Sudah ramai yang menceritakan keindahan alam yang ada di Empangan Bengoh yang terletak 50km dari Kuching, Sarawak dan ternyata perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam melewati Puncak Borneo dan Padawan ini berbaloi untuk dilawati.
Chey Chen berkongsi pengalaman dirinya ke lokasi yang digelar Sarawak Jurassic World dan sering menjadi buah mulut pencinta alam bila ke Sarawak untuk menjejaki dua air terjun yang berada di Empangan Bengoh, Sarawak itu.
Bagi yang ingin melihat sendiri keindahan seperti yang ramai kongsikan, bolehlah merujuk perkongsian oleh wanita ini. Sangat indah, benar bagai dikata tempatnya cukup cantik umpama berada dalam dunia lain. Kalau dah sampai ke Kuching, luangkan sedikit masa untuk pergi ke sini.
Empangan Bengoh-Curtain Waterfall-Jurassic Park Waterfall, Sarawak, Malaysia.
Perjalanan dari Kuching ke Empangan Bengoh sejauh 50KM dengan jarak masa 1 jam melewati Puncak Borneo dan Padawan. Keadaan jalan yang baik tetapi tiada stesen minyak apabila meninggalkan kawasan bandar.
Ads
Kita perlu daftar masuk di pintu masuk empangan dan guide telah menunggu di kawasan parkir. Untuk trip ini, kami telah menggunakan khidmat Angela dan Nol sebagai pengurus dan juru pandu-arah. Pakej bermula RM57 untuk berkongsi bot dengan orang lain.
Kita akan menyelusuri empangan kira-kira 10 minit ke hentian pertama, Jetty Ban. Di sini kita boleh beli bekalan sarapan pagi dan minuman. Sebagai contoh, nasi lemak ayam goreng (RM6), Coke (RM3), drinking water 500ml (RM1.50).
Pendakian boleh dikatakan tidak terlalu sukar dan sesuai untuk semua yang sihat tubuh badan. Kita akan berhenti untuk register di kaunter. Selepas itu kita akan terus perjalanan melewati beberapa jambatan yang diperbuat dari buluh dan kayu.
Ads
Kira-kira 20 minit berjalan, kita akan sampai di hentian pertama, Curtain/Pe’en Waterfall. Sebaiknya di hentian ini kita berehat sekejap ataupun teruskan perjalanan kalau anda berniat untuk mandi ini kerana kita akan balik di hentian ini kembali selepas air terjun kedua nanti.
Cuma bagi yang tidak mahu mandi, saya cadangkan untuk stay di air terjun yang kedua, Jurassic ataupun nama setempat, Susung Waterfall. Jarak ke Susung sekitar 2KM dari Pe’en dan bagi saya Susung lebih sejuk dan cantik untuk berada lebih lama.
Setelah kembali ke Jetty Ban, kita akan pergi ke Kampung Sting yang mengambil masa 5 minit dengan bot. Untuk ke kampung ini akan melalui bukit yang agak pacak dengan anggaran masa 20 minit untuk sampai ke puncak. Di sini tarikan utamanya adalah viewpoint yang diperbuat dari buluh. Dari situ boleh nampak empangan 360 darjah.
Ads
Untuk urusan booking trip, boleh hubungi Angela (60 12-853 4462)
Taman tema terbesar yang bakal menjadi destinasi pulau impian di Eropah akan dibuka di ibu negara Rusia pada hujung Februari 2020. Alang-alang ke sana nak cari aurora, boleh la singgah taman tema ni sekali kan?
Direka bagi menempatkan 20,000 orang pada satu-satu masa, taman yang dikenali sebagai Dream Island bakal menjadi destinasi pelancongan keluarga. Projek bernilai US$1.5 bilion dibina dengan penyertaan besar syarikat Turki, Ronesans Holding.
Taman tema ini adalah yang terbesar di Rusia dan menjadi taman dalam dewan seakan 'kaca' terbesar di Eropah. Tiada taman seumpama di Scandinavia. Taman tema dalam dewan yang paling hampir adalah di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Semua tarikan di sini unik dan dibina khas untuk Dream Island. Taman yang dibina di pulau kecil berhampiran pusat bandar Moscow, direka seperti sebuah taman dengan lembah di tengah dengan hujungnya ditempatkan buaian berpusing dan empat medan yang dihiasi lanskap menarik.
