Di sebalik tuduhan negatif terhadap pihak berkuasa Malaysia kononnya telah menganiaya rakyat asing semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memutuskan rantaian COVID-19, beberapa warga asing telah melihat sisi positif dan memuji tindakan pihak berkuasa membendung virus maut itu.
Seorang daripadanya, usahawan dalam talian dan YouTuber dari United Kingdom (UK) Darren Cronian melalui salurannya telah memberikan komen mengenai inisiatif Malaysia dan kerajaan, dalam menangani krisis itu. Menerusi video lapan minit yang dimuat naik, Cronian berkongsi pengalamannya ketika terkandas di Malaysia hampir 11 minggu, bersendirian dalam apartmennya berdepan pandemik itu di negara asing. Video tersebut turut dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook peribadinya.
Menurut Darren Cronian, beliau kagum bagaimana pihak berkuasa tempatan mengendalikan situasi itu dengan melaksanakan PKP di negeri berbeza dan mengurangkan pergerakan rakyat. Darren Cronian juga melalui video tersebut berkata dia tidak memberi tumpuan dari sudut politik atau agama tetapi berfikiran positif dan merasakan apa yang dilakukan oleh Malaysia, adalah model yang harus diikuti seluruh dunia.
Ads
“Apabila saya melihat Malaysia melaksanakan tindakan, sedangkan UK perniagaannya masih dibuka, saya buat keputusan, saya kuatkan semangat tinggal di sini untuk menempuhnya, tanpa mengira berapa lama masa yang diambil. Saya katakan, saya amat kagum bagaimana Malaysia mengendalikan COVID-19 apabila terus melaksanakan tindakan, menguatkuasakan PKP, memastikan orang ramai tidak membuat pergerakan dan hanya boleh keluar untuk membeli makanan dan barangan keperluan. Bagaimana Malaysia uruskan pandemik ini sangat mengagumkan, ketika dikuarantin selama 11 minggu, saya lakukan tinju bayang berlatarkan lagu tema Rocky, angkat berat gunakan botol air dan banyak habiskan masa melihat luar tingkap,” katanya.
Ketika itu Darren Cronian bersendirian dan suasana yang sepi hampir menyebabkannya hilang akal, tetapi dia bersyukur apabila individu di Malaysia menghubunginya dan bertanya bagaimana keadaannya atau adakah dia memerlukan apa-apa, dan ini menyebabkan dia berasa bertambah baik bahawa ada orang yang mengambil berat tentang dirinya. Selain itu, Cronian berkata ketika dia pergi ke pejabat Imigresen untuk melanjutkan visanya dan mendapati ia ditutup, beliau kemudian menyedari rakyat di negara ini memandang serius pandemik ini.
“Rakyat di negara ini adalah sebahagian daripada sebab kenapa pandemik ini tidak seburuk yang terjadi di negara lain di seluruh dunia. Apabila anda lihat angka setakat ini berbanding UK atau negara Eropah yang lain, banyak yang berkaitan dengan kerjasama rakyat. Hanya dengan duduk di rumah, orang ramai dalam sekatan pergerakan, terima kasih kepada semua orang di sini, mungkin keadaannya jauh lebih teruk,” katanya.
Ads
Darren Cronian mengakhiri videonya dengan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana mengambil berat mengenai dirinya dan menyediakan beliau rumah yang selamat dan beliau sangat menghargai rakyat Malaysia yang sentiasa berhubung dengannya sepanjang 11 minggu pelaksanaan PKP.
Ruangan komen turun dibanjiri ucapan terima kasih daripada rakyat Malaysia, selain ada beberapa pelancong yang pernah tinggal di Malaysia sewaktu pandemik turut menyokong kenyataan Darren Cronian.
Memancing antara hobi menjadi pilihan ramai tetapi aktiviti ini buat masa ini dihentikan sekeitka kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang tidak membenarkan ia dilakukan. Pasti ramai kaki-kaki pancing sudah rindu untuk mengulang jejak tempat yang membuat mereka teruja saat menarik jorang di makan umpan.
