Mungkin sudah gian melakukan aktiviti memanjat bukit, sekumpulan lima individu dalam diam melakukan aktiviti memanjat bukit di Rawang Bypass (Jalan Pintas Rawang), jambatan tertinggi di Malaysia 58.2 meter dari aras kaki dan sepanjang 2.7km yang menghubungkan Lebuhraya Rawang dan Serendah semalam.
Namun malangnya seorang darinya pengsan di pertengahan jalan dan ini memaksa mereka menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Rawang bagi operasi menyelamat dan membawa turun rakan yang pengsan.
Dalam hantaran di fb BBPM Rawang, operasi membawa turun mangsa berjalan lancar. Bagaimana pun kesemua peserta hiking ini menerima padah kerana melakukan aktiviti dilarang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan setiap seorang didenda RM2000. Sewajarnya, ia menjadi pengajaran buat orang lain bahawa aktiviti liburan seperti mendaki gunung adalah dilarang ketika PKP.
Ads
Kredit – BBPM Rawang & Chua Wei Kiat (Sin Chew)
Fakta menarik tentang Rawang Bypass
Ads
Untuk hiking, ramai meletakkan kereta di Rawang Perdana (berdekatan bukit) sebelum memulakan pendakian.
Projek jambatan ini menggunakan sistem dari Eropah untuk menjaga ekosistem alam semulajadi, Movable Scaffolding System (MSS).
Ads
Terletak di kawasan Taman Warisan Negeri Selangor, rekaan jambatan ini dibuat untuk memelihara spesies pokok Giam Kanching. Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) ini mencatatkan sejarah sebagai jambatan tertinggi di Malaysia.
Keunikan jalan pintas itu ialah pembinaan struktur tiangnya yang diiktiraf tertinggi di Malaysia sehingga membolehkan pemandu merasakan seperti membelah kabus terutamanya pada waktu pagi.
Kalau pemanduan dari arah KL menuju ke lokasi ini ia mengambil masa 1jam 30 minit. Kalau menggunkan tren komuter, ia hanya mengambil masa kurang dari 20 minit.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu dunia mengisytiharkan perang ke atas virus Covid-19, hanya dua hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan wabak itu sebagai pandemik.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan langkah pencegahan dengan melaksanakan strategi berkesan, mengaktifkan segala sistem tindak balas kecemasan, termasuk keupayaan sistem mengesan dan penjagaan pesakit.
“Kita mesti mengisytiharkan perang terhadap virus ini. “Ini adalah masa untuk bertindak dengan lebih bijak dan cermat, bukannya panik. Walaupun situasi itu diklasifikasikan sebagai pandemik, ia adalah satu keadaan yang dapat kita kawal. Kita boleh melambatkan penularan, mencegah jangkitan dan menyelamatkan nyawa, tetapi ia memerlukan tindakan bersepadu semua pihak di seluruh dunia,” katanya.
Selain menjadi krisis kesihatan awam, virus itu turut menjejaskan ekonomi dunia PBB turut memberi amaran, dunia bakal menyaksikan pasaran kewangan terjejas teruk akibat ketidakpastian, rantaian bekalan global terganggu, pelaburan dan permintaan pengguna merosot dan risiko meningkatnya kemelesetan ekonomi.
Ahli ekonomi PBB menganggarkan krisis Covid-19 boleh mengakibatkan ekonomi dunia tahun ini kerugian sekurang-kurangnya AS$1 trilion atau mungkin lebih.
KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL kembali lagi, nampak gaya banyak aktiviti menarik di situ yang akan memukau para pengunjung yang datang nanti.
Sesekali nak juga sertai aktiviti luar macam ini, bukan? Okay, sekarang cuba fikir kejap, bila kali terakhir anda meluangkan hujung minggu dengan aktiviti yang berkonsepkan ‘nature vibes’?
Agak banyak trend aktiviti luar yang melibatkan camping, hiking, glamping dan healing. Jadi kalau rasa macam sudah lama tak enjoy dengan aktiviti luar macam ini, Libur cadangkan anda ke Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) yang akan bermula 16 hingga 18 Jun ini di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak.
Nah, jemput jamu mata dulu dengan aktiviti yang ada di sana nanti!
KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL Kembali Lagi, Banyak Betul Aktiviti Menarik!
Peserta Boleh Bertukar Pengalaman Melalui Aktiviti
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, “Penganjuran ODF 2023 dilihat sebagai medium dan platform penyatuan pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia.
Antaranya gaya hidup sihat, aktiviti fizikal, lasak serta ekstrem yang menyantuni setiap lapisan umur masyarakat, dan juga kombinasi gabungan komuniti yang turut menyambung kepada pembangunan ekonomi setempat.”
Tukar Pengalaman Melalui Cerita
Bertemakan ‘Unplug & Reconnect’, LOCCO selaku penganjur festival mengajak peserta ODF 2023 untuk bersantai sambil mengambil peluang bertukar pengalaman dan cerita melalui pelbagai aktiviti luar yang telah dirancang.
Festival ODF23 anjuran bersama LOCCO dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong (MDL) akan menyaksikan peminat aktiviti luar dari dalam dan luar negara berkumpul, meraikan kepelbagaian minat, dan berkongsi idea menerusi pelbagai pengisian seperti sesi forum, bengkel, penerokaan, dan persembahan muzik.
Antara aktiviti yang telah dirancang termasuklah aktiviti perkhemahan, Stand Up Paddling, berkayak, Bridge Rappelling dan memanah.
