Pernah tidak anda terfikir untuk bercuti di sebuah rumah hantu. Percutian seperti ini pastinya memberi pengalaman berbeza yang tidak pernah anda alami sebelum ini.
Jika berminat anda boleh pergi menginap di Rumah Agnes Keith, sebuah rumah lama di Sandakan Sabah.
Rumah ini yang pernah diduduki seorang penulis dari Amerika Syarikat, Agnes Newton Keith menyimpan banyak memori lama dan kisah misteri belum terungkai sehingga kini.
Tersergam indah di atas bukit di Jalan Istana, Sandakan, rumah setingkat diperbuat daripada kayu itu juga popular dengan kisah seram pernah dilalui dan diceritakan sendiri oleh penghuninya, termasuk Agnes, lebih separuh abad lalu.
Antara catatannya, Agnes pernah menceritakan sering ternampak lembaga wanita tinggi lampai bersama seorang bayi sepanjang tinggal di rumah berkenaan dari tahun 1934 hingga 1952.
Kisah seram itu juga diceritakan oleh penghuni selepas Agnes termasuk seorang pembantu rumah yang mengatakan pernah terserempak dengan wanita sedang berdiri di anak tangga ketika tinggal di rumah itu pada 1967 hingga 1968.
Ads
Gambar lama menunjukkan suasana penghuni Rumah Agnes Keith ketika era kolonia.
Benar atau tidak, hanya penghuni yang pernah tinggal di rumah, kini dijaga Jabatan Muzium Sabah sahaja yang tahu mengenai kisah menyeramkan di sebalik keindahan seni bina dan reka bentuk era kolonial rumah berkenaan.
Malah, ada mengatakan kisah misteri dan seram itu masih berlaku hingga ke hari ini dan ia menjadi antara tarikan pengunjung untuk melawat ke Rumah Agnes Keith sejak dibuka pada 2004.
Menyedari potensi itu, Jabatan Muzium Sabah merancang mewujudkan pakej pelancongan seram atau `dark tourism’ khusus untuk peminat kisah misteri dan cerita seram.
Tawaran itu dijangka dibuka selepas aktiviti pelancongan dibenarkan semula apabila pandemik COVID-19 semakin pulih, terbuka kepada sesiapa berani dan teringin merasai pengalaman seram.
Ads
Ketika mengumumkan perkara itu baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata Jabatan Muzium Sabah akan membangunkan program e-Seram dengan membenarkan pengunjung bermalam di Rumah Agnes Keith.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin (tiga kiri) meninjau suasana Rumah Agnes Keith di Sandakan yang akan dijadikan destinasi ‘dark tourism’.
“Ia akan memberi peluang kepada pengunjung bermalam di rumah terbabit bagi merasai sendiri kehidupan Agnes Newton Keith bersama suaminya, Harry Keith dan anak mereka, George pernah tinggal di rumah itu.
“Ketika ini, program itu ditangguhkan berikutan pandemik sejak tahun lalu,” katanya.
Berdasarkan catatan Jabatan Muzium Sabah, rumah itu sudah ada apabila Agnes mengikuti suaminya bertugas sebagai Pegawai Konservasi Hutan di Sandakan pada 1934 dan mereka adalah penghuni kedua di rumah berkenaan sehingga tercetus Perang Dunia Kedua pada 1942.
Rumah berkenaan dikatakan rosak ketika perang tetapi dibina semula pada 1946 sebelum diduduki semula oleh Agnes bersama suami dan seorang anak mereka, sekembalinya dari Amerika Syarikat ke Sandakan selepas perang tamat.
Agnes menamakan rumah yang dibina semula itu sebagai Newlands dan mereka tinggal di sana hingga 1952 sebelum digantikan Pegawai Konservasi Hutan lain dengan yang terakhir Tom Bayles, pada 1968.
Ads
Antara yang pernah tinggal di sini.
Bagi peminat kisah seram atau aktiviti paranormal, peluang untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di rumah itu, terletak satu kilometer dari pusat bandar Sandakan.
Malah, inisiatif Jabatan Muzium Sabah itu mungkin dapat merungkai misteri di sebalik kisah itu, sama ada benar-benar berlaku hingga ke hari ini atau hanya khayalan dan rekaan semata-mata.
Macam-macam cerita negatif tentang Iran. Ramai yang anggap negara ini tak selamat untuk dikunjungi disebabkan keadaan bergolak atau berperang. Namun apabila aku sampai di sini, persepsi itu jauh berbeza. Orang-oranng Iran ini pun ramah mesra dan bila sebut dari ‘Malayzi’. Respon mereka begitu positif. Kali pertama jejak kaki ke negara Parsi dan tujuan utama untuk mendaki dua puncak tertinggi Iran. Mt Alam Kouh 4,850 meter dari paras laut dan Mt Damavand 5,610 meter. Selesai mendaki, melawat beberapa lokasi bersejarah berkaitan ketamaduanan Islam di Isfahan. Aku kongsikan perjalanan penuh mengikut turutan gambar. Moga sahabat lain juga dapat merasai pengalaman sama.
Memandangkan perjalanannya panjang, aku pecahkan kepada beberapa posting. senang nak faham
1) Mt Alam Kouh
2) Mt Damavand
3) Isfahan
Moga bermanfaat. lebih byk kita memberi, lebih banyak kita dapat.. Amin
HARI 1
1.
Memandangkan 14 hari nak park kereta. aku kena cari tempat yg lebih sesuai dgn harga lebih murah. aku pilih Putrajaya Sentral. kalau 14 hari kena charge RM86.. aku park dlm pkl 5 ptg. Pastu malam abg ipar amek kereta ni bawa balik umh diorg kt Purtajaya.. nti hari aku balik semula Malaysia, dia letak semula kt sini.. cara ini sangat penjimatan. Kat Putrajaya Sentral ada tren terus ke KLIA harganya RM9.40.. Flight ke Tehran jam 11.30 malam menggunakan Mahan Air
HARI 2
2.
2i.
2ii.
2iii.
2iiii.
Selepas 8 jam dok dlm flight, sampai lah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Komeini, Tehran. di Iran masa lambat 3jam30minit. Sampai di airport, beli dulu insurans utk pelancong asing.. insurans kt Malaysia kebanyakkan tak cover pelindungan di Iran. Negara berisiko. Kad kredit x boleh guna, kena bawa duit mata wang USD atau EUR. tukar siap2 RM Ke USD@EUR di Malaysia.. di airport ada money changer tukar kpd mata wang Rial. Ingatkan tukar duit Rupiah je dapat juta2.. Rupenye Rial lagi lah berjuta2 dapat lepas tukar.. USD300 dpt 11juta. Mata wang rasmi Iran adalah Rial. tp rakyat diorang lebih suka sebut mata wang tak rasmi dipanggil Toman. apa yg membezakan adalah pengurangan jumlah 0. contoh kalau peniaga kata 10,000 Toman, itu bermaksud 100,000 Rial.. maka kena bayar ikut jumlah Rial.. jadi time nk beli barang, kena tanya harga disebut itu dalam Toman ke Rial. beli sim card. sgt penting supaya dpt berhubung dgn family. senang update apa2. kt Iran dh 5G ye.. paling koman pn 4.5G. Subuh di Tehran adalah pada jam 5.20pg.. tempat solat selesa. cuma jgn lah g ikut diorg letak batu time sujud… wanita xleh pakai seksi atau mengikut bentuk tubuh. longgar + labuh
HARI 2
Rehat2 skjap. kemas barang sbb hari ini nak ke penginapan di tempat permulaan mendaki Alam Kuh. Asingkan barang yg x diperlukan dan simpan di tempat simpanan barang di airpot. kami bertiga shj mendaki Alam Kouh. Geng lain akan dtg hari ke-3 utk mendaki Damavand. Sarapan pagi makan roti cicah telur sambal. X berapa kena selera sebab x pedas. telan je sbb lapar sgt. harga xde mahal dlm belas2 ringgit. Ok lah tu kt airport kan
HARI 2
Ketua geng dipanggil kicok uruskan pengangkutan. ambil teksi airport lebih sesuai sbb perjalanan jauh ke kawasan luar bandar. harga minyak sangat murah. Kami akan ke Rodbarak iaitu tempat utk daftar permit mendaki Alam Kuh. dalam 8 jam perjalanan..laluan naik turun lereng gunung dengan pemandangan yg osem. berhenti makan kt kedai tepi jln.. kebab menjadi kelaziman di negara ni. klu kt Malaysia, kebab adalah hirisan daging + roti.. kt sini kebab itu daging yang dibakar.. sedap cuma mknn blake kering xde kuah mkn nasi.
