Pernah masuk Bukit Merah Laketown Resort yang terletak di Perak? Sesekali bawa anak-anak ke taman tema macam ini, menarik juga. Luang masa dengan keluarga tersayang dengan cara jimat tetapi semua boleh buat.
Kalau ikutkan banyak taman tema di Malaysia, cuma bila anak ramai, mak ayah kena fikir dua tiga kali sebelum beli tiket. Kena cari yang betul-betul ‘ngam’ dengan bajet.
Bukit Merah Laketown Resort
Itulah punca ramai memilih Bukit Merah Laketown Resort, cukup mesra poket. Jangan tak percaya, RM30 dah boleh main air. Dikongsi oleh Noor Alia Azlia Iqbal, jom baca pengalamannya sepanjang pergi ke sana.
Masuk sahaja ke sini, anda boleh mandi kat taman tema, jalan-jalan sekitar Tasik Bukit Merah, naik bot tengok Orang Utan, kemudian dapat bagi makanan pada haiwan-haiwan jinak di petting Zoo dengan bajet kurang dari RM30, kira berbaloilah!
Taman Tema Air
Taman Tema Air di Bukit Merah Laketown Resort boleh dikatakan antara yang termurah di Malaysia. Mana taknya, harga tiket cuma RM26 untuk dewasa dan RM21 untuk kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, sepanjang cuti sekolah ni, Pakej Murah Dah Ni menawarkan tiket taman tema air dengan harga RM90 untuk empat orang, tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak.
Taman Tema Air di Bukit Merah Laketown Resort merupakan taman tema air yang pertama di utara Semenanjung Malaydia dan telah dibuka kepada umum pada Januari 1997.
Ada banyak tarikan di sini termasuklah tarikan yang terbaru seperti Crazee Cone, Family Splash Adventure (sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa) dan Racer Slide.
Ads
Paling rekemen untuk anda cuba bersama anak-anak ialah Sandy Beachfront Wave Pool, Lazy River, Kids Adventure River, Body Slide, Water Pillar dan Jumbo Shower.
Pulau Orang Utan
Masih berada di dalam Kawasan resort, Pulau Orang Utan beroperasi di bawah Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah.
Untuk ke Pulau Orang Utan, anda harus menaiki bot yang disediakan dan harga tiket yang ditawarkan hanya RM28 untuk dewasa dan RM18 bagi kanak-kanak. Harga ini dah pun termasuk tiket masuk dan perjalanan dua hala menaiki bot.
Kalau nak tahu, Pulau Orang Utan Bukit Merah merupakan satu-satunya pulau seumpamanya di Malaysia. Kalau bertuah, dapatlah anda bertemu dengan Jidin dan Adam yang merupakan penghuni tertua di Pulau Orang Utan.
Petting Zoo
Ads
Apalah maknanya taman tema tanpa taman haiwan bukan? Berkonsepkan taman haiwan terbuka, anda boleh berjalan kaki sambil memberi makanan kepada haiwan-haiwan comel di sini.
Harga tiket cuma RM10 dan anda juga boleh membeli makanan untuk diberikan kepada haiwan-haiwan di sini yang dijual dengan harga RM5 sebakul.
Haiwan-haiwan di sini cukup jinak. Kiranya, sambil memberi makanan, dapatlah bergambar sakan dengan haiwan-haiwan comel ni.
Aktiviti Rekreasi
Dah kalau bajet kurang dari yang diperuntukkan, apa salahnya mencuba aktiviti rekreasi yang ada di Bukit Merah Laketown Resort betul tak?
Antara yang wajib cuba ialah Lake Cruise atau Pelayaran Tasik yang berharga RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Sambil memenuhkan memori handphone dengan pemandangan kiri kanan yang cantik, anda juga berpeluang menikmati tasik buatan yang tertua di Malaysia. 20 minit di atas bot, memang seronok habis!
Ads
Jangan terlepas aktiviti kayak. Ada dua pakej yang ditawarkan antaranya Kayak Experience dengan harga RM20 untuk satu kayak yang boleh dinaiki seorang atau berdua dan Kayak Exploration bagi yang nak cuba untuk berkayak dalam jarak yang jauh sedikit.
Anda juga boleh meneroka hutan dengan Pakej Nature Trekking berharga RM20 seorang atau memancing di tepian tasik dengan menyewa rod tradisional atau membawa rod sendiri pada harga RM15 untuk sehari.
Owh ya, aktiviti berbasikal juga disediakan dengan harga RM15 untuk basikal dewasa dan RM8 untuk basikal kanak-kanak!
Tempat Makan
Satu perkara yang dikira sangat-sangat bagus di Bukit Merah Laketown Resort berbanding taman tema lain di Malaysia ni ialah tempat makan. Mana nak jumpa dalam kawasan taman air ada makanan yang dijual dengan harga RM4?
Di Bukit Merah Laketown Resort juga ada tiga lokasi untuk menjamu selera antaranya LakePark Komer yang berkonsepkan kopitiam, Restoran Bubbles yang menjual aneka makanan segera dan Ripples Hawker Centre yang berkonsepkan jualan gerai-gerai. Sekeluarga makan pun masih kurang dari RM30 tau!
Nampak tak, dengan bajet bawah RM30, anda boleh berseronok dengan semua tarikan yang ada di Bukit Merah Laketown Resort. Pakej berbaloi-baloi memang buat poket tak koyak, duit pun tak nipis. Apa orang kata, Bukit Merah dah lama offer, kita je yang lalai!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Penginapan yang basic tapi dekat dengan alam di Masbro Hidden Village, Lenggong, Perak. Di kelilingi flora dan fauna serta cukup privasi, bermalam di sini pasti memberikan pengalaman yang indah dan istimewa buat korang yang sukakan kedamaian.
Mempunyai pilihan untuk tinggal di dalam chalet atau membawa kelengkapan perkhemahan sendiri, harga yang ditawarkan untuk menginap di sini sangatlah berpatutan. Bermula dari RM30 seorang untuk tapak perkhemahan dan RM50 seorang untuk chalet.
Penginapan Chalet
Kadar Harga: RM 50.00 setiap seorang (satu malam), tidak termasuk pakej makan.
Percuma untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun.
Semua chalet adalah berukuran sama.
Peruntukan chalet adalah berdasarkan kepada pendaftaran terawal – “siapa cepat, dia dapat!”.
Sila bawa beg tidur, bantal, selimut dan peralatan mandi untuk keselesaan anda.
Permaidani, kipas dan suis elektrik disediakan di dalam chalet.
Satu chalet boleh memuatkan: 2 pasangan/ 6 ahli keluarga / sekumpulan rakan, antara 5-6 orang
Memasak dibenarkan di luar chalet… anda dinasihatkan untuk membawa semua peralatan dan barangan memasak anda sendiri.
Tapak Perkhemahan
Kadar Harga: RM30.00 setiap seorang (satu malam)
Percuma untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun.
Memasang khemah hanya di kawasan yang disediakan sahaja.
Sila bawa khemah dan peralatan perkhemahan anda sendiri.
Anda juga boleh membawa tempat tidur gantung (hammocks) dan menggantungkannya di tempat yang disediakan.
DAFTAR MASUK : SELEPAS 1.00 TENGAHARI
DAFTAR KELUAR : SEBELUM 12.00 TENGAHARI
BBQ
Terdapat beberapa tempat membakar BBQ di sekitar resort.
Sila bawa barang-barang dan peralatan BBQ anda sendiri.
Jangan lupa untuk membawa arang.
Bagi yang taknak masak atau nak santai-santai, kat sini pun ada café yang beroperasi setiap hari dan menyediakan buffet untuk setiap kali waktu makan.
Embun Cafe
Kafe dibuka setiap hari.
Menu ala-carte disediakan.
Pesanan untuk makanan buffet hendaklah dibuat bersama tempahan chalet atau semasa daftar masuk :-
Sarapan : RM6 setiap seorang
• Makan Tengahari : RM12/ RM18 setiap seorang
• Makan Malam : RM12 setiap seorang
Lain-Lain Kemudahan
Resort ini hanyalah untuk tetamu yang menginap sahaja.
Tandas dan Bilik Mandi bagi Lelaki dan Wanita terletak di luar chalet.
2 kolam renang bersaiz besar untuk dewasa dan kanak-kanak.
Surau
Tempat meletak kenderaan yang mencukupi.
Alamat: TM Ladang Teh, 33400 Lenggong, Perak
Sumber: FB Masbro Hidden Village
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Flea Market atau lebih dikenali sebagai pasar karat adalah lokasi seperti yang kebiasaannya menjadi tempat menjual barang-barang lama (antik) dan juga terpakai.
Kewujudan pasar karat ini sangat menarik pelancong asing selain penduduk tempatan sendiri dan mampu menjana ekonomi masyarakat setempat.Nama lain yang sering digunkan untuk pasar karat adalah Pasar Lambak, Boot Sale, Rope Walk, Roadwalk, Pasar Loken, Memory Lane dan Pasar Warisan. Antara pasar karat yang terkenal terdapat di Malaysia yang menjadi ‘trademark’ untuk dikunjungi seperti:
Pasar Karat Lorong Kulit Pulau Pinang
Ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Lokasinya bersebelahan dengan Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Barang yang boleh didapati di sini adalah matawang lama dan barang antik.
Pasar Loken Ipoh (Memory Lane)
Pasar Loken telah wujud sejak tahun 1970an beroperasi setiap hari Ahad jam 7 pagi hingga 1 petang.Terdapat lebih 400 gerai menjual pelbagai barang antik dan terpakai dari eksesori diri hingga perabot rumah dan juga kenderaan.
Pasar Karat Jalan Hang Lekir, Melaka
Lokasinya berdekatan dengan Jonker Street dan dibuka pada setiap Ahad dari jam 9 pagi hingga 3 petang. Terdapat lebih 25 gerai yang menjual barangan yang selalunya terdapat di pasar karat lain.
Pasar Warisan, Seremban
Terletak di Jalan Utam Singh berdekatan dengan Pasar Besar Seremban. Dibuka setiap hari Ahad dari jam 7pagi hingga 5 petang.
Tip Membeli-Belah Di Pasar Karat
1. Fikir terlebih dahulu apa barangan yang ingin dibeli, dan tahap keperluannya.
2. Pastikan barangan dalam keadaan baik supaya tidak menyesal dikemudian hari.
3. Semak label harga jika ada pilihan buat perbandingkan harga terlebih dahulu.
4. Elak untuk singgah setiap kedai atau lokasi jualan. Dengan cara itu dapat membantu anda mengurangkan duit yang keluar dari poket.
5. Berbelanja di pasar malam kadangkala lebih menjimatkan, jika bernasib baik anda akan memperoleh barang yang berkualiti sama seperti di dalam pasaraya.
6. Jika terbaca iklan jualan murah, pastikan anda telefon terlebih dahulu untuk yakinkan barang yang anda inginkan ada dalam stok.
7. Pertimbangkan tawaran yang diberikan. Misalnya “buy one get one free” atau “free gift with purchase”. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.
8. Elakkan membeli barang curi walaupun dijual dengan harga yang begitu rendah. Awas, anda mungkin akan didakwa kerana bersubahat.
Kalau anda tahu port Pasar Karat best yang lain, jangan lupa kongsikan dengan LIBUR ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Shah Alam merupakan pusat pentadbiran bagi Negeri Selangor, banyak tarikan yang ada kat sini seperti I-City, Masjid Negeri, Tasik Shah Alam, Taman Persahabatan Selangor – Jepun dan banyak lagi. Kebanyakkan tempat yang ada di Shah Alam memang menjadi tumpuan untuk bergambar. Paling best ada tempat yang tak perlu bayar pun untuk masuk.
Jom tengok 6 port bergambar yang paling best ada di Shah Alam:
i-City Shah Alam
kredit photo: Visit Selangor
Kalau ke Shah Alam, mesti singgah ke I-City, terutama pada waktu malam. I-City merupakan antara tempat pertama yang menawarkan hiasan lampu LED yang sangat meriah di Malaysia. Pada waktu malam, tempat ini sangat cantik dengan lampu-lampunya dan sangat seronok untuk mengambil gambar di sana.
Selain hiasan lampu, terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana seperti Snowalk, taman tema air, musium 3d dan menaiki ferris wheel. Semasa melakukan aktiviti di sini pun anda boleh mengambil gambar juga dan pasti menjadi kenangan indah buat anda dan teman atau keluarga.
Taman Persahabatan Selangor-Jepun
Dibuka secara rasmi pada 12 Mac tahun lepas, -Taman Persahabatan Selangor – Jepun seluas 242.7 meter persegi di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14, dibuka secara percuma untuk kunjungan orang ramai.
