Menginap di kediaman yang cantik sambil bercuti antara salah satu cara untuk healing atau mencari ketenangan. Kalau dapat bermalam di penginapan yang mempunyai pemandangan indah seperti sawah padi, gunung-ganang tambah pula ada kemudahan yang lengkap seperti kolam mandi, memang sesuai sangat nak buat port berkumpul dan nikmati masa yang ada bersama-sama.
QM Cottage Tiny Homestay yang terletak di Kg Belukar, Pasir Mas, Kelantan antara tarikan baru yang boleh anda kunjungi bila sampai ke Kelantan.
Mempunyai dua unit cottage dengan dekorasi yang cukup menarik, percutian anda dan keluarga atau bersama teman-teman pasti menyeronokkan.
Setiap unit cottage boleh memuatkan sehingga empat hingga lima orang tetamu dalam satu masa. Paling best cottage yang berkonsepkan studio ini berlatar belakangkan pemandangan bendang atau padi yang sangat menenangkan jiwa.
Ads
Harga sewa semalam 1 COTTAGE RM350
QM COTTAGE HOMESTAY MEMPUNYAI *2 *UNIT COTTAGE*
COTTAGE 1
MALAEKA & MAKAYLA
Ads
COTTAGE 2
MATIIN & MIQA
Antara kemudahan QM COTTAGE SEDIAKAN
Ads
SWIMMING POOL DEWASA
SWIMMING POOL KANAK-KANAK
PELAMPUNG
ANGSA GATIH
RUANG BBQ
MEMANCING DLM SAWAH @ PARIT
MOTOR PUSING2 SAWAH
BASIKAL DEWASA 3 BIJI
BASIKAL KANAK2 2 BIJI
BUAIAN
GAZEBO UNTUK BERSANTAI
RUANG PARKING YANG LUAS
1 KATIL QUEEN
1 SUPER SINGLE LOFT BED
1 BILIK AIR
1 SET MEJA MAKAN
TV
PENAPIS AIR COWAY
PETI AIS
ROOFTOP
AIRCOND
SEJADAH
IRON BAJU
Jarak ke tempat-tempat berikut :
Bandar pasir mas 5 minit
Bandar kota bharu 20 minit
Pekan rantau panjang 20 minit
Berdekatan dengan kedai makan
Berminat untuk cuti raya haji atau healing hujung minggu boleh book atau hubungi terus QM cottage tiny homestay
Kredit: Senok Perut
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perkhidmatan rangkaian kereta api bawah tanah London ditutup sebahagiannya bermula 19 Mac 2020 sehingga diberitahu kelak kerana COVID-19.
Sebanyak 40 stesen kereta api ditutup termasuk rangkaian Waterloo & City ditutup sepenuhnya. Manakala semua rangkaian ditutup pada Jumaat dan Sabtu, hanya kakitangan yang menjalankan tugas kritikal seperti pegawai kesihatan dibenarkan menggunakan perkhidmatan bas. Perkhidmatan bas dan kereta api ditutup sebahagiannya susulan keputusan kerajaan mengharamkan semua perjalanan tidak penting.
Menurut data Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS), COVID-19 meragut 33 nyawa dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka korban seramai 104 orang. Kes yang disahkan meningkat sebanyak 676 lagi menjadikan jumlah keseluruhan 2,526 orang. COVID-19 kini meragut lebih 7,870 nyawa di seluruh dunia, lebih 194,000 kes disahkan membabitkan sekurang-kurangnya 164 negara dan wilayah.
Bila sebut Langkawi, kita pasti teruja menyebut beberapa buah hotel mewah terkenal dan sering menjadi destinasi pilihan bagi yang berkemampuan. Kebanyakan hotel dan resort ini mengadap laut dan viewnya dijamin ohsem.
Tapi bagi yang mencari kelainan dan inginkan percutian santai, damai dan tidak membingitkan serta agak privasi, Rumah Bendang boleh menjadi lokasi pilihan.
Terletak di lokasi strategik cuma 3.8KM dari Langkawi International Airport, 2 KM dari Beras Terbakar serta 10KM dari Pantai Cenang yang popular, Rumah Bendang Langkawi ini boleh menjadi port family day yang menarik kalau ke pulau pelancongan ini.
Terletak di tepi bendang, jika kena pada masanya, kita akan dapat saksikan pagi menguning disimbah mentari pagi yang sangat cantik pemandangannya.
Suasana malam di Rumah Bendang ini memang tenang, sunyi dan santai. Bunyi unggas malam diselang seli denga bunyi cengkerik dan katak akan menemani tidur malam korang. Waktu malam tak memerlukan penghawa dingin kerana atapnya diperbuat dari atap Singgora yang dibawa dari Bachok, Kelantan dan terkenal sebagai atap tanah liat, penebat haba yang baik. Waktu malam juga, kawasan kolam renangnya juga sangat cantik. Kesan pencahayaan dari lampu menjadikan kolam renangnya sangat menarik.
Jom baca review dari Azira Mustaza yang menginap di rumah ini baru-baru ini yang dikongsinya di page fb Hotel Review Malaysia.
Throwback percutian saya baru baru ini dengan rakan rakan.
Check in : 17/10/21 Check out : 20/10/21
Percutian kali ini kami plan untuk cari homestay/villa yang ada private pool. Untuk lebih selesa, lagi-lagi dengan keadaan sekarang, malah selepas agak lama tidak ‘berinteraksi’ secara fizikal di publik buat ada rasa sedikit janggal. Dan kami tanpa sengaja jumpa villa ini di Facebook. Kami book 3 minggu sebelum tarikh check in.
