Banyak bangunan bersejarah yang telah diubah suai menjadi tarikan pelancong, terutamanya hotel dan rumah penginapan.
9 hotel yang kami senaraikan ini terkenal dengan penghuni alam ghaib yang dikatakan masih mendiami tempat-tempat tersebut.
1. Hotel Russell, Australia
russell_hotel_aust_2379832k
Bilik nombor lapan di hotel ini kononnya dihantui oleh roh seorang kelasi. Pekerja hotel juga mendakwa terdengar bunyi tapak kaki di atas lantai berderit pada waktu malam. Menariknya, hotel ini turut menawarkan lawatan hantu bagi pengunjung yang mahu mengetahui sejarah hotel tersebut.
2. Hollywood Roosevelt, US
Hotel yang menjadi mercu tanda Los Angeles ini pernah diinap oleh Marilyn Monroe semasa Anugerah Academy pertama pada tahun 1929. Kini, penghuni dan pekerja hotel melaporkan ternampak seorang wanita berambut perang di dalam cermin yang ditemui di suite lama aktres tersebut. Hantu pelakon Montgomery Clift juga dikatakan kedengaran bermain trombon di suite 928 yang pernah didiaminya.
3. Bourbon Orleans, US
Hotel ini dikatakan mempunyai ramai penghuni alam ghaib dari pelbagai era. Pernah digunakan sebagai rumah anak-anak yatim, hantu yang agak popular ialah seorang kanak-kanak perempuan yang dilihat menggolek dan mengejar sebiji bola di koridor tingkat enam. Ada juga yang pernah melihat hantu seorang penari di dewan tarian, selain roh seorang askar yang dikatakan endiami aras tiga dan enam hotel ini.
4. Anchorage Hotel, US
Seorang polis bernama John J “Black Jack” Sturgus telah ditemui mati ditembak dengan pistolnya sendiri, hanya beberapa langkah dari hotel. Khabar angin mengatakan bahawa rohnya akan kembali ke hotel ini setiap tahun untuk menuntut keadilan atas jenayah yang tidak dapat diselesaikan itu.
5. Fairmont Banff Springs, Kanada
Ads
Penginap dan pekerja hotel mendakwa pernah bertemu dengan tukang angkut yang berpakaian uniform lengkap di tingkat sembilan yang akan lenyap selepas selesai membantu para tamu. Dia dipercayai ialah Sam Macauley, bekas pekerja hotel yang mati pada tahun 1967, selepas mengumumkan persaraannya. Satu lagi roh yang berkeliaran di hotel ini ialah seorang pengantin perempuan yang mati pada hari perkahwinannya di hotel tersebut.
6. Hotel Langham, London
Hotel yang pernah menempatkan ramai saterawan ini dilaporkan turut didiami ramai penghuni alam ghaib. Paling kerap dilihat ialah lelaki berpakaian era Victoria di bilik 333, yang hanya muncul pada bulan Oktober. Ada juga penghuni yang ternampak hantu lelaki berpakaian tentera berdiri di tingkap. Kononnya hantu tersebut ialah seorang putera negara Jerman yangterjun dari tingkap sebelum Perang Dunia Pertama bermula. Selain itu, hantu Napoleon III turut dipercayai menghuni bilik bawah tanah hotel ini.
7. Toftaholm Herrgard, Sweden
Tetamu yang menginap di kediaman yang dibina pada abad ke-14 ini melaporkan beberapa insiden aneh. Selain bunyi bising, tingkap dan pintu yang sengaja dibiarkan terbuka pada waktu malam telah tertutup menjelang pagi. Kononnya, dahulu terdapat seorang pemuda yang jatuh hati kepada anak gadis pemilik kediaman ini. Namun, gadis itu telah dijodohkan dengan lelaki pilihan bapanya. Pemuda tersebut telah menggantung dirinya di bilik 342 pada hari perkahwinan gadis tersebut.
8. Hotel Ballygally Castle, Ireland Utara
Tetamu hotel ini sering ditakutkan oleh Lady Isobella Shaw yang pernah menghuni istana ini pada tahun 1625. Selepas melahirkan seorang bayi lelaki, wanita tersebut dikatakan telah dikurung oleh suaminya. Dalam usahanya untuk melepaskan diri melalui tingkap, wanita tersebut terjatuh dan mati. Rohnya telah menghantui istana ini selama 400 tahun demi mencari anak yang telah dirampas oleh suaminya.
9. Hostel Penjara Karosta, Latvia
Ads
Pada abad ke-20, Penjara Karosta digunakan sebagai penjara tentera Nazi dan Soviet, dan ribuan banduan dikatakan telah mati di penjara ini. Kini dijadikan sebuah hotel bertemakan penjara, khabarnya para pekerja sering diganggu oleh hantu wanita yang berkeliaran di koridor, mentol lampu yang dilonggarkan daripada soket dan pintu yang terbuka sendiri.
Berkesempatan travel dengan kawan baik memang seronok. Lagi-lagi percutian tersebut mempunyai lokasi dan destinasi menarik untuk diterokai bersama. Lagi ‘syiok’ kawan-kawan baik pula ‘sejenis’ yang pandai ambil gambar. Memang lawa la gambar-gambar percutian mereka ini terhasil. Geram tengok gambar bunga-bunga tulip tu.
