EROPAH23

Setiap percutian panjang perlukan perancangan rapi. Lagi-lagi kalau percutian tersebut melibatkan banyak negara untuk dilawati. Jika anda ingin melancong ke Eropah dalam tempoh yang panjang, boleh jadikan trip sepasang suami isteri ini sebagai info buat anda.

Pasangan suami isteri ini telah memulakan trip ke Eropah bermula dari Kuala Lumpur, Krabi, Oslo-Norway, Tromso-Norway, Abisko-Sweden, Stockholm-Sweden, Switzerland, Munich-Germany, Salzburg-Austria, Prague-Czech Republic, Berlin-Germany, Singapura dan kembali ke Kuala Lumpur selama 23 hari. Best kan?

Jom baca perkongsian ini:

Saya nak share percutian trip Eropah saya selama 23hari (1-23 nov 2019) bermula dari

KL – KRABI – OSLO (NORWAY) – TROMSO (NORWAY)- ABISKO (SWEDEN) – STOCKHOLM (SWEDEN) – SWITZERLAND – MUNICH(GERMANY) – SALZBURG(AUSTRIA) – PRAGUE (CZECH REPUBLIC) – BERLIN(GERMANY) – SINGAPORE(transit) – KL

Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
view
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Briz lake,Swiss.
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Tromso, Norway 2
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Storgata,Tromso
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Tromso, Norway
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
View dari dalam bilik airbnb. Stay sekali dgn owner. Owner baik.
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Narvik Train Station
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Aurora

KRABI-OSLO-TROMSO

IKLAN
  • Tiket murah by Norwegian Airline bulan July. Terus grab sebab memang plan nak ke Norway untuk hunting Aurora and kebetulan tiket tengah murah terus grab.
  • kalau naik Norwegian airline makesure bawak earphone yea. Boleh layan movie. Earphone saya tak boleh cucuk.
  • Tak lepak Oslo just overnight di airport sebab esoknya flight awal ke Tromso.
  • Di airport Oslo ada ruang khas utk solat di aras departure. Cari or tanya pekerja situ kat mana “chaplin”
  • Di Tromso pakai apps utk beli ticket bus(sana ada bus sahaja) pekan kecil. Di setiap bus stop ada nama. So kalau nak ke tempat tinggal make sure tahu nama bus stop(berdekatan tempat tinggal) dan letak nama bus stop yg korang berada ketika itu di dlm apps,jadi boleh nampak bus nombor berapa yg perlu naik.
  • Airbnb sgt recommended sbb boleh tengok aurora di balkoni. Stay sekali dgn owner(baik siap tunjukkan manual setting utk snap aurora)and ada traveller lain tapi dah check out.
  • Hari pertama tak dpt tgk aurora sbb cloudy. Esoknya rezeki tuan rumah tunjuk ada aurora. So tengok di balkoni.
  • Dekat pekan ada surau nama “al nor”. Boleh google dekat mana and pintu masuk kena letak password. Pintu depan belah perempuan and belakang utk lelaki;

*Password pintu perempuan: 1969#
*Password pintu lelaki : 1965#

TROMSO-ABISKO

  • Naik bus awal pagi dari airbnb. Naik bus #100 dari Tromso pukul 6.25am( bus stop Tromsdalen Bruvegen) ke Narvik(bus sehari ada 3kali. Saya naik bus awal sebab nak kejar train di Narvik),then naik train dari Narvik ke Abisko Ostra.
  • Train dari Narvik ke Abisko pukul 3.15pm sampai Abisko Ostra pukul 4.44pm. Sampai pun dah gelap. Mmg sunyi berjalan ke Abiskonet. Mcm pekan zombie pun ada.
  • Suhu -17,18 tapi actually feels like -21,22 tertampar rasa muka dgn angin sejuk. Air hidung pon beku.
  • Ticket train beli melalui apps.
  • Stay di abiskonet. Take note toilet adalah share dan mandi open sesama gender. Para perempuan digalakkan bawa kain batik kalau malu mandi bogel dan juga ada sauna.
  • Cadang datang ke Abisko nak tgk aurora. Tapi suhu sejuk gila. Ada satu malam tu terlepas nak tengok. Tapi dah cover di Tromso dpt tgk aurora jadi dah lepas hajat utama.
  • Di Abisko hanya ada satu saja kedai utk beli barang makan nama Godis Fabriken supermaket.

