Pelancongan Langkawi Selamat! Pengarah Kesihatan Negeri Maklum Tiada Kes COVID-19

Share

Nampaknya industri pelancongan Langkawi akan kembali melonjak selepas dilaporkan tiada kes COVID-19 berlaku di pulau pelancongan popular ini.

Bahkan pastinya akan semakin ramai yang mengunjungi pantai-pantai di lokasi ini seperti mana yang tular di media sosial sebelum ini berikutan terlalu ramai pengunjung mengunjungi Panta Cenang.

Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menafikan terdapat kes individu positif Covid-19 di Langkawi ketika ini.

Pengarahnya, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, pihaknya juga tidak melakukan ujian saringan secara bersasar kepada pelancong di pulau peranginan itu.

“Tiada kes positif di Langkawi buat masa ini. JKN Kedah tidak membuat ujian saringan bersasar kepada pengunjung Langkawi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar dilapor positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor.
Harris sebelum itu dikatakan beberapa hari pulang daripada bercuti di Pulau Langkawi.

Mengulas perkara itu, Dr Mohd Fikri berkata, pihaknya melakukan siasatan lanjut dan turut mendapatkan maklumat lanjut ujian yang dijalankan Harris.

“Kita akan membuat tindakan lanjut sekiranya ada bukti kaitan (jangkitan di Langkawi) hasil dari siasatan berkenaan,” katanya.

IKLAN