Pelan Pemulihan Pelancongan bernilai RM200 juta yang diperuntukkan menerusi Belanjawan 2021, diharap dapat menggalakkan lagi perbelanjaan domestik dan dengan sendirinya meningkatkan ekonomi setempat.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata secara keseluruhan, kementerian mendapat peruntukan RM1.14 bilion dengan peningkatan 2.75 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan pecahan Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan masing-masing berjumlah RM987 juta dan RM153 juta.
Ads
“Daripada jumlah keseluruhan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima peruntukan RM200 juta bagi pelaksanaan pakej rangsangan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan bagi 2021. Pelan pemulihan pelancongan itu merangkumi baucar penginapan, diskaun destinasi pelancongan, diskaun percutian keluarga, penyemarakan seni budaya, kempen ‘Meet in Malaysia’, diskaun pakej petugas barisan hadapan, potongan diskaun beli-belah dan diskaun pengangkutan. Pada masa sama, kita masih mempunyai peruntukan pakej rangsangan yang belum digunakan dan dimanfaatkan untuk perbelanjaan domestik. Justeru, kita mencadangkan langkah segera bagaimana membolehkan pihak industri memulihkan ekonomi,” katanya.
Ads
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, antara langkah itu ialah penganjuran beberapa program akan datang termasuk mengemukakan cadangan berkaitan gelembung perjalanan (green bubbles) iaitu destinasi hijau dalam kalangan 13 negeri di negara ini. Ia bertujuan mengetatkan pergerakan mereka yang berada di kawasan di zon merah supaya tidak keluar, demi memelihara prosedur operasi standard (SOP) di lokasi zon hijau.
Sehubungan itu, katanya, pakej rangsangan berjumlah RM200 juta untuk MOTAC pada tahun hadapan, akan digunakan sebaiknya. MOTAC berharap pakej terbabit dapat membantu penggiat industri meneruskan aktiviti masing-masing dan meneruskan kelangsungan walaupun dalam skala sederhana.
Ads
“Sebagai contoh, kita memberi subsidi tiket penerbangan, penebusan baucar untuk pemandu pelancong, kempen Meet in Malaysia dan banyak lagi untuk dinikmati rakyat. Dengan insentif itu, kita akan tahu bagaimana rakyat boleh mendapat faedahnya dan diharap dapat mendorong perbelanjaan domestik dan seterusnya meningkatkan ekonomi setempat,” katanya.
Mengenai gelembung perjalanan, Datuk Seri Nancy Shukri menjelaskan MOTAC sudah bersedia dengan pelbagai pakej dan hanya menunggu keputusan kerajaan dalam pembukaan sempadan negara. Keputusan pembukaan sempadan hanya boleh dibuat oleh Kementerian Luar namun MOTAC akan mengusulkan banyak idea misalnya mempromosikan pelancongan mengikut destinasi, pakej pulau dan pakej membabitkan kumpulan kecil dengan penekanan SOP yang ketat.
image via google & pexels.com | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Malaysia sekali lagi merangkul anugerah ‘Pelancongan Kesihatan dan Perubatan: Destinasi Terbaik Tahun Ini’, pada Anugerah Pelancongan Perubatan 2020 di London.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengiktifaran itu didedikasikan kepada semua pemegang taruh sektor penjagaan kesihatan Malaysia, atas usaha cemerlang mereka.
“Anugerah ini didedikasikan kepada semua pemegang taruh di #malaysiahealthcare prestasi cemerlang pada 2019/2020. Sekali lagi setinggi-tinggi tahniah kepada keseluruhan pasukan,” katanya dalam hantaran di twitter.
Tonight live news from London, Malaysia won the Health and Medical Tourism Destination of the Year 2020 award. This award is dedicated to all stakeholders in #malaysiahealthcare excellent performance in 2019/2020. Once again my heartiest congratulations to the entire Team. pic.twitter.com/jGwI2mqkru
Sementara itu Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dalam satu kenyataan menyatakan, pengiktirafan kali keempat berturut-turut itu, sekali gus meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai Pusat Penjagaan Kesihatan Mengagumkan Di Dunia dan mencerminkan komitmen negara dalam sektor penjagaan kesihatan, khususnya ketika berdepan pandemik COVID-19.
Edisi anugerah itu kali ini, turut menyaksikan MHTC mengekalkan kemenangannya kali keempat bagi anugerah Kluster Terbaik Tahun ini.
“Penerimaan anugerah Destinasi Terbaik Tahun Ini dan Kluster Terbaik Tahun ini sekali lagi menunjukkan keyakinan global terhadap kecemerlangan prasarana kesihatan Malaysia, untuk pelancong penjagaan kesihatan,” menurut kenyataan itu.
