Perkhidmatan rangkaian kereta api bawah tanah London ditutup sebahagiannya bermula 19 Mac 2020 sehingga diberitahu kelak kerana COVID-19.
Foto: Daily ExpressFoto: camdencourier.com.au
Sebanyak 40 stesen kereta api ditutup termasuk rangkaian Waterloo & City ditutup sepenuhnya. Manakala semua rangkaian ditutup pada Jumaat dan Sabtu, hanya kakitangan yang menjalankan tugas kritikal seperti pegawai kesihatan dibenarkan menggunakan perkhidmatan bas. Perkhidmatan bas dan kereta api ditutup sebahagiannya susulan keputusan kerajaan mengharamkan semua perjalanan tidak penting.
Ads
Foto: The Sun UK
Kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk menutup kebanyakan kedai di ibu negara pada hujung minggu, Hanya farmasi dan pasar raya tetap dibuka tetapi di bawah pengawasan. Namun, belum ada keputusan rasmi berhubung perkara itu.
Kerajaan juga memutuskan menutup sekolah sehingga diberitahu kelak.
Menurut data Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS), COVID-19 meragut 33 nyawa dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka korban seramai 104 orang. Kes yang disahkan meningkat sebanyak 676 lagi menjadikan jumlah keseluruhan 2,526 orang. COVID-19 kini meragut lebih 7,870 nyawa di seluruh dunia, lebih 194,000 kes disahkan membabitkan sekurang-kurangnya 164 negara dan wilayah.
Memilih Dima Garden sebagai tempat percutian untuk bahagiakan anak-anak, memang satu pilihan yang bijak.
Ini kerana di sini ada banyak aktiviti menarik yang anda boleh buat bersama anak-anak, macam tunggang kuda, memanah, dan main air di kolam renang. Pasti, seronok!
Seperti yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Akmal Fahmi, Dima Garden adalah satu destinasi percutian yang sangat menarik.
Penginapan yang baru dibuka pada Ogos lalu itu antara lokasi berlibur yang mesra kanak-kanak dan terletak di Kuala Ketil, Baling, Kedah.
Seperti biasa, Dima Garden menyediakan kolam renang yang boleh membuatkan mereka ralit main air. Mak ayah kena pantau ya!
Tak cukup dengan itu, air pancut dari tiang bulat juga membuatkan si comel teruja nak berlari di sepanjang laluan yang tersedia.
Kolam renang memang best sebab ada dua iaitu kanak-kanak dan dewasa. Bersih dan boleh mandi sampai ke malam kalau mereka masih tak puas.
Pilihan bilik ada dua jenis iaitu kayu cengal dan kabin. Ada bilik menghadap kolam dan ada yang tidak. Ada meja dan kerusi lepak tepi bilik.
Kalau nak lebih adventure, boleh cuba menginap rumah atas pokok.
Nak bilik macam ala-ala kapsul pun ada. Kamarnya juga memang versatil.
Ruang yang luas juga membolehkan Dima Garden membenarkan orang ramai menganjurkan majlis perkahwinan atau kenduri di sana.
Bagi anda yang cepat bosan dan tak tahu nak buat apa sebab line telefon dan talian Wifi tak ada, bolehlah habiskan masa bermain kenderaan ATV.
Bayaran yang dikenakan memang mampu milik. Caj hanya RM20, boleh pusing lima round dalam kawasan trek mencabar.
Namun, trek di sana agak ekstrem. Jadi, berhati-hati bagi mereka yang baru berjinak-jinak menunggang ATV.
Owh ya, untuk budak-budak anda boleh bawa mereka tunggang kuda. Hanya RM10 untuk si kecil manakala dewasa dikenakan RM12.
Bukan itu saja, aktiviti lain seperti memanah juga disediakan dengan caj RM10 untuk tujuh panah. Mungkin satu pengalaman baharu buat mereka yang tak penah cuba untuk memanah.
Buat pencinta alam, mungkin kalian boleh try singgah ke Dima Garden kerana disajikan pelbagai aktiviti menarik untuk habiskan masa bersama keluarga.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bali, bumi yang terkenal dengan jolokan Pulau Dewata mempunyai keindahan serta keunikan sosio-budaya Hindu menjadi pilihan ramai untuk berkunjung.