Ini itinerari percutian ke Turki selama 10 hari yang dikongsikan oleh gadis ini dilaman sosialnya. Jom baca!
Assalammualaikum and have a good day everyone, sy n sorang lg mmber baru je blk dari travel kat turkey 25/3 – 3/4 ni. Just nak share a few tips, story, tempat2 ktorg pergi and anggaran perbelanjaan ktorg waktu kat sana ?. Owh btw story kat bawah ni panjang, ?.
Tu Ortakoy Camii, If you,re going to Emirgan Park, naik ferry kat Eminonu. Kluar je dr Eminonu tram station dpn tu ada ferry station nak ke Emirgan Park, murah je. Pakai je Istanbul kart tu. X payah naik Bosphorus Trip? naik ferry ni je dah sama view mcm Bosphorus Pny trip. Trun kat Istinye Iskelesi station yg last skali. Dari station tu sila ambil teksi ke Emirgan Park?..klau nak jln kaki boleh, like 15 minutes and mendaki. Kitaorg memula jln kaki, nmpk kat maps mcm skejap 15 minit tp sbb mendaki, 2 2 lemau smp atas je lapar?.
Süleymaniye Mosque, what a beautiful mosque. Kat Istanbul je ada byk gler masjid, masjid besar mcm ni ada place utk prmpuan nak solat tpi, klau masjid biasa2 utk prmpuan x de tmpt. Sbb pompuan Turki smy g kat rmh je
ISTANBUL ➡️ CAPPADOCIA ➡️ ALACATI ➡️ BURSA ➡️ ISTANBUL
?Beli Sim card Turkcell 15GB for 30days 175Lira hotspot share dgn mmber and Beli Istanbul Card Kat Atatürk Airport kat entrance train station dia, so far total ktorg topup dlm 80 Lira. Ktorg byk jln kaki.
Jmpa tangga ni otw nak ke Süleymaniye mosque. It’s colorful ?
?Bursa Tour kitaorg ambik kat area Sultanahmet. Mintak diskaun klau dpt. Time ktorg sebab ktorg beli shari sblum so klau ikut harga asal 50 usd full 1 day tour trmasuk lunch, tapi dia bg 35 usd je. Pergi time agak2 sejam 2 sblm kdai nak ttp ? .Ni termasuk price naik atas Uludag pakai cable Car tau. Guide akan ambil pkul 8am kat hostel/hotel, and time tu ktorg smp kat hotel jam 8/9pm?. During this Tour sblum smp kat Uludag, guide akan stop kat shop SAFRANBOLU jual mcm2 brng and product, Turkish Delights dia murah compare kat Istanbul and more variety. So, sila borong sapa yg plan nak bawa Turkish Delights as souvenir. Kalau beli byk dorang akan bg 1 kotak free, like beli 4 kotak free 1 kotak, klau rasa nak beli 2 kotak je, share la dgn kwn2 byr mix 4 kotak dpt 1 free.
Makan after panjat bukit going to Emirgan Park
? Kat Istanbul ada Restaurant Malaysia, yg ada delivery service. Rasa2 penat bjalan tapi x larat nak pergi makan kat Restaurants, Whatsapp je nak menu apa and bgtau nama hotel/share location nnt dorng hantar kat hotel. So convenient. Sila jangan kecam kata travel jauh2 tapi still carik makanan Malaysia?, x semua org mcm awak!? like me and my friend ktorg x tinggal kat msia, so we do really2 missed msian food, so klau travel mmng carik Malaysian Restaurants. And also for them yg x kenyang/ x boleh in sgt dgn local food kat sana or pakcik makcik yg mmng nak mkn nasi and msian cooking. So far ktorg mkn juga local food, it just kat istanbul je ktorg melantak msian food. Nama Restaurants tu Nur Muhammad Restaurants, Whatsapp no( +90 538 897 61 40 ). Slain tu, sapa dtng by group, restaurant tu ada buat service day tour and airport shuttle service. Kena Whatsapp dorng deal harga suma sbb ktorg x sure?.
?Hotel/ Hostel yg ktorg Check in :
? Hurriyet Hotel ( Istanbul ) area Sikerci semalam ( 258 Lira ). Area Sikerci ada some money changer yg bg harga berbaloi2. Just kena pandai cari. Klau plan nak beli lampu2 Turkey yg colorful cantik2, kat area Sikerci murah compare kat Grand Bazaar, ktorg dpt hrga dlm 150L yg kecik, 250L yg medium. Kat Grand Bazaar harga dlm range 450L – 600L even dah bargain, huhuhu.
? Gerome Cave Rooms Cappadocia, highly recommended sbb sgt dekat dgn Town dia. Smp je ktorg pg tu kat Cappadocia, trus tny kat reception availability Red Tour. Hotel kata ada space, so kitaorg byr Red Tour( 30USD ), Green Tour( 200 Lira ) + Hot Air Ballon( 172USD ) utk keesokan nya. Tips, kalau korang fly dr Istanbul ke Cappadocia trun kat Nevsehir/ Keyseri better korang booked and do arrangement airport shuttle dgn pihak hotel way more cheeper dlm 50 Lira je tp klau korang ambil teksi its around 200 Lira unleast korang ramai boleh share2. The 3th day kitaorg kat Cappadocia its snowy.