Aktiviti merentas desa turut diteruskan tahun ini selain beberapa aktiviti baharu yang diperkenalkan seperti ODF Ride, Lake Flying Fox, Flatland Skimboarding dan Tree Climbing.
Malah ada beberapa bengkel dijalankan seperti handmade paracord, ultralite hiking, rope & climbing, pembuatan sabun organik serta bengkel keselamatan dalam air.
Selain itu, bagi merancakkan perjalanan ODF23, sesi perkongsian dan forum turut disenaraikan termasuklah Cerita Kedai Kopi, Sembang Bawah Fly, kesedaran komuniti dan klinik kayuhan basikal. Best, bukan?
Owh ya, peserta juga akan disajikan dengan persembahan muzik santai pada waktu malam oleh kumpulan band muzik gig dan tempatan seperti Teman Lelaki, Cisco, Nami, The Mirza dan ramai lagi. Memang layan habis lah anak-anak muda nanti, sesekali dapat healing bersama geng!
Kahf Selaku Penaja Utama
Lebih menarik, penganjuran tahun ini turut dijenamakan sebagai “KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023”’ selepas menerima penyertaan Kahf selaku penaja utama.
Kalau nak tahu, Kahf sebenarnyna merujuk kepada jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang halal dari Indonesia yang menawarkan rangkaian produk seperti pencuci muka, minyak wangi, dan pelindung matahari.
Agung Andrian, Ketua Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Paragon berkata, “Kami berada dalam misi untuk mempromosikan pengalaman dandanan yang terbaik, semula jadi, lembut, halal dan thayyib untuk meningkatkan nilai kehidupan lelaki.”
Penyertaan Kahf sebagai penaja utama adalah sebagai usaha untuk mendekati pengguna Kahf selain memperkenalkan rangkaian produk Kahf melalui aktiviti kegiatan luar dan gaya hidup aktif masa kini.
Komuniti Dan Tajaan Yang Terlibat
Menyasarkan lebih 1500 penyertaan, ODF23 didukung lebih 35 kumpulan komuniti dan turut dimeriahkan dengan tajaan oleh ANBOT, HAUSBOOM, BOOM+, Lost World of Tambun dan Kembara Meals serta disokong oleh rakan strategik termasuklah RNR Adventures, Skycamp, Santrav, Rileklah, Pretty World, 30 Ascend, Project Vacation, Santrav, Tanjak, KKTM Lenggong, Decathlon dan Nomadism.
Jangan lepaskan peluang kalau rasa nak sertai KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL, jualan tiket pun masih dibuka. Untuk peminat aktiviti luar yang ingin menyertai ODF23, boleh membuat pembelian tiket di laman sesawang www.outdoorfest.my.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Negeri Sembilan memperkenalkan ‘Waghih Mart, platform baharu yang merupakan aplikasi jualan juadah berbuka puasa dalam talian, bagi menggantikan bazar Ramadan.
Aplikasi jualan itu membolehkan peniaga dan penjaja meneruskan perniagaan mereka ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. Aplikasi ini dibangunkan melalui kerjasama pintar bersama Webhaus Technologies Sdn Bhd (Webhaus) dan diselaras oleh Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, serta dikendalikan secara bersama oleh Webhaus, Pihak Berkuasa Tempatan dan semua Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri mengikut lokaliti masing-masing.
Sebagai pengenalan, keutamaan adalah ditumpukan kepada peniaga-peniaga bazar Ramadan yang telah berdaftar dengan PBT pada tahun lalu kerana mereka telah faham bagaimana operasi penyediaan makanan mengikut standard Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna selain telah berdaftar dan mematuhi syarat-syarat PBT. Bagaimanapun aplikasi itu juga dibuka pendaftarannya kepada peniaga baharu sekiranya mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Waghih Mart menjadi saluran alternatif kepada platform jualan sedia ada yang telah diguna pakai oleh peniaga sejak PKP berkuat kuasa pada 18 Mac lepas seperti Facebook, Telegram dan juga WhatsApp. Apa yang membezakan platform ini dengan platform lain adalah ia memastikan pengusaha makanan dan penghantar makanan berdaftar mematuhi syarat-syarat kawalan kesihatan dan juga dari segi faktor keselamatan ditetapkan.
Waktu operasi pengusaha makanan bermula 8 pagi sehingga 8 malam dan tempahan makanan juga boleh dibuat sehari lebih awal manakala waktu operasi untuk penghantar makanan pula bermula 2 petang sehingga 8 malam.
Pengguna platform ini sama ada daripada kalangan pengusaha makanan, penghantar makanan atau pembeli dinasihat untuk sentiasa mematuhi panduan keselamatan makanan ketika penyerahan makanan seperti pemakaian penutup mulut dan hidung, sentiasa mengekalkan jarak sosial dan kerap mencuci tangan sebelum dan selepas penghantaran.
Tiga kumpulan sasar utama iaitu pengusaha, penghantar dan juga pembeli dialu-alukan untuk mendaftar sebagai pengguna aplikasi ini kerana platform ini bukan sahaja terpakai sepanjang bulan Ramadan dan tempoh PKP sahaja malah ia boleh terus digunakan pada bila-bila masa.
Waghih Mart turut terbuka kepada penjualan dan pengedaran bahan asas masakan, produk pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, serta produk daging dan ternakan.
Pengusaha dan penghantar makanan boleh mendaftar secara percuma di platform Waghih Mart bermula 27 April 2020 melalui pautan https://www.waghihmart.xyz manakala pendaftaran bagi pembeli pula boleh dibuat bermula 2 Mei 2020.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...