Rakyat Britain Pertikai Ahli Politik Boleh Balik Kampung. Mereka Pun Ambil Peluang Bercuti Sakan

Share

Penduduk Britain memenuhi pantai dan taman sempena cuti umum pada awal minggu lalu untuk menikmati cuaca panas, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlaku pelanggaran sekatan pergerakan besar-besaran.

Portal Mirror.co.uk melaporkan hanya segelintir penduduk sahaja yang dilihat patuh kepada peraturan penjarakan sosial di kawasan pantai di Brighton, Bournemouth dan Essex.

Foto: reuters

Ramalan cuaca di London menjangkakan kota itu akan lebih panas daripada Barcelona mahupun Athens menjelang tengah hari, manakala suhu pada 10 pagi 25 Mei 2020 lalu dicatatkan 20C. Cuaca sebegitu menarik perhatian ramai untuk bersantai dan berlibur.

Ada penduduk yang bimbang musim panas ketika ini bakal menyebabkan pelanggaran sekatan yang dibuat untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Ramai yang menjadikan alasan untuk keluar tanpa mengikut arahaan selepas pendedahan mengenai perjalanan sejauh 418.4 kilometer dilakukan Dominic Cummings, iaitu penasihat kanan Perdana Menteri Boris Johnson.

Dominic Cummings dikatakan melanggar arahan sekatan pergerakan dengan memandu keluar dari London bersama isterinya untuk melawat ibu bapanya di Durham, sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk Britain. Bagaimanapun, Perdana Menteri Boris Johnson mempertahankan tindakan orang kanannya itu yang didakwa penduduk sebagai pilih kasih dan mendesak Dominic Cummings meletak jawatan.

Penduduk Britain berkata: “Jadi awak beritahu kami bahawa sekatan kini secara rasminya berakhir dan kami boleh melakukan apa sahaja kami suka? Kerana jika Dominic Cummings boleh melanggar peraturan tanpa dihukum, kami juga boleh.”

28803418-8354291-image-a-259_1590421889286

Dalam pada itu, pegawai keselamatan komuniti yang melakukan rondaan di pantai Essex, cuba menguatkuasakan langkah penjarakan sosial, namun dilihat sukar, manakala kenderaan padat di tempat letak kereta di pantai Kent dan Bournemouth di Dorset. Pihak berkuasa di Hillingdon pula meminta penduduk supaya ‘sedar diri’ selepas melihat gambar orang ramai mengerumuni pantai Ruislip Lido.

 

Sumber: Mirror.co.uk | Dailymail | HM Online

IKLAN