Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyeru semua penumpang tren elektrik (ETS) No. 9173 membuat saringan kesihatan di hospital berdekatan jika terdapat gejala berkaitan COVID-19.
Ini kerana salah seorang mangsa wabak itu telah menaiki tren tersebut dari Stesen Butterworth ke Stesen Kuala Lumpur Sentral pada 7 Mac lepas. Warganegara Malaysia berusia 70 tahun itu merupakan mangsa ke-11 yang diumumkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur.
Ads
Pihak KTMB telah menghentikan serta-merta perkhidmatan tren terbabit dan kerja-kerja disinfeksi sepenuhnya telah dilakukan ke atas tren tersebut serta semua tren ETS lain bagi keselamatan para penumpang dan kakitangan. Semua petugas syarikat yang berada di dalam tren serta stesen-stesen terlibat juga telah diarahkan untuk membuat ujian saringan kesihatan.
KTMB akan terus memantau pengoperasian tren-trennya dan sentiasa melaporkan perkembangan semasa tersebut kepada Kementerian Pengangkutan. Orang ramai disaran untuk mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman rasmi media sosial di Facebook (KTM Berhad), Twitter (@ktm_berhad), portal rasminya di www.ktmb.com.my atau menghubungi talian pusat panggilan di 03-22671200 bagi sebarang perkembangan terkini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Umum mengetahui tarian Makyung adalah seni tari tradisional masyarakat Melayu dan bertapak pada mulanya di negeri Kelantan. Malah, seni tari ini dikatakan wujud sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu lagi. Makyung mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila UNESCO mengiktiraf seni tari Makyung sebagai salah satu karya agung warisan.
Elemen yang digunakan dalam seni tari Makyung ini mempunyai unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian sambil diiringi oleh instrument muzik dan vokal. Muzik adalah elemen yang sangat penting dalam setiap pementasan Mak Yong kerana muzik terutama daripada rebab digunakan untuk menarik penonton dan memaklumkan bahawa pementasan Makyung akan bermula.
Makyung pernah diharamkan oleh kerajaan Kelantan pada tahun 1991, seni tari ini menjadi satu pementasan Diraja oleh Kesultanan Kelantan sehingga sekitar 1920-an dahulu. Dek disebabkan oleh seni tari Makyung ini sering dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan dan dilihat memesongkan akidah dan melanggar syariat, menyebabkan seni tari Mak Yong ini diharamkan langsung di Kelantan. Namun selepas 28 tahun Makyung diharamkan, kini persembahan tradisional rakyat Kelantan iaitu makyung dibenarkan yang dipersembahkan secara patuh syariah telah mendapat sambutan daripada masyarakat negeri ini selepas tiga siri jelajah persembahan itu dilakukan.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Semakin banyak sempadan negara di seluruh dunia telah dibuka kepada pengembara yang ingin bercuti sejak awal tahun ini selepas fasa pandemik yang melanda seluruh dunia akibat COVID-19.
Terbaru kerajaan Rusia pula membuka sempadan untuk dilawati pelancong asing termasuk dari Malaysia.
Ia ditutup sejak sekian lama selepas kes COVID-19 meningkat mendadak sehingga kemuncaknya ia menjadi negara kedua di dunia catat kes tertinggi selepas Amerika Syarikat pada 2019.
Berita gembira itu diumumkan melalui satu status yang dimuat naik di laman Facebook (FB) rasmi Persekutuan Rusia di Malaysia, beberapa hari yang lalu.
Antara lain, status itu memaklumkan, soal kelonggaran larangan kemasukan semula pelancong Malaysia ke negara itu sudah dipersetujui dan prosedur memproses visa pelancong sudah bermula sejak bulan lepas.
Tambah status berkenaan, perkembangan terbaharu itu adalah selaras dengan pindaan yang dibuat pada 14 April 2022 terhadap Dekri Kerajaan Persekutuan Rusia Perkara 635-r bahawa ia tidak lagi mengenakan larangan masuk kepada warga antarabangsa.
“Dengan peraturan baharu itu, kedutaan meneruskan semula pemberian semua jenis visa buat rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melawat ke negara berkenaan,” kata kenyataan itu lagi.
Laman FB itu turut menarik perhatian bahawa sehingga kini, tidak semua negara di dunia dibenarkan melawat Rusia, sebaliknya, tetap tertakluk kepada dekri di bawah Perkara 635-r.
Sementara itu, jurucakap di kedutaan Rusia di Malaysia memberitahu, disebabkan tidak lagi tertakluk kepada beberapa sekatan pergerakan berikutan COVID-19, urusan dan prosedur untuk memproses visa pelancong boleh dibuat sama ada menerusi janji temu atau secara ‘walk-in’.
Sebelum ini, selepas dibenarkan masuk ke Rusia pada Oktober lepas, proses mendapatkan visa khususnya bagi pelajar Malaysia dibuat secara janji temu di mana pelajar perlu menghubungi kedutaan atau mengirim e-mel kepada konsul untuk mendapatkan tarikh janji temu seterusnya memohon visa kemasukan ke negara itu.
Peraturan itu, bagaimanapun, tidak terpakai kepada mereka yang memohon visa pelancong memandangkan negara sudah beralih ke fasa endemik sejak 1 April lalu.
“Bagaimanapun, pelancong yang mahu memohon visa untuk masuk ke Rusia dinasihat berhubung dengan petugas di kedutaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk memudahkan urusan masing-masing,” kata jurucakap itu.
Berikutan kes COVID-19 yang tinggi, Rusia menutup sempadannya kepada kemasukan asing bermula Mei 2020 dan hanya membukanya secara berperingkat pada pertengahan tahun 2021.
Walaupun kes di Rusia secara relatifnya menurun sejak akhir-akhir ini, negara itu pernah mencatatkan kes positif kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat pada April 2020.
Untuk rekod, Rusia sehingga kini mencatatkan kes jangkitan COVID-19 sebanyak 18 juta dengan melebihi 300,000 angka korban.
Kredit: Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penurunan kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah daripada RM8.50 kepada RM7.00 dijangka dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi kawasan berkenaan.
Kadar tol di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Sha untuk kereta persendirian telah diseragamkan dengan Jambatan Pulau Pinang bagi menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan jambatan kedua itu.
Langkah untuk merasionalisasi kadar tol jambatan kedua supaya dapat seimbangkan aliran trafik ketika waktu puncak, hujung minggu dan cuti perayaan. Ini kerana biasanya kalau kadar tol untuk jambatan kedua lebih tinggi daripada jambatan pertama, maka lebih ramai akan cenderung untuk guna jambatan pertama.
Penurunan itu, akan turut membawa manfaat sampingan iaitu membawa pertumbuhan ekonomi di kawasan Batu Maung dan Batu Kawan yang kadar pembangunan di kedua-dua kawasan itu masih rendah.
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sepanjang 24 kilometer, yang mula beroperasi pada 1 Mac, 2014, merupakan antara jambatan terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan kawasan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dengan Batu Maung di bahagian pulau.
Bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan sememangnya menyeronokkan, namun mencari bilik hotel yang selesa untuk tiga orang kadangkala boleh menjadi satu cabaran. Menyedari keperluan tersebut,...