Individu yang dianugerahkan dengan bakat seni yang kreatif memang unik dan luar biasa. Seorang pelukis berasal daripada China, Leng Jun boleh dianggap pelukis yang mempunyai anugerah yang tidak ternilai.
Ini kerana, Leng Jun mempunyai bakat melukis bukan biasa-biasa dan jarang dimiliki oleh pelukis lain. Dia dikatakan mampu melukis sesuatu imej atau objek hingga nampak realiti dan hidup.
Ads
Sebuah lukisan yang tular iaitu lukisan wajah perempuan yang cantik, dilukis oleh Leng Jun dilihat begitu teliti. Tidak nampak cacat celanya. Nampak sangat menyeluruh!
Leng Jun digelar ramai sebenarnya seorang pelukis yang begitu teliti. Dia tidak mahu terikut-ikut melukis cara barat.
Ads
Leng Jun menghasilkan sebuah karya lukisan itu dengan kesederhanaan namun mempunyai perasaan pada lukisan. Disebabkan itu dia telah diletakkan sebaris dengan pelukis ternama sedia ada di serata dunia.
Dia juga pernah memenangi Anugerah Seni Cina Pameran Lukisan Minyak Tahunan ke-2, Beijing, dan Anugerah Emas di Pameran Tahunan Chinese Art ke-3.
Ads
Lukisannya telah dijual secara tetap pada lelongan di seluruh China dan diambil alih untuk koleksi persendirian dan institusi terkenal di seluruh dunia. Leng Jun menjadi lebih terkenal dan berpengaruh setelah karya-karyanya telah dibawa ke banyak pameran penting di seluruh negara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau bercerita pasal perkhidmatan teksi di sekitar Kuala Lumpur (KL) ni, memang bertimbun-timbun cerita yang boleh kita dengar. Tapi masalahnya, cerita yang kita dengar tu kebanyakkannya bukan cerita yang boleh dibangga-banggakan sangat. Banyaknya cerita sumpah seranah pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan teksi di KL.
Anda tak percaya? Cuba cari cerita berkaitan dengan teksi Malaysia di laman-laman sosial dan baca komen wargamaya yang pernah menggunakan khidmat teksi. Daripada beribu-ribu komen, boleh kata semua menyumpah seranah pemandu teksi. Ada yang kata pernah kena sembelih, ada yang kata suka mencarut, ada yang kata baran, ada kereta berbau dan tak selesa.
Saya boleh bilang pakai jari, daripada 10 komen, mungkin ada satu saja yang memuji sesetengah pemandu teksi yang betul-betul jaga perkhidmatan beliau kepada pelanggan. Untuk pemandu teksi yang jaga kualiti dan imej teksi, saya ucapkan terima kasih dan salam hormat pada anda.
Tapi pemandu teksi yang mencemar imej menjatuhkan maruah ni macam mana? Dah la diorang yang antara menjadi muka depan negara menyambut kedatangan pelancong-pelancong dari luar negara. Sedangkan warganegara sendiri pun dah pangkah naik teksi sebab kene sembelih, anda bayangkan pula dengan pelancong asing, rasa-rasanya macam mana?
Isu ini lah yang menjadi kemarahan kepada saudara Mohd Faiz Hashim dalam satu hantaran di laman sosial Facebook beliau. Melalui daripada pengamatan, saudara Faiz ni pun pemandu teksi tetapi beliau kecewa dengan sikap segelintir kawan-kawan teksi yang lain hingga mencemar dan memberi persepektif buruk kepada perkhidmatan teksi di negara kita.
Menurut saudara Faiz, sikap tidak jujur dengan tidak menggunakan meter dan berlagak samseng membuatkan pelanggan lari dari terus menggunakan khidmat teksi dan beralih kepada menggunakan khidmat e-hailing.
Faiz turut berkata bahawa baru-baru ini beliau ada membawa sekumpulan pelancong asing yang di’sembelih’ oleh pemandu teksi di KL dengan harga yang tidak masuk akal. Cerita daripada pelancong asing tersebut, dek kerana salah seorang dalam kumpulan mereka OKU, mereka terpaksa mengambil teksi berkenaan sekalipun ditawarkan harga yang merepek dan tidak menggunakan meter.
Sikap semacam ini lah yang membuatkan penumpang lebih suka naik Grab berbanding teksi. Tapi bila orang awam pilih Grab, ada pemandu teksi yang marah.
