Selain trip makan-makan, pastinya percutian akan diselangi dengan gambar-gambar untuk kenangan bagi setiap destinasi yang dipilih.
Nak tarik lebih ramai pelancong, kebanyakkan bandar-bandar utama menggunakan lorong-lorong yang terbiar dengan lukisan-lukisan mural yang cantik dan cukup kreatif. Wujud sejak Mac tahun lalu, kalau ke Kuantan, memang wajib singgah untuk OOTD.
Seperti juga di tempat lain, Kuantan Art Street juga tak ketinggalan mempunyai pelbagai lukisan mural hasil tangan artis tempatan yang boleh korang abadikan kenangan apabila bergambar di sini.
Ads
Terletak berhampiran dengan Masjid Besar Kuantan, korang yang ke sini boleh park di parking lot berhadapan masjid besar tersebut. Jalan kaki sahaja menuju ke Kuantan Art Street, on the way balik dah penat bergambar boleh singgah minum-minum kat café-café hipstur yang korang boleh nampak sepanjang jalan di depan menara itu.
Jom tengok antara mural-mural yang ada di Kuantan Art Street
Ads
Ads
Alamat: Lorong Seni, Jalan Taman, 25000 Kuantan, Pahang
Antara tujuan utama ramai kaki travel datang ke Finland adalah kerana mahu melihat pemandangan keindahan aurora.
Walaupun terpaksa menunggu lama, tetapi berbaloi dapat menikmati keindahan aurora, fenomena alam yang menakjubkan.
Perkongsian Khairul Hafiz dalam Backpackers Buddies Malaysia memberitahu pengalaman menyaksikan aurora di bumi Finland.
Alhamdulillah, diberi rezeki lagi untuk menyaksikan fenomena alam yang jarang dapat dilihat ini.
Beberapa malam sebelum tu, ia agak malu-malu untuk menunjukkan diri. Walaupun dari statistik ramalan semalam lagi ia akan memberi bacaan KP index yang tinggi iaitu 4.0. Mungkin belum rezeki kami untuk melihatnya.
Tapi malam tadi, Abam nekad untuk pergi ke segenap kawasan yang mempunyai kemungkinan untuk menyaksikam Aurora. Ini antara bucket list yang utama apabila Abam bawa peserta ke dalam kawasan Bulatan Artik.
Pada awalnya, Abam cuba untuk melalui kawasan yang sekadar gelap ditepi jalan. Dari situ, Abam dapat lihat samar-samar cahaya kehijaun dari kamera. Terus Abam bawa semua peserta Abam masuk ke celah-celah kampung dipinggir hutan menghampiri cahaya kehijauan itu.
Akhirnya, ia memancar dengan kuat sambil warna hijaunya diiringi dengan warna kemerahan, sesuai bacaan index yang kuat ditunjukkan sekitar 3.36. Selagi berada di dalam kawasan Artik, setiap malam kami akan pergi berburu.
Abam takkan putus asa sebab nenek Abam pernah berpesan It’s not over till it’s over. Tidur lewat malam, bangun awal pagi dan tidur 2 3 jam sahaja itu biasa.
Peserta trip yang Abam bawa kali ni semua dah kategori warga emas, dan setiap pergerakan aktiviti akan mengambil masa kerana kami perlu memberi keutamaan kepada keselamatan. Abam perlu merancang perjalanan sebaiknya untuk setiap aktiviti.
Tapi, bila Aurora muncul, kecergasan semua peserta macam Auto minus 10 tahun halaju pergerakan juga bertambah. Tongkat pun dah campak nak berlari bergambar.
Abam syak, cahaya aurora ni boleh membuat kita jadi muda.
Tak percaya, cuba datang dan tengok, yang berusia akan jadi muda, dan yang muda akan keriangan kanak-kanak. Abam pun jadi tak tentu arah.
Alhamdulillah, ini trip memburu Aurora Abam yang ke 5, Pertama kali di Lapland Sweden-Norway 2 kali, di Iceland 2 kali, dan di Finland ini untuk pertama kali. Setakat ini Allah masih beri rezeki bertemu Aurora kepada Abam dengan nisbah Dapat Melihat Aurora pertrip 5/5 atau ratio 100%.
Segala kajian yang Abam belajar bertahun-tahun memberikan hasil, dan kami juga tak berputus asa sehingga lewat malam. Namun itu juga atas kehendakNya untuk memberikan kami rezeki. Alhamdulillah
Secara ringkasnya, Aurora terhasil setelah magnetik dari kutub utara bertindak balas dengan partikel solar matahari yang terpancar ke bumi. Jadi, semakin hampir kita ke kutub utara, semakin tinggi peluang kita untuk menyaksikan cahaya Aurora Borealis.
Ia juga boleh kelihatan di kutub selatan yang mana ia dikenali sebagai Aurora Australis. Namun, keadaan hemisfera utara bumi yang mencondong ke arah matahari ketika waktu tertentu, menyababkan peluang yang lebih tinggi di bahagian kutub utara.
Abam belanja sikit gambar sooc, takut nanti orang kata Abam edit je nk bagi kaler hijau naik.
Catatan Kembara Kapten Lensa Kembara, Khairul Hafiz Rovaniemi, Finland
Bagi yang belum tahu, Fjällräven Polar adalah ekspedisi merentas kawasan bersalji yang bermula dari Norway hingga Sweden melibatkan jarak sejauh 300 km menggunakan dog-sled. Sebelum kita bermula lebih jauh, mari kita baca serba sedikit mengenai ekspedisi Fjällräven Polar.
Segalanya bermula apabila Ake Nordin bertemu Kenth Fjellborg pada tahun 1990. Kenth merupakan seorang pemandu dog-sled profesional dan beliau pernah menyertai Iditarod, satu pertandingan dog-sled bertaraf dunia di Alaska. Bermula dari saat itu, Ake mendapat inspirasi bersama Kenth untuk mencipta satu ekspedisi serupa dengan Iditorad tapi boleh disertai oleh orang awam yang biasa yang bukan profesional. Pada tahun 1997, setelah segala proses dokumentasi dan persiapan berjaya disiapkan, ekspedisi Fjällräven Polar dilaksanakan di Scandinavian Arctic buat julung kalinya.
Apa yang mencabar mengenai ekspedisi Fjällräven Polar ini adalah peserta akan berdepan dengan cabaran yang datang dari pelbagai sudut seperti merentas kawasan bersalji tebal dengan suhu 30 darjah celcius di bawah paras beku. Selain daripada itu, pengetahuan dan kelengkapan yang digunakan oleh mereka juga akan diuji sama ada mampu untuk menempuh cabaran di kawasan bersalji sehingga berjaya ataupun tidak.
Bagi mereka yang menyertai ekspedisi ini, Fjällräven Polar memberikan peluang sekali dalam seumur hidup untuk merasai pengalaman yang begitu mencabar limitasi mental dan fizikal kerana selama 6 hari ekspedisi, mereka akan tidur dan makan di kawasan yang dilitupi salji tebal. Sudah tentu ianya akan menguji kekuatan mental dan fizikal kerana tidak semua peserta akan datang dari negara yang bercuaca sejuk.
Lebih menarik mengenai ekspedisi Fjällräven Polar ini adalah kesemua 20 orang peserta akan diundi dari seluruh dunia yang dibahagikan kepada 10 kategori iaitu Nordic East, Nordic West, Mediterranean, UK/Benelux, GAS, Central Europe, Asia, Asia/Ocenania, North America dan lain-lain. Dalam pada itu, ada juga penyertaan yang akan dipilih oleh juri yang dilantik oleh penganjur ekspedisi.
Selain itu, ekspedisi ini juga tidak akan berjaya tanpa dog-sled yang dipacu oleh anjing daripada baka Alaskan dan Siberian Husky. Sejumlah 200 ekor anjing akan terlibat untuk membantu para peserta menjayakan ekspedisi ini.
Ekspedisi Fjällräven Polar 2019 sejauh 300 km ini akan bermula pada 8 April hingga 13 April di Signaldalen, Norway di mana kesemua 20 peserta ekspedisi akan menunggang dog-sled merentasi Palstsa, Rastojaure, Kattuvuoma, Sevujarvi, sebelum berakhir di Vakkarajarvi, Sweden.
Sehingga kini, seramai 54 orang rakyat Malaysia telah mendaftarkan untuk menyertai ekspedisi Fjällräven Polar 2019. Antara nama yang berada di kedudukan 5 teratas adalah Azam Mohd Shidid (7,100 undi), Muqharabbin Mokhtarrudin (5,385 undi), Loe Fakhrul (1,538 undi), ArtChan Ali (744 undi), dan Rico Loo (461 undi).
Anda boleh lihat kesemua peserta Malaysia di sini.
Untuk pengetahuan semua, Malaysia berada di bawah kategori Asia/Oceania dan rakyat Malaysia akan bersaing dengan tujuh negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Australia, New Zealand, Thailand dan Vietnam. Buat masa ini, kategori Asia/Oceania didahului oleh Willy Kurniawan dari Indonesia dengan undi sebanyak 7,386 dan Azam dari Malaysia berada di tempat kedua.
Oleh yang demikian, dengan semangat Malaysia Boleh, marilah kita undi rakan-rakan kita dari Malaysia agar ada wakil dari negara bertuah ini ke ekspedisi Fjällräven Polar 2019! Tarikh tutup pengundian ekspedisi Fjällräven Polar 2019 adalah pada 13 Disember 2018. Boleh buat undian anda di sini.
Kalau sebut tentang Curaçao, antara perkara pertama yang pasti terbayang ialah deretan bangunan berwarna-warni di tepi laut. Itulah pesona Willemstad, ibu negara Curaçao yang...