Tempat-tempat menarik di Bali seperti Kintamani, Bedugul, Tanah Lot, Besakih, Tanjung Benoa, dan Uluwatu adalah tempat yang mampu menggamit memori anda bersama yang tersayang. Ramai yang suka datang ke Bali untuk berbulan madu, tidak kurang untuk menghayati alam dan menghargai keseniaan.
Nah, ini idea ke mana anda boleh pergi jika sampai ke Bali. Jangan lupa untuk google dulu lokasi sebenar lokasi dan destinasi ini agar anda tidak sesat dan membazirkan masa ketika bercuti di Bali. Lain lah kalau anda memang bercadang untuk tinggal di sini lebih lama sekitar 2 ke 3 bulan, maka anda boleh melawat satu tempat ke satu tempat ikut gerak hati sahaja.
Jika bertandang ke Ubud, jangan lupa melawat tarikan utama sekitarnya seperti Monkey Forest, tempat menghasilkan kopi luwak, teres padi, Pura Tirta Empul dan air terjun Tegenungan. Dianggap pusat kebudayaan dan seni di Bali, pancaindera bakal disajikan dengan keindahan perkampungan yang dibina di sekitar kehijauan kawasan berbukit
Terletak di hadapan Istana Puri Saren Ubud, Pasar Seni Ubud adalah lokasi membeli-belah yang mana anda dapat menemui bermacam hasil kraftangan yang menarik seperti sulaman beg, bakul, topi, layang-layang dan banyak lagi. Jangan lupa untuk tawar-menawar harga!
Dahulunya, Kuta merupakan perkampungan nelayan yang tenang. Kini kawasan sekitar Pantai Kuta meriah dengan premis makan dan tempat penginapan termasuklah lokasi untuk berhibur. Sesuai untuk anda yang ingin menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam, jangan lepaskan peluang mengunjungi pantai yang terletak di selatan Bali.
Perkampungan Mas yang menjadi pusat ukiran kayu yang terkenal di Bali. Kuil Goa Gajah, sebuah kuil lama yang telah wujud sejak abad ke-11 lagi yang menunjukkan pegaruh Hindu-Buddha di Bali pada suatu masa dahulu.
Ingin mencuba kopi bali sedap yang pelbagai ? Anda boleh singgah di Bali Pulina. Terdapat bermacam info menarik mengenai kopi dari jenis buah kopi hingga proses menghasilkan minuman kopi yang lazat. Anda juga bakal disajikan dengan view yang menarik sepanjang di sini
Pasar tradisional itu merupakan antara pasar terbesar di Bali. Pasar itu beroperasi selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu tanpa henti. Berminat mencari makanan penduduk tempatan atau buah-buahan yang unik boleh datang ke pasar ini.
Air Terjun Cepung yang berketinggian 15 meter ini kalau sekali dpandang seperti jatuh dari langit kerana silauan cahaya matahari, disebabkan ini jugalah air terjun ini turut dipanggil sebagai air terjun dari langit.
Terletak di Nusa Lembongan ini memang cukup indah membuatkan anda tertanya-tanya, ini realiti atau mimpi. Cukup bersih, pasirnya juga putih, memang sedap dipijak.
Pura Ulun Danu Beratan atau Tasik Beratan dikatakan merupakan salah satu daripada 20 tasik terindah di dunia ini. Di sini menawarkan panorama indah tasik di sekeliling, tanah yang menghijau serta pemandangan gunung-ganang. Untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan, anda boleh menaiki bot yang disediakan di tasik ini. Untuk kaki pancing ada aktiviti memancing juga tau disediakan di sini!
Kuil ini dianggap sebagai ibu kuil ataupun yang terpenting di antara kuil-kuil yang lain di Bali. Berusia lebih daripada 1,000 tahun, kuil yang terletak pada ketinggian 1,000 meter dari aras laut ini terdiri daripada 86 buah kuil termasuklah Kuil Besar Negeri iaitu Pura Penataran Agung.
Ini adalah antara taman tema yang ada di Bali. Kalau anda nak tahu, salah satu tarikan di sini adalah gelongsor Climax yang merupakan gelongsor air tercuram di Asia!
