Berita

Perkhidmatan Feri Pulau Langkawi Ke Kuala Perlis Dihentikan Operasi 3 Hari Hujung Bulan Ini

Share

Perkhidmatan feri dari Pulau Langkawi Ke Kuala Perlis akan terjejas sementara selama 3 hari bermula dari 21 hingga 23 Mac 2019 ekoran paras air laut surut di laluan berkenaan.

Air surut mengikut musim ini berlaku sehingga menampakkan permukaan muara sungai dan menyebabkan feri sukar untuk melalui kawasan berkenaan sehingga mendatangkan risiko tinggi untuk feri tersangkut dan terkandas.

Memetik sumber dari Bernama, Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd, Leftenan (B) Baharin Baharom menjelaskan, perkhidmatan feri yang terjejas pada hari-hari berkenaan akan melibatkan waktu perjalanan pada pukul 7.30 pagi, 8 pagi dan 9 pagi.

Walau bagaimanapun, satu feri ihsan akan disediakan pada pukul 8.30 pagi menggunakan feri yang boleh melalui kawasan berlumpur bagi mengelakkan penumpang menunggu lama di kawasan jeti.

IKLAN