Setiap medan dibina dengan struktur menyerupai jalan raya di empat bandar raya dunia iaitu Barcelona, Beverly Hills, London dan Rome. Secara umum ia adalah sebuah bandar sebenar kecuali ia mempunyai atap kaca. Ini kerana Dream Island mahukan pelancong berasa selesa dalam semua keadaan cuaca dan musim. Secara keseluruhan, sebanyak 8,600 meter persegi kaca digunakan dan terbesar di Eropah.
Dream Island mempunyai lapan zon yang mewakili perbezaan rantau dunia dan disulami hero global seperti smurfs, Teenage Mutant Ninja Turtles, Hello Kitty, Hotel Transylvania, Mowgli di Bumi Dinosaur, Dream race, Istana Snow Queen dan Magic Village serta teater boneka dan rumah hantu.
Dream Island juga memberi perhatian khusus terhadap ciri keselamatan sejajar dengan aspek keselamatan Rusia dan antarabangsa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Iceland terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan satu pengembaraan yang berbeza. Iceland dikenali sebagai sebuah negara yang sejuk, namun kebanyakan air kolamnya adalah panas berikutan arus saliran gunung-gunung berapi.
Salah satu tempat pelancongan yang perlu dikunjungi ialah tapak perlindungan Iceland dikenali sebagai Blue Lagoon. Jangan terkejut jika melihat ramai pengunjung yang berendam di dalam kawasan lagun walaupun suhu ketika itu sangat sejuk. Blue Lagoon terkenal sebagai destinasi bersantai yang tenang, mempunyai air berwarna biru dan apa yang menakjubkan airnya tidak sejuk, malah ianya panas.
Selain keunikan muka buminya, antara kelebihan Blue Lagoon yang menjadi perbualan ialah khasiat air takungan ini yang dikatakan sangat baik untuk kulit badan manusia. Disebabkan itu ia mula dibuka kepada umum sejak tahun 1976 lagi dengan tahap keselamatan ketika berada dikawasan ini sentiasa di jaga serta diuruskan dengan baik.
Awalnya, takungan ini terbentuk ketika operasi stesen jana kuasa Svartsengi di kawasan sama. Kebanyakan orang yang mandi di situ mula menyedari manfaat air berkenaan terhadap kulit antaranya masalah psoriasis yang dikatakan hilang. Masalah kulit seperti jeragat, panau dan menggelupas juga dikatakan hilang selepas beberapa hari berendam di kawasan ini.
Info
Sebelum memasuki kolam, semua pengunjung dimestikan membersihkan badan terlebih dulu di bilik mandi berasingan untuk lelaki dan perempuan yang disediakan di dalam bangunan utama.
Berbanding kebanyakan kolam renang yang melarang orang ramai mengenakan kemeja T kain kapas ketika berendam, Blue Lagoon bagaimanapun lebih fleksibel di mana pengunjung dibenarkan memakainya. Maka untuk orang Muslim, lokasi ini dibenarkan untuk anda ‘bertutup’.
Bagi pengunjung yang berhasrat membawa pulang khasiat ini untuk diri sendiri mahupun sebagai cenderamata buat kenalan, produk penjagaan kulit berasaskan lumpur silika dan air Blue Lagoon dijual di lobi utama pusat berkenaan.
Jika merancang untuk berkunjung ke kawasan ini, pengunjung digalakkan untuk pergi lebih awal kerana ia sangat sibuk pada waktu siang. Anda boleh menggunakan bas ulang-alik iaitu kira-kira 50 minit dari Reykjavik.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap negeri di Malaysia mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan yang pastinya setiap percutian tak sah kalau tak explore tempat-tempat makan sedap dan juga tempat menarik untuk dilawati.
Enam hari mengembara ke negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu Pahang, Terengganu dan juga Kelantan memberikan peluang buat Akmar Kamal dan pasangannya untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang signature setiap negeri yang dilawati.
Selain itu, pasangan ini juga turut mengambil peluang meneroka keindahan negeri Terengganu dengan melawat beberapa tempat menarik yang ada.
