Penduduk Britain memenuhi pantai dan taman sempena cuti umum pada awal minggu lalu untuk menikmati cuaca panas, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlaku pelanggaran sekatan pergerakan besar-besaran.
Portal Mirror.co.uk melaporkan hanya segelintir penduduk sahaja yang dilihat patuh kepada peraturan penjarakan sosial di kawasan pantai di Brighton, Bournemouth dan Essex.
Foto: reuters
Ramalan cuaca di London menjangkakan kota itu akan lebih panas daripada Barcelona mahupun Athens menjelang tengah hari, manakala suhu pada 10 pagi 25 Mei 2020 lalu dicatatkan 20C. Cuaca sebegitu menarik perhatian ramai untuk bersantai dan berlibur.
Ada penduduk yang bimbang musim panas ketika ini bakal menyebabkan pelanggaran sekatan yang dibuat untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Ramai yang menjadikan alasan untuk keluar tanpa mengikut arahaan selepas pendedahan mengenai perjalanan sejauh 418.4 kilometer dilakukan Dominic Cummings, iaitu penasihat kanan Perdana Menteri Boris Johnson.
Ads
Dominic Cummings dikatakan melanggar arahan sekatan pergerakan dengan memandu keluar dari London bersama isterinya untuk melawat ibu bapanya di Durham, sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk Britain. Bagaimanapun, Perdana Menteri Boris Johnson mempertahankan tindakan orang kanannya itu yang didakwa penduduk sebagai pilih kasih dan mendesak Dominic Cummings meletak jawatan.
Ads
Penduduk Britain berkata: “Jadi awak beritahu kami bahawa sekatan kini secara rasminya berakhir dan kami boleh melakukan apa sahaja kami suka? Kerana jika Dominic Cummings boleh melanggar peraturan tanpa dihukum, kami juga boleh.”
Dalam pada itu, pegawai keselamatan komuniti yang melakukan rondaan di pantai Essex, cuba menguatkuasakan langkah penjarakan sosial, namun dilihat sukar, manakala kenderaan padat di tempat letak kereta di pantai Kent dan Bournemouth di Dorset. Pihak berkuasa di Hillingdon pula meminta penduduk supaya ‘sedar diri’ selepas melihat gambar orang ramai mengerumuni pantai Ruislip Lido.
Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi meletus lagi kemarin hari melepaskan kepulan asap volkanik kira-kira 6,000 meter ke udara lalu melitupi kawasan tempat tinggal berhampiran.
Letusan ini dilaporkan berlaku pada 3 Mac lalu, pukul 5.22 pagi waktu tempatan (6.22 pagi waktu Malaysia). Kali terakhir Gunung Merapi ini meletus adalah pada 13 Februari 2020 yang lalu.
Susulan kejadian ini, lapangan terbang antarabangsa di Bandar Solo yang terletak sejauh kira-kira 40 kilometer dari gunung berapi itu diarahkan tutup buat sementara waktu.
Difahamkan, Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi Yogyakarta merekodkan letusan ini berlangsung selama 450 saat atau 7.5 minit.
Agensi Gunung Berapi Indonesia memberi amaran kepada penduduk agar tidak berada dalam zon larangan yang berjarak tiga kilometer sekitar Gunung Merapi bagi mengelakkan risiko bahaya akibat aliran bahan piroklastik.
Video Erupsi Merapi Selasa, 3 Maret 2020 pukul 05:29:51 WIB.
Terletak di kepulauan Jawa, Indonesia, gunung yang berukuran 2,968 meter ini juga pernah meletus beberapa kali termasuklah baru-baru ini. Namun letusan pada kali ini diyakini lebih besar berbanding sebelumnya. Ia menjadi kegusaran penduduk sekitar kerana gunung berapi ini kerap sangat meletus sejak akhir-akhir ini.
Dalam 500 bilangan gunung berapi yang terdapat di Indonesia, Gunung Merapi merupakan gunung yang paling aktif. Kes letusan yang terbesar yang berlaku pada tahun 2010 telah mengorbankan seramai 353 nyawa dan menyebabkan kira-kira 280,000 penduduk terpaksa berpindah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tak perlu pergi ke pantai Port Dickson atau Sabah untuk menginap di resort atas air. Rupa-rupanya di Melaka juga ada menawarkan penginapan seperti ini untuk pengunjung yang datang.