Berdekatan dengan Dataran Merdeka Shah Alam dan Muzium Shah Alam, taman ini merupakan simbolik dan penghargaan kepada negara Jepun yang telah lama kekal setia menjadikan negeri Selangor dan bandar raya Shah Alam khususnya sebagai destinasi pelaburan.
Dipenuhi budaya kedua buah negara, di Taman Persahabatan Selangor – Jepun bernilai RM3.8 juta ini terdapat tasik serta ketenangan saat beriadah di sini. Ini kerana antara tarikan utamanya ialah seni bina melambangkan elemen Jepun seperti Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai.
3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
kredit photo: Visit Selangor
Dikenali juga dengan nama Masjid Biru, masjid kedua terbesar di Asia Tenggara ini juga merupakan salah satu tempat bergambar di Shah Alam yang sangat indah.
Walaupun masjid merupakan tempat ibadah bagi kaum Muslim, kita juga boleh datang dan menghargai keindahan dan seni bina Tamadun Islam yang agung ini. Masjid ini mempunyai rekaan dan seni bina yang sangat cantik selain mempunyai keluasan yang besar. Ruang solatnya yang luas serta siling dan dinding dalamannya juga direka indah, selari dengan agama Islam yang sukakan keindahan.
Waktu senja merupakan waktu yang paling cantik untuk mengambil gambar di sini. Silauan cahaya matahari yang menyinar menambahkan lagi kecantikan gambar anda. Jika anda bernikah di masjid ini, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini bersama teman dan keluarga.
4. Taman Tasik Shah Alam
kredit photo: Visit Selangor
Shah Alam memang mempunyai banyak taman tasik yang menarik. Antara taman tasik utama di sini ialah Taman Tasik Shah Alam. Meliputi Seksyen 2 dan Seksyen 14, taman tasik ini begitu luas dan mempunyai beberapa bahagian yang menempatkan fasiliti tertentu seperti zipline, menara dan taman permainan.
Landskap taman tasik ini yang pelbagai membuatkannya tempat yang menarik untuk mengambil gambar. Pokok bunga, susunan batu dan kilauan air tasik menambahkan lagi kecantikan gambar yang diambil. Kadang-kala terdapat juga majlis yang siap dekornya dan memang sangat cantik untuk photoshoot.
5. Laman Seni 7, Seksyen 7
kredit photo: Visit Selangor
Sekarang sudah mula banyak laman seni yang dihasilkan di Malaysia. Jika di Penang, kita ada Penang Street Art. Di Selangor pula, kita ada Laman Seni 7 yang mempamerkan pelbagai karya seni yang menarik. Shah Alam merupakan antara bandar pertama yang awal mempamerkan laman seni ini. Jika ada mencari tempat bergambar di Shah Alam yang unik, di sinilah tempatnya!
Terdapat lebih 10 lukisan mural yang dipamerkan dan kesemuanya mempunyai cerita yang tersendiri. Terdapat juga hasil seni yang 3d yang sangat menarik untuk anda lawati.
6. Taman Botani Shah Alam
kredit photo: Trip Advisor
Dikenali juga dengan nama Bukit Cerakah, Taman Botani ini sangat sesuai bagi sesiapa yang sukakan nature atau alam semulajadi. Kaya dengan pelbagai flora, tak kurang juga mempunyai fauna seperti kuda, rusa, itik dan kura-kura. Jika anda suka berjalan-jalan sambil menghirup udara segar, di sinilah tempatnya!
Dengan kawasannya yang menghijau serta mempunyai tasik dan bendang, di sini adalah antara tempat yang sesuai untuk anda bergambar. Photoshoot juga sering diadakan di sini dek kawasannya yang memukau dan indah. Jangan lupa singgah ke sini bagi kaki fotografi.
7. Tasik Cermin Shah Alam
kredit photo: theroytravels
Siapa kata di Ipoh sahaja ada tasik cermin? Di Shah Alam juga ada tasik cermin. Tasik yang melangkaui Setia Alam dan Bukit Raja ini menjadi tumpuan penduduk sekitarnya kerana di sini juga mempunyai sebuah bukit iaitu Bukit Sapu Tangan yang menjadi kegemaran para hikers untuk berlatih.
Tasik ini memang sangat cantik untuk penggambaran tetapi anda harus hiking untuk ke sini, diingatkan untuk pergi bersama pendaki yang lebih berpengalaman untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...