Antara lokasi hotspot pemandu teksi ‘kaki sembelih’ penumpang yang perlu anda berjaga-jaga selepas ini;
Depan Petaling Street Teksi yang bersidai luar Klcc Segelintir yang bersidai luar pavilion. Depan arab street Depan Time Square. Sepanjang jalan Bukit Bintang depan KFC hingga Federal hotel.
Saudara Faiz juga sempat menyampaikan kepada semua bahawa cara mudah untuk anda mendapatkan teksi bermeter adalah dengan menggunakan aplikasi GrabTaxi. Anda ada pilihan untuk menggunakan teksi bajet atau eksklusif bergantung kepada selera anda yang mana. Lebih menyakinkan adalah pemandu teksi yang menggunakan aplikasi ini akan mematuhi standard yang ditetapkan kalau tak mahu disenaraihitamkan kerana tidak mengikut undang-undang.
Akhir kata, kepada pemandu teksi, sebelum anda harapkan bantuan daripada sesiapa, apa kata anda bantu perniagaan anda dahulu dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Dengan izin tuhan, anda boleh mengubahnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ruang udara Sarawak dijangka lebih sibuk bermula Julai 2020 ini selepas kerajaan negeri, melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak meluluskan peningkatan penerbangan ke Sarawak berikutan situasi pandemik COVID-19 yang semakin baik.
Ia juga sebagai keperluan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik terutama sektor pelancongan dan untuk memudahkan pergerakan barangan dan orang untuk tujuan perniagaan, rasmi dan peribadi.
Walaupun kelulusan telah diberi untuk meningkatkan kekerapan penerbangan dan kapasiti penerbangan 100 peratus, semua agensi seperti pengendali lapangan terbang dan syarikat penerbangan hendaklah mematuhi dengan ketat prosedur operasi standard (SOP) di terminal serta ketika berada dalam pesawat.
Ini termasuk saringan suhu badan sebelum memasuki terminal lapangan terbang, keperluan bagi kru dan penumpang memakai pelitup muka dan menggunakan pensanitasi tangan, dengan keperluan tambahan bagi penumpang untuk memuat turun dan melengkapkan maklumat mereka dalam aplikasi MySejahtera.
Penumpang juga dikehendaki mengisi borang perisytiharan e-Kesihatan di http://sdmc.sarawak.govy.my serta memuat turun aplikasi COVIDTrace Sarawak dan Qmunity selain bakal menjalani sampel PCR (Polymerase Chain Reaction) secara rawak semasa ketibaan
Ketika ini hanya Terengganu satu-satunya negeri di Malaysia yang masih membenarkan penjualan telur penyu.
Tradisi turun temurun pengambilan telur penyu sebagai sebahagian diet rakyat Terengganu telah menyebabkan bilangan penyu dari spesis lain seperti penyu agar, karah dan lipas yang mendarat untuk bertelur di pantai Terengganu juga semakin menurun. Kerajaan Terengganu akan mengkaji kemungkinan untuk mengharamkan penjualan telur penyu bagi semua spesis secara terbuka di Terengganu.
Kerajaan negeri Terengganu akan melakukan pindaan Enakmen Penyu Terengganu 1951 (Pindaan 1987) bagi menghalang penjualan semua jenis telur penyu. Dalam Enakmen Pemuliharaan Penyu Terengganu 1951 (pindaan) 1987, hanya telur penyu belimbing sahaja yang diharamkan penjualannya manakala telur penyu spesis lain dibenarkan sebab itu banyak dilihat dijual sekitar pasar di negeri ini.
Kajian pindaan enakmen itu kemungkinan akan dilakukan bertujuan menyekat penjualan semua jenis telur penyu termasuk melalui dalam talian dan penjualan secara terbuka di beberapa pasar utama seluruh negeri Terengganu. Jualan secara dalam talian popular mendapati telur penyu dijual sekitar RM7 sebiji dan ia mendapat sambutan ramai, malah telur berkenaan didakwa diambil dari pantai Terengganu.
Taktik penjualan telur penyu secara dalam talian patut disekat dan dihentikan demi memastikan kelangsungan haiwan itu yang semakin pupus. Jualan secara dalam talian akan menyebabkan permintaan dan jualan meningkat serta tidak terkawal, yang memungkinkan penjual mencari telur penyu tanpa had sedangkan penyu perlu menghadapi survival sukar untuk terus hidup iaitu daripada 1,000 anak penyu, hanya seekor yang akan terus membesar. Populasi penyu tidak meningkat sebagaimana populasi manusia meningkat, jadi apabila kita ambil telur penyu sudah jadi tidak ‘sustainable’ (lestari).
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...