Terletak di kawasan tanah tinggi 700 meter dari aras laut, Kampung Penglipuran merupakan sebuah kawasan kampung tradisional yang memiliki karakternya tersendiri yang masih kukuh tanpa sentuhan modenisasi.
Tirta Gangga bermaksud air yang mengalir dari Sungai Gangga. Di sinilah terletaknya Istana Air Tirta Gangga, sangat indah pemandangan yang ditawarkan di sini. Dikelilingi oleh kolam-kolam, pancuran air, taman mekar yang indah dan ukiran-ukiran batu. Terdapat beberapa kolam yang membolehkan pengunjung untuk berendam di sini mengikut bayaran tertentu.
Selain Cameron Highland, Bukit Fraser dan Bukit Bendera yang biasa kita dengar, terdapat beberapa lagi lokasi tanah tinggi yang mesti dilawati kerana ia bukan saja sejuk tetapi mempunyai pemandangan yang indah memukau.
**media[24231]**
Terletak di pedalaman Sarawak, bario bermaksud angin mengikut bahasa etnik Kelabit. Tanah tinggi Bario berketinggian 1150 meter dari aras laut ini mempunyai kualiti udara yang sangat bersih kerana kedudukannya berhampiran Gunung Murud, gunung tertinggi di Sarawak. Kesejukan tanah tinggi Bario ini pernah mencecah 11 darjah celsius sehinggakan pengunjung terpaksa mengenakan selimut yang tebal pada waktu malam. Jika anda mahu garam bukit dan padi yang paling berkualiti di Malaysia serta bebas bahan kimia, di sinilah tempatnya.
Ba'Kelalan pula berdekatan dengan Bario ini merupakan penempatan bagi kaum Lun Bawang. Jangan tidak percaya, kawasan ini terkenal dengan penanaman buah epal. Jika anda berkunjung ke sini, aktiviti kebudayaan menanti anda.
**media[24229]**
Kundasang merupakan pusat tanaman sayur-sayuran segar yang terkenal di Sabah. Terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu, cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi faktor utama pelancong datang ke sini. Menariknya Kundasang, ia lokasi yang 'bersih' dari hiruk pikuk kota. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang ada menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan homestay untuk memberi keselesaan buat pelancong. Di sini, anda dapat memperolehi bunga-bunga dan sayur-sayuran segar dengan harga yang berpatutan kerana faktor cuaca yang sejuk.
**media[24228]**
Turut dikenali sebagai Maxwell Hill ini merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi yang terletak di Taiping, Perak. Suhu pada hari siang adalah di antara 15 hingga 25 darjah celsius dan boleh mencecah 10 darjah celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit. Memandangkan Bukit Larut merupakan kawasan lembap di Malaysia, anda akan meredah hujan hampir setiap hari pada sebelah petang. Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan kuda padi dan kerusi pengusung untuk ke puncak bukit. Kebanyakan pelancong Eropah yang sampai ke sini akan menyamakan tempat ini sebagi Switzerland pada musim bunga!
**media[24230]**
Dengan ketinggian 1,276m, gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung. Jika anda berada di atas gunung ini pada hari cerah, anda boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas. Lagenda dan mitos berjaya menarik pelancong yang gemarkan alam semulajadi. Anda tidak keseorangan jika mahu bermalam di hutan ini kerana ia pilihan anda jika mahu sampai ke sini. Air terjun dan resort pula melengkapkan pakej untuk pelawat memilih Gunung Ledang sebagai lokasi percutian.
Bosan juga jika kerap ke tanah tinggi yang sama. Empat lokasi tanah tinggi di atas merupakan beberapa lokasi pilihan yang membolehkan anda menikmati buah epal bukit seperti yang terdapat di tanah tinggi Ba'Kelalan.
Jika anda berkunjung ke sini, tidak ada salahnya anda feeling membawa jaket tebal seperti bercuti ke luar negara!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Deretan tebing menghijau berdiri megah di sisi lautan biru, sementara air terjun mengalir dari celah gunung menuju pantai-pantai kecil yang tersembunyi. Pemandangan luar biasa...