Lepas ni anda yang dari Langkawi dan Kota Bahru tak perlu lagi bersesak-sesak atas jalanraya kalau ingin melancong ke Melaka kerana Malindo Air dijangka akan membuka laluan baru baharu dari kedua-dua lokasi tersebut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada 1 Mac depan.
Perkara ini telah disahkan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab dan beliau melihat inisiatif Malindo Air ini akan menggalakkan lagi industri pelancongan Melaka sekaligus menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri bersejarah ini sempena Tahun Melawat Melaka 2019.
Ads
Waktu penerbangan dua hala dari Langkawi dan Kota Bahru ke LTAM ini akan beroperasi tiga kali seminggu iaitu pada Rabu, Jumaat dan Ahad. Laluan dari Kota Bharu ke Melaka ialah pada 11.55 pagi dan Melaka ke Kota Bharu ialah pada 1.50 petang manakala dari Langkawi ke Melaka pada 12.05 tengah hari dan Melaka ke Langkawi 2.05 petang.
Ads
Penambahan laluan oleh Malindo Air menerusi LTAM dilihat sebagai langkah positif menarik lebih banyak syarikat penerbangan terutama pemain industri pelancongan di Melaka untuk menarik kedatangan pelancong menerusi sektor penerbangan dan kerajaan negeri akan menyediakan pelbagai insentif untuk mereka sebagai galakan dan komitmen yang diberikan.
Siapa kata zaman universiti/kolej hanya terhad kepada belajar sahaja? Waktu inilah sesuai sangat-sangat untuk anda dan kawan-kawan pergi melancong ke merata-rata tempat. Tidak perlulah fikir jauh-jauh sangat seperti luar negara atau luar negeri.
Perhatikan di mana terletaknya universiti/kolej anda dan lihat apa tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan ‘ditawan’. Mari Libur berikan 7 sebab kenapa anda perlu banyak melancong.
Jangan tidak percaya mengenai ini. Melancong bukan sahaja mampu memberi anda pengalaman hidup berharga malah ia boleh memberi insight yang baik terutama sekali jika tempat yang anda lawati itu berkaitan dengan pengajian anda.
Belajar dengan mata dan sentuhan lebih berkualiti daripada belajar dengan membaca sahaja.
Memasuki universiti/kolej sudah tentu cukup mencabar terutama sekali jika anda bukanlah seorang yang sosial. Tetapi dengan melancong, sosial atau tidak anda tidak ada pilihan untuk survive!
Spread your wings dan jangan biarkan sifat segan atau malu menghalang anda untuk menjadi lebih konfiden dan mesra orang. Tetapi jangan sampai terlupa batas-batas agama dan adab ketimuran.
Semasa melancong anda mungkin akan mengalami peristiwa seperti tersesat barat, tertinggal bas, terlepas hentian, salah masuk tempat, tersalah pilih tempat makan dan banyak lagi pengalaman yang berharga.
Ketahuilah kesemua ini akan mengajar anda banyak benda mengenai hidup lebih dari apa yang anda boleh dapat semasa di universiti/kolej.
Jika anda mendapat pinjaman PTPTN atau tajaan biasiswa, sebolehnya janganlah anda boros habiskan majoriti duit anda untuk bercuti. Apa kata cuba buat kerja part-time untuk dapatkan sedikit income untuk percutian anda.
Di universiti anda pasti ada kedai-kedai kecil yang sentiasa memerlukan pembantu. Ini membolehkan anda berdikari dan juga berbajet dalam berbelanja.
Bila melancong bersama teman-teman, barulah anda tahu siapa sebenarnya sahabat sehidup semati anda. Kekurangan dan kelebihan masing-masing akan tertayang dengan jelas sepanjang melancong dan ini membolehkan anda menilai siapa yang sesuai dijadikan sahabat sejati.
Graduan yang memiliki CGPA yang mantap semata-mata tidak akan menjadi jaminan untuk mendpat pekerjaan dengan mudah. Ramai majikan sekarang yang mencari anak muda yang ada pengalaman yang unik dan pengalaman melancong membolehkan anda menjadi pilihan utama mereka.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadikan diri anda lebih marketable dengan pemilikan pengalaman melancong. Ia pasti akan membantu anda kelak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tourism Selangor meneruskan inisiatif bagi membangunkan semula industri pelancongan domestik, khususnya di Negeri Selangor dengan penyertaan di Virtual Tourism Expo (VTE 2021) yang akan berlangsung pada 27 sehingga 29 Ogos ini secara atas talian, selaras dengan norma baharu.
Bagi mewar-warkan penyertaan Tourism Selangor dalam VTE 2021, satu sesi Sidang Media secara maya telah disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Tourism Selangor pada Rabu menampilkan Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dan Tuan Rohizam Md Yusoff, Presiden Digital Travel Technology Association of Malaysia (DiTTAM).
Melihat kepada inisiatif pendigitalan pelancongan yang dirangka oleh pihak Tourism Selangor, Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor ini terlebih dahulu menyertai program atas talian, ‘Marketplace’ anjuran MITA (Malaysia Inbound Travel Association) pada Jun lalu, sebelum meneruskan penyertaan ke VTE 2021 anjuran DiTTAM. Apa yang lebih menarik, VTE 2021 menampilkan pameran digital 3-dimensi atau 3-D yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Tuan Azrul Shah Mohamad dalam sebuah kenyataan berkata. “Seiring dengan keunikan fungsi pameran 3-D yang julung kali ditampilkan seumpamanya di Malaysia, tentunya pihak Tourism Selangor akan menawarkan sebuah pengalaman digital yang serba menarik, dengan perkongsian maklumat yang komprehensif.
“Saya menyeru orang awam, khususnya penggemar aktiviti pelancongan agar tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan tawaran pakej-pakej pelancongan Negeri Selangor sepanjang tiga hari VTE 2021 berlangsung”.
Orang awam, khususnya penggemar aktiviti pelancongan disaran agar tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan tawaran pakej-pakej pelancongan Negeri Selangor, terutamanya dari pihak Eastin Hotel dan Skytrex Sg Chongkak yang juga turut serta dalam VTE 2021.
Selain pameran digital 3D yang akan bersiaran dari pukul 10 pagi hingga 10 malam pada ketiga-tiga tarikh tersebut, pameran secara luar talian atau ‘offline’ pula akan berlangsung sepanjang 24 jam sehari tanpa perlu melibatkan kehadiran secara fizikal seperti kebiasaannya.
VTE 2021 yang merupakan sebuah landasan pemasaran maya turut mengambil konsep Business-to-Consumer (B2C) yang memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli pakej dan jualan promosi secara terus dari pihak penjual. Konsep ini diperkenalkan bagi memudahkan orang ramai untuk membuat pilihan serta melakukan sebarang transaksi secara atas talian yang tentunya lebih mudah dan efisien.
Tourism Selangor akan mempromosikan Kempen Pelancongan Domestik; “Pusing Selangor Dulu” di VTE 2021 bagi meningkatkan bilangan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor menerusi pembudayaan norma baharu setelah pergerakan domestik kembali dibenarkan.
Usaha ini bukan sahaja memberikan sinar kepada industri pelancongan yang amat terkesan ekoran pandemik ini, malah turut mampu membantu produk dan operator pelancongan Negeri menjana pendapatan menerusi penjualan pakej-pakej pelancongan domestik yang ditawarkan di VTE 2021.
Penyertaan pihak Tourism Selangor antara lain turut memberi peluang kepada orang ramai, khususnya penggemar aktiviti pelancongan untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini tentang produk-produk pelancongan Negeri Selangor, termasuk produk-produk pelancongan baharu.
Secara tidak langsung, penyertaan di VTE 2021 mampu memberikan pendedahan dan pembelajaran ke arah pelaksanaan program pendigitalan pelancongan yang menjadi salah satu fokus utama pihak Tourism Selangor, pasca pandemik Covid-19.
Justeru, jangan lepaskan peluang untuk menyertai dan meilhat sendiri keunikan pameran 3D Tourism Selangor di VTE 2021 yang akan berlangsung secara maya pada 27 hingga 29 Ogos ini di pautan https://vte2021.malaysiaexpo.net/.
Pastikan juga anda terus berinspirasi dengan keunikan pelancongan Negeri Selangor menerusi kemas-kini di laman media sosial rasmi Tourism Selangor; Facebook, Instagram, Twitter, saluran YouTube dan aplikasi TikTok. #ImagineNowExperienceSoon!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap percutian panjang perlukan perancangan rapi. Lagi-lagi kalau percutian tersebut melibatkan banyak negara untuk dilawati. Jika anda ingin melancong ke Eropah dalam tempoh yang panjang, boleh jadikan trip sepasang suami isteri ini sebagai info buat anda.
Pasangan suami isteri ini telah memulakan trip ke Eropah bermula dari Kuala Lumpur, Krabi, Oslo-Norway, Tromso-Norway, Abisko-Sweden, Stockholm-Sweden, Switzerland, Munich-Germany, Salzburg-Austria, Prague-Czech Republic, Berlin-Germany, Singapura dan kembali ke Kuala Lumpur selama 23 hari. Best kan?
Jom baca perkongsian ini:
Saya nak share percutian trip Eropah saya selama 23hari (1-23 nov 2019) bermula dari
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...