ABISKO-STOCKHOLM

IKLAN
  • Ambil night train ke Stockholm.
  • Tak ramai yg naik train boleh kira berapa orang yg naik. Station pon takde pekerja jadi tunggu aje makesure ticket dah siap beli.
  • Ticket beli guna apps yg sama.
  • Jalan area old town,pergi masjid central mosque(jalan kaki sepanjang di Stockholm) kecuali nak ke airport.
  • Di setiap train station Stockholm ada wall art tapi memandangkan berjalan kaki jadi tak tengok wall art kecuali nak ke airport. Baru nampak. Cool jugak.
  • Di airport Arlanda stockholm ada ruang solat(campur-Ccampur agama solat nama chaplin juga)

STOCKHOLM-SWITZERLAND
-Naik Swiss airline dari arlanda airport.

  • Dari stockholm central saya naik train kemudian tukar naik bus(ticket valid 2 jam) so cover sekali dgn bus) kalau direct naik train,di airport ada bayaran lain. So naik train dan tukar naik bus lagi jimat.
  • Make sure beli ticket train(zurich-airbnb di interlaken OST)ke tempat tinggal awal2 sebab harga berubah mengikut masa. Kalau bukan sebab saver day price boleh cecah rm400++ lagi lewat beli lagi mahal. Masuk toilet menangis
  • Cover Lauterbrunnen,Grindelward,Zermatt,lake Briz and beberapa tempat lain.
  • Hilang rase penat tengok kawasan tenang di Swiss.
  • Tempat stay pun recommended tapi utk family boleh juga cumanya toilet share. Saya amek bilik private utk 2 org. Toilet share and ada dapur.
  • Saya beli siap2 dari malaysia SAVER DAY PASS utk 2 orang selama 2hari. Sama mcm STP tapi utk cable car kena bayar full. Itu sahaja perbezaan SDP dgn STP.

SWITZERLAND-MUNICH

  • Di station bus Zurich ada kedai kebab halal harga CHF10 incase lapar boleh lah makan(pejam mata dgn amount kena bayar)
  • Naik bus ke Munich. Masuk aja sempadan Germany akan berhenti satu tempat nie (mcm tempat parking) and polis akan naik atas bus and minta passport and bawa turun. Nanti dorang akan return semula.
  • Bas ada wifi&toilet (flixbus)
  • Sana ada kebab halal famous nama Mustafa Gemuse Kebab. Kena beratur.
  • Stay dua tempat sbb baru perasan ade terlebih satu hari di munich.
  • Di munich(dan mungkin seluruh German setiap hari ahad memang sunyi dah kedai banyak tutup. Mmg ada rules pada hari ahad tak boleh bising-bising).
  • Hotel Im Bunker (studio room) tu mmemang best sesuai untuk couple & family. Toilet pun ada sekali. recommended! Actually bangunan tu bunker zaman dulu yg dah di ubah suai. Bersih dan lawa.
  • Jalan sekitar marienplatz,newtown hall,odeonplatz,english garden,angel of peace and beberapa tempat(kebetulan sambil jalan kaki)

MUNICH-SALZBURG

IKLAN
  • Naik Flixbus and turun kat tepi jalan. Seberang jalan ada bus stop so amek bus tu terus ke hotel.
  • Pekan kecil yg best. Ramai juga muslim di situ.
  • Sana banyak bus.
  • Makanan halal pun senang cari kecuali di Hallstatt.
  • Hotel recommended dkt dgn Salzburg HBF(bus&train station)
  • Jalan dari hotel ke area Mozart birthplace and jenjalan sekitar situ.
  • Ke Hallstatt naik bus direct terus ke kampung Hallstatt so takde naik ferry ke seberang or apa. Rasa lagi mudah. Route bermula dari :1)salzburg HBF #150 – Bad Ischl(tukar bus) / 2)bad Ischl #542 – Gosausee bus stop / 3)Gosausee bus stop #543 – Hallstatt bus stop. (Nak balik ikut nombor bus yg sama.) ticket beli guna apps and boleh tgk schedule bus pergi dan balik. Sgt mudah!

