
Dek kerana bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia sepanjang bulan puasa tahun ini, rata-rata negeri mengambil inisiatif untuk mewujudkan bazar dalam talian.
Ini untuk membantu peniaga makanan untuk terus mendapat sumber kewangan selain memberi kelebihan kepada pembeli menikmati pelbagai juadah ketika berbuka puasa. Namun buat penduduk di Negeri Perlis, peniaga dan pembeli dibenarkan untuk melakukan urusan jual beli makanan secara terus.
Kerajaan negeri Perlis membenarkan peniaga makanan berniaga di rumah dan di bahu jalan pada bulan Ramadan ini berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah alternatif berikutan bazar Ramadan tidak dibenarkan.
- Peniaga perlu mematuhi arahan yang ditetapkan sepanjang tempoh PKP iaitu menjual makanan yang dibungkus atau menggunakan khidmat penghantaran ke rumah.
- Peniaga dan pembeli perlu mematuhi arahan jarakan sosial dan tidak berkumpul.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Lombok, Lelaki Ini Kongsi Padar Pulau Paling Cantik Pernah Dikunjungi Di Indonesia

Isi Kandungan
ToggleSememangnya ramai yang mengimpikan untuk travel ke Indonesia. Bukan saja kos pelancongannya murah tetapi harga tiket, penginapan serta lain-lain lagi masih dianggap berbaloi untuk dilawati.
Negara jiran yang dianggap serumpun dengan kita ini memiliki 18,000 ribu pulau cantik dan perkongsian dari Helmi Baharum di page Backpackers Buddies Malaysia membuktikan bahawa pulau mereka cukup indah.
Jom tengok apa dikongsikan oleh Helmi dan lokasi-lokasi pulau menarik sudah dilawatinya.
Pulau-pulau Indonesia
***Terdapat lebih kurang 18,000 buah pulau di Indonesia***
Personaly saya mengatakan Indonesia memiliki pulau2 dan pantai2 tropika cantik dalam kuantiti yang paling banyak.
Sehingga kini Padar adalah pulau paling cantik yang pernah saya kunjungi di serata dunia.
Fun fact: saiz Pulau Sumatera sahaja adalah 1.5x lebih besar dari keseluruhan saiz negara Malaysia.
Pulau (dan pantai) Pernah Dikunjungi
Pulau Sumatera
1. Pulau Sabang, Provinsi Acheh: Top 3 pulau tercantik
2. Pulau Rubiah,Provinsi Acheh: my best experience snorkeling ever.
3. Banda Acheh,Provinsi Acheh: my overexpectation.
4. Kota Padang, Provinsi Sumatera Barat: pantai sumpahan batu Malin Kundang.
5. Pulau Batam, Provinsi Kepulauan Riau: Wisata belanja
6. Pulau Samosir,Provinsi Sumatera Utara: Inland island-jarang2 ada pulau dengan suasana sedikit sejuk di kawasan tropika.
Pulau Nusa Penida
Pulau Rubiah
Pulau Flores
Baluran/ Pantai Bama
Pulau Timang
Pulau Jawa
7. Pulau Timang, Provinsi Yogyakarta: Gondola/ jambatan gantung dari tanah besar ke pulau
8. Kota Probolinggo, Provinsi Jawa Timur- Bee Jay Bakau/ beach
9. Pulau Madura, Provinsi Jawa Timur-Sate
10. Kota Surabaya, Provinsi Jawa Timur-Jambatan Suramadu
11. Baluran National Park-Savanah Pantai Bama
12. Banyuwangi-Pantai Watudodol
Pulau Sulawesi
13. Kota Manado, Provinsi Sulawesi Utara-Gateway to Bunaken
14. Kota Makassar, Provinsi Sulawesi Selatan-Masjid 99 kubah (99 nama Allah)
Pulau / Provinsi Bali
15. Pulau Utama Bali: Top 2 pulau tercantik
16. Pulau Nusa Penida,Bali :Landskap paling super cantik
Pulau Lombok
17. Pulau Utama Lombok, Provinsi Nusa Tenggara Barat
18. Pulau Gili Trawangan, Lombok, Provinsi Nusa Tenggara Barat
Pulau Nusa Penida
Pulau Komodo
Pulau Sabang
Pulau Padar yang sangat cantik
Provinsi Nusa Tenggara Timur
19. Kota Labuan Bajo, Manggarai, Pulau Flores: Kos yang murah
20. Pulau Rinca: Air laut yang jernih
21. Pulau Komodo:Habitat Komodo terulung sedunia, Manta Point, pink beach
22. Pulau Padar:Top 1 pulau tercantik
23 .Kota Kupang, Pulau Timor: Kota transit darat ke Timor Leste.
24. Belu, Pulau Timor-pantai sempadan antarabangsa dengan Timor Leste.
Info tambahan: walaupun kota2 pesisir laut lain turut dikunjungi seperti Kota Jakarta, Semarang, Lampung dan lain-lain, namun saya tidak berkesempatan mengunjungi pantai/pulau kecilnya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nishiyama Onsen Keiunkan, Hotel Paling Lama Beroperasi Di Dunia Selama 52 Generasi!