Urusan booking dengan En Azmir (owner) sangat mudah. Dia terangkan villa ini ada 2 rumah iaitu Rumah Opah & Rumah Wan, masing masing mempunyai kapasiti pax yang berbeza.
Rumah Opah – 3-5 orang (1 queen bed, 1 single) RM600 Rumah Wan – 12-15 orang (6 queen bed) RM1,200
Trip kali ini saya berlima. Jadi saya ambil Rumah Opah dan tambah 2 extra bed. Charge sangat murah, cuma RM50/bed untuk sepanjang penginapan.
Lokasi
Cuma 3.8KM sahaja dari Langkawi International Airport, 2KM dari Beras Terbakar, 10KM dari Pantai Cenang. Kami rasa sangat sesuai untuk yang datang bercuti dengan keluarga, sebab tak bercampur dengan orang. Kita rasa lagi selamat lagi lagi kalau bawa anak anak. Dalam kawasan berpagar, ada guard yang jaga tiap malam.
Bilik & Tandas
Ada dua bilik. Lengkap dengan aircond, macam aircond baru. Sejuk betul. Katil selesa. Bilik selesa. Tandas juga ada dua, siap dengan heater.
Ruang Tamu
Turut ada aircond, sejuk. Ada Unifi. TV ada youtube, netflix. Cukup selesa untuk kami berlima. Dari ruang tamu dah boleh nampak view swimming pool, sawah padi & gunung raya – tak berkelip mata tengok ciptaan Allah.
View
NI RASA NAK BAGI 100 BINTANG! Boleh tengok gambar gambar yang saya share. Setiap sudut villa ni ‘Instagramable’, rasa tak cukup cukup lagi gambar dekat phone gallery. Tak perlu filter pun, tu semua original.
Sunrise
Apa yang BEST dekat sini, ada rezeki akan dapat sunrise yang cantik sangat. Owner kata masa tinggal sini, at least sekali mesti dapat sunrise yang lawa (ini juga kena tengok cuaca semasa ya). Saya juga ada attached gambar sunrise, speechless. Selak langsir, depan mata je 2 hari pertama saya dapat view padi menguning, 2 hari terakhir musim membajak padi, masa ni banyak sangat burung & bangau datang ke sawah padi. Pengalaman yang baru untuk saya.
Menjelang sebelum hari kita check in, En Azmir akan bagi list tempat makan yang famous antara local atau tourist yang boleh kita try. Memang panjang listnya, samada sempat atau tidak je. Kalau nak mandi air terjun Temurun dekat saja dari sini dan ia terletak di Datai. Dalam 22 km atau perjalanan 23 minit saja. Berbaloii!!! Sumber : Azira Mustaza / Gambar : FB Rumah Bendang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lebih 10 tahun lalu kita menzahirkan rasa kagum apabila melihat Masjid Raya Baitulrahman di Acheh kekal berdiri kukuh di saat bangunan sekitarnya rebah diranapkan tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia. Ada menyifatkan ia keajaiban dan pertolongan Allah kerana ia rumah Allah, tak kurang juga ada menyifatkan binaannya kukuh.
Jika di Acheh nama Masjid Raya Baitulrahman tersohor serata dunia, kalau ada kesempatan melancong ke Jepun, jangan lupa melawat Masjid Kobe. Masjid ini juga satu-satunya bangunan yang teselamat ketika bom dijatuhkan di kawasan sekitarnya semasa Perang Dunia Ke11 pada 1945.
Zunita Ramli yang tinggal di Jepun berkongsi melalui catatannya mengenai Masjid Kobe.
Keajaiban atau binaan yang kukuh?
Masjid Kobe adalah masjid pertama dan tertua di Jepun. Dibina pada tahun 1935, masjid ini terletak di Nakayamate Dori di wilayah Kobe.
Merupakan binaan masjid 3 tingkat, Masjid Kobe sebenarnya dibina hasil dari sumbangan kutipan derma orang Islam setempat. Masjid ini direka berunsurkan seni tradisional Turki di mana arkiteknya merupakan warga Czech, iaitu Jan Josef Švagr.
Menariknya, masjid ini mempunyai sejarah istimewanya yang tersendiri.
Semasa Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1945, walaupun wilayah Kobe musnah hancur dibom seperti padang jarak padang terkukur, tetapi Masjid Kobe tetap utuh berdiri dengan hanya sedikit saja keretakan pada dinding dan tingkap kaca yang pecah.
Tentera yang berlindung di tingkat bawah masjid ini semasa tragedi pengeboman Kobe juga dikatakan terselamat. Masjid Kobe kemudiannya dijadikan sebagai tempat perlindungan mangsa perang, semasa Perang Dunia Kedua di Kobe.
Juga semasa peristiwa gempa bumi Great Hanshin pada tahun 1995 yang juga dikenali sebagai gempa bumi paling dasyat dalam sejarah Jepun, wilayah Kobe sekali lagi musnah teruk. Tetapi Masjid Kobe tetap teguh berdiri, seperti tiada apa yang berlaku.
Mengapa Masjid Kobe tetap teguh berdiri walaupun sedasyat-dasyat peristiwa berlaku di sekelilingnya? Benda ni sebenarnya masih lagi jadi perdebatan sebenarnya.
Keajaiban atau binaan yang kukuh?
Wallahualam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...