PASSPORT TO JAPAN 5-11 JULY 2017 Tahun ni saje nak merasa beraya di negara orang. So plan lah ke Osaka. Cuaca sama macam Malaysia tapi rasa bahang sangat sebab takde angin. So itu part yang tak best nya lah. Sunburn teruk! So here’s the itinerary sepanjang di negara matahari terbit tu 🙂
Video travel Malaysian ke Jepun dah level² ohsem. Part beri makan rusa tu best. Jinak je macam kucing.Full story http://stg.libur.com.my/pasport-ke-jepun/? Nyna Bananyna#libur #jepun
Day 2 Saga Arashimaya Dekat sini ada romantic train tu. Tapi tak naik sebab rasa tak worth it dengan scenery daun hijau je. Rasa macam masuk hutan je lah kot. Kalau naik masa autumn confirm tak menyesal!
Kyoto Nijo-Jo Castle Nothing much here but castle and garden. Cantik buat gambar. Hehehe.
Iwatayama Monkey Park Harga masuk ¥550. Kena hiking sikit nak naik puncak untuk tengok monyet2 gemuk kat atas tu. Bawa air secukupnya sebab walking non stop ambil masa 30minit juga nak sampai puncak. But it worth the view! Boleh nampak seluruh Kyoto dari atas!
Arashiyama Bamboo Forest Haaa sini pun hot spot juga. Lawa buat gambar. Sepanjang jalan ada pokok buluh. And sejuk je lalu situ.
Ayabe, Kyoto (Omachi) Ambil JR Sanin Line. Lepas tu kena naik bus. Jauh tempat ni. Kawasan perkampungan. 1jam 30min juga lah dari Kyoto. Tempat kitorang stay, kalau malam suhu memang sejuk. Kalau nak shoot milky way, memang jelas bole nampak. Sebab malam kawasan takde lampu langsung. Nak jalan keluar kena guna torchlight. And boleh nampak kelip2 juga. Best!
Day 3 Amanohashidate 天橋立飛龍觀 One of the Japan’s three scenic view. Kalau nak tengok permandangan seluruh Miyazu, kena lalu sandbar sejauh 3.6 kilometer. Parah sikit lah kalau nak jalan kaki. Baik sewa basikal. Seronok kayuh sepanjang pokok pine dekat situ! Lepas tu kena naik monoral car untuk naik ke puncak. Harga dalam ¥660 for return ticket. Then enjoy the view dari atas.
Ads
Day 4 奈良公園 -Nara Park Tempat di mana korang akan nampak deer hidup bebas dan jinak sangat! Seronok gilaaa! Selalu tengok deer dalam zoo je. Tapi kat sini hidup tepi jalan je � hati2 kalau bawa makanan. Memang dia akan follow je. Hahahaha! Its free btw. Takde kena bayar pun kalau nak pegang.
Fushimi Inari-taisha Spot paling famous dekat Kyoto. There’s thounsands of torii gates. Setiap tiang kat situ ada orang yang donate. So tulisan2 dekat tiang tu semua nama donators. Cantik sangat buat gambar! Rugi kalau tak bergambar dekat sini. Tempat wajib pergi.
Ads
Himeji Castle Castle paling famous. Cantik sangat view dekat sini. Area2 sini banyak juga tempat nak shopping souvenir.
Day 5 ユニバーサル・スタジオ・ジャパン / Universal Studios Japan (USJ) Ni lah tempat paling tak sabar nak pergiii. Tiket dah beli siap2 dekat JTB Aeon Shah Alam. Currency masa tu tiket dapat RM305. Better beli siap2. Jangan beli tiket masa dah sampai USJ. Menyesal lah nanti beratur panjang! Potterhead wajib datang sini! Memang habiskan sehari dekat sini.
Day 6 Jalan2 di Osaka dan shopping dekat Dotonbori. Famous spot for shopping. Shopping lah sampai nak tercabut kaki tu sebab kedai sini memang sepanjang2 jalan.
Ads
Pulang ke tanah air
KIX – KUL
————
JR KANSAI WIDE AREA RAIL PASS (5 DAYS) I’m using this pass sebab senang nak gerak kemana2. Sebab tempat2 yang I pergi semuanya menggunakan train. Plus semuanya jauh2 jaraknya. Lagi banyak jimat kalau beli pass ni dari beli tiket yang setiap masa kena beli tu (apa ayat ni macam pelik je) �
————
Untuk cari hotel2 yang murah, I’d prefer HotelsCombined. Harga lagi murah dari yang lain sebab website ini banding harga dari semua laman web terkenal seperti Agoda, Expedia, Booking etc. Korang boleh compare sendiri harga HotelsCombined. Nak booking last minute pun boleh. For more information just click https://www.hotelscombined.com/ or download apps dia dekat sini https://www.hotelscombined.my/apps . Free je tau!
Pelbagai bentuk penghargaan diberikan warga dunia kepada petugas barisan hadapan sebagai tanda terima kasih kerana berhempas pulas dalam membendung penularan wabak pandemik COVID-19. Bukan itu sahaja, mereka juga memperjudikan nyawa sendiri demi menyelamatkan mangsa-mangsa wabak ini.
