Perlis Benarkan Jual Beli Di Rumah & Bahu Jalan Sepanjang Ramadan

Share

Dek kerana bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia sepanjang bulan puasa tahun ini, rata-rata negeri mengambil inisiatif untuk mewujudkan bazar dalam talian.

Ini untuk membantu peniaga makanan untuk terus mendapat sumber kewangan selain memberi kelebihan kepada pembeli menikmati pelbagai juadah ketika berbuka puasa. Namun buat penduduk di Negeri Perlis, peniaga dan pembeli dibenarkan untuk melakukan urusan jual beli makanan secara terus.

Kerajaan negeri Perlis membenarkan peniaga makanan berniaga di rumah dan di bahu jalan pada bulan Ramadan ini berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah alternatif berikutan bazar Ramadan tidak dibenarkan.

  • Peniaga perlu mematuhi arahan yang ditetapkan sepanjang tempoh PKP iaitu menjual makanan yang dibungkus atau menggunakan khidmat penghantaran ke rumah.
  • Peniaga dan pembeli perlu mematuhi arahan jarakan sosial dan tidak berkumpul.

Sumber: Bernama

IKLAN