Syukur dpt naik Hot Air Ballon a day before. So excited snowy trun nmpk bukit2 tu dah mcm kuih donut kena tabur gula icing je?. Owh lagi 1, kalau time Red Tour, guide akan bawa pergi kedai tembikar, tgk cara dorang produce tembikar tu suma then last skali dorng bawa pergi shop tembikar yg design dia cantik2 and attractive and the price is sooo expensive, beza byk dgn kat luar. If you don’t mind nak spend duit kat sana its up to you juga, lain org lain minat, this tips utk korang2 yg nak beli pinggan makan 1 nak bawa balik as souvenir utk diri sendiri tapi nak harga murah, sila beli kat Cappadocia Town lebih3 murah? tapi kena pandai bargain. Lagi 1 kat Green Tour, guide akan bawa pergi shop yg produce and jual batu Zultanite yg boleh tukar 7 color. My advise, klau dlm trip korang ada plan pergi Bursa, kat Bursa lg murah dr kat Cappadocia, way more cheaper seriously, harga 1 rings kat Cappadocia equivalents harga 1 set( ada rantai, anting2 sepasang dgn rings ) Zultanite kat Bursa. Tapi mcm biasa Bargain3!!. Nak beli Carpet pun kat Bursa murah giler dr kat Cappadocia.
Spicy Bazaar Istanbul
? Rue d’Azur Alacati, Cesme, Izmir Highly recommended, owner and staff dia excellent service seriously. Dekat dgn kawasan main attraction, dekat gak ngan Saturday Alacati Market. My tips kalau nak dtng ke Alaçatı, dtng hari jumaat and stay like 2/3 night explore tmpt ni. Alaçatı sinonim dgn dorng pny windmills sbb mmng slama ktorg kat sini x pernah x berangin?. Hari sabtu pula, ada open market kat area Alaçatı and it is antara Top 10 largest market kat turkey. Tapi x yah dtng awal pagi sgt, ktorg pergi pasar tu dlm pkul 11am cam tu and ada variety’s barang2 kering and basah jual kat sana. Its nice, I bought sarung bantal as a souvenir kat sana, comel and don’t forget to bargain if you could. Search babushka Alaçatı kat google maps for the direction to the market. Market ni mcm pasar pagi kita kat Msia la. I like explore kat mana2 negara dorng punya pasar pagi, blending with the local, tgk barang2 dorng jual which is interesting and murah ( heheh ni yg penting ).
And ni Restaurants tmpt ktorg mkn. The price is acceptable.
Emirgan Park
Borak2 ngan local sellers kat sana dorng kata at 4-10 april ada flower festival kat Alaçatı which is kalau korang google view dia sgt cantik penuh dgn bunga2 and bgunan rumah2 yg colorful. So sesapa yg nak dtng ke turkey, put this at your itinerary if still ada space. Another Tips and story : Cerita dia, Kitaorg smp kat Izmir Adnan Menderes Airport dlm pkul 210pm cam tu, so kluar je dr airport we have 3 options nak ke Çeşme( atas lagi dr Alaçatı, bole tgk view tepi2 laut klau nak) / Alaçatı( bus akan smp kat Alaçatı dulu, which is the place yg ktorg nak turun ) 1st option naik Havas Bus( airport shuttle ) yg murah dlm 27 Lira nak ke Alaçatı tapiii, bus ada pkul 230pm and 430pm, yg mana ktorg missed bus pkul 230pm, so pikir2 x kan nak tunggu lama kat airport, so we try 2nd options naik train ke kemer station dlm 25 minutes then trun kemer station ambik teksi ke izmir bus station dlm +-10 minute, lepas tu dr izmir station ke Alaçatı station dlm sejam 15 minutes. So kitaorg pun pergi la kat train station luar airport naik turun escalator nak beli tiket, Tapiii machine tiket dia accept card mcm Touch n go card, nak beli kat kaunter tiket tutup la pula, try tunggu dlm 10 minit kot2 org kaunter tu g toilet ke tp x muncul2 juga, tny guard kat sana, dia suh tunggu kaunter bukak juga. Then kitaorg pergi ke 3rd option, naik teksi ?. Tanya kat pakcik teksi, rege dia 295 Lira which is not practical utk org2 backpack ni?. So last2 we decided tunggu bus jela, lg pun time tu dah pkul 3pm, and ktorg duduk kat kedai makan tepi bus tu mkan mlm sesiap smbil rehat2 and tunggu bus smp. Nanti sy selit gmbr Havas bus tu pny schedule skali.
Ok, nak d jadikan cerita, mamat 3 org ni dtng tgur my friend and says nak interview ktorg pasal taman ni, mcm how did you know pasal park ni?. And why you like this park etc, auch..sis malu ?..hahahahha..abam yg plng kiri tu pny jelingan2 boleh buat sis btukar jdk bunga tulip kuncup???..
Pokok gigantic kat dpn tu umur 610 tahun. 1 of the pit stop ktorg nak ke Uludag
? Hotel New House, Istanbul. Hotel dekat sgt dgn train station Cemberlitas kluar dr train dpn tu je dah hotel. Dekat dengan Grand Bazaar. Jalan depan sikit smp station Sultanahmet tmpt Hagia Sophia and Blue Mosque. Kat area Sultanahmet ktorg booked trip esok nye pergi ke Bursa 1 full day and ktorg dpt price dlm 35USD.
Ok ni seyes sejuk bak hang! Cuma bole guna gopro je kt sini? x sanggp nak bkak sarung tgn smata nak snap pki phone. Tangan dah numb x rasa apa.
Cabel car naik atas Uludag Mountain. Ni dah include skali dlm day package tour ke Bursa.
? Flight direct Turkish Airline Riyadh-Istanbul : Rm 1340 seorg ? Flight Domestic IST – Nevsehir : Rm 133 ? Flight Domestic Kayseri – Izmir : Rm 107 ? Flight Domestic Izmir – Istanbul : Rm 92 ? Hotel Total : 943 / 2 org Hot Air Balloon : 172 usd Green Tour : 200 Lira Red Tour : 30 usd Bursa Tour : 35 usd
Ni atas ferry dah boleh tgk sunset, actually ni day ktorg pergi Bursa, nak blk ke Istanbul, guide tu bwak naik ferry..best gak ada la dlm 45 minutes to 1 hour kat atas ni.
Anjing2 and kucing2 kat Turkey ni really well behave. X mnyalak kat org lain sesuka hati, kat Alacati ni anjing dia besar2 mcm anjing polis. Kalau kita bg mkanan kat dia, Dia akan jln sbelah kita je, tunggu je mcm park guard. Tp dia x buat apa just jln je. Comel je
Basic Total Perbelanjaan kitaorg dlm + -Rm 3500 seorg tak termasuk shopping.
Ktorg ada itinerary, tapi we just follow like 85% dr itinerary planning ktorg, sebab long traveling is required energy yg byk so by day 3 you will started rasa exhausted, mhu x nye klau kluar awal blk mlm? sebab tu penting nya makan don’t skip, ambil vit C every day spya x demam, sakit2 badan, x pun minum orange juice ke. Lagipun, you travel at your own pace and your own flexibility. Travel ni x sronok stress2, kita kan nak enjoy! ?
Pada tanggal 27 Jun 2019, saya berpeluang untuk hadir ke Kampung Genting, Pulau Tioman bagi memenuhi jemputan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pahang (MOTAC Pahang) sempena program ‘Start In Tioman’ atau SIT yang berlangsung selama empat hari di sana.
Pada mulanya, saya rasa biasa saja dengan program berkenaan kerana tanggapan kali pertama, ia sama dengan tugasan-tugasan lain yang diterima seorang wartawan untuk membuat liputan mengenai sesuatu program. Tambahan pula, program SIT ini membabitkan aktiviti skuba dan saya tidak mempunyai lesen untuk menyelam.
Terasa rugi untuk saya pergi membuat liputan berkenaan kerana ada rakan sepejabat yang lain mempunyai lesen skuba. Lebih baik beliau yang ke sana kerana boleh turut sama menyelam di dalam laut dan menyaksikan beberapa aktiviti yang direncanakan sepanjang program.
Tapi, atas desakan beliau sendiri, saya akur juga untuk ke Pulau Tioman pada tarikh yang ditetapkan. Kata rakan sepejabat itu kepada saya, “bagus kalau kau yang pergi. Kau sendiri pun tak ada lesen, jadi cerita tu fresh dari sudut pandang orang noob yang tak ada lesen macam kau”, hahahaha.
Tergelak kami apabila dia berkata demikian. Ada betulnya juga, saya sendiri pun tak pernah lagi membuat liputan berkenaan aktiviti yang membabitkan skuba dan menyelam di dasar laut ni.
Jadi boleh saya manfaatkan peluang yang ada untuk ambil tahu serba sedikit berkenaan aktiviti skuba kepada pembaca-pembaca Libur nanti. Bersetuju untuk pergi ke tugasan tersebut, saya pun membuat persiapan di pejabat dan di rumah. SIT 2019, here I come!
Perjalanan dari pejabat di Shah Alam, Selangor menaiki kereta Proton Saga ke Jeti Tanjung Gemuk, Kuala Rompin mengambil masa lebih kurang dalam 5 jam memandu. Membuatkan masa terasa lebih lama adalah disebabkan saya memandu seorang diri.
Terdetik dalam hati betapa ruginya terasa kerana tugasan ini terpaksa saya pergi sendirian – sayalah wartawan dan sayalah jurugambar! Kalau ada kawan kan seronok, tak adalah kesorangan!
Tapi tak apa, dengan jiwa kental yang ada, kita harung je perjalanan yang ada. Lumrah seorang wartawan, tak ada tempat untuk mereka yang berhati tisu untuk kerjaya ini.
Percaya lagi Google, itu makan dia
Saya tiba di Kuala Rompin sekitar pukul 4.30 petang. Hasil maklumat daripada encik Google menunjukkan ada feri yang akan berlepas ke Pulau Tioman pada pukul 5 petang dan saya tiba Jeti Tanjung Gemuk pada pukul 4.50 petang, lebih kurang 10 minit lagi sebelum masa berlepas.
Sempat kot! Sempat beli tiket ni! Getis hati sambil-sambil mata tu laju menjeling jam dan berlari-lari anak menuju ke kuanter tiket. Setibanya di kaunter, Allah! Haru rasanya apabila semua kuanter yang ada di situ tutup!
Macam mana nak beli tiket? Dengan hampa saya berpatah balik ke tempat letak kereta yang berada di luar perkarangan kompleks terminal feri dan terjumpa dengan seorang pakcik yang menjaga tempat letak kereta depan terminal feri.