Terbaru, Qatar Airways menawarkan 100,000 tiket percuma kepada profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan dalam membantu merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus (COVID-19).
"Profesional penjagaan kesihatan di setiap negara di dunia layak mendapat tiket percuma ini," umum syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan.
Mereka yang menerima kod promosi boleh menempah sehingga dua tiket pergi balik kelas ekonomi secara percuma untuk penerbangan yang dikendalikan Qatar Airways ke mana sahaja di rangkaian global syarikat penerbangan ini
Qatar Airways akan kembali membuka semula operasi tidak lama lagi selepas ditangguhkan sementara kerana wabak COVID-19.
Bagi anda yang gemarkan aktiviti pantai dan inginkan kelainan di destinasi tersebut, anda boleh memilih ke Phu Quoc. Phu Quoc merupakan pulau terbesar di Vietnam yang mempunyai pelbagai landskap seperti hutan hijau, pantai yang jernih dan alam semulajadi yang indah.
Jika bercadang ke sini, ini ada perkongsian menarik daripada saudara Taqiyuddin Ariffin yang berpeluang bercuti bersama keluarga tercinta ke Phu Quoc, Vietnam
Nak share pengalaman bercuti bersama famili kecil kami 4 beranak di Phu Quoc, Vietnam. Bunyi agak asing kan bagi korang tapi kalau mencari kelainan untuk bercuti dan maybe dah bosan dengan Bali atau Phuket, maka PQ adalah jawapan terbaik dengan bajet yang sederhana.
Kalau sebut Vietnam, rasanya orang Malaysia lebih sinonim dengan travel ke Ho Chi Minh City untuk berjalan sambil bershopping atau pun ke Hanoi but trust me PQ is worth to explorer. Air Asia sebenarnya baru je memulakan penerbangan ke pulau ini sejak dari Nov 2018.
PHU QUOC
Merupakan Pulau Terbesar di Vietnam dengan pemandangan yang sangat indah.
Terletak di selatan Vietnam, di kawsan bersempadanan dengan Cambodia.
Salah satu ‘permata’ tersembunyi Asean yang baru diperkenalkan kepada dunia.
Walau tidak seramai Bali, Phu Quoc Island yang memiliki luas sekitar 573km2 memiliki ciri khas dan kecantikan tersendiri untuk para Beach Lover.
Waktu dan cuaca terbaik adalah dari bulan Nov – March, July – September adalah musim tengkujuh ya.
Flight Tix
Return tix aritu total RM1300 untuk 1 family (4 orang) termasuk meals & luggage.Beli pun beberapa bulan sebelum nak terbang.
Penerbangan Air Asia memakan masa 1jam 45 jam dan kalau check time untuk ke sana adalah sekali sehari pada jam 12.50-13.35pm
Dan penerbangan pulang pada jam 14.05- 16.45pm
Masa diorang adalah lewat sejam
Currency VND 1juta = RM182
Rata-rata tidak fasih berbahasa English so better download apps Google Translate kalau tak mau komunikasi macam ayam dan itik nanti.Hanya staff di hotel je yang kebanyakannya boleh speaking.
Penginapan/Hotel
Datang sini nak menikmati keindahan pantai jadi saya cadangkan menginap di resort tepi pantai terutamanya di Long Beach.
Lokasi cadangan adalah di kawasan Duong Dong, banyak resort yang murah tetapi cantik dan menarik di kawasan ni boleh dapat bawah RM 150/malam.
Di bahagian selatan pula didominasi penginapan mewah seperti Intercontinental, Novotel, Best Western, JW Marriot & banyak lagi.
Trylah godek-godek semua apps yang ade especially Trivago, Agoda & Booking.com untuk dapatkan harga terbaik.
Usha-usha sket peta pulau ni agar dapat jimatkan masa/wang korang sebab tempat2 attractionnya agak jauh dan boleh membantu korang buat itinerary.
Kami memilih hotel sederhana di Duang Dong memandangkan kat situ merupakan bandar dan dekat dengan kedai serbaneka serta restoran. Hanya VND 20k sahaja dengan taxi ke Night Market.
Hari terakhir kami menginap di Sunset Sanato dimana terdapat beberapa icon utk PQ.
Transportation
Nak senang cari je hotel yang provide airport transfer. Sampai sana dah ade yang menunggu untuk pickup.
Grab/Uber takde
Taxi menggunakan meter tapi mengikut penduduk setempat Cheap Taxi (kaler kuning) dan biru agak murah nak dibandingkan dengan yang lain-lain.
Nak lagi puas hati terus tanya je berapa rega untuk ke destinasi. Silalah tawar menawar sampai jadi.
Driver taxi kat sini kebanyakan suka tunggu xpun akan datang pickup kita balik bila dah habis aktiviti di sesuatu tempat tu maka jangan bayar dulu. Bayar bila dah selamat sampai ke hotel.
Tak digalakkan menggunakan taxi dari pihak hotel. Rega agak mahal sedikit tapi kalau dah takde choice.. bolehlah kot.
