Hanya dengan menggunakan Google Earth, pengguna boleh melihat sendiri lokasi atau destinasi di atas muka bumi dari pandangan atas atau 3D.
Maka tidak hairan jika pengguna menemui pelbagai lokasi aneh, unik atau menakjubkan yang lain daripada kebiasaanya. Ada imej-imej yang dirakam tidak dapat dijelaskan secara logik dan diterima akal. Namun percayalah, ini semua tanda kekuasaan yang Maha Kuasa.
Will, seorang ahli geologi dari New Orleans menjadikan Google Earth sebagai hobinya dimasa lapang untuk mencari imej menarik di setiap lokasi di dunia. Dia boleh menghabiskan sehari suntuk masa terluang hanya berada di hadapan komputer, semata-mata untuk menjelajah peta dunia di Google Earth.
Ini antara koleksi gambar unik dan menarik di seluruh dunia yang diambil dari Google Earth berjaya dikesan Will.
Douglas, Arizona
The Rio Grande River pintu masuk ke Gulf of Mexico
Rumah Api di The Great Lakes
Tombigbee River di Alabama (USA)
Kawasan Marina Milwaukee, Wisconsin (USA)
Tasik Lac a l’Eau Claire
Penobscot Bay, Maine, USA
Ads
Ayyakum Lake, Tibet
Kawasan ladang di Texas
Pointe du Hoc, Normandy
Kawasan Ladang Tebu Louisiana, USA
Laut Dalam Wadden Sea of Denmark
Brazil
Ads
Netherlands
Pos Kawalan Laut di Amsterdam
Taman Athabasca Sand Dunes Provincial (tasik membeku) dan Tasik Athabasca, Saskatchewan ( tasik tidak membeku) dipisahkan dengan sebatang Sungai William.
Kembara ke Eropah Timur memang menjadi impian bagi sebahagian besar individu. Sejarah dan kecantikan seni bina di benua biru ini menjadi tarikan yang mengujakan.
Pesona ‘dunia lama’ memberi kesan romantis serta ragam budaya yang menarik. Sesungguhnya Eropah Timur menyediakan pelbagai panorama indah.
Eropah Timur memang agak asing buat saya, jadi peluang dan pengalaman pertama menjejaki ke bumi Prague, Czech Republic, Vienna dan Salzburg Austria serta Munich, Jerman ini saya gunakan sebaik mungkin.
Penerbangan dari Kuala Lumpur terus ke Prague dan transit di Dubai. Setiba di Prague, kami terus dibawa ke hotel dengan bas pelancongan.Sepanjang jalan ke hotel, kami disajikan dengan pemandangan sekitar Bandar Prague.Prague atau biasa juga disebut dengan Praha, adalah ibukota dari Republik Ceko, sebuah negara di Eropa Timur yang kaya akan sejarah dan budaya Bohemia.
Jika ke sini, sejumlah spot popular ini wajib anda kunjungi. Antaranya St. Vitrus Cathedral dan Lobkowicz Palace. Tempat ini terletak di atas bukit, spot ini sangat strategik untuk mendapatkan pemandangan kota Prague yang cantik. Bangunan-bangunan tua, yang hampir tidak tersentuh ketika perang dunia kedua, boleh dilihat di sini. Mulai romawi, gothik, renaissance dan baroque. Dulunya, Praha terdiri dari kota-kota kecil yang sekarang menjadi kesatuan tidak terpisah dan saling melengkapi.
Hari pertama kami dibawa ke kawasan Old Town Square yang terkenal dengan senibina Baroque yang berwarna-warni. Di sinilah terletaknya Astronomical clock yang sangat terkenal dan dibina beratus tahun lalu.Keindahan kota Praha memang sangat memikat.
Charles Bridge antara lokasi wajib jika berkunjung ke sini dan dibina pada tahun 1357. Jambatan ini merupakan salah satu landmark kota Prague yang menghubungkan area Prague Castle dengan area Old Town. Jambatan ini sering dijadikan objek foto dari atas Prague Castle bersama dengan jambatan-jambatan lain yang melintasi sungai Vlatava.
Pemandangan di sini sangat memukau. Kami terus menjejaki Charles Bridges sambil menikmati keindahan pemandangan ketika matahari mula terbenam. Sebelum pulang ke hotel yang terletak di Old Town, kami singgah untuk makan malam di sebuah restoran.
Keesokan hari kami dibawa ke Prague Castle iaitu istana terbesar di dunia yang mana kawasannya terdapat muzium, Gereja St Vitus Catheral, halaman yang cantik. Lawatan kami ditemani oleh tourist guide tempatan.
Bangunan bersejarah ini amat indah seni binanya. Lawatan diteruskan ke Golden lane yang dibina pada abad ke 16. Di sini terdapat kedai-kedai kecil yang menjual barangan tempatan. Kemudian kami ke restoran untuk jamuan tengah hari, seperti biasa kami dihidangkan dengan baked atau grilled fish. Usai makan tengah hari , kami bergerak bebas untuk membeli-belah sekitar bandar Prague. Makan malam kami di sebuah restoran yang agak jauh dari bandar Prague. Di sini kami diraikan dengan persembahan tarian tradisional. Republic Czech.
Vienna
Vienna dikatakan kota yang penuh dengan serpihan sejarah. Sejarah panjang kerajaan Austro-Hungarian membuat peninggalan-peninggalan penting boleh ditemui dengan mudah. Bangunan-bangunannya indah dan superior, mulai dari bangunan ala Baroque, Gothik, atau Renaissance.
Kami dibawa ke bandar yang mana terletak bangunan bersejarah sperti Stadtpark-Johann Strauss Manument dan Hofburg , kediaman pemimpin Austria sejak tahun 1275. Kemudian kami dibawa ke kawasan pusat membeli-belah terkenal di Vienna iaitu Kartner Strasse.
Hari seterusnya kami dibawa ke SChonbrunn Palace. Ia sebuah bangunan yang tersergam dibina dengan 1441 buah bilik , halaman indah serta luas. Kami dibawa masuk ke dalam dan dapat menyaksikan keindahan seni bina asli bangunan bersejarah yang begitu menakjubkan dibina pada abad ke-18. Kami juga dibawa mengelilingi bandar Vienna untuk melihat Belvedere Palace dan St. Stephen’s Catheral.
Salzburg dan Munich
Keesokan hari, perjalanan ke Salzburg yang mengambil masa tiga jam. Setelah menikmati makan tengah hari , kami terus dibawa ke Mirabell Palace & Gardens yang dibina pada tahun 1606. Di sini terdapat banyak pokok bunga tulip pelbagai warna.
Seterusnya dibawa melawat ke Mozart’s Birthplace. Mozart dilahirkan di rumah ini pada 27 Jan 1756. Selepas itu kami berpeluang menikmati kopi dan kek di kafe yang sering dikunjungi Mozart ketika hayatnya. Lawatan diteruskan ke Stiftskirche St Peter sebuah gereja lama, restoran makan malam terletak berhampiran gereja ini.
Keesokkannya perjalanan kami ke Munich, Jerman yang mana mengambil masa lebih kurang satu jam 45 minit. Munich mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri, Bangunan-bangunan lama masih banyak yang terjaga rapi walau sebahagian sudah dialih fungsi akan kegunaannya. Bangunan ini sangat unik reka bentuknya dan usianya beratus tahun.
Antara lokasi yang sempat dilawati ialah Marienplatz, Siegestor ( victory gate), Nymphenburg Palace. Walaupun jadual perjalanan agak padat saya tetap merasa puas dan segala kenangan masih terpahat di jiwa. Masih ingin kembara ke sini , jika ada peluang di masa akan datang.
Pengalaman oleh: Sharifah Anom Faezah Alsagoff
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Filipina negara yang terkenal dengan panorama alam semula jadi yang indah. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai ialah Pulau Cebu.
Keindahan lautan dan panorama pulaunya begitu menawan. Kunjungan ke Pulau Cebu pasti tidak mengecewakan boleh disifatkan satu percutian lasak buat penggemar aktiviti luar.
Alegria terletak di selatan Cebu dengan keluasan kira-kira 89.5 kilometer persegi dan mempunyai sembilan daerah pentadbiran kecil dipanggil Barangay. Menarik mengenai destinasi ini ialah kisah keindahan pemandangan ngarainya (canyoneering) terutama sekali air terjun yang sering dikongsi dalam media sosial.
Di Alegria, air terjun menjadi kawasan paling popular dan sering menerima kunjungan pelancong. Melihat air yang mengalir kebiru-biruan menjadi satu kepuasan sesiapa yang dapat menjejakkan kaki di sini.
Jangan lupa singgah di puncak Osmena untuk merakam pemandangan matahari terbit. Lokasi ini cukup ideal buat peminat berswafoto apabila boleh merakam pemandangan sekitar kawasan.
Tops Lookout membolehkan pengunjung melihat pemandangan indah terutama panorama Bandar Cebu yang memukau ketika matahari terbenam. Terdapat kemudahan teropong untuk melihat keseluruhan kawasan, dan kafe kecil untuk bersantai bersama yang tersayang.
Oslob adalah lokasi tumpuan ramai pengunjung untuk melihat whale shark selain itu boleh juga lakukan aktiviti snorkel, berenang dan juga island hoping ke Pulau Sumilon.
Elak datang pada cuti hujung minggu, kerana ramai pelancong akan berasak-asak menunggu giliran untuk menaiki bot.
Pengusaha bot atau operator pusat pelancongan akan mengumpan mamalia terbabit dengan memberi makan agar ikan paus itu timbul menonjolkan diri. Operasi ini hanya berjalan pada waktu pagi sahaja dan berakhir sebelum 10 pagi. Anda perlu merancang jadual perjalanan anda dengan baik jika ingin melihat whale shark di Oslob.
Ia lokasi wajib untuk aktiviti ‘diving’ kerana keindahan taman laut yang mampu menggamit penyelam dari seluruh dunia untuk datang serta meneroka khazanah alamnya. Antara aktiviti lain boleh pengunjung lakukan ialah snokerling atau berkayak.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dapat menikmati keindahan alam terutamanya ketika waktu malam memang sangat menenangkan. Apatah lagi kalau bercuti di tempat yang sejuk dan segar seperti Cameron Highlands.
Mempunyai pilihan villa dan juga campsite untuk pengunjung yang datang, Pine Valley Villa & Camper Site Cameron Highland bakal memberikan pengalaman dan percutian indah untuk yang menginap di sini.
Mencipta percutian lain dari kebiasaan sambil menikmati susana malam dengan bercamping dan pemandangan malam di Tanah Tinggi Cameron Highland.
Selain itu juga turut menyediakan 1 bilik di villa untuk kemudahan lain.
Antara kemudahan yang disediakan dalam bilik berkenaan adalah
– Berdekatan dgn kedai barangn basah @ keperluan
– Dobi yang berdekatan
– Tandas dan surau disediakan
– Paip, singki dn bekalan eletrik juga tersedia
Untuk yang berminat boleh terus hubungi:
PINE VALLEY – CAMPER SITE
Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. wasap.my/60147063682
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada tempat yang membuatkan kita rasa seperti sedang melihat dunia lain. Bukan kerana bangunan moden atau tarikan buatan manusia, tetapi kerana alamnya terlalu luar...