Pelbagai pengalaman menarik yang dikongsikan sepanjang trip enam hari itu. Terpaksa tidur di dalam khemah kerana ketiadaan bilik hotel, daytrip ke Pulau Kapas dan mendaki Bukit Singa dan banyak lagi tempat menarik yang dilawati sepanjang percutian mereka berdua itu.
Jelajah Pantai Timur Selama 6 hari, Trip Jalan-jalan Cari Makan & Lawat Tempat Menarik
PAHANG + TERENGGANU + KELANTAN, MALAYSIA
PAHANG
Lemang To’ki, Bentong, Pahang
-Ayam Bakar + Air Asam
-Rendang Daging
-Rendang Ayam
-Lemang
* Ayam bakar cicah air asam, rendang daging sedap!!
Kula Cakes, Kuantan, Pahang
Mango Cheesecake
* kalau pergi weekend beratur panjang ye…aku pergi hari Khamis, beratur sikit jer…
Murtabak Mengkasar, Kuantan, Pahang
Kuah dia sedap!!
Cafe Marion, Cherating, Pahang
Peminat tart dan cake boleh try pergi sini…ada pelbagai jenis tart..tart die memang sedap…
Nasi Kerabu, Pantai Cherating, Pahang
Ni pergi random jer sebab lapar
Satar Aziz Satar, Cherating, Pahang
TERENGGANU
Pantai Kemasik, Kemaman, Terengganu
Pantai Kelulut Marang, Terengganu
Mek Thai Tomyam, Pantai Kelulut, Marang, Terengganu
Tomyam Seafood
Daging Harimau Menangis
* Tomyam yang viral sangat dekat Ipoh tu…sampai beratur…sini relax tak payah beratur…sedap!!
KELANTAN
Kota Bharu, Kelantan
* Kononnya nak pergi Nasi Ulam Cikgu, tapi tutup pulak…
Yogurt Din Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
Sedap wehhh….
Nasi Kerabu Panji, Kota Bharu, Kelantan
Nasi Kerabu Daging Bakar
Nasi Tumpang
* Selain nasi kerabu dan nasi tumpang ada pelbagai lagi makanan Kelantan yang lain…
Floating Market Sri Tanjung, Kota Bharu, Kelantan
Macam- macam makanan ada…wajib pergi…best!!
* Kena naik bot di Jeti Kuala Besar…bayaran RM3 sehala untuk seorang…
Buka setiap Jumaat dan Sabtu…
Jumaat : 3 – 5 petang
Sabtu : 8 pagi – 5 petang
Ada lagi satu floating market..Floating Market Pulau Suri…yang tu buka hari Sabtu sahaja…
SIAM – Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food
Miang Pla
Pad Thai Celup
Roti Sangkaya
* Asalnya nak pergi Suwarin Jinda, tapi beratur bukan main ramai…sampai keluar kedai…memang idak la nak beratur…so pergi sini…sedap!! paling best miang pla tu…
TERENGGANU
Bukit Keluang, Besut, Terengganu (hiking)
Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu
Bukit Keluang ni lagi dekat dengan Kota Bharu berbanding Kuala Terengganu…sebab tu aku naik ke Kelantan dulu, lepastu baru turun ke Terengganu…makan best-best dulu lepas tu baru berpenat-penat pulak…
Nak hiking Bukit Keluang ni ada 2 point…satu melalui Pantai Bukit Keluang, satu lagi melalui Bukit Keluang…
Nak naik ikot mana-mana pun boleh…naik ikut point lain, turun ikot point lain…maksudnya kalau misal kata parking kereta dan hiking ikot point bukit Keluang, lepas tu turun dekat point pantai, kena jalan kaki dalam 500m camtu untuk ambil kereta semula…kalau malas nak jalan kaki, naik turun jer la ikut tempat yang sama…macam aku, naik ikut bukit, turun ikut pantai…yang tangga tinggi tu ikut pantai…so kiranya aku turun tangga, bukan naik tangga…
Terengganu Drawbridge, Kuala Terengganu, Terengganu
Masa kami pergi ada karnival apebenda ntah…so, banyak la makan-makan…
TW Campstay, Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu
Cerita dia aku punya trip memang aci redah…hotel memang tak booking sesiap… sekali…hotel-hotel murah semua penuh, hotel Oyo dari bawah RM100 tetibe eh kau naik mendadak sampai RM200++ …apalagi, pacak khemah la…nasib baik la ada kosong lagi tapak dan owner sanggup melayan kami yang sampai pun dah malam…kalau tak memang tido dalam kereta la jawabnya…