Makanan Halal
Nak cari restoran menyajikan makanan halal agak sukar di sini. Cuma ade dua iaitu
Naan Kabab & Spice of India
Kami berkesempatan untuk try nasi arab & Naan tapi kurang kena dengan tekak kami. Kat sini harga makanan bagi sepinggan nasi arab agak mahal. Ade wifi & boleh bayar bil menggunakan credit card
Bawa bekalan makanan sendiri adalah yang paling selamat dan jimat.
Breakfast di hotel pun makan yang berasaskan seafood & buahan saje
Attraction places
Vinpearl Safari
Vinpearl Land Them Park
Hon Thom Cable Car
Dari An Thoi-Hon Dua-Hon Roi-Hon Thom
Pantai & Sunset
Night Market open 6pm daily.
Nak lagi senang untuk fee masuk korang leh beli siap2 kat Klook. Download je apps ni dari app store/google play dan gunakan Refferal Code – LMBPC untuk dapatkan cash back RM15. Best apps klook ni! Memudahkan dan jimat pulak tu. Kaki travel mesti kena ada ni.
Tak sempat buat Island Hoping, melawat Coconut Prison, waterfalls, Sao Beach, Pepper Farm, Ham Ninh fishing village, Ho Quoc Pagoda dan banyak lagi weh. www.visitphuquoc.info for moree ye.
Alam yang indah, penduduk yang ramah, dan seafood -nya yang menggoda, rasanya Phu Quoc sangat layak dikunjungi. Nak usha gambar-gambar dan video bleh check more in my instastory IG mrtakky ya. Akhir kata, check2 la AirAsia tu mana tahu ade promo tix murah dan boleh start plan untuk ke PQ!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Orang Malaysia ni bermacam-macam idea hebat. Salah satu idea ialah modifikasi kenderaan. Bukan cerita horsepower lebih tinggi, tapi ubah van lama jadi campervan.
Semua foto: ourdatsunc20 Torquise buat pakcik rileks
Pergerakan modifikasi campervan di Malaysia semakin agresif. Dengan wujudnya grup Facebook My Campervan Malaysia, dan Peminat Camper Malaysia perkongsian campervan sesama ahli makin rancak. Bergantung kepada idea kreativiti dan bajet seseorang, yang paling penting adalah kepuasan hasil akhir serta perkongsian hobi dan idea bersama rakan-rakan campervan lain. Pujian untuk mereka.
Ape tu campervan?
Waktu awal beli, sebelum disolek jadi artis tambahan
Campervan ialah van untuk perjalanan dekat atau jauh yang juga tersedia tempat tidur, makan, mandi dan bersantai. Ada beberapa individu berjaya mengubah suai van kepada campervan. Semua ini hasil dari minat yang mendalam. Kos? Itu cerita belakang-belakang lah.
Pemilik akaun instagram ourdatsunc20, Kas Hariz membeli Datsun C20 pada harga RM3500 dan mengubah kepada campervan mengikut kreativiti dan bajet sendiri.
Gambar paling epik
Beberapa modifikasi dilakukan bermula September 2016. Van disalut warna torquise (antara warna faveret penulis) dan kemudian sedikit masa selepas itu menggayakan rim sukan baharu berwarna merah. Beberapa bahagian lain dinaik taraf seperti memasang kipas angin kecil (old skool flava) di dashboard, memasang rak laci kayu yang bawa mood macam dalam bilik rumah.
Bukan bilik hotel 5 bintang brooo…campervan!
Epik lagi, rumah orang asli agaknye
Cipta memori dengan famili
Famili bro famili …respek
Dari akaun instagram beliau, Kas Hariz gemarkan pengembaraan serta mencipta memori hebat bersama keluarga pada cara yang ideal dengan bajet yang jimat. Lihat saja foto yang dirakam, berseni!
Kreatif tahap level 368. Leica lovers!
Beberapa destinasi setakat ini telah pun berjaya sampai seperti Air Terjun Serendah, Empangan Kuala Kubu Bharu, Tasik Biru Kundang, Bukit Fraser, Pantai Remis Selangor, Menara Condong Teluk Intan, Teluk Senangin Lumut, Genting Highlands, Sungai Kedondong, Cameron Highlands, Terengganudan lain-lain tempat.
Memori dengan keluarga tu yang paling BEST walau simple² je
Gambar ni epik. Menuju puncak AF
Benda tua, tapi C20 muda banyak
“Kembara jauh pertama dengan campervan tua 34 tahun ini ialah ke Teluk Senangin. Ada sedikit masalah kecil tapi dapat diselesaikan”, ujar Kas.
Boleh menang award gambar campervan terbaik
Dah naik bukit
Travel & berniaga
Berniaga sambil travel, teringat waktu kecik² dulu, beli cikedis dari van vanette mak cik yam
Sambil kembara, Kas Hariz juga berniaga kecil-kecilan menjadikan campervan kepada kedai mini bergerak yang menjual makanan dan minuman ringan. Sambil kembara, sambil berniaga. Mungkin anda boleh merasai secawan kopi panas dan berbual-bual mengenai kembara Kas selepas ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...