Beberapa institusi kesihatan swasta Malaysia turut meraih kemenangan dalam anugerah berprestij tersebut, termasuk Sunway Fertility Centre (Anugerah Klinik Fertility Antarabangsa Terbaik Tahunan); Prince Court Medical Centre (Hospital Antarabangsa Terbaik Tahunan); Sunway Eye Centre (Klinik Mata Antarabangsa Terbaik Tahunan dan Thompson Hospital Kota Damansara (Inisiatif Kualiti Terbaik).
image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Boleh dikatakan hampir setiap minggu, ada sahaja rakan-rakan, jiran-jiran terdekat juga ahli keluarga yang begitu teruja melancong dalam negara. Lokasi tumpuan pelancong seperti Cameron Highland, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Kota Kinabalu dikatakan kembali rancak dan meriah dengan kehadiran rakyat Malaysia.
Disebabkan sokongan rakyat Malaysia terhadap aktiviti ‘cuti-cuti’ dalam negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan industri pelancongan domestik akan mula menunjukkan pemulihan memberangsangkan pada suku kedua tahun 2021. Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, walaupun pelancong asing masih tidak dibenarkan memasuki negara, namun penggalakan pelancongan domestik mula menunjukkan perkembangan positif ketika ini.
“Kita ada banyak perancangan dan telah mengambil tindakan untuk memastikan pemulihan ekonomi akan berjalan lebih awal. Saya hendak nyatakan di sini bahawa banyak yang telah kita lakukan termasuk dari segi promosi pelancongan domestik, walaupun kita menjangka (pemulihan) pada akhir tahun ini. Namun kita telah nampak (pemulihan) pada beberapa minggu lepas, kita sudah nampak hasil pemulihan ini. Nampaknya, begitu banyak hotel yang telah mula beroperasi dan kadar penginapan mencecah 75 peratus, malah ada yang 100 peratus, hasil maklum balas daripada MAH (Persatuan Hotel Malaysia) dan juga (persatuan) lain yang bekerjasama dengan kita,” jelas beliau kepada persidangan Dewan Rakyat.
MOTAC mengunjurkan kerugian bagi segmen pelancong antarabangsa adalah melebihi RM31 bilion, manakala bagi segmen pelancong domestik, pihaknya mengganggarkan kerugian melebihi RM13 bilion. Berdasarkan statistik, bagi tempoh Januari hingga Mac 2020, perbelanjaan pelancong antarabangsa merekodkan penurunan sebanyak 41.5 peratus daripada RM21.4 bilion pada 2019 kepada RM12.5 bilion. Jumlah kerugian ini termasuklah kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan ekoran aktiviti perniagaan yang tidak boleh dijalankan, pemotongan gaji serta pembatalan tempahan produk pelancongan seperti hotel dan pakej pelancongan.
Bagi yang nak pulang ke Kampung sempena musim perayaan yang bakal disambut pada minggu hadapan, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menawarkan kempen pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma sempena sambutan perayaan Aidilfitri bermula 10 hingga 20 April ini.
Kempen tersebut dianjurkan kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian bagi memastikan kenderaan berada pada tahap terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail inisiatif #drivesafenoregrets itu dibuat untuk memastikan keselamatan di jalan raya sepanjang musim perayaan, terutamanya untuk pengguna jalan raya yang memandu pulang ke kampung halaman masing-masing.
Pemeriksaan percuma itu tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, cermin gelap serta banyak lagi.
Menurutnya lagi, kempen ini bertujuan membantu pemilik kenderaan mengetahui keadaan kenderaan mereka melalui pemeriksaan menggunakan peralatan berkomputer Puspakom.
Tambahnya juga, pelanggan yang hadir boleh terus ke Puspakom tanpa perlu janji temu dan akan menikmati layanan istimewa selain diberi keutamaan.
pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir secara terus ke mana-mana cawangan Puspakom di seluruh negara kecuali Shah Alam (Selangor), Taman Bukit Maluri (Kuala Lumpur) dan Pasir Gudang (Johor) dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Bukan itu sahaja, Unit Pemeriksaan Bergerak juga ditawarkan bagi pemeriksaan percuma di beberapa lokasi terpilih yang disenaraikan dalam laman web www.puspakom.com.my atau Facebook, Puspakom Sdn. Bhd..
Untuk anda yang akan membuat perjalanan jauh, sebaiknya ambil peluang ini dan buat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh ke kampung masing-masing. Semoga perjalanan lebih lancar dan selamat.
Kredit: Utusan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...