Perkara pertama yang terlintas di fikiran sewaktu membaca mengenai info hotel ini adalah – wow! Tak pernah terbayang akan ada satu hotel wujud lebih daripada 1,300 tahun lamanya atau pada tahun 705.
Tapi itulah hakikatnya apabila sebuah hotel di Jepun mendapat pengiktirafan sebagai hotel tertua yang masih beroperasi di dunia iaitu Hotel Nishiyama Onsen Keiunkan. Hotel ini telah diuruskan selama 52 generasi!


Hotel ini terletak di kaki gunung Akaishi di Jepun dan terkenal dengan kolam air panas yang terhasil daripada mata air bumi berhampiran kolam air panas Hakuho.
Untuk menginap di hotel yang mempunyai 37 bilik ini, korang perlu ke daerah Chubu, Jepun dan terus ke pekan bernama Hayakawa. Hotel Nishiyama Onsen Keiunkan ini mempunyai pemandangan yang indah kerana terletak berhampiran kawasan pergunungan.

Jadi korang boleh bayangkan sebuah hotel yang terletak di kawasan tanah tinggi dan di kelilingi pergunungan, memang menyajikan satu pemandangan yang super awesome!

Selayang pandang mengenai sejarah hotel tertua di dunia ini – ia mula didirikan oleh Fujiwara Mahito pada tahun 705 sebagai rumah inap. Dek kerana latar masa ianya didirikan pada era Keiun, maka hotel ini dinamakan sebagai Keiunkan.

Satu lagi perkara yang membuatkan hotel ini lebih menarik adalah pemandangan Gunung Fuji turut kelihatan kerana Hotel Keiunkan ini terletak di Yamanashi, kawasan yang sama dengan Gunung Fuji.

Kalau korang boleh sampai dan bermalam di sini, memang best!

Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pulau Kapas, Pulau Pilihan Popular Percutian Singkat & ‘Day Trip’ Bersama Keluarga

Bilangan pengunjung terutamanya untuk pakej lawatan balik hari atau day trip bertambah begitu mendadak sehingga lebih 100 peratus bermula Julai 2020 yang lepas.
Antara tarikan utama pelancong ke Pulau Kapas ialah jaraknya yang lebih dekat dengan tanah besar yang perjalanan menaiki bot hanya kira-kira 15 minit sahaja berbanding pulau peranginan yang lain antara 30 hingga 45 minit. Walaupun terletak tidak jauh dari tanah besar namun keindahan terumbu karang dan hidupan marin yang lain seperti ikan Nemo dan penyu diakui sama dengan pulau pelancongan yang lain di Terengganu. Faktor tarikan lain adalah kerana harganya yang lebih murah dan sesuai untuk percutian seisi keluarga atau bersama sahabat handai melalui pakej lawatan yang ditawarkan oleh pengusaha resort dan pengusaha bot di pulau itu.
Tidak perlu dibahaskan lagi keseronokkan di pulau ini. Ramai yang berpuas hati dan teruja ketika menjejakkan kaki di sini untuk bercuti. Antaranya seperti perkongsian daripada Hazwani Mimi
Pulau Kapas – view yang mahal dan percutian yang sesuai bawak anak.
Mimi ambil pakej yang 2 hari 1 malam – RM190:
- Ombak Kapas resort
- Makan 3x sehari
- Budak bawah 4 tahun FREE
- Tiket Boat pergi balik
- Bilik aircond
- Peralatan Snorkeling
Bagi yang tak pernah naik boat atau fobia air (macam Mimi) boleh try pergi Pulau Kapas. Dari jeti Marang ke Pulau dalam 5km (10-15 minit) sahaja. Tak mabuk laut pon. Tips dia layan je ombak laut tu. Jangan keraskan badan, layan je tau. Memang best rasa angin naik boat.
Selalu tengok orang review Pulau Perhentian dan Pulau Redang sahaja. Tapi Pulau Kapas pun lawa oi. Dah lah harga murah. Apa yang best, Pulau Kapas ni mesra budak. Dekat gigi laut tu air cetek, jernih, ada anak ikan banyak, jadi memang tak risau anak main air kat situ. Anak pun suka berenang sambil main dengan ikan.
.
.
Resort yang Mimi duduk – Ombak Kapas Resort. Rumah dia kayu, malam2 tido dengar bunyi cengkerik feeling kampung gitu. Dan yang bestnya, makanan dia memang sedap! Confirm akan menambah nasi.
.
Pulau Kapas tak crowded. Sangat tenang nak layan view. Jalan2 kaki di sepanjang pulau memang banyak view yang lawa untuk tangkap gambar. Kalau nak walk in, boleh terus beli tiket dekat jeti Marang. Tapi better tempah awal. Lebih senang
Hebatnya kuasa Allah! Hanya itu kata yang mampu diucap. Melihat keindahan alam yang tersergam nan indah.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI