
Jollibee merupakan francais makanan segera popular di Filipina bakal membuka 100 cawangan restoran di seluruh Malaysia termasuk lebih separuh cawangannya di Sabah dan Sarawak.
Jollibee pernah dinobatkan sebagai antara 5 restoran makanan segera terbaik di dunia. Setakat ini, Jollibee berada pada tangga ke-11 dalam carta. Restoran makanan segera Jollibee telah mempunyai lebih daripada 1200 cawangan di seluruh dunia.
Jollibee telah membuka cawangan pertamanya di pusat membeli-belah Centre Point Sabah pada Disember tahun lepas. Mereka membuka cawangan di Sabah disebabkan segelintir penduduk di sana merupakan orang Filipina dan cawangan mereka mendapat sambutan yang menggalakkan.
Selain sajian istimewa Chickenjoy, Jollibee juga terkenal dengan Jolly Spaghetti iaitu pasta bersama sos tomato dan daging dihiasi dengan toping keju. Manakala Yumburger iaitu daging burgernya diperbuat daripada 100 peratus daging lembu tulen.
Anda tidak perlu risau tau tentang status Halal, kerana cawangan Jollibee di Malaysia telah menyesuaikan menu bebas daripada bahan yang diperbuat daripada daging khinzir dan dalam proses mendapatkan sijil halal JAKIM. Jollibee juga turut membuka cawangan di negara-negara Muslim lain seperti Brunei, UAE dan Arab Saudi.
Info
Mengapa mereka baru membuka cawangan di Malaysia sedangkan negara Filipina dekat dengan Malaysia? Sebelum ini, Jollibee pernah membuka cawangan di Malaysia pada tahun 1990-an namun terpaksa ditutup akibat krisis kewangan 1997.
Sumber: Dailymail
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Visit Malaysia 2020: Mai Bermalam Di Perlis

Perlis Indera Kayangan bukanlah suatu lokasi asing dalam kalendar pelancongan Malaysia. Meskipun negeri ini kecil dan terletak nun di utara Malaysia, Perlis telah mencatatkan kehadiran lima juta pengunjung ke negeri itu saban tahun. Rata-rata pengunjung yang hadir ke Perlis adalah sebagai pengunjung transit sebelum mereka menyambung percutian ke Pulau Legenda Langkawi ataupun ke mana-mana lokasi di negara jiran terdekat, Thailand.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis; YB Puan Asmaiza ahmad, untuk tahun 2020 akan datang, Perlis berbesar hati menjemput semua pengunjung tidak kira sama ada dari dalam dan luar negara untuk sama-sama bermalam di Perlis sekurang-kurangnya semalaman bagi mendekati dan menikmati khazanah menarik disini.
Sehubungan itu, pihaknya menjangkakan sejuta pelancong akan bermalam di negeri itu untuk tahun 2020. Berita baik itu ternyata akan memberikan satu anjakan besar dalam industri Pelancongan Negeri Indera Kayangan yang akan meningkatkan sekurang-kurangnya 20 peratus pendapatan negeri itu.
Sasaran bukan sebarang sasaran, pihak Kerajaan Negeri serta dengan sokongan padu pihak pelancongan Negeri Perlis sedang giat menambahbaik kemudahan tempat-tempat pelancongan serta menjalankan promosi secara menyeluruh. Ia sebagai langkah agar pelancong yang berkunjung ke Perlis sentiasa gembira dan berpuas hati berkunjung ke negeri itu.
Pelbagai produk-produk pelancongan baru dan lama akan ditambahbaik agar setiap pengujung yang datang akan kembali lagi ke Negeri Perlis. Salah satu produk pelancongan terkenal adalah Inap Desa atau homestay. Program Inap Desa menyediakan pelbagai program menarik dan kemudahan tempat tinggal untuk orang luar merasai sendiri pengalaman gaya hidup masyarakat setempat.
Selain itu Asmaiza Ahmad juga menggesa agar lebih ramai pengusaha inap desa di Negeri Perlis berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) kerana ianya penting untuk merekodkan jumlah sebenar kehadiran pengunjung ke Negeri Perlis. Asmaiza ditemui ketika menghadiri Majlis Penutup Lawatan Suai Kenal Perlis Pra Visit Malaysia 2020 di Hotel Brasmana, Kuala Perlis minggu lalu.
Program Lawatan Suai Kenal Perlis Pra Visit Malaysia 2020 bersama media dan agen-agen pelancongan dianjurkan oleh Tourism Malaysia Wilayah Utara dan Tourism Malaysia Perlis. Ia bagi membolehkan pengamal media serta agen pelancongan menikmati dan mendekati lebih banyak produk pelancongan dengan lebih berinformasi.
Bukan itu sahaja lawatan kali ini amat bermakna dengan kesudian Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, En Husni Ahmad Basri menyertai lawatan serta bersama-sama peserta program menjalankan aktiviti dari hari pertama sehingga hari terakhir. Menurut Husni selain mempromosi Perlis untuk Visit Malaysia 2020, pihaknya sedang giat mempromosi Perlis sebagai lokasi pelancongan wajib dikunjungi bagi menjayakan Tahun Melawat Perlis 2021.
Bersiar-siar ke kota Kayang,
Harap bertemu Puteri Jelita,
Hebat Perlis toksah dok bayang,
Pakat mai sekampung baru caraaa.
Oleh: Norsila Mustapa Kamal
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
70 Tarikan Kat Pangkor Korang Boleh Terjah. Baru Puas Pusing Satu Pulau!

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa tempat menarik yang ada kat Pulau Pangkor? Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik, namun ramai yang buntu tak tahu arah tuju bila sampai ke pulau ini.
Kat bawah ini lebih dari 70 tarikan di pulau bebas cukai ini yang korang boleh terjah. Barulah puas teroka Pangkor untuk percutian 3 hari 2 malam korang kat sana!
Ada Apa Di Pulau Pangkor, Perak
Ramai pelancong, kalau yang datang ke Pangkor depa tak dak arah tuju. Terutama yang tak menggunakan perkhidmatan Teksi/Van Pink Pangkor, tak banyak tempat yang depa boleh pergi dengan menaiki Kereta dan Motor sewa.
Disini terdapat beberapa tempat menarik seperti pantai, kawasan bersejarah, kedai makan mengikut kampung teman senaraikan. Mungkin boleh dijadikan panduan kepada pelancong yang datang ke sini. So tak dak la nanti cakap Pangkor ni boring, sedangkan kome xtau mana tempat nak dituju.
Firstly set dalam minda, Pangkor ni tak macam Langkawi. Pangkor tempat yang amat sesuai untuk release tension dan berehat bersama keluarga. Dan sesuai dengan percutian bajet.
Di bawah senarai tempat² yang menarik :
Jeti / Pekan Pangkor
– Kedai Pakaian
– Kedai Coklat Bebas Cukai
– Kedai Pinggan Mangkuk Bebas Cukai
– Kedai Ikan Bilis
– Kedai Makan Haida ( Kak Asmah)
– Kedai Makan Chik
– Money Changer
– Kedai Kek Ika Bakery
– Gerai Makan Dataran Kurma ( Pelbagai Juadah)
– Maybank/ Ambank / Agro Bank
– Kedai Makan Mamak (Ibrahim)
Teluk Gedung.
– Masjid Al Badr 1000 Selawat (Masjid Terapung)
– Batu Bersurat
– Kota Belanda
– Pantai Teluk Segadas (Perlu melalui Speed Boat atau Jungle Tracking)
– Perusahaan Gamat Asli Pangkor
– Perusahaan Minyak Lemak Unta
– Perusahaan Ikan Buntal
– Kedai Makan Teluk Baharu
– Kedai Pakaian dan Aksesori Teluk Baharu
-Kedai Makan Dekra Corner (6.00 pm – 11.00 pm)
– Warung Rojak Teluk Gedung
Teluk Kecil
– Jeti Nelayan Teluk Kecil
– Perusahaan Ikan Masin
– Mee Udang Den Kedai (Malam)
– Kedai Makan Mak Tam (Pagi)
Kampung Masjid
– Masjid Teluk Raja Bayang
– Kedai Makan Pak Hassan (Pagi dan Petang)
– Kedai Makan Ee Mat Isa (Pagi dan Malam)
– Kedai Makan Laksa dan Cucur Udang (Belakang kawasan sekolah rendah)
– Tempat menjual Hasil Laut segar Pangkor
– Kedai Berbumbung untuk jualan Hasil Laut
-Gerai Dataran Sepak Takraw (Pelbagai Juadah Makanan Pagi dan petang)
Sungai Pinang Besar/Kecil
– Laksa Goreng Mak Ungai (Petang)
– Kedai Makan Lee dan Zah (Pagi)
– Kedai Makan Yam Corner (Pagi dan Petang)
– Kedai Makan Yakob (Malam)
-Kedai Makan Kak Zah Mat Isa ( Pagi – Petang)
– Foo Ling Kong (Chinese Temple)
– Hindu Temple
– Masjid Cina @ 1000 Doa @ Sungai Pinang
– Kilang Satay Pangkor
– Kilang Satay Ikan Paksu
-Tatami Cafe (Petang dan malam)
– Waffle Malaysia Sungai Pinang Kecil
– Kiosk Burger SPK
Hujung Kelawai (Sungai Pinang Kecil)
– Gerai Makcik Fatimah
– Gerai Makan Kak Mona
– Air Sungai Hujung Kelawai
Jalan Pasir Bogak
– Kedai Makan Abg Mi (Petang dan Malam)
– Satay Kak Yong (Petang Malam)
– Kedai Makan Janji Temu ( Tengahari – Malam)
– Waffle Pakcik Manan (Petang Malam)
– Kebab Kak Siti
– Kiosk Kak Pah ( Pagi )
– Burger Azhar (Petang Malam)
– Sushi (Wya & Lee)
– Kiosk Hadapan Coral Bay Resort ( Menjual juadah pagi tengahari
petang dan malam
– Hasnah Corner (Makan Tengahari )
– Ridzmi Kitchen ( Petang Malam)
– Kedai Makan Kak Pah & Kak Bah Hot Satay ( Petang Malam )
– Char Kue Teow Flat
– Kedai Coklat Laris
– Kedai Makan Chef Ashraff
– Gerai UMMI
– Coconut Cafe
– Kedai Makan Chef Din Nasi Arab
Pantai Pasir Bogak
– Pangkor Laut Resort
– Rumah Peranginan Kerajaan Persekutuan
– Laksa D’ Kelapa 3.00 ptg – 11 malam

( Menjual Makanan Kampung)
– Gerai Makan Pak Man @ Makcik Lasiah
– Street Stall Burger Zul & Ina
– D’ Alun ( Chalet Kontena ) – 15-Ogos-2022 Opening
– Kiosk-Kiosk Bersebelahan Hotel Sea View (Pelbagai Juadah Makanan)
-Kedai Makan Chinese
Teluk Ketapang
– Pantai Teluk Ketapang
– Pusat Konservasi Penyu / Kampung Penyu
Teluk Nipah
– Pantai Teluk Nipah
– Hotel/Chalet/Resort
– Lempeng Pisang Viral (Petang)
– Kedai Makan Seafood
– Pulau Giam (Aktiviti Snorkling)
– Pulau Mentangor
– Teluk Man
– Monkey Bay
– Pangkor Nature
-Kedai Pakaian
-Kedai Kraftangan
– ATV ( Wan )
– Jungle Tracking ( Abg Madi )
Teluk Dalam
– Pantai Teluk Dalam
– Kedai Makan Maksu Senah (Malam)
– Kedai Makan Ummi (Malam)
– Kedai Makan Kak Gie (Siang)
– Kedai Makan Mak Ngah (9.00 Pagi – 6.30 Ptg)
– Kedai Mak Dak Cucur Ikan / Udang (3.00 ptg – 6.30 ptg)
– Lapangan Terbang Pulau Pangkor
– Rumah Rehat Kerajaan Negeri
‘PANGKOR BEBAS CUKAI’
Perkongsian info dari Rahza IP
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amaran Ribut Petir Di Seluruh Semenanjung Petang Ini Hingga Malam

Amaran ribut petir telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia petang tadi dan orang awam dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar buat masa seketika.
Amaran yang dikeluarkan melibatkan semua negeri di semenanjung tanah air terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan pantai seperti pantai barat dan pantai timur semenanjung.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Perak Tengah dan Hilir Perak), Kelantan (Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang), WP Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga 8:00 malam; Selasa, 2 April 2019.
Manakala ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka di negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut dan Kuantan), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, Johor (Segamat) sehingga 8:00 malam; Selasa, 2 April 2019.
Kepada anda diluar sana, awasi anak-anak anda agar mereka tidak bermain hujan di luar rumah dan kepada yang ingin pulang berkerja dengan memandu atau menunggang kenderaan, pastikan jarak selamat dan berhati-hati sepanjang perjalanan.
Semoga anda selamat sampai ke destinasi.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI