Suami Isteri Tak Nak Kerja Tapi Sibuk Minta Derma Untuk Melancong

Share

Sudah menjadi ‘trend’ hari ini, ramai yang ingin melancong tetapi tidak mahu bekerja untuk dapatkan dana atau duit belanja untuk tujuan itu. Jika hidup anda memang diperlukan untuk melancong dan menerima bayaran tertentu, maka ia tidak menjadi masalah. Tetapi kini ramai yang mengambil kesempatan untuk melancong dengan cara meminta derma atas tujuan tertentu yang kemungkinan tidak wujud pun.

Di Malaysia sendiri, ramai pelancong asing mengambil kesempatan meminta derma dengan duduk di kaki lima semata-mata untuk dapatkan wang perbelanjaan meneruskan percutian ke negara seterusnya. Sedangkan orang lain perlu bekerja dan mengumpul duit wang saku semata-mata untuk bercuti ke negara idaman mereka.

Ini yang berlaku di Jerman, apabila sepasang suami isteri dikritik selepas tular kerana meminta orang ramai membiayai percutian mereka yang dianggarkan berharga €10,108 (RM47,165). Pasangan ini meminta orang ramai untuk membiayai pengembaraan berbasikal dari Jerman ke Afrika bagi meningkatkan kesedaran orang awam tentang penyakit mental.

Namun, tidak dapat dipastikan apakah relevannya menyalurkan sumbangan untuk misi kesihatan mental dengan kegemaran mereka yang sememangnya suka melancong.

Bercakap tentang motif pengembaraan berbasikal itu, seorang pengguna laman sosial telah meninggalkan komen dan disokong ramai wargamaya.

‘Saya menyukai kamu berdua dan mengikuti laman Instagram kamu tetapi saya tidak faham bagaimana misi berbasikal anda boleh membantu mereka yang menghidap masalah mental, sama seperti yang saya alami.’

Pasangan suami isteri itu menubuhkan sebuah tabung derma awam di laman GoFundMe dan memberitahu, usaha untuk mendapatkan pekerjaan bukan pilihan buat mereka kerana tidak banyak bidang yang layak diceburi.

Catalin Onc dan isterinya, Elena Engelhardt berumur 20an, tinggal di rumah ibu lelaki tersebut. Ibu Catalin dikatakan terpaksa melakukan dua pekerjaan untuk menanggung anak dan menantunya.

Bercakap di laman sosial pasangan ini, Catalin mengaku ibunya melakukan beberapa pekerja untuk menyara mereka dan itu mengundang ‘jelikan’ netizen. Kedua-dua pasangan suami isteri muda ini mempunyai aktiviti kegemaran yang memerlukan perbelanjaan wang yang besar, namum mereka tidak mahu bekerja.

‘Pada ketika ini, ibu saya membiayai kehidupan kami. Dia melakukan dua pekerjaan dan tidak memiliki wang simpanan yang banyak untuk diri sendiri. Kami tidak meminta wangnya tetapi dia gembira kerana dapat membantu kami,’ kata Catalin.

Catalin dan Elena berkata, mereka sebenarnya boleh hidup mewah dengan menjadi model tetapi menolak berbuat demikian kerana tidak menyokong fahaman konsumerisme.

Sebaliknya, kedua-duanya meminta 34,000 pengikut laman Instagram mereka supaya menyalurkan derma bagi membiayai pengembaraan tersebut. Setakat ini, pasangan itu telah mengumpulkan sebanyak €202 (RM943).

Sumber: DailymailKosmo

IKLAN