Pulau Pinang bakal menerima kunjungan ramai pelancong dari China dan rakyat Malaysia juga berpeluang melancong ke China menggunakan khidmat penerbangan udara daripada syarikat penerbangan China.
Ini kerana penerbangan pertama Qingdao Airlines, China, yang menggunakan pesawat Airbus A320neo untuk laluan Changsha-Quanzhou-Pulau Pinang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam (29 Oktober) dengan membawa 42 penumpang.
Ads
Penerbangan sulung Qingdao Airlines ke Malaysia adalah bersempena dengan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China pada tahun ini.
Pesawat Changsha-Quanzhou-Pulau Pinang ini akan menjadi penerbangan normal berjadual iaitu setiap Selasa dan Sabtu, selepas ini. Laluan ini pasti akan mempromosikan dan meningkatkan pelancongan serta pertukaran budaya dan ekonomi antara kerajaan, perusahaan, rakyat, termasuk individu di antara China dan Malaysia
Ads
Sementara itu, Qingdao Airlines dikatakan akan cuba memulakan lebih banyak penerbangan langsung ke Pulau Pinang dari bandar-bandar lain di China seperti Qingdao, Nanjing, Tianjin dan Nanzhou.
Ads
Ok la tu, lepas ini rakyat kita dah ada banyak pilihan penerbangan jika ingin ke China.
Baru-baru ini viral satu video di laman sosial yang memaparkan beberapa orang pelancong asing menjalankan aktiviti perniagaan secara haram menggunakan permit melancong di Jonker Walk, Melaka. Video tersebut tular apabila berlaku insiden ‘berperang mulut’ diantara seorang lelaki dipercayai warganegara Malaysia bersama pelancong warga asing tersebut.
Mengikut undang-undang, sememangnya tindakan pelancong warga asing tersebut salah kerana tidak mempunyai permit untuk berniaga malahan kedatangan mereka ke negara ini hanya menggunakan permit melancong, bukan untuk mencari keuntungan atau sebagainya.
Acap kali kita lihat perkara ini semakin kerap berlaku di negara kita. Awal Februari lalu perkara yang sama turut berlaku membabitkan pelancong asing yang menggunakan anaknya sebagai ‘alat’ yang dilambung-lambung semata-mata untuk meraih wang. Dalam bulan yang sama juga terjadi kejadian pelancong asing bermain jugelan di tengah-tengah jalan. Apa yang mereka nak buktikan sebenarnya?
Pelancong asing ini seakan-akan cuba untuk membawa satu budaya yang baru ke dalam masyarakat Malaysia iaitu tanpa memerlukan kerja yang baik, seseorang itu boleh melancong ke luar negara dan seterusnya meminta-minta wang daripada rakyat tempatan untuk menampung perbelanjaan mereka berseronok, bersiar-siar dan melihat dunia.
Perkara ini sekiranya tidak ditangani dengan komprehensif, ia mampu memjadi satu wabak kanser yang lama kelamaan akan menjadi epidemik dan meracuni serta merosakkan lanskap pelancongan negara kita. Rakyat Malaysia sepatutnya tidak perlu membenarkan perkara seperti pelancong asing meminta-minta wang atau ‘berjual beli’ ini terjadi atas dasar simpati, kasihan dan berprasangka baik.
Sekiranya benar pelancong asing tersebut mempunyai masalah atau ditimpa musibbah, ada banyak lagi cara lain untuk mereka mendapatkan bantuan dan sebagainya. Bukan dengan cara mudah – mencari kotak, menghamparkan kain tuala dan menyusun bulu-bulu ayam untuk dijual secara berjemaah di tepi-tepi jalan.
Tiba masanya kita ambil pendekatan seperti yang dilakukan oleh Thailand dalam usaha untuk memerangi masalah pelancong asing meminta sedekah ini. Melalui Akta Kawalan Peminta Sedekah atau Beggar Control Act’s, kesemua kuil-kuil buddha yang ada di Thailand digesa untuk tidak memberikan wang kepada peminta sedekah kerana ianya akan menyalahi undang-undang.
Undang-undang tersebut melarang sesiapa sahaja daripada menjadi peminta sedekah dan sesiapa yang didapati melakukan hal sedemikian akan dikenakan hukuman penjara atau denda sebanyak Bt10,000 atau kedua-duanya sekali.
Selain daripada itu, sesiapa sahaja yang membantu atau menyokong peminta sedekah ini akan dikena tindakan undang-undang yang lebih berat seperti penjara maksimum dua tahun penjara atau denda Bt20,000 atau kedua-duanya sekali manakala sesiapa yang mengambil habuan ke atas peminta sedekah seperti sindiket akan dikenakan tindakan tiga tahun penjara, denda Bt30,000 atau kedua-duanya sekali.
Tiba masanya untuk kita bertegas terhadap pelancong warga asing yang mempunyai ideologi bahawa datang ke Malaysia, mereka boleh melakukan apa sahaja dek kerana masyarakatnya yang budiman dan terlalu bertolak ansur.
Dekat mana laluan penerbangan antarabangsa yang paling singkat di dunia? Ha mesti ramai yang tak tahu kan? Okay tak apa, Libur kongsikan info menarik ini kepada anda.
Laluan penerbangan yang paling singkat di dunia adalah daripada Anguilla, British ke St. Maarten, Perancis. Masa penerbangan yang memakan masa selama 10 minit kerana dari Anguilla ke St. Maarten hanya sejauh 12 batu sahaja.
Anguilla ini secara tepat terletak di kawasan jajahan luar British di Laut Caribbean, manakala St. Maarten di bawah penguasaan Perancis. Penerbangan daripada St. Maarten ke Anguilla akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana ke Lapangan Terbang Antarabangsa Clayton J. Lloyd.
Dan untuk info tambahan kepada anda, laluan penerbangan ini hanya dioperasikan sebanyak tiga kali sehari sahaja oleh Anguilla Air Services dan tak semua pesawat komersial digunakan di laluan ini, hanya pesawat Britten – Norman BN-2 Islander sahaja digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan di sini.
Untuk pengetahuan anda, perjalanan dari Anguilla ke St. Maarten ini bukan sahaja boleh menggunakan kapal terbang sahaja. Ada juga pengangkutan lain disediakan seperti feri. Jadi kalau ada siapa-siapa yang gayat nak naik kapal terbang, mereka boleh menggunakan khidmat feri untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau berlibur di hujung minggu, pengalaman menonton filem di pawagam sering menjadi sebahagian daripada gaya hidup warga kota. Namun sebuah nama yang pernah menjadi...