HARI 2
Sampai di Rodbarak. kat sini ada pejabat Mountaineering and Sport Climbing Federation (IMSCF) utk daftar permit mendaki Alam Kuh. bayaran seorang USD30. kemudian naik jep ke Vandabon iaitu tempat penginapan utk pendaki.. jalan off road di tepi sungai. ramai org tempatan yg berkelah. biasa je sungai tu. kalau kt Malaysia x hingin aku berkelah dgn keadaan berdebu dan x brpe best. berhenti beli jagung bakar tepi jalan. jagung kurus
HARI 2
Bangunan penginapan ni pn dh tinggi tp xingt dh brpe ketinggian. memang sejuk. ada tempat wall climbing. bilik pn selesa. kantin, bleh masak air sendiri. surau n tandas pn selesa. Tak ada buat apa, hanya rehat dan kemas brg. masih rasa letih n mengantok sbb xckup tidur
HARI 3
3i.
IRAN.
3ii.
Siap2 utk ke destinari hari ini iaitu tapak perkehmahan Alam ouh. naik jep ke starting point. jalan off road dalam sejam.. ramai pendaki tempatan. rasa pelik plak bila kitaorg dari Malaysia jadi perhatian. siap ada yg nak bergambar. Biasanya kita yg suka bergambar dengan org asing. mungkin jarang2 org Malaysia mendaki kt Iran. Turun jep, dalam pukul 10 pagi start berjalan. sekarang musim panas, jadi xde la salji. yg ada salji yg dh keras di lereng gunung dan permukaan sungai. atas je beku.. bwh air sungai tetap mengalir..panas terik tapi cuaca sejuk. konpem kulit terbakar oleh panahan cahaya matahari. Pemandangan memang cantik. air sungai jernih kebiruan.. dah macam lukisan di kedai gambar
HARI 3
Keldai digunakan sebagai porter utk angkut barang atau pendaki yg malas. kami angkut barang sendiri je. nk sampai kt tapak perkhemahan, akan jumpa satu monumen peringatan seorang pendaki difahamkan meninggal dunia di gunung ni. xpasti apa yg berlaku. Ada papan tanda lakaran kedudukan puncak2 di kawasan ini. jadi boleh tahu di mana puncak gunung Alam Kuh.
HARI 3
Sampai di tapak perkhemahan. dah banyak khemah2 pendaki lain. kawasan luas maka ikut suka lah nak pilih tempat yg sesuai sbb banyak batu kecil. Cari dekat dengan aliran sungai adalah lebih baik. senang nk ambil air masak. Khemah bawa sendiri. Makanan kitaorg bawa yg segera. senang nak urus. pemandangan sekeliling gunung cantik betul.. Mlm bulan terang.. indah sungguh mata memandang.. kena tido awal sbb esk awal pagi nak sambung mendaki ke puncak gunung.
HARI 4
4.
4ii.
4i.
4iii.
Bangun siap2. makan megi je paling selera time ni. pendakian ke puncak makan masa antara 6-7 jam.. pendaki2 lain pn dh ramai yg start awal.Solat Subuh on treck. Dalam perjalanan akan nmpk view matahari terbit.. mmg sejuk
HARI 4
Trek berbatu2 kecik. pakai helmet utk keselamatan sbb klu tergelincir, memang jatuh ke gaung berbatu. terasa pewai sbb trek menegak selain faktor ketinggian. Trek ada yg single..ramai pendaki jadi mudah tersangkut. 2 org pak cik otai tu berpakaian tradisional Iran
HARI 4
Sampai lah di puncak gunung. ruang terhad kt puncak. nak melepak ramai2 pun xbleh snagat. ada satu je papan tanda Alam Kuh. itu pun bleh diangkat merata2.. susah nak dpt pegang sbb berebut. xpe lah asalkan dpt bergambar kt puncak..pemandangan sekeliling sungguh mempesonakan. ni klu g musim sejuk..konpem lagi lawo view salji. tak lama pun kt puncak.. panas terik tp cuaca sejuk.. lepas bergambar tros gerak turun.. dalam 5 jam gak nak sampai semula ke tapak perkhemahan tadi.
