Kebanyakan negara mengambil langkah mengenakan perintah kawalan pergerakan terhadap rakyat mereka ketika kes COVID-19 meningkat di seluruh dunia. Ia bagi mengelak wabak ini terus menular dah membunuh lebih banyak nyawa.
Namun selepas langkah tersebut diambil, negara-negara ini kini melonggarkan beberapa kawalan susulan kes wabak semakin menurun disamping untuk ‘menggerakkan’ kembali ekonomi negara masing-masing yang terhenti hampir berbulan lamanya.
Di Turki, seorang pemandu pelancong gembira dengan berita bahawa perintah berkurung di negaranya telah berakhir. Lalu mengambil keputusan untuk keluar bergambar di sebuah lokasi air terjun sempena ‘pembebasan’.
Ads
Namun dia maut terjatuh dari tebing pada ketinggian 35 meter ketika merakam gambar bagi meraikan berakhir perintah berkurung di Turki. Pemandu pelancong terbabit dikenali sebagai Olesya Suspitsyna, berumur 31 tahun , dari Kazakhstan hilang kawalan ketika mahu mengambil gambar dengan latar belakang keindahan air terjun di kawasan peranginan di sini.
Ads
Menurut media tempatan, mangsa dipercayai memanjat pagar keselamatan dan mula beraksi, namun tergelincir dan terjatuh. Panik melihat kejadian itu, rakannya terus menghubungi polis dan pihak ambulans.
Rakan karibnya, Olga Kravchuk berkata, Olesya sukakan laut dan impiannya mahu tinggal di situ menjadi kenyataan. Mayat Olesya dijumpai di lereng terbabit dan petugas kecemasan menggunakan tali bagi kerja-kerja menyelamat.
Satu per satu negeri di Malaysia telah mula ada kesedaran untuk bersama-sama dalam menangani isu alam sekitar. Kini giliran negeri Pahang pula mengeluarkan arahan melarang penggunaan beg plastik, bekas polistirena dan straw minuman di semua premis perniagaan seluruh negeri ini pada setiap Sabtu dan Ahad mulai 1 Julai ini.
Malah arahan tersebut bukan sekadar melarang sahaja tetapi terus mengharamkan penggunaan produk plastik pada setiap Sabtu dan Ahad. Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah tersebut sebagai merealisasikan hasrat menjadikan Pahang bebas pencemaran plastik dan ke arah mewujudkan peniaga serta pengguna yang lebih bertanggungjawab.
“Tiada beg plastik dan penyedut minuman akan disediakan peruncit tanpa mengira saiz perniagaan kepada pengguna bagi pembelian Sabtu dan Ahad. Pengguna boleh membawa beg dan penyedut minuman sendiri sebaik sahaja keluar rumah. Caj 20 sen terhadap beg plastik dikenakan kepada pengguna pada hari Sabtu sebelum ini tidak memberi kesan positif,” katanya.
Buat masa sekarang tiada tindakan undang-undang akan dikenakan kepada peniaga mahupun pengguna sekiranya ingkar terhadap ketetapan tersebut. Tujuan ini lebih kepada untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Tetapi jika tidak berkesan, tindakan kompaun mungkin akan dikenakan.
Nikon; peneraju teknologi pengimejan digital, optik dan pengimejan foto, telah melancarkan In Every Frame.
In Every Frame adalah pertandingan dan platform perkongsian video bagi pencipta filem ringkas. Video terpilih akan dianugerahkan USD2,000 setiap seorang.
“Platform baru ini akan berfungsi sebagai pentas bagi peserta mempamerkan bakat hebat menghasilkan filem pendek dengan latar belakang pengalaman, kisah hidup dan kemahiran yang berbeza,” kata Pengarah Urusan Nikon (Malaysia), David Ng.
“Inisiatif ini mencabar penghasil video ringkas untuk berhubung dengan persekitaran mereka dan menolak sempadan bercerita melalui video.”
Hanya dengan empat langkah – Shoot, Share, Review, Be Awarded ; muat naik video ke pautan yang disiarkan di mana-mana laman web perkongsian video popular seperti Youtube atau Vimeo dengan rakaman yang menggunakan mana-mana kamera atau produk Nikon.
Video akan disemak oleh pasukan In Every Frame dan video terpilih akan diberikan USD2,000 serta dipamerkan di laman web In Every Frame.
Peraduan In Every Frame tidak terhad kepada hanya satu pemenang. Dalam masa sebulan selepas penutupan tempoh penyertaan, Nikon akan memilih lagi pemenang lain daripada penyertaan yang diterima.
Bukan itu sahaja! Jika anda hantar lebih dari satu video dan kedua-duanya terpilih, maka anda akan memenangi sejumlah USD4,000! Oleh itu, hasilkan seberapa banyak video bagi merebut peluang ini! Kunjungi https://www.ineveryframe.com/home/ untuk keterangan lanjut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dah banyak sempadan negara di seluruh dunia sudah dibuka, semakin hari pun makin banyak kelonggaran yang diumumkan bagi menggalakkan lagi aktiviti pelancongan selepas pandemik melanda.