Bagi kaki pancing dan yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, Perak antara port memancing yang menjadi kesukaan ramai. Menurut page Tourism Perak, ada tiga lokasi disenaraikan. Antaranya ialah Perkampungan Nelayan, Lumut, Tasik Temenggor dan Jambatan Raja Bainun, Manjung.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Belon udara panas terdiri daripada belon yang dikenali sebagai envelope yang mengandungi udara panas. Di bawahnya ialah gondola untuk membawa penumpang dan alatan seperti tong gas dan penala api. Udara yang dipanaskan dalam belon menyebabkan ia mengembang dan memiliki ketumpatan yang rendah berbanding udara luar yang lebih sejuk. Belon udara panas tidak boleh melepasi atmosfera bumi. Tidak seperti belon gas, envelope tidak perlu ditutup di bahagian bawah, kerana tekanan udara berhampiran bahagian bawah envelope adalah sama seperti di sekelilingnya.
Dalam sukan moden belon udara panas, bahagian envelope dibuat daripada fabrik nilon dan bahagian dalam belon (yang hampir kepada penala api) dibuat daripada material kalis api seperi Nomex. Belon udara moden datang dalam pelbagai bentuk unik dan diguna secara meluas sebagai medium iklan dan badan bebas.
Belon udara panas terdapat di seluruh dunia, terutamanya spot-spot hebat seperti Cappadocia Turki, Wadi Rum Jordan, Maasai Mara Kenya, Napa Valley Amerika Syarikat, Queenstown New Zealand, The Outback Australia, & Bagan Myanmar.
Namun kos ke sana sudah tentu tinggi. Membawa belon udara panas masuk ke Malaysia adalah cara terbaik. AKA Balloon telah berjaya mengacarakan 12 acara belon udara panas. Acara tahunan sebanyak lapan kali di Putrajaya dan diubah lokasi baru ke Desa Park City pada tahun ini. 3 lagi berjaya diadakan di Pulau Pinang. Di Malaysia terdapat beberapa pilot mengendalikan belon udara panas ini seperti Encik Sobri dari Kedah dan dua gadis Izzati & Atiqah Khairudin yang merupakan anak Allahyarham Kapten Khairudin Abd Rani (pilot belon udara panas pertama Malaysia). Izzati & Atiqah merupakan pilot belon udara panas wanita pertama Malaysia dan telah menamatkan jelajah Life On Air di semenanjung Malaysia pada Oktober 2016.
Foto: Izzati & Atiqah
Kedua-dua gadis menerajui syarikat belon udara panas di Malaysia dan terlibat dalam acara belon udara panas Malaysia selama ia diadakan. Mereka juga ini berimpian membuka sekolah belon udara panas dan mengembangkan acara ini sehingga ke Borneo.
JUMLAH pelancong China ke Langkawi mampu meningkat sehingga 380,000 orang tahun ini berikutan kesediaan beberapa syarikat penerbangan mengadakan penerbangan terus di antara destinasi-destinasi di negara itu dan pulau ini.
“Khidmat penerbangan terus ini membantu mempromosikan lagi Langkawi sebagai destinasi pilihan di kalangan pelancong-pelancong China,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai majlis menyambut ketibaan penumpang penerbangan terus pertama China Southern Airlines dari Ghuangzhou ke sini awal hari ini.
“Hubungan sejarah antara China dan Kedah akan kembali terjalin dengan adanya penerbangan terus ini”, katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar China Southern Airlines, Eric Wang berkata Langkawi merupakan destinasi keempat di Malaysia bagi syarikat itu untuk mengadakan khidmat penerbangan terus selepas Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.
Katanya pemilihan Langkawi sebagai destinasi terbaru syarikat itu dibuat berdasarkan populariti pulau peranginan ini di kalangan rakyat China di Ghuongzhou yang ingin melancong ke Malaysia.
Beliau berkata penerbangan terus itu diadakan tiga kali seminggu mulai semalam yang menggunakan pesawat Airbus 320 yang mampu membawa 250 penumpang pada satu-satu masa. – Bernama
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...