SALZBURG-PRAGUE

  • -Beli ticket bus dgn flixbus include ticket train dari Salzburg train ke Linz central train station. Keluar dan jalan kaki cari bus stop flixbus utk ke Prague UAN Florenc.
  • Last minute plan ke Prague. So far ke sana ok aje(risau pencopek actually)tapi tak tahu lah sebab satu hari sahaja di sana. Takde naik train ke apa just jenjalan walk in distance dari hostel.
  • Trdelník mmg TERBAIK
  • Hostel nie tak berapa nak recommended sgt sbb still baru dan dalam proses renovation. Nama hostel pun takde mmg cari tak jumpa. Kebetulan owner tgh hisap rokok dekat luar so dia tegur dan kami pun check in.
  • Jalan area oldtown hall,prague astronomical clock and jenjalan di bangunan2 situ sahaja.

PRAGUE-BERLIN

  • Ticket balik melalui Berlin naik Scoot. Transit di Singapore.
  • Lagi sekali naik bus ke Berlin. Bus berhenti mcm RnR and polis dtg naik atas bus. Kali nie siap geledah bag & badan tapi Alhamdulillah bag saya dan husband tak kena dorg just tgk passport and return balik lepas tgk sambil senyum. Menggelabahlah juga. Yg lain bag kena geledah and check badan.
  • Shopping di Primark Alexanderplatz. Get ready duit aje.
  • Since saya bermalam di airport sbb flight pagi ke singapore,so segala bag saya letak beg dalam locker di Berlin central station harga €6 besar gak. Lepas 2 packpack besar,1 backpack kecil. Lagi satu saya akan ke airport dari Berlin Central Station jadi senang nak ambil bag dan terus gerak.
  • Di Berlin saya beli day pass(guna sehingga jam 3am) include naik bus ke Tegel Airport.
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Lauterbrunnen,Swiss
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
the view
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Salzburg,Austria
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Satu-satunya kedai runcit yg ada di Abisko. Tak jauh dari Abisko.net
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Waktu nie memang terang boleh tengok dgn mata kasar.
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Hallstatt,Austria
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Tempat tinggal ketika di Abisko.
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Brandenburg gate,Berlin
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Tunggu night train ke Stockholm. Boleh kira berapa org je tu ggu train.

Note:

  • Ticket naik train/tram/bus mmg guna apps beli online. Mmg takda org check ticket. Terasa mcm rugi je beli ticket BUT di sana pekerja menyamar jadi orang biasa and akan perhati. So jgn tak beli ticket. Dari beli ticket murah nanti kena denda bayar mahal. Kenapa saya beli guna apps, sbb malas nak pegang ticket takut tercicir & malas nak check in ticket di mesin.
  • Duit cash saya cuma bawa 40euro and duit Swiss 30CHF. Still ada balance sebab semua pakai card di sana.
  • Banyak pakai bigpay sbb bigpay boleh letak no telefon simcard yg saya beli. So senang OTP boleh dapat direct. Malas nak roaming.
  • Saya dan husband jalan santai tourist spot area and berdekatan dengan tempat tinggal sbb kami berjalan kaki(kecuali di Munich dan Berlin) kemudian balik ke tempat tinggal around 4-5pm sbb dah gelap.
  • Di Berlin ada yang tegur ‘speak English?’ Tapi kami cakap “No” sebab yang tegur tu macam pegang kertas & pen macam nak minta sign (teringkat kisah orang share di Paris then kena copek (elak sebelum kena)
  • Banyak refer apps utk timing train/bus/tram. Dah install siap2 dari malaysia(boleh refer ruang perbelanjaan saya utk tahu apps apa yg saya pakai)
  • Mostly gambar baju/tudung yg sama sbb tak bwk banyak baju. Waktu sejuk nak senyum pun keras muka. Yg bwk pun ada yg tak pakai. (yg dah pakai saya basuh kat sana and ada yg pakai berulang kali sbb mmg tak berbau).2set long john,1seluar jalan,3 baju jalan,3helai tudung,1 winter jacket&1 sweater.
  • Alhamdulillah setakat nie solat di luar tak ada yg ganggu. Paling senang solat di tempat locker. Di Swiss ade solat di bawah tangga. Sejuk kemain.
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Kos utk 2 orang

Terima kasih pada kawan-kawan yg saye pernah comment dan DM tanya macam-macam and sudi share pengalaman.

Sumber: FB Emily Ishak

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI