Umum mengetahui Utara Pakistan memiliki destinasi yang begitu indah dan cantik. Ramai yang mengimpikan untuk bercuti ke negara tersebut tetapi masih ragu-ragu dek keselamatan ketika berada di sana. Ada dua kemungkinan yang sering tercetus di sana, iaitu gempa bumi dan juga pergolakan politik dengan negara jiran.
Namun sebenarya, tahap keselamatan untuk bercuti ke sana adalah terjamin. Jika bercadang ke Utara Pakistan secara berkumpulan atau membawa keluarga yang ramai, perkongsian daripada Jaja Razali ini sangat membantu.
PAKISTAN LAND OF BEAUTY (Itinerary Dan Budget North Tour Pakistan 7 Days 6 Night)
Itinerary ni pack sikit sebab road tour Di North Pakistan ambik masa lebih lama dari apa yang dipapar Di google maps. Say cadangkan tambah lagi 2 hari Kalau nak tour yang relax relax….
Gambar Gambar dlm tour ni, pada bulan June. Summer Di Pakistan tapi blah Utara Pakistan still sejuk walaupun summer.
Waktu untuk melawat Pakistan Spring (March-April ), Summer (May-August), Autumn (September-October). Winter bulan Nov – February Tak digalakkan sebab salji tebal Dan banyak jalan tutup
Pakistan Cantik macam Switzerland atau New Zealand tapi nak Sewa kereta drive sendiri kat sini jalan dia amatlah bahaya.. Kena ambik tour guide atau sewa kereta dengan driver ya..
Makanan halal n sedap merata ada Tak perlu risau bab makanan
Ada banyak hotel n motel Di North Pakistan tapi dlm agoda atau booking.com terhad. Ada satu hari tu Saya dah buat tempahan di booking.com,tapi sampai lambat di Hotel, bilik dah bagi dekat orang lain Dan Hotel full. Padahal pada hari yang sama dah call hotel bagitau confirm check in. Untuk Perkara macam ni, Kalau ada tourist guide senang la nak settle sebab diorang familiar dengan tempat diorang. Kami Tak ambik tour guide tapi Nasib la husband orang Pakistan, senang nak communicate Dan Nego dalam situasi terdesak macam ni.. almaklumlah kadang owner Hotel akan ambik kesempatan cekik darah.
Untuk Visa ke Pakistan, sekarang dah boleh apply E-Visa cuma perlukan Invitation Letter (LOI) dari registered tourist company Di Pakistan, kalau datang sendiri suruh kawan dekat Pakistan jemput..
Direct flight Malindo Air : Kul-Lahore atau Pakistani & Airline Kul-Islamabad
Ads
Day 1:
-Sampai Lahore, driver pickup terus gerak ke Kaghan.
-Bermalam Di Kaghan Valley
Day 2:
-Teruskan perjalanan ke Karimabad, Hunza.
-Check In Hotel, Rest and enjoy view around hotel
Day 3:
-Visit Attahbad Lake
-Drive sampai Area Passu Cones
(Option boleh pegi lagi sampai Khunjerab Pass, boarder Pakistan-China tapi kami Tak sempat sebab terlalu leka bila singgah satu satu tempat…)
-Malam melawat Karimabad night market
-Tido Di Hotel yang sama
Ads
Day 4:
-Melawat Altit Fort
-Teruskan Perjalanan ke Lalasar
-Berhenti Di Rakaposhi point
-Berhenti Di Babusar Top
-Bermalam Di Lalasar motel
Day 5:
– Heading to Muzaffarbad
– Melawat Sa full Muluk lake
-Bermalam Di Muzaffarbad
Ads
Day 6:
-Bergerak ke Lahore melalui jalan Neelum Valley
-Singgah Di Islamabad for city view And shopping, sempat sembahyang Di Masjid Faisal
-Bermalam Di Lahore
Day 7:
-Melawat Bandar Lahore
-Melawat Badshahi Mosque
-Shopoing kain Di bazar
-Malam flight balik KL
Total cost GROUND ONLY
Untuk Transport,makanan, Penginapan ,Petrol, Toll Dan Jeep ride ke tasik RM1500/pp
Tiket flight Pakistani airline RM1800/pp. Kadang kadang boleh dapat harga murah lagi kena rajin check. Tiket Malindo air RM1500 lebih kurang)
Note: Trip kami 12 orang semua so makan, Hotel, transport kongsi , boleh la dpt harga mcmni.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Memang akan menjadi bucket list bagi kaki travel untuk mengembara ke Eropah melihat keindahan beberapa negara di sana.
Antara negara yang sering jadi pilihan untuk dikunjungi adalah Croatia, Bosnia dan Turki.
Menggelar percutian musim sejuk, wanita ini Maizatul Edora berkongsi itinerari DIY perjalanan ke beberapa negara terpilih selama sebulan.
Menurutnya dia mengambul masa sebulan merancang perjalanan percutian ini kerana travel kala musim sejuk boleh menimbulkan pelbagai perkara yang tidak disangka.
Bagi pengembara yang mahu pergu sendiri tanpa travel agent, boleh jadikan ini sebagai panduan.
Alhamdulillah, hampir sebulan berlalu, percutian musim sejuk telah berjalan dengan lancar. Percutian kami bermula pada 20 Disember 2019 sehingga 30 Disember 2019.
Di sini saya ingin berkongsi bagaimana kami merancang percutian kami supaya berjalan dengan lancar. Maklumlah, musim sejuk kan, anything boleh terjadi, lagipun kat tempat orang. Actually, hampir sebulan lebih juga nak siapkan full itinerary sebelum kami bercuti.
Sebenarnya, kami beli flight ticket agak last minute jugak la iaitu awal bulan Oktober 2019. Tapi sebelum decide untuk beli ticket flight, hari hari kitorang usha harga ticket flight hhahaaha. Oh ya, kami beli flight ticket (Oman Air). Apps : Traveloka
Pergi : Kuala Lumpur to Munich, Germany (transit Oman) Balik : Istanbul, Turkey to Kuala Lumpur (transit Oman) Sambil men’transit’kan diri, sambil tu kita jalan jalan. Haha. Transit lebih kurang 14 hours for return, okay! Tak kisah transit lama lama sambil ‘intai’ negara orang.
Original plan kami hanya untuk melancong kat area Balkan sahaja tapi lain pulak jadinya. Memandangkan flight kami as stated kat item di atas, so bermula lah kami merancang perjalanan kami dari satu negara ke satu negara. Refer to dua item seterusnya for more info.
Schedule bagi transport dari satu negara ke satu negara memang kita kena study. Sebab apa? Sebab takut itinerary kita tak tally dengan schedule transport (dari satu negara ke satu negara).
Just for your info, kat area Balkan tak banyak bas/transport tau. Jadual perjalanan bas kat area Balkan agak limited. So, memang kena rancang and study betul betul supaya itinerary kita going smooth. Bila dah susun route transportation, baru decide dari segi masa.
Sememangnya, dari awal perancangan, kitorang decide untuk gerak dari satu negara ke satu negara pada waktu malam sebab boleh jimat kos AirBNB. Cuma dari Mostar, Bosnia ke Sarajevo, Bosnia sahaja kita naik train seawal jam 6.45 pagi. Bila dah sampai Sarajevo, kitorang terus check in and jalan jalan area Sarajevo. Jimat masa, bukan? Hehe.
Dari Sarajevo, Bosnia ke Istanbul Turkey kita naik flight Pegasus sahaja sebab transportation darat memakan masa yang agak lama. Sehari, dua hari kot. Lagipun, schedule perjalanan agak limited. Hahaaha Apps: Rome2rio, Omio, Flixbus
Bila dah tahu schedule perjalanan, baru la kita decide untuk tempah AirBNB. We will make sure AirBNB yang kita tempah tu dekat dengan tempat-tempat menarik dan mudah untuk dapatkan public transportation (bus, train). Dan yang penting murah sebab kita singgah sekejap je.
Day 1 (20 Disember 2019) : Kuala Lumpur, Malaysia
Day 2 (21 Disember 2019) : Muscat, Oman – The Sultan Qaboos Grand Mosque : Munich, Germany (AirBNB)
Day 3 (22 Disember 2019) : Munich, Germany – The Marienplatz – Juliet Capulet Statue – Allianz Arena : Bad Goisern, Austria (AirBNB) *Bad Goisern, Austria ni tak jauh dari perkampungan Hallstat. Kita tak tempah airBNB di Hallstat sebab mahaiiiiiii.
Day 4 (23 Disember 2019) : Bad Goisern, Austria – Perkampungan Hallstat, Austria
Day 5 (24 Disember 2019) : Dubrovnik, Croatia – Old Town Dubrovnik – Port Gruz : Mostar, Bosnia (AirBNB)
Day 6 (25 Disember 2019) : Mostar, Bosnia (AirBNB) – Mostar Old Town – Stari Most / Old Bridge – Koski Mehmed Pasha Mosque – Vrelo Bunne, Blagaj Tekke
Day 7 (26 Disember 2019) : Mostar, Bosnia and Herzegovina : Sarajevo, Bosnia and Herzegovina (AirBNB) – Latin Bridge – Clock Tower – Sarajevo Old Town – Bascarsija – Alifakovace Cemetary – Trebevicka Zicara Sarajevo (entrance fee RM40)
Day 8 (27 Disember 2019) : Sarajevo, Bosnia and Herzegovina – Sarajevo Old Town : Istanbul, Turkey (AirBNB)
Day 9 (28 Disember 2019) : Istanbul, Turkey – Blue Mosque – Aya Sofia (entrance fee RM50) – Topkapi Palace (entrance fee RM50)
Day 10 (29 Disember 2019) : Muscat, Oman – Mutrah Souq – Al Sultan Qaboos Port
Day 11 (30 Disember 2019) : Kuala Lumpur, Malaysia Apps : AirBNB
Disebabkan kita taknak rasa terbeban, kita memang tempah tiket transportation dan AirBNB secara berperingkat. Contohnya, this week tempah airBNB kat tempat ini, next week kat tempat tu pulak. Dan begitulah yang lain lain.
Lagi satu, kita study awal awal untuk weather forecast supaya kita get ready fizikal dan mental semasa musim sejuk.
Kalau travel dari satu negara ke satu negara ni memang kena tahu samada negara tu perlu visa or tidak. Untuk perjalanan kami last month, hanya di negara Oman sahaja yang memerlukan visa. (Visa On Arrival) Website: https://evisa.rop.gov.om
Matawang : Kita just tukar duit Euro, Turkish Lira and Oman Riyal sahaja. Kalau kat Croatia and Bosnia, kitorang tukar duit Croatian Kuna dan Bosnia Mark kat stesen bas dan Oldtown Mostar. Actually,nak shopping guna duit Euro pun boleh kalau kat negara Croatia and Bosnia, cuma incase kalau ada certain kedai yang tak nak terima Euro.
Sepanjang perjalanan, kitorang memang gunakan bantuan GoogleMaps untuk melancarkan perjalanan kami, terutamanya naik public transport. Masa mula mula sampai Munich Airport masa itu jugak sistem down masa nak beli simkad. Jadi solution nya, kitorang save siap siap route untuk offline Maps untuk ke AirBNB supaya kami tidak terlepas train and memudahkan kami ke AirBNB. Apps : Google Maps
Transportation Untuk transportation cost, kita susun ikut route tau.
i. Return ticket – RM2890.00 (Transit Oman, 14 hours) : Pergi 20 Dec 2019 : Kuala Lumpur – Munich, Germany : Balik 29 Dec 2019 : Istanbul, Turkey – Kuala Lumpur (30 Dec 2019)
ii. DB Train – RM186.00 : Munich,Germany to Bad Goisern, Austria (22 Dec 2019)
iii. OBB Train – RM232.60 : From Bad Goisern to Zagreb, Croatia ( 23 & 24 Dec 2019)
iv. Flixbus – RM174.74 : From Zagreb, Croatia to Dubrovnik, Croatia (24 Dec 2019)
v. Globtour bus – RM80.21 : From Dubrovnik, Croatia to Mostar, Bosnia & Herzegovina (24 Dec 2019)
vi. Train – RM30.35 : From Mostar, Bosnia to Sarajevo, Bosnia & Herzegovina (26 Dec 2019)
vii. Direct flight Pegasus – RM367.00 : From Sarajevo, Bosnia to Istanbul, Turkey (27 Dec 2019)
viii. Internal transportation (train, bus, taxi) – Estimate RM400 Cost transportation per person: RM4360.90
AirBnB i. Munich, Germany : RM238.00 ii. Bad Goisern, Austria : RM270.00 iii. Mostar, Bosnia : RM181.00 iv. Sarajevo, Bosnia : RM149.94 v. Istanbul, Turkey : RM398.00 Cost AirBNB per person: RM412.32
Visa On Arrival (negara Oman sahaja) Nak apply Visa On Arrival ada dua kaedah; i. Pembelian secara online : 5 OMR (Better beli masa dekat dekat nak pergi sebab once dah beli VOA, VOA tu hanya valid selama 1 month sahaja. Single entry hanya boleh guna sekali sahaja ye. Don’t worry, VOA sekejap je approve and nanti pihak Iran akan email kepada kita. ii. Pembelian secara walk in : 6 OMR. Kalau nak beli kat airport Oman pun boleh. Hari tu, kitorang dua kali masuk Oman, jadi kena beli dua visa. Cost VOA per person : RM116 (11 Oman Riyal)
Travel Insurance Plan Etiqa Travel Insurance : RM135.81 TOTAL COST (Transportation + AirBNB + VOA + Travel Insurance) : RM5025.03 Gambar-gambar yang saya upload tu ikut susunan tau, dari mula sehingga last day. Caption untuk video boleh refer pada comment.
Sekian sahaja perkongsian percutian saya pada kali ni. Nanti kita akan share pulak itinerary travel DIY ke negara lain pulak. Ehhh!
Salah satu destinasi percutian penuh fantasi, The Wheel Estate Campsite di Chuping Perlis yang berkonsepkan angkasa lepas idea curi perhatian ramai.
Ini sebenarnya merupakan tapak perkhemahan bertemakan angkasa lepas dan galaksi dengan signatur bulan bersaiz gergasi diletakkan di tengah kolam.
Sebuah kafe kubah lut sinar juga menjadi tambah nilai kepada The Wheel Estate Campsite.
Semua ini adalah hasil titik peluh pemilik, Jasmine Say dan suaminya yang berangan mahu mewujudkan tempat persaraan yang penuh fantasi.
“Kami sangat gembira apabila sambutan yang diberikan sangat orang ramai sangat memberangsangkan, meski baru dibuka secara rasmi pada November tahun lalu. Setiap bilik laku keras pada hujung minggu dan cuti sekolah,” katanya.
Mengulas lanjut, Jasmine berkata, pihaknya menawarkan lima jenis penginapan dengan keunikan tersendiri.
Tempat ini menyediakan dua kamar jenis khemah kubah bersaiz 6 meter iaitu Jupiter dan Saturn yang boleh memuatkan hingga enam orang. Lengkap dengan kemudahan tandas, pantri, katil dan pendingin hawa.
Haa… apa yang menarik, binaan bulan yang ditempah khas itu mempunyai teknologi penjimatan kuasa dengan tetapan nyalaan lampu secara automatik pada waktu malam.
Apabila menjelang malam, perkampungan glamping dan tapak perkhemahan ini kelihatan sungguh indah dan menjadi bertambah romantik dengan panorama purnama mengambang penuh.
Empat lagi unit iaitu Mars, Mercury, Venus dan Neptune sesuai untuk empat orang dengan kemudahan tandas kongsi yang terletak bersebelahan khemah.
Buat pengunjung yang mahukan pengalaman bermalam di kamar berbeza, empat pilihan khemah Diamond Wooden dan lapan lagi jenis rumah kayu desain A boleh dipilih.
Lapan tapak perkhemahan lengkap dengan kemudahan asas juga disediakan kepada pengunjung yang membawa perkakas peribadi.
Caj sebanyak RM50 dikenakan setiap satu petak.
Berita baik kepada anda yang berminat untuk merasai kehangatan bermalam di dalam kenderaan rekreasi, campervan, pihak The Wheel Estate Campsite turut menawarkan servis sewaan.
Harga yang kami tawarkan hanya RM380 semalaman. Boleh dikatakan caj yang dikenakan lebih murah berbanding tempat lain.
Bagi menghilangkan rasa bosan, pelbagai aktiviti menarik ditawarkan seperti memancing, berenang di kolam mandi, berbasikal, memanah dan bermain golf, selain bermain di atas trampolin gergasi.
Jika tidak mahu berpanas, pengunjung cilik boleh bermain pelbagai jenis aktiviti indoor seperti baling damak dan snuker mini secara percuma.
The Wheel Estate Campsite Alamat: Lot 3862, Lorong 7(B) Belukar Lenga, Chuping, Perlis Waktu operasi: 8 pagi hingga 9 malam Pakej harga: RM80 hingga RM320 Facebook: The Wheel Estate Campsite Instagram: @thewheelestate.my
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sesekali travel dari KL ke KB naik sleeper train pun, macam best! Ini lah yang anda patut tahu, dari macam mana nak beli tiket sampai lah tiba di destinasi.
Jika sebelum ini sudah terbiasa menaiki kereta, bas dan juga kapal terbang, apa kata pengembaraan akan datang, anda cuba mencari kelainan dengan menaiki kereta api pula.
Mungkin timbul perasaan takut lebih-lebih lagi kalau ini adalah pengalaman pertama.
Namun usah khuatir, bagi yang teringin untuk mencuba pengalaman baharu ini, apa kata anda rujuk coretan wanita bernama Diyana Mukhayadi untuk dijadikan sebagai panduan.
Orang ramai disarankan memilih katil bawah kerana ruang tingkap lebih luas untuk menikmati pemandangan.
Menerusi laman Twitter, Diyana berkongsi ‘tip dan tricks’ ketika pengembaraannya menaiki Kereta Api Ekspres Rakyat Timuran atau lebih popular dengan nama ‘jungle train’ dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan yang mengambil masa sekitar 13 jam, baru-baru ini.
“Tujuan utama trip ni memang hanya untuk merasa pengalaman naik ‘sleeper train’ selama 13 jam sambil jalan-jalan cari makan (JJCM) dekat Kota Bharu. Very short trip with very different experience,” tulisnya.
Berikut adalah rumusan daripada perkongsian pengalaman Diyana sewaktu bercuti bersama tiga orang rakannya.
1) Memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL.
2) Mula-mula kena beli tiket sleeper train dahulu melalui apps KTMB untuk merasai pengalaman tidur di atas katil dalam kereta api.
3) Pilih koc berkatil iaitu Koc T6-T8. Sementara itu, koc untuk seat duduk adalah Koc T1-T3. Mereka pilih koc 8, koc paling hujung. Kenapa lebih baik pilih koc 8, penumpang lain tak lalu-lalang untuk ke cafe di koc 5 dan ia yang paling dekat dengan kepala keretapi.
Penumpang boleh menjamu selera di kafe yang terletak di koc 5.
4) Mahu bergambar di Stesen Gua Musang, koc 8 adalah koc paling depan, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.
5) Elakkan memilih katil paling depan kerana agak bising disebabkan bunyi besi menghubungkan setiap koc.
6) Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah manakala nombor ganjil adalah katil atas. No katil mereka T26, T28, T30, T32. Harga katil/berth atas adalah RM40, katil/berth bawah RM46.
7) Disarankan memilih katil bawah kerana mempunyai ruang tingkap yang lebih luas dan panjang untuk menikmati pemandangan. Ambil perhatian, tiada plug point disediakan, oleh itu dinasihatkan untuk standby power bank.
8) Selesai beli tiket sleeper train, baru beli tiket menuju ke Gemas dari KL Sentral dengan menaiki ETS. Tiket dibeli melalui apps KTMB dengan harga RM30. Perjalanan dari KL Sentral pada pukul 9.40 malam dan tiba di Gemas 12.10 pagi.
9) Sleeper train akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya. Sementara menunggu kereta api, boleh naik ke ruang menunggu di tingkat atas Stesen Keretapi Gemas yang dilengkapi tandas dan surau.
Kereta api akan melalui kawasan hutan yang pastinya menjanjikan pemandangan yang indah.
10) Selepas menaiki kereta api dan meletakkan barang di katil, boleh menjamu selera di kafe yang terletak di koc 5. Pelbagai menu disajikan antaranya hidangan mi segera, nasi, mihun dan masakan panas yang lain dengan harga berpatutan.
11) Kereta api ini akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik sekitar awal pagi. Jadi, jangan tidur selepas Subuh kerana inilah masa yang sesuai untuk menikmati pemandangan.
12) Penumpang ‘dihidangkan’ dengan pemandangan Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong. Sepanjang perjalanan juga disajikan pemandangan bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia iaitu Jambatan Guilemard.
13) Wajib turun seketika di Stesen Gua Musang untuk mengambil gambar dengan kepala keretapi, dan boleh turun membeli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.
14) Dengar ura-ura yang train 13 jam ke Kelantan ini pun akan ditamatkan operasinya tapi tak tahu bila. Jadi jika anda nak rasa this ‘once in lifetime experience’, kena cepat-cepat.
“Tapi sebenarnya rasa sayang, ini antara khazanah Malaysia yang boleh ditambahbaik lagi untuk tarik lebih banyak pelancong,” tulisnya mengakhiri perkongsian.
Jadi, jika anda ingin menikmati view dengan tenang tanpa penat, boleh lah cuba naik sleeper train pula ya. Sambil itu boleh layan pemandangan alam semula jadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...