Lupa saya nak bertanyakan nama beliau tetapi selepas memberi salam dan bersalaman, saya bertanyakan kepadanya pasal feri dari Tanjung Gemuk ke Pulau Tioman. Dalam perbualan kami, pakcik tu kata feri terakhir pada hari tersebut adalah pukul 4.30 petang.
Menurut pakcik itu, jadual pergerakan feri akan berubah-ubah setiap hari berdasarkan kepada pasang surut air laut.
Ohh.. Jadi maklumat saya dari Google tu dah salah. Saya pun mungkin terbaca waktu pelepasan feri tu entah di website mana-mana. Nasihat beliau, ada baiknya telefon dahulu perkhidmatan feri ke Pulau Tioman dari Tanjung Gemuk untuk tahu bilakah waktu terakhir akan berlepas dan terus membuat tempahan. Takut nanti terlepas feri!
Jadi kepada anda yang nak ke Pulau Tioman, nasihat saya, hubungi dahulu perkhidmatan feri supaya tak terlepas feri seperti saya ni ya. Dah la memandu jauh, sekali sampai, feri pula tak ada. Malang sungguh.
Bermalam di Kuala Rompin
Tanpa melengahkan masa, saya ambil keputusan untuk bermalamdi Kuala Rompin. Pada mulanya saya mencari hotel yang berada di sekitar Tanjung Gemuk tapi kesemuanya menawarkan harga yang agak tinggi, lebih kurang RM130 semalam.
Tugasan luar kawasan ni tak ada selera nak ambil hotel yang mahal-mahal. Kalau boleh berjimat, selagi boleh saya akan cuba untuk berjimat. Cara alternatif yang saya terfikir adalah menggunakan aplikasi mencari hotel dan antara yang terbaik saya boleh cadangkan kepada anda adalah aplikasi Booking.com.
Melalui aplikasi tersebut, saya dapat satu guesthouse bernilai RM50 untuk satu malam. Okay la kan? Duduk pun sorang. Tetapi guesthouse tu berada lebih kurang 30 kilometer dari Tanjung Gemuk. Dalam waktu tu tak kisah dah, asalkan ada tempat untuk bermalam sementara menunggu esok pagi.
Esok seawal jam 8 pagi saya dah bertolak semula dari guesthouse ke Tanjung Gemuk untuk naik feri yang paling awal ke Pulau Tioman. Cuba juga untuk dapatkan feri yang paling awal sebab takut terlambat, nanti terlepas banyak perkara menarik membabitkan tugasan di sana.
Tiba di terminal feri, saya terus membeli tiket pukul 11 pagi dan dalam masa membeli tiket, mata ralit memerhatikan keadaan sekeliling di terminal feri Tanjung Gemuk tu.
Dah jadi kebiasaan, kita kena peka dengan keadaan sekeliling dan apa yang dapat saya simpulkan adalah keadaan terminal feri Tanjung Gemuk ini adalah cukup selesa dan bersih untuk kegunaan pengunjung yang tiba.
Keselesaan untuk pengunjung
Terminal itu lengkap dengan kedai serbaneka dan cenderahati bagi memberikan kemudahan kepada pengunjung. Tak perlu risau kalau ada satu dua benda terlupa nak beli di luar. Di terminal ada kedai yang menjual sedikit barang-barang runcit.
Sebut pasal kemudahan, saya nak salurkan maklumat mengenai kemudahan tempat letak kereta di sini. Kalau anda memandu, tak kisah daripada mana sekalipun, untuk ke terminal jeti Tanjung Gemuk, rasanya tak ada masalah untuk anda tinggalkan kereta beberapa hari di sini.
Kemudahan tempat letak keretanya juga mempunyai penjaga yang akan berkawal di situ 24 jam untuk memastikan keselamatan pengunjung terjamin daripada segala perkara yang tak diingini dengan sedikit bayaran yang akan dikenakan iaitu sebanyak RM10 semalam.
Macam kes saya, saya akan bermalam selama tiga malam di Pulau Tioman, maknanya bayaran sebanyak RM30 dikenakan. Okay la RM30 kalau nak dibandingkan dengan keselamatan kereta kalau parking merata-rata.
Jadual ketibaan feri tepat pada waktunya. Anda jangan berlengah-lengah dan diminta untuk berada 45 minit lebih awal di ruang menunggu sebelum waktu pelepasan sebab feri akan bergerak tepat, tak ada delay macam anda naik pesawat.
Saya menaiki feri Wawasan 2 dan untuk sampai ke Pulau Tioman, jarak perjalanannya lebih kurang 1 jam 30 minit. Pemerhatian saya selama berada dalam perut feri menuju Pulau Tioman adalah ramai pelancong yang mabuk dan muntah-muntah. Habis satu feri berbau minyak angin.
Kalau anda mudah mabuk laut, bersiap sedia dengan segala ubat yang ada kalau tak nak percutian bermula dengan kejadian yang tak elok dan berakhir dengan kekecewaan kerana sakit pening. Rugi tau dah sampai Pulau Tioman tapi kesihatan tak mengizinkan, baik duduk rumah je.
Bang.. Dekat mana Damai Tioman Resort?
