasiliti hotel seperti surau, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan dan bufet.
Foto: google image
Aktiviti seni budaya juga dibenarkan meliputi kegiatan seni kraf, visual, pakaian tradisional, makanan tradisional, muzik dan tari (tidak melebihi 10 orang) serta penyelidikan dan pendidikan budaya.
Selain itu, aktiviti meliputi kunjungan riadah, kajian, penyelidikan dan pemantauan alam sekitar termasuk perkhidmatan yang ditawarkan di Taman-Taman Sabah dan santuari, penuaian sarang burung, pengeluaran permit dan lesen hidupan liar juga dibenarkan.
Aktiviti lain ialah sektor sukan dan rekreasi termasuk rangkaiannya seperti latihan sukan secara individu, sukan elit dan sukan berprestasi tinggi, aktiviti sukan massa dan rekreasi yang melibatkan orang awam tidak melebihi 10 orang dalam satu kumpulan pada satu-satu masa dan rangkaian kemudahan sukan dan rekreasi seperti boling padang, lapang sasar golf dan lapang sasar menembak.
Sektor lain ialah perkhidmatan ikhtisas dan profesional, pengangkutan udara, kedai menjual kenderaan bermotor, jentera berat dan basikal serta kebenaran merentas daerah.
Semua sektor yang dibenarkan ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa.
Sesiapa yang ingin ke Mossy Forest, Cameron Highlands selepas ini akan dikenakan bayaran oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bermula dari 1 Mac 2019.
Bayaran sebanyak RM10 akan dikenakan kepada orang dewasa manakala RM5 dikenakan kepada kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan warga emas serta Orang Kelainan Upaya warganegara Malaysia.
Bagi pengunjung warganegara asing, bayaran RM30 dikenakan kepada orang dewasa, RM15 kepada kanak-kanak bawah 12 tahun dan RM30 kepada warga emas dan Orang Kelainan Upaya.
Bayaran fi yang dikenakan hanya untuk pengunjung yang ingin masuk ke Mossy Forest sehingga penghujung laluan boardwalk sahaja. Kepada yang ingin mendaki ke Gunung Irau melalui Mossy Forest, anda turut dikenakan bayaran dan masih perlu memohon permit untuk memasuki Hutan Simpanan Kekal seperti biasa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bukan saja terkenal dengan bunga Sakura yang sedang berbunga lebat ini kala ini, Jepun sememangnya sebuah negara yang kaya dengan tempat-tempat menarik. Dengan sisi bangunan pencakar langit hinggalah ke keindahan alam semulajadinya, Jepun antara destinasi pelancongan popular bagi rakyat negara ini.
Jika Mac dipenuhi dengan bunga Sakura, memasuki bulan April pula Jepun terkenal dengan Snow Wall setinggi 20 meter yang diukir sepenuhnya dengan tangan.
Perkongsian dari Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di negara matahari terbit berkongsi kisah menarik mengenai Snow Wall setinggi 20 meter ini.
Tateyama-Kurobe Snow Wall, atau dikenali sebagai “Yuki-no-Otani” sebenarnya adalah dinding salji yang boleh mencecah ketinggian 20m.
Tinggi kan?
Tapi benda ni tak hairan pun sebab Yuki-no-Otani ni pun terletak kat atas dekat Gunung Tateyama (2450m dari paras laut) di mana kawasan ni terima antara paling banyak salji di dunia.
Yuki-no-Otani ni panjang dia lebih kurang 500m. Menariknya, dinding salji ni sebenarnya man-made (buatan manusia). Diorang ambil salji dari kawasan sekitar dan kumpulkan kat situ kemudian ukir jadikan dinding tu.
Memang gigih la nak ukir salji tinggi 20m sebenarnya dan benda ni diorang buat setiap tahun. Sebab bila habis musim, dinding ni memang akan cair. Saljikan.
Jadi kalau berminat nak datang sini, waktu paling baik nak tengok snow wall tinggi 20m ni adalah pada tengah bulan April – tengah Jun. Sumber : Zunita Ramli .
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...