Pantai Mangkuk salah satu kawasan yang cantik di Terengganu. Di sini ada beberapa private villa yang korang boleh menginap. Haaa… kalau anda jenis suka bergambar, area sini memang port OOTD tau!
Nak tengok air laut biru dengan susunan pokok kelapa kiri kanan, anda kena singgah sini bila datang ke Terengganu.
Pantai Mangkuk, Nampak Pokok Kelapa Macam ‘Beratur’ Cantik!
Ini lah Pantai Mangkuk, Setiu, Terengganu. Lokasi ini kurang mendapat perhatian ramai ini sebenarnya pernah dijadikan lokasi pengambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa, Pulang dan beberapa filem tempatan yang lain.
Kemudian kampung ini sebenarnya terletak kira-kira 64km dari bandar Kuala Terengganu dan beberapa kilometer dari Pantai Penarik (lokasi famous ikan celup tepung).
Apa yang menarik mengenai Kampung Mangkuk?
Kawasan disini agak sunyi dan mendamaikan. Pokok kelapa disini pula seakan-akan ‘beratur’ dan tersusun rapi. Memang sangat cantik untuk bergambar dan OOTD di sekitar kampung Mangkuk.
Pantai disini juga bersih, pasir halus dan lembut. Memang syok layan pantai yang lawa ditambah dengan view laut yang membiru.
Selain daripada mempunyai laut yang cantik, para penggemar aktiviti memancing juga boleh memancing di sungai Setiu yang terletak betul-betul bertentangan dengan kawasan pantai.
Antara waktu yang paling best untuk explore kawasan Kampung Mangkuk adalah pada waktu petang ketika matahari hampir terbenam. View dia memang sangat awesome!
Ads
Sekiranya korang ingin berkunjung ke Kampung Mangkuk, saya suggest untuk menginap at least satu malam disini. Baru lah dapat menghayati keindahan sunrise dan sunset.
Terdapat beberapa homestay dan resort di Kampung Mangkuk, antaranya:
Ada yang berniat nak bercuti di Lombok tahun ini? Haaa… kalau ada plan, anda mungkin kena fikirkan penginapan dulu nak tidur di mana.
Nak mudah dan selesa, boleh baca pengalaman Puan Lea ini dulu. Nampak gaya tempat dia stay bersama keluarga sewaktu berada di Lombok, agak menarik.
Resort ini memang terbaik, jom tengok apa yang korang dapat dengan harga RM419 semalam.
Korang akan dapat sebuah villa dengan private swimming pool! Villa ni datang dengan 2 king bed dan juga bathtub. Kira lengkap lah bilik ini, semua ada.
Owh ya, sarapan pun termasuk juga! Tinggal order sahaja dan enjoy the breakfast by the pool. Memang cun, kalau nak ambil gambar.
Kalau stay di sini, water activities dengan golf boleh kita sertai secara percuma. Best kan? Berbaloi datang jauh-jauh dan dapat berehat di sebuah penginapan yang besar dan selesa nak buat aktiviti.
Jangan risau keluarga besar, bilik luas dan selesa untuk berehat. Yang paling penting tempat main, suka lah anak-anak sebab ada private pool.
Kalau ikut pengalaman wanita ini sepanjang datang Lombok, Anema Wellness memang terbaik!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebut sahaja Annapurna ramai yang terbayang pergunungan Annapurna yang merupakan antara tiga gunung yang paling tinggi dan berbahaya di dunia.
Gunung Annapurna adalah salah satu gunung yang melebihi paras ketinggian 8,000 meter dan jika dilihat dari aspek kepayahan pendakian, Gunung Annapurna 1 adalah gunung yang mempunyai ketinggian risiko kematian. Jika dibandingkan dengan Gunung K2 atau Gunung Nanga Parbat. Yang mana tiga gunung ini adalah paling susah dalam 14 gunung yang tertinggi di dunia.
Namun bukan perihal si gunung yang ingin diperkatakan, tetapi sebuah perkampungan kecil di sekitar kawasan pergunungan Annapurna. Ghandruk merupakan destinasi popular bagi pendaki sebelum meneruskan pendakian. Jika berpeluang untuk membuat pendakian ke Gunung Annapurna, ambil kesempatan seketika untuk melihat sisi kampung kecil, Ghandruk ini.
Ikuti perkongsian pengalaman wanita ini yang berkesempatan ke Ghandruk baru-baru ini.
‘Off-beaten path in Nepal, to the Roof of the World’
Ghandruk merupakan sebuah perkampungan kecil di kawasan pergunungan di Annapurna Region. Terletak di Gandaki Zone, trek laluan popular untuk ke Annapurna Base Camp (ABC) dan termasuk di dalam kawasan “conservation area”. Oleh itu, TIMS and ACAP permits required. Sepanjang perjalanan, ada dua checkpoints untuk check permit.
10 jam perjalanan dengan menaiki bas dari Kathmandu ke Pokhara, dari Pokhara ke Nayapul naik teksi 2 jam dan tukar naik jeep another 2 jam pula untuk naik ke area atas memandangkan jalannya ‘off-road’.
Dah sampai satu kawasan kena mendaki pula untuk naik ke kawasan kampung dan mencari penginapan untuk bermalam. Perjalanan agak mencabar tapi penat tak terasa bila dah sampai ke sini.
Kami duduk di Gurung Cottage, guesthouse dengan suasana kampung kaum Gurung di gunung ni. Cottage ni sederhana jer, don’t you expect macam 5 star hotel pula facilitinya. Betul-betul suasana kehidupan orangg Gurung dan sumber makanan semua dari hasil kebun yang ditanam sendiri. Gurung Cottage yang mendapat pengiktirafan dari Trip Advisors.
Himalayan coffee with Himalayan mountains view.
Kebanyakan yang datang di sini ialah trekkers yang sedang dalam perjalanan ke ABC. Untuk ke ABC pula, akan mengambil masa sekurang-kurangnya 7 hari trekking untuk sampai ke base camp.
Lagi satu yang paling best di kampung ini, pemandangan waktu paginya pabila matahari nak muncul sekitar pukul 5.30pagi. You all akan nampak gunung-ganang Himalaya mula muncul dari celah2 awan. MasyaAllah… indahnya ciptaan Tuhan.
Gunung-gunung agung Banjaran Himalaya seperti Annapurna I (7219 m), Machhapuchhare (6993 m) and Himchuli / Fish Tail (6411 m) mula kelihatan dengan paras ‘eye-level’ sahaja. Banjaran Himalaya ini juga dipanggil Bumbung Dunia. Majestic view!
Di sebelah kiri saya, pemilik Gurung Cottage; Mr Kisam Dai. Beliau merupakan pengembara tegar juga di mana Malaysia bukan negara asing bagi beliau.
Secara kebetulan pelukis ini juga mengembara, untuk melukis pemandangan Annapurna. Sudahnya, saya yang beli, Ha haa. Mr Manoj, an artist of the painting.
Takde apa nak buat kat sini saya join makcik-makcik ni jual barang kat depan bilik saya ni. Tengah tunggu sekolah kat kampung ni bukak, nanti kami turun utk selesaikan misi sebenar kami kat sini.
Sebelum meninggalkan Ghandruk, kami singgah ke satu-satunya sekolah untuk mengagihkan set alat tulis dan buku yg kami bawa dari Malaysia untuk diberikan kepada kanak2 di sini. Alhamdulillah, those cute little faces sangat gembira dengan kedatangan kami. Moga dapat menceriakan sedikit hari mereka di kawasan pergunungan indah dan sunyi ini.
Ini merupakan pengembaraan pengenalan ke Nepal sebelum kembali lagi untuk trekking sebenar ke ABC nanti. InsyaAllah..
Sejak dibangunkan pada tahun 1976, Subang Jaya kini menjadi kawasan yang maju dan moden. Bandar Subang Jaya telah menerima status sebagai sebuah Bandaraya susulan pengisytiharan naik-taraf Majlis Perbandaran Subang Jaya kepada Majlls Bandaraya Subang Jaya pada 20 Oktober 2020.
Bandaraya ini sangat unik dan menarik kerana dilengkapi dengan pelbagai aspek seperti kemudahan pengangkutan awam yang baik serta kawasan institusi pengajian tinggi seperti kolej dan universiti, pusat membeli-belah dan komersial, hospital, kawasan hiburan dan banyak lagi.
Merujuk kepada data statistik kedatangan pelancong ke Negeri Selangor untuk Tahun 2019, Bandaraya Subang Jaya telah merekodkan jumlah kedatangan pelancong yang tertinggi ke Negeri Selangor iaitu sebanyak 1.8 juta orang pelancong daripada keseluruhan 7.62 juta pelancong pada tahun sama. Hal ini merupakan bukti yang nyata, Bandaraya Subang Jaya merupakan sebuah destinasi pelancongan yang utama di Malaysia khususnya di Negeri Selangor.
Destinasi menarik yang ada sekitar Bandaraya Subang Jaya:
Bandar Mines ini dirasmikan pada tahun 2011 yang kini merupakan sebuah bandar peranginan dan kesihatan. Tempat ini terkenal dengan hotel-hotel mewah, tempat penjagaan kesihatan yang berkualiti, dewan besar dan banyak lagi. Destinasi pelancongan yang sering dikunjungi di Mines Wellness City adalah seperti The Mines Golf Club and Resort, The Mines Beach Resort & Spa, Malaysia International Exhibition & Showroom (M.I.N.E.S), The Mines Shopping Fair, dan juga The Mines Waterfront Business Park. Destinasi pelancongan ini juga terkenal untuk pelancong dari negara Timur Tengah.
Bandar Sunway terkenal sebuah kawasan pelancongan yang menarik yang boleh dikunjungi. Antara tarikan di sini adalah taman tema air Sunway Lagoon yang digabung dengan taman hiburan, rumah hantu serta taman hidupan liar. Terdapat juga pusat membeli-belah Sunway Piramid yang menawarkan aktiviti ice skating, memanah, permainan boling dan banyak lagi selain daripada aktiviti membeli-belah. Terdapat juga Sunway Pyramid Hotel, Sunway Resort Hotel and Spa, Sunway Clio Hotel, Sunway Medical Centre, dan juga Sunway University di Bandar ini. Bandar berintegrasi ini amat menarik bagi pelancong dalam dan luar negara kerana ianya menawarkan pelbagai segmen, pengalaman dan aktiviti pelancongan yang lengkap. Luangkan 3 hari 2 malam di Bandar Sunway; pasti anda dapat merasai pengalaman yang menarik di sini!
Tahukah anda, Bandar Puchong telah wujud hampir 120 tahun yang lalu di mana ia bukan sahaja terkenal dengan sektor ekonomi dan industri, malah juga sektor pelancongan. Tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Bandar Puchong ini adalah seperti Kenari Lane yang merupakan kawasan mural atau seni jalanan yang menarik untuk bergambar, pusat membeli belah terkenal seperti IOI Mall Puchong dan Setiawalk Puchong, Uptown Puchong Night Bazaar, Hotel Four Points by Sheraton Puchong, dan Kampung Orang Asli Rasau Hilir. Puchong juga dikenali dengan destinasi syurga makanan terutamanya makanan ‘street food’, makanan tradisonal kaum Cina dan banyak lagi.
SS15 terkenal sebagai hab makanan dan kedai-kedai hipster untuk anda luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Jika singgah di SS15, anda boleh ke kedai makan dan kafe terkenal seperti Rojak dan Cendol SS15, Restoran Jibril , Nasi Lemak Warisan Sambal Opah, Gold Chilli, Mezcla Burrito Bar, Warung Cikgu, Tryst Café dan banyak lagi. Di sini boleh diibaratkan sebagai syurga makanan kerana terdapat banyak pilihan makanan yang digemari para “food hunter”. Di sini juga banyak kedai-kedai yang menjual air ‘bubble tea’ dari pelbagai jenama yang ternama. SS15 juga terkenal dengan kawasan untuk anak-anak muda Subang Jaya mahupun dari Daerah lain, untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga pada hujung minggu.
Bandaraya Subang Jaya juga merupakan hab pendidikan tinggi yang mana ia mempunyai banyak kolej dan universiti antarabangsa yang terkenal seperti Kolej Taylor’s University, Sunway University, Kolej Inti, Kolej Segi, Kolej ALFA, Kolej Metropolitan dan banyak lagi. Jika anda ingin menyambung pelajaran anda ke peringkat yang lebih tinggi, Bandaraya Subang Jaya mempunyai banyak insititut pengajian tinggi ternama yang boleh anda pertimbangkan. Dari segi kemudahan sememangnya sangat lengkap, seperti kemudahan pengangkutan awam, penginapan untuk pelajar, pusat membeli belah dan pusat aktiviti riadah untuk para pelajar yang belajar di sini.
Bandaraya Subang Jaya merupakan destinasi pelancongan perubatan dan kesihatan terkemuka Negara. Terdapat beberapa hospital terkemuka di Subang Jaya seperti Sunway Medical Centre, QHC Medical Centre, Subang Jaya Medical Centre dan Sime Darby Medical Centre. Bukan itu sahaja, terdapat juga pusat kecantikan dan spa yang boleh dikunjungi seperti Blossom Spa & Wellness Centre, Mandayu Spa & Wellness Centre, Heavenly Spa, Beauty Palace Muslimah Spa, SOTHYS Premium Facial, De Skin Beauty Saloon, Ridz Okumura Salon dan banyak lagi.
Foto & Sumber: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap tahun apabila tibanya Hari Bapa, ramai yang mula mencari cara istimewa untuk menghargai insan yang selama ini menjadi tempat bergantung dan sumber inspirasi...