HARI 4
Sampai semula kt khemah. letih giler.. makan megi dulu isi perut sebelum kemas2 barang utk sambung balik ke starting point semalam. kami kejar masa sebab nak kena ke airport semula. kawan2 lain akan tiba dari Malaysia lewat pagi nanti. perjalanan turun cepat sikit dalam 2 jam.. tunggu pak cik jep semalam dan bawa keluar sebelum naik teksi ke airport.. jauh gak. Dapat lah melelapkan mata n berehat.
HARI 4
Dalam perjalanan, berhenti makan isi perut. makanan pilihan sudah semestinya nasi dan kebab. itu je yg berselera masuk tekak. tapi sedap. nasi memang banyak. patutlah org Iran badan besar2.. kuat melantak. Dalam 1.45pg sampai di airport. x ckup tidur n letih.. g ambil semula beg yg simpan aritu..tidur kejap kt kerusi sementara tunggu rombongan lain sampai
Kawasan yang pada asalnya merupakan tanah kebun tanaman milik seorang penduduk di Sungai Melangkap, Kota Belud, Sabah musnah sekelip mata akibat bencana banjir yang berpunca daripada gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Ritcher di Gunung Kinabalu pada tahun 2015.
Meskipun sukar untuk dilupakan, perubahan tersebut seperti memberi 1,001 hikmah kepada penduduk yang menganggapnya sebagai pembawa rezeki baharu menerusi produk pelancongan desa. Beberapa tahun kemudian tular di sosial media kawasan pelancongan baru yang mempunyai pemandangan sangat indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Ini kerana, perubahan bentuk muka bumi yang pada asalnya sebuah kebun beralih kepada tapak peranginan berkongsepkan perkelahan yang menawarkan permandangan indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Melihat kepada rezeki baharu itu, seorang penduduk di kawasan berkenaan mengambil peluang membangunkan lokasi percutian keluarga yang dinamakan sebagai Polumpong Melangkap View Camp Site.
Polumpong Melangkap View Camp Site menyediakan pakej tertentu khususnya pengunjung yang memilih untuk menginap dengan menyediakan kira-kira 100 buah khemah, termasuk kemudahan barbeku , dapur arang dan moden. Pakej perkhidmatan sewa khemah serendah RM10 sahaja.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah mandi manda di Sungai Melangkap sambil berlatar belakangkan panorama puncak Gunung Kinabalu. Keindahan puncak Gunung Kinabalu dapat dilihat secara jelas antara pukul 7 pagi hingga 10 pagi atau 3 petang hingga 4 petang.
Selain menyajikan suhu serendah 20 darjah Celsius, pengunjung di Polumpong Melangkap View Camp Site juga boleh menghirup udara segar sambil bersiar-siar di kawasan perkampungan sekitar.
Sumber Gambar Internet
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lepas ni akan ramailah pemandu pelancong atau tourist guide di negeri Perak Darul Ridzuan kerana kerajaan negeri kini bersedia untuk melatih pemandu pelancong bagi memartabatkan lagi pelancongan eko di negeri ini.
Khidmat pemandu pelancong sangat diperlukan di negeri Perak bagi memastikan setiap pelancong yang datang ke negeri itu memperoleh pemahaman yang mendalam mengenai tempat yang dilawati mereka, ujar Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, Tan Kar Hing.
Tambah beliau, pelancongan eko berbeza dengan pelancongan bandar dan disebabkan itu, negeri Perak memerlukan pemandu pelancong yang terlatih bagi menyampaikan maklumat yang lebih mendalam kepada pelancong.
Kerajaan negeri Perak akan membantu memberikan khidmat team building dan memfokuskan untuk melatih anak-anak muda di negeri Perak. Kerajaan negeri Perak akan berusaha untuk melahirkan pemandu pelancong yang berpengetahuan mengenai alam semula jadi dan beberapa perkara lain termasuk faktor keselamatan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...