Setibanya di Pulau Tioman, saya turun di jeti Kampung Genting. Anda harus peka di sini – feri tersebut akan berhenti di beberapa jeti sebelum berpatah balik ke Tanjung Gemuk. Pastikan anda tahu di mana resort penginapan anda dan jangan tersalah kampung. Kalau anda tersalah, jenuh tau nak berenang balik. Hahaha.
Di Kampung Genting, saya ke lokasi tugasan yang terletak di Damai Tioman Resort mengikut alamat yang diberikan oleh pihak penganjur. Ini kali pertama saya ke Kampung Genting, jadi saya tidak berapa arif tentang selok-belok Kampung Genting ni. Saya ingatkan kampung ni besar pada mulanya.
Saya cuba untuk menghubungi penganjur tetapi gagal. Kemungkinan beliau sedang sibuk dengan acara program, jadi beliau tidak mendengar panggilan daripada saya. Tapi tidak apa, itu semua tak ada masalah. Sekurang-kurangnya saya dah sampai di lokasi tugasan.
Kalau anda seorang traveller yang baik, anda tidak akan duduk setempat terlalu lama. Pada mulanya saya duduk menunggu di hadapan jeti. Mana lah tahu kemungkinan penganjur akan menghubungi saya semula, jadi boleh saya beritahu kepada beliau yang saya sudah berada di sini.
Tapi tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul (macam cerita P.Ramlee) hahaha. Saya ambil keputusan di saat itu untuk berjalan sekeliling Kampung Genting, kot terjumpa penanda program yang diletakkan, tak perlu lah penganjur susah datang mencari saya.
Dari jeti Kampung Genting, saya berjalan lebih kurang dalam 5 minit ke laluan sebelah kiri kampung dan akhirnya! Saya tiba di lokasi program di Damai Tioman Resort. Tak sempat peluh nak keluar dah sampai, hahaha. Saya ingan kampung ni besar, tapi kecil je. Pusing dua tiga kali dah boleh khatam dah.
Jarak diantara satu resort dengan resort yang lain pun sebelah menyebelah. Tak ada istilah anda akan tersesat di Kampung Genting ni melainkan anda memang jenis makan roti cicah semut sampai tak ingat jalan.
Setibanya di Damai Tioman Resort, saya disambut mesra oleh Anwar Anhar atau lebih mesra dengan panggilan Anwar. Beliau merupakan juruvideo dari Radio Television Malaysia dan juga instructor penyelam untuk program SIT yang berlangsung ketika itu. Beliau juga seorang jurugambar bawah air atau underwater photographer. Nanti saya belanja gambar-gambar yang beliau ambil sepanjang masa SIT 2019 ni berlangsung.
Dengan beliau lah saya berkenalan dengan krew penganjur, Mazlin Suhardi dari MOTAC Pahang, yang ketika itu sedang makan tengah hari. waktu saya tiba di Kampung Genting lebih kurang dalam pukul 2 petang, jadi itu waktunya untuk makan tengah hari. Jadi, terima kasih Abang Anwar sebab sudi melayan saya waktu itu.
Program skuba ada kenduri? Ya, ada kenduri
Usai bersalam-salaman dan mendapat kunci bilik, saya berjalan ke bilik penginapan yang disediakan untuk urusan kendiri sementara menunggu aktiviti seterus yang dijadualkan pada sebelah malam iaitu kenduri. Oh, ada kenduri? Ya, ada kenduri bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dilaksanakan semasa SIT 2019 kali ini.
Sebelum menjelang malam waktu kenduri, semua peserta SIT 2019 termasuk penganjur bergotong-royong, sama-sama memasak juadah hidangkan malam nanti dan di sini lah titik tolak yang mana saya lihat satu nilai yang amat saya suka berkenaan dengan SIT, seperti yang saya ceritakan dalam entri Libur sebelum ini.
Hubungan yang ada diantara mereka itu seakan dah lama terjalin, penuh mesra dan gelak tawa serta gurau senda sedangkan kedatangan masing-masing ke sini hanyalah untuk menyelam malah, ada diantara mereka yang datang hanya untuk membuat lesen sahaja.
Bagi saya sebagai orang yang baru pertama kali menyertai program tersebut rasa sangat tertarik dengan suasana tersebut. Daripada yang tua hingga yang muda, semuanya saling ringan tulang bergotong-royong untuk memastikan persiapan kenduri di sebelah malam berjalan dengan lancar.
Dalam hati saya berkata, “okey, ini hubungan yang menarik”, sebab mereka tidak kekok untuk bergaul bersama sekalipun ada yang baru pertama kali bersua muka.
Anda mahu rock?! Saya bagi anda rock!
Seusai kenduri pada sebelah malam, satu lagi acara yang menjadi penantian adalah persembahan daripada kumpulan rock terkenal tanah air satu masa dulu – Wings! Baru saya tahu waktu itu bahawa kumpulan Wings adalah duta tetap untuk program SIT sejak penganjuran pertama pada tahun 2010 sehingga sekarang.
Ini sudah menarik! Dalam program skuba, ada lagi aktiviti-aktiviti atas darat yang boleh kita buat. Bukan setakat ‘mati’ dengan aktiviti air sahaja. Jimat duit makan, duit berbelanja dan duit hiburan sekiranya saya menjadi peserta program SIT.
Sepanjang masa kumpulan Wings itu memainkan lagu-lagu rock yang terkenal sepanjang zaman, kami sekampung beramai-ramai berkumpul di sekeliling dataran di hadapan Damai Tioman Resort. Layannn..
Selesai sudah tugasan hari pertama saya di Kampung Genting. Kalau diikutkan itu merupakan hari kedua program tetapi dek kerana saya terlepas feri pada hari pertama, hari itu menjadi hari pertama liputan saya di sana.
Selepas sarapan pagi, saya dimaklumkan bahawa beberapa peserta program akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Ada yang turun menyelam untuk menurunkan tukun-tukun tiruan yang telah dibuat sempena SIT 2019 dan ada yang akan lakukan aktiviti selain skuba – ini acara untuk orang yang tak ada lesen macam saya lahh.
Tukun ketupat, lemang dan pelita bawah laut
Memandangkan SIT 2019 mengambil tema perayaan Hari Raya Aidilfitri, maka tukun tiruan yang dibuat juga bertemakan beberapa elemen penting yang ada sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu tukun pelita, tukun ketupat dan tukun lemang.
Saya berkesempatan untuk menemubual Pengarah MOTAC Pahang, Datuk Haji Idros Yahya, dan menurut beliau, setiap edisi SIT mempunyai tema yang berlainan dan setiap edisi turut mempunyai tukun tersendiri yang akan diletakkan di dasar laut.
Ini sebab nak bagi satu kelainan kepada setiap edisi dan menjadi peringatan kepada peserta yang datang pada setiap program SIT akan datang.
Kalau anda ikut serta dalam program ini, anda akan ada satu tukun sebagai tanda peringatan yang diletakkan di dasar laut – membuat anda akan ada kenang-kenangan dan berasa dialu-alukan di situ.
Di masa akan datang, apabila anda datang menyelam di Pulai Tioman, tukun itu akan mengingatkan anda bahawa anda pernah berada di sini satu masa dahulu dan memori itu yang cuba untuk dizahirkan menurut Datuk Idros.
Ukhwah lebih dari sekadar skuba
Bagi saya, tindakan pengajur mencipta momen seperti itu sangat menarik kerana program ini bukan hanya touch and go kerana ada sentimental value yang ditinggalkan kepada para peserta dan akan membuatkan mereka ingin kembali lagi di masa akan datang.
Bukan kembali sebagai seorang pelajar yang baru nak ambil lesen lagi, tetapi sebagai seorang penyelam yang mahir tentang selok-belok selam skuba satu hari nanti, Insha-Allah.
Datuk Idros juga ada menambah bahawa ramai alumni-alumni skuba yang lahir daripada program SIT datang setiap tahun untuk memeriahkan lagi program disamping datang bagi meraikan kedatangan ahli baharu yang ‘lahir’ daripada SIT pada tahun berkenaan.
Jadi terjawab persoalan saya, mengapa program ini begitu unik sekali dan mengapa saya begitu mengesyorkan kepada anda untuk menyertai program ini untuk mendapat lesen skuba yang pertama!
Aktiviti orang tak ada lesen
Keesokkannya, saya di bawa berjalan mengelilingi pulau di ke tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Pulai Tioman. Ada banyak tempat-tempat menarik di Pulau Tioman yang boleh anda lawati dan tempat-tempat menarik ini akan saya kongsikan di entri Libur yang akan datang ya.
Program bersiar-siar kami yang tak menyelam dek kerana tak ada lesen ni berterusan sehingga ke petang. Maklumlah, dah tak ada lesen skuba, kita naik bot sajalah jalan-jalan pusing lihat pemandangan kampung orang.
Koleksi Gambar Start In Tioman 2019
1 of 9
Indah pemandangan Pulai Tioman ni. Bukan setakat pemandangan sahaja cantik, gadis-gadis Melayu yang ada di sini pun cantik belaka! Hahahaha sambil menyelam minum air la katakan. Maafkan la saya, saya ni bujang lagi, kalau ada berjumpa jodoh di sini, apa salahnya betul tak?
Pada malam terakhir saya disitu, saya dan beberapa kawan baik yang baharu di bawa oleh abang yang kami panggil Abang Adik atau nama betulnya Syed Mohd Amieryuzi Syed Abu Bakar melihat keadaan kampung pada waktu malam.
Hantu Pulau Tioman
Rupa-rupanya, ada aktiviti mystery walk di kampung ini dan guide yang tukang cakap kepada aktiviti tersebut adalah Abang Adik sendiri! Hahaha.
Banyak lah kisah-kisah misteri berkenaan Pulau Tioman yang dikongsikan oleh Abang Adik kepada kami seperti kisah Gunung Daik Bercabang Tiga, Naga Tasik Chini dan kaitannya dengan Pulau Tioman, jambatan puntianak bertenggek. Macam-macam cerita hantu yang akan saya tuliskan di entri yang lain kepada anda.
Saya takut, nanti kalau semua tulis panjang-panjang di sini, ada yang akan tertidur. Buku pun boleh bersawang dalam almari tak ada orang baca, ini kan pula cerita saya dalam website, takut orang tekan butang skip! Hahaha
Keesokkan harinya, seawal pukul 8 pagi, berakhirlah program SIT 2019 yang berlangsung selama empat hari di Kampung Genting, Pulau Tioman. Tepat pukul 9 pagi, feri telah tiba dan membawa kami semua balik ke jeti Tanjung Gemuk.
Setelah bersalam surai dengan semua kawan-kawan baharu di jeti Tanjung Gemuk, saya mengambil kereta yang ditinggalkan sebelum ini dan balik semula ke Shah Alam.
Kesimpulan dua perkara paling menarik
Sepanjang saya menulis travelog SIT 2019 ini, ada dua perkara yang saya rasa amat berbaloi untuk saya sampaikan kepada pembaca terutamanya kepada anda yang nak ambil lesen skuba di sini.
Dua perkara ni akan terkait bersekali dengan entri saya yang awal berkenaan mengapa saya kata kan program Start In Tioman adalah satu tempat terbaik untuk anda mulakan perjalanan mengenal dunia skuba.
Yang pertama, adalah kerana kos yang berbaloi untuk anda. Tidak ada hidden cost dikenakan dan segalanya service termasuk sekali dengan harga yang anda bayar. Anda masih tak percaya lagi dengan testimoni yang saya berikan ini, anda boleh tanya sendiri dengan semua alumni SIT sejak tahun 2010 sehingga sekarang.
Saya yakin, pasti semua bersetuju dengan saya berkenaan kos untuk anda mengambil lesen skuba ini.
Keduanya adalah, saya amat tertarik dengan cara bagaimana program ini dianjurkan. Persahabatan dan persaudaraan yang ada itu melebihi daripada aktiviti selam skuba semata-mata. Saya, yang pergi tugasan ini seorang diri tak terasa keseorangan, kerana ada kawan-kawan sempoi sepanjang berada di sini.
Jadi, kalau anda nak ambil lesen skuba dan dalam masa sama nak buat kawan baharu, Start In Tioman adalah satu program yang terbiak untuk anda pertimbangkan. Tapi kena ingat, SIT hanya berlaku setahun sekali. Oleh itu, jumpa anda di SIT 2020 dan saya pasti akan kembali lagi tahun hadapan. Kalau bukan sebagai seorang diver, saya akan datang sebagai seorang kawan untuk berjumpa kawanya di sana..
Jumpa lagi di Start In Tioman! Dive! Dive! Dive!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kini anda tidak perlu menunggu ke majlis kenduri untuk menikmati lauk pauk yang biasa dihidangkan di waktu itu. Kiranya anda ke Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri carilah kedai nombor C2 dan C3.
Dua gerai ini adalah kepunyaan Zulkhori Abdul Aziz masing-masing kedai Nasi Kenduri dan Sup Meletup menjadi tumpuan ramai. Bau nasi ayam kukus dan sup meletop sudah menusuk hidung saat menjejak masuk ke kedai ini.
Apa dia nasi kenduri tu? Sebenarnya ia adalah nasi ayam kukus yang dihidangkan bersama lauk kari ayam pedas dan kuah kicap manis yang ditumis bersama bawang halia, kicap dan tomato. Inilah yang membezakannya dengan nasi ayam biasa yang dihidangkan bersama sup.
Nasinya pula sungguh lembut dan terasa keenakan perasa ayamnya di dalam nasi. Tapi anda jika anda menginginkan sup untuk dimakan bersama nasi ayam kukus ini pun boleh juga.
Sementara sup meletup daging ini menjadi kuah kepada kepada bihup sup utara, kue teow, dan mee. Setiap hari gerai ini memasak60 kg beras, 80 kg daging untuk sup dan ayam sebanyak 40 ekor sebagai bahan masakan asas di sini.
Tetapi penulis tertarik dengan cerita sebalik sup meletup yang berasal dari Langgar, Kedah ini. Zulkhori mempelajari resipi sup meletup ini dari arwah Hj Ahmad Hashim yang telah pun meninggal dunia dua tahun lepas.
Arwahnya pula ‘menuntut’ dari pelopor asalnya Mat Bom yang memiliki kedai di Medan Selera Alor Star, Kedah. Mat Bom telah kembali ke rahmatullah sepuluh tahun yang lepas.
Yang pasti amal jariah kedua arwah ini terus berjalan, kerana tidak lokek berkongsi resipi kepada pekerja dan sesiapa yang ingin belajar dari mereka. Kesemua menu di sini berharga di antara RM6 hingga RM7.
Di sekitar Kuala Lumpur kini terdapat enam hingga tujuh gerai menjual supmeletup dengan resipi yang sama. Buat mereka yang terlalu sibuk, Zulkhori juga menyediakan khidmat penghantaran makanan kepada pelanggan di pejabat mahu pun rumah.
Buat mereka yang mahu berjalan-jalan cari makan, gerai nasi kenduri dan sup meletup ini pasti menepati selera anda yang mahukan juadah enak dengan harga yang murah..
INFO KEDAI :
PEMILIK : Zulkhori Abdul Aziz ALAMAT : C2 dan C3 Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri (Medan Selera), Kuala Lumpur WAKTU OPERASI: Setiap hari 9.00 pagi -3.00 pagi WAJIB CUBA : Sup Meletup, Nasi Ayam Kukus, Nasi Kenduri, Bihun Sup, Kue Teow Sup, Mee Sup, Nasi Goreng dan pelbagai lagi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau masih bmencari homestay menarik di Danga Bay, boleh cuba Nest Home iaitu sebuah koleksi homestay pelbagai unit yang menyediakan penginapan untuk percutian anda.