Bukan saja menawarkan bilik dengan harga berpatutan, tetapi pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan ditawarkan di sini yang boleh anda buat bersama keluarga.
Dan lebih menyeronokkan boleh makan ikan bakar segar yang boleh dipilih sendiri.
Wowwww Gempakkkk ! Korang tahu takk dekat selangor ni cuma ada 2 je resort yang berada di atas air tau ! Antaranya adalah D’ Muara Marine Resort !
So kt sini ada activity seperti : – ATV park – Keretapi Mini bergerak – Roller blade – Electric scooter – Kolam renang kanak- kanak. – Trampolin – Memancing tepi pantai – Memancing ikan air tawar – Bbq & camp park – Bersiar siar menaiki boat melihat matahari terbenam
Servis Lain: – Ada juga dewan untuk buat seminar/ meeting/ small event – Paling best kalau korang sewa lebih dari 2 bilik ada diskaun !! best tau !! Murah gler weh . !! Jom apa lagii !! Booking sekrang!! Kalau lambat takut penuhh pulakk – And nak makan seafood pun dekat tau ! Betul Betul sebelah Abah ikan Bakar ! So tk payah jauh2 cari makan
Untuk lebih details harga, pakej serta tempahan boleh tekan link berikut.. D’ Muara Marine Park Sungai Haji Dorani , Sungai besar Selangor FB : Dmuara marine park
Jim Thompson atau nama penuhnya James Harrison Wilson Thompson merupakan seorang ahli perniagaan warga Amerika Syarikat. Walaupun Thompson memiliki empayar kain sutera Thai di Bangkok, tetapi namanya juga terkenal di Cameron Highlands. Misteri kehilangan warga Amerika Syarikat itu masih kekal membelenggu tanah tinggi itu sehingga hari ini.
Dia yang turut mendapat gelaran Raja Sutera Thai membantu menggiatkan semula perniagaan tekstil dan sutera Thai lewat tahun 1950an dan 1960an. Jim Thompson dilahirkan di Greenville, Delaware, Amerika Syarikat pada 21 Mac 1906 dan pernah berkhidmat dengan Tentera Amerika Syarikat dalam bidang perisikan ketenteraan. Jim Thompson dilaporkan hilang pada 26 Mac 1967 di Cameron Highlands. Jim Thompson masih belum ditemui sehingga kini dan kehilangannya telah menjadi suatu misteri.
Cameron Highland Saksi Kehilangan Jim Thompson
Berpuluh-puluh teori timbul ekoran kehilangan Thompson pada petang 26 Mac 1967. Namun, ramai penduduk Cameron Highlands lebih percaya bahawa Thompson sebenarnya menghilangkan diri dan menukar identitinya agar tidak dikenali dan kemudian pulang ke Amerika Syarikat. Jika dia mati di dalam hutan, mustahil tiada satupun cebisan mayat dijumpai sedangkan ribuan orang telah mencarinya pada masa dia dilaporkan hilang.
Ada juga laporan yang mengatakan orang awam telah ternampak kelibat Thompson di Amerika Syarikat selepas dia dilaporkan hilang di Cameron Highlands. Namun tiada pengesahan dibuat sehingga kini
Misteri Thompson telah menyebabkan Cameron Highlands menjadi tempat yang terkenal di dunia. Bukan sedikit pasukan mencari yang dikerah dan yang turun membantu untuk mencari Thompson sejurus selepas kehilangannya pada 1967 itu.
Maka tidak hairan, sehingga hari ini masih ramai pelancong yang obses mengenai misteri itu datang ke Moonlight Bungalow kini dikenali sebagai Jim Thompson Cottage untuk melihat sendiri tempat terakhir Thompson dilaporkan dilihat sebelum dia hilang.
Bilik terakhir sebelum Jim Thompson hilang ketika menginap di banglo ini adalah di bilik ketiga yang bersebelahan tangga ke ruang atas. Kali terakhir dia dilihat sebelum hilang tanpa jejak kira-kira pukul 4 petang pada 26 Mac 1967. Keadaan bilik masih tidak berubah kecuali perabot yang telah ditukar untuk dijadikan penginapan tetamu.
Jim Thompson datang ke Cameron Highlands bersama Constance Mangskau pada 24 Mac 1967 dan menginap di Moonlight Bungalow bersama-sama pemilik, Dr. Ling Tien Gi dan isteri, Helen Ling rakyat Singapura. Terdapat dua laluan yang dikatakan telah dilalui Thompson sebelum dia hilang di dalam hutan berdekatan.
Ada yang kata semasa sedang treking, Thompson menuju ke Lutheran Mission Bungalow.
Selepas dilihat berada di situ, Thompson tidak lagi kelihatan selepas itu.
Saudagar Sutera Thai Berjaya
Jika masih hidup, umur Jim Thompson kini adalah 113 tahun. Kehilangannya juga ada dikaitkan dengan berbagai kisah dan teori, sama ada pengkhianatan, jenayah mahupun kisah-kisah mistikal. Semasa Perang Dunia Kedua, Jim Thompson telah direkrut oleh William Joseph Donovan dan dilantik sebagai pegawai bertauliah di dalam Jabatan Perkhidmatan Strategik (OSS) di mana pada tahun 1947 jabatan tersebut telah dibubarkan dan dikenali sebagai Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Thompson yang fasih berbahasa Perancis telah menjalankan beberapa misi berbahaya di Perancis sewaktu pendudukan tentera Jerman. Selepas kemenangan di Eropah (7 Mei – 8 Mei, 1945), Thompson telah ditukarkan ke Sri Lanka. Dia dalam perancangan untuk ditempatkan di Thailand apabila tentera Jepun menyerah kalah dalam bulan Ogos – September pada tahun yang sama yang sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua. Thompson tiba di Thailand beberapa minggu selepas pihak Jepun menyerah kalah dan Thompson ditugaskan untuk menyelia pejabat OSS di Bangkok.
Setelah menamatkan khidmatnya bersama Tentera Amerika Syarikat, Jim Thompson kembali ke Amerika untuk membawa isterinya ke Thailand. Bagaimanapun isterinya enggan mengikutnya ke Thailand dan akhirnya mereka bercerai.
Thompson kembali ke Bangkok seorang diri, kemudian Thompson bekerja bersama beberapa orang pelabur Thai dan menubuhkan Thai Silk Company pada tahun 1947. Walaupun dia telah meninggalkan bidang ketenteraan dan perisikan, namun ramai yang mengesyaki Thompson masih melakukan kerja-kerja penyamaran untuk CIA.
Semasa Perang Vietnam, kawan rapatnya (juga merupakan rakannya di dalam OSS) iaitu General Edwin Black menjadi ketua operasi Tentera Udara Amerika Syarikat di Laos dan berpengkalan di Thailand. Thompson menumpukan sepenuhnya untuk menggiatkan semula industri kecil menenun sutera menggunakan tangan, yang merupakan kemahiran yang diwarisi oleh wanita Thailand selama berkurun bagaimanapun ia sudah tidak lagi popular.
Thompson menemui kaum Cham yang beragama Islam, mahir dalam menenun sutera di kawasan Bankrua berhampiran Bangkok dan membekalkan mereka dengan alat-alat untuk menenun, mewarna dan bantuan teknikal. Thompson juga dikatakan membantu beribu-ribu penduduk miskin Thailand keluar daripada belenggu kemiskinan. Dia dikatakan memberikan sebahagian daripada saham-sahamnya dalam Thai Silk Company kepada penduduk-penduduk miskin ini.
Jim Thompson House, Bangkok
Jim Thompson House tersenarai sebagai 10 tempat wajib dilawati jika ke Bangkok, Thailand. Rumah Jim Thompson ini memang cantik kerana berunsur Thai dan campuran budaya asia selain menghadap sebatang sungai. Semasa hayat Jim Thompson, dia telah membeli 6 buah rumah tradisional Thailand dan dirangkumkan menjadi sebuah kediaman yang besar untuk didiami.
Selepas kehilangan Thompson, Thai Silk Company telah memindahkan operasinya ke Khorat, sebuah bandar yang menjadi pengkalan operasi untuk Tentera Di Raja Thailand. Rumah Jim Thompson di Rama 1 Road, Bangkok kini dijadikan sebagai muzium yang menempatkan beberapa ukiran dan hasil seni daripada Thailand yang dikumpul oleh Jim Thompson.
Jim Thompson juga dikenali sebagai pengumpul barang-barang seni. Pengunjung boleh datang meninjau rumah peninggalannya yang kini dijadikan muzium setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Kalau tercari-cari lokasi santai yang tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur, Farm Fresh @ UPM antara tarikan pelancongan menarik yang boleh dimasukkan dalam senarai....