Kalau ada geng muslimah yang plan nak travel solo, tip yang dikongsikan oleh Amalina Syafiqah ini boleh dijadikan panduan.
Pernah mengembara secara solo ke beberapa negara di Eropah beberapa tahun yang lalu, Amalina Syafiqah terpanggil untuk berkongsi tip buat anda terutamanya wanita muslimah yang ingin mengembara secara solo ke seluruh dunia.
Ikuti perkongsiaannya:
‘TIPS MUSLIMAH SOLO TRAVELLING’
Assalamualaikum semua.
Memandangkan sekarang dah boleh travel overseas, nak share dengan korang tips yang saya gunakan masa solo travelling ke beberapa negara Eropah dulu (London, Paris, Belgium,Berlin, Amsterdam, Czech Republic, Austria, Switzerland) in 2018. Rasanya boleh pakai lagi tips ni, insyaAllah.
Mula-mula rasa takut juga sebab tak pernah ada pengalaman solo travelling ni, especially dekat europe. Dahlah pakai tudung pulak tu Takut juga kalau ada apa-apa terjadi sebab islamophobia semua. Tapi alhamdulillah perjalanan saya selamat je
– elakkan pergi ke negara yang ada high crime rates/ negara yang bergolak/ ada political instability
– do thorough research and reading regarding places that you would like to visit
– get to know nearest police station available and location of Malaysia embassy
– melawat tempat yang ramai orang, elakkan kawasan yang sunyi / keluar lewat malam
– use other mean of public transports instead of taxi like tram/ train/ bus
– ramai travellers yang kita boleh jumpa, boleh dapatkan tips daripada mereka
– saya pernah stay dekat hostel in London, jumpa orang daripada China, German, France, England yang stay dalam bilik yang sama. Kitorang duduk atas lantai sama-sama masa tu (snacking time). Dapat soalan kenapa Islam suruh pakai tudung semua. In a way dapat explain dekat diorang pasal Islam pulak. Such a nice experience
– letak barang berharga dekat tempat yang selamat
– saya bawa anti-theft backpack untuk travel ke mana-mana. Alhamdulillah tak ada kecurian yang berlaku sepanjang travel tu
– boleh pakai belt bag dalam baju jugak. Saya asingkan kad bank, duit dekat tempat yang berbeza. Ada letak dalam purse/ belt bag/ anti-theft bagpack. Tak letak semua dalam purse sebab bahaya kalau kena curi/ tercicir
– saya siap fotostat passport in case passport tercicir. Nanti senang kalau ada apa-apa berlaku
– kalau nak pergi ke kawasan pedalaman/ jauh dari city, better ambik group tour sebab lebih selamat
– dekat europe banyak free tour, boleh join jugak yang tu selain dapat jimat duit
– saya ambil group tour ke Mount Titlis, Switzerland (yang ni kena bayar)
– tapi yang lain banyak travel sendiri contoh naik train dari Vienna ke Hallstat, Austria
– dah nama perempuan kan, wajiblah kena ada iron
– tapi kalau nak senang beli je tudung travel tu, tak perlu gosok. Tapi saya tetap rasa travel iron tu wajib ada dalam luggage. Hahaha
– biasanya kalau stay dekat hostel, saya akan inform yang nak solat dalam bilik, as a courtesy. Tanya diorang O.K ke kalau saya solat dalam bilik sebab takut
menganggu. Alhamdulillah mereka semua hormat masa tengah solat tu.
– yang ni memang kena jaga. Mereka tak suka lantai yang basah, so kena pandai-pandai. Kita kena tunjuk yang agama kita ni boleh bertoleransi dengan masyarakat lain yang berbeza agama dan budaya
– jaga kebersihan bilik dan diri. Kebersihan kan separuh daripada iman
– mereka ni akan observe tingkah laku kita. Show your best muslimah side, sebab kita nak tunjuk yang Islam ni agama yang indah, bukanlah konservatif.
– kalau join apa-apa tour kena punctual. Mereka tak suka orang yang tak punctual ni. Kena jaga imej kita yang bertudung
Rasanya tu je tips yang nak share dengan korang. Jangan rasa takut nak cuba benda baru. InsyaAllah banyak pengalaman manis yang kita akan dapat. Doa banyak-banyak sepanjang musafir minta Allah lindung. InsyaAllah semua O.K je . Yang penting, tetaplah jaga aurat kita sepanjang travel tu. Mereka ni pun akan respect our identity jugak
Travel Iron ni memang penting bila nak bercuti, Usha kat sini je!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Di tengah kesibukan Lembah Klang yang sentiasa bergerak pantas, kadangkala kita hanya memerlukan satu ruang untuk berhenti seketika dan menikmati ketenangan.Bagi mereka yang ingin...