Nasib baik la memang standby bawak khemah…pacak khemah pun guna lampu kereta…dengan segala peralatan camping pun tak ada, lampu suluh yang basic tu pun tak ada…ha…rasakan…tapi aku memang ok jer la..best campsite tu…kelengkapan semua ada…ada surau, tempat masak maggi@bancuh air (ada dapur gas) dan toilet…toilet dia paling rare…tapi ada jer toilet awam berdekatan kalau misal kata tak selesa dengan toilet rare tu…rugi pulak sampai lambat…tak sempat nak lepak lama sebab siangnya nak gerak pergi Pulau Kapas…pasal makanan pulak, jangan risau…area campsite tu ada banyak cafe hipster…
Pulau Kapas + Bukit Singa
Nak pergi ke Pulau Kapas ni kena naik bot di Jeti Marang…harga RM40 seorang return…boleh bermalam @ sekadar nak day trip…plan asal nak camping, tapi campsite penuh pulak…jadi kami pergi day trip jer…
Dekat Pulau Kapas ni juga terletaknya Bukit Singa…boleh pergi sendiri dengan cara meredah air serta batu-batu laut yang tajam @ boleh juga naik bot…naik bot tak tahu la berapa harga…kami biasalah…redah jer…tak la jauh mana…nak panjat Bukit Singa tu pun tak tinggi…cuma curam dan licin jer…kalau ada budak jangan gatal nak redah sendiri ya…agak susah sebab batu-batu tu tajam dan ada kawasan batu tinggi yang kene memanjat…bahaya jugak la…masa kami pergi boleh pulak hujan…kelam kabut turun balik bukit…tak sempat nak explore area Bukit Singa tu…sudahnya, baju basah main hujan..bukan main laut…sabar jer la…
Bagi aku Pulau Kapas ni tak ada apa sangat…kecil je pulau nya…cukup sekadar untuk day trip…biasa orang pergi Pulau Kapas untuk snorkeling…macam aku memang aim nak pergi Bukit Singa jer…pastu mandi-mandi, lepak..malas nak snorkeling…jemu agaknya…tapi tu la…kejap jer dah bosan…plan asal nak balik dari pulau 5.30 petang…dah puas mandi dalam hujan, suruh bot ambil pukul 3.30 petang…kalau tak hujan, mungkin aku lama kot dok lepak dekat Bukit Singa tu…situ jer yang aku rasa menarik pun…
Celup Tepung Terengganu
Ni aku main masuk jer kedai mana yang aku jumpa..3x jugak la sepanjang dekat Ganu ni asyik dok makan celup tepung…asalnya nak pergi Warung Pok Nong..ramai kata sedap dekat situ…tapi beratur kemain panjang…tepi jalan parking kereta penuh…sampai jem laluan nak ke warung dia tu…aku bab-bab beratur ni memang tak gemar..so bedal jer la mana-mana kedai pun…
Anggur Baby
Sepanjang jalan dari Terengganu ke Kelantan (jalan dalam) banyak betul jual anggur baby…so try la beli…rasa anggur biasa tu…cuma dia kecik-kecik dan tak der biji…senang la nak makan…
Restoran Singgang Budu, Kuala Terengganu, Terengganu
Ni siapa yang suka lauk kampung ulam-ulam, singgang…ha sesuai….sedap!!
Ada beberapa tempat yang aku tak sempat pergi…ye la…trip cuma 6 hari…contoh Masjid Kristal (dah pernah pergi), Masjid 8 Kubah, Pulau Redang, Pulau Perhentian…paling kelakar tak merasa makan Nasi Dagang Terengganu (Nasi Dagang Atas Tol) cerodik sangat pukul 12 tengah hari lepas check out baru nak pergi…aku terlepas pandang yang nasi dagang dekat Terengganu ni orang makan untuk sarapan..11.30 pagi kedai-kedai nasi dagang dah tutup..kalau bukak pun nasi dagangnya dah habis…pergi Terengganu dan Kelantan, jangan lupa beli air balang…air balang dekat sana sedap-sedap….
Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!
Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?
Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...