Berita

Ombak Besar Dijangka Melanda Kedah Dua Hari Sebelum Raya Nanti

Share

Ketika umat Islam sedang membuat persiapan akhir menjelang hari raya, empat daerah di Kedah dijangka akan menerima kesan berikutan ombak tinggi yang diramalkan berlaku pada dua hari sebelum sambutan Aidilfitri.

Empat daerah yang dijangka terkesan dengan ombak tinggi itu adalah di Kuala Muda, Yan, Kuala Kedah dan Langkawi.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ombak setinggi 2.9 meter dijangka berlaku pada 4 dan 5 Jun depan.

“Kita berharap ketika itu tidak berlaku hujan lebat kerana sekiranya berlaku pertembungan ombak besar dan hujan, ia boleh menyebabkan berlakunya air pasang yang mengakibatkan banjir di sekitar daerah itu,” katanya.

Namun seramai 150 anggota dan pegawai kami di 10 daerah di negeri ini bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kejadian bencana seperti banjir, ribut serta kemalangan jalan raya.

Seramai 36 anggota di menara penyelamat pantai di lima tempat iaitu empat di Langkawi dan satu di Kuala Muda juga akan bertugas ketika musim perayaan ini. Mereka akan memantau dan melakukan rondaan di sekitar pantai untuk memastikan keselamatan pengunjung yang mandi di kawasan berkenaan dan akan meminta pengunjung supaya beredar dari situ jika keadaan cuaca tidak mengizinkan.

  • Orang ramai yang tinggal di pesisir pantai di empat daerah itu dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya hujan lebat berterusan lebih tiga jam.
  • Sebarang aktiviti beriadah di tepi pantai juga tidak digalakkan kerana ia boleh mengancam keselamatan pengunjung selain bot atau sampan kecil yang melakukan aktiviti menangkap ikan di pesisir pantai.

Sumber: hmetro

IKLAN