Pelajar Yang Terjejas Dengan Tarikh Tiket Penerbangan, Boleh Buat Penukaran Baru Tanpa Sebarang Caj

Share

Pelajar IPT yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka boleh memohon untuk penjadualan semula tiket penerbangan secara percuma.

Jabatan Pendidikan Tinggi dalam kenyataannya di Facebook rasmi mereka memaklumkan, syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, Firefly dan Malindo Air menawarkan pertukaran tarikh penerbangan di laluan yang sama tanpa bayaran tambahan. Bukan itu sahaja, malah KTMB juga turut membenarkan pelajar yang terjejas berbuat demikian.




Bagaimanapun, ia tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk untuk pelajar dan ibu bapa. Pelajar boleh menghubungi institusi pengajian masing-masing bagi mendapatkan cara-cara mengemukakan maklumat bagi tujuan tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai tatacara penjadualan semula tiket, pelajar boleh melayari laman sesawang syarikat penerbangan terbabit.

  • Bagi pelajar yang membeli tiket MAS, mereka boleh membuat pertukaran tarikh penerbangan bagi tempoh setahun dari tarikh pembelian.
  • Kerjasama bersama AirAsia Berhad membantu institusi pendidikan tinggi yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka. Untuk AirAsia, pelajar boleh membuat pertukaran tarikh tanpa had sebelum 31 Disember 2020.



  • Pihak Firefly bersedia membantu pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka.
  • Malindo Air – Pelajar boleh mendapatkan Pengecualian FI Penukaran Tarikh (Tertaluk kepada perbezaan tambang)
  • Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membenarkan pindaan tarikh perjalanan tiket atau pemulangan tambang bagi pelajar yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran masuk ke IPT.


.
[
/caption]
IKLAN