Berita

Pelancong Asing Mati Selepas Terjun Dari Tingkat 4 Lapangan Terbang

Share

Seorang pelancong Rusia cedera parah selepas dia memanjat tembok kaca dan lompat dari tingkat empat terminal penumpang di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand.

Jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol Col Kritsana Patanacharoen berkata, Mikhail Sinitsyn, 44, ditemui cedera parah di tingkat dua selepas jatuh pada pukul 1 pagi Isnin. Dia dikejarkan ke Hospital Samitivej Srinakarin, tetapi disahkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi hari yang sama.

Tempat di mana mangsa terjun dari tingkat 4 di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.


Kritsana berkata, Sinitsyn tiba dari Vietnam dan selepas melalui kaunter imigresen, dia berjalan ke tingkat empat lalu memanjat telefon awam yang terletak di sebelah dinding kaca sebelum terjun ke bawah. Dinding kaca tersebut dipasang berikutan berlakunya beberapa kes pelancong asing melakukan cubaan bunuh diri sebelum ini.

Kritsana berkata pihak polis belum mengenalpasti motif mangsa membunuh diri tetapi akan melakukan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan kedutaan Rusia di Thailand